Monday, November 14, 2022

Terbukti Zahid UMNO/BN bawa perpecahan.. X harapan lagi..

 

Ismail Sabri (dua dari kanan) merasmikan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak Seksyen Selangau WPC08 hari ini. - BERNAMA

1. PM akui kecewa menteri, timbalan menteri 'winnable' BN tak dicalon semula 

SELANGAU: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui kecewa apabila beberapa menteri dan timbalan menteri dalam Kabinet beliau tidak dicalonkan semula untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Perdana Menteri berkata, beliau kecewa kerana semua yang terbabit itu mempunyai jasa yang cukup besar untuk parti dan negara, selain status mereka juga disifatkan sebagai 'winnable' atau calon mampu menang.

"Ya saya sendiri pun memang rasa kecewa apabila calon 'winnable' itu tidak bertanding," katanya pada sidang media selepas perasmian Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak, Seksyen Selangau, hari ini.

Ismail Sabri berkata demikian ketika ditanya mengenai masa depan menteri dan timbalan menteri yang tidak dicalonkan, tetapi masih setia bersama parti.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid sebelum ini dilaporkan berkata, senarai calon BN akan dimuktamad oleh 'Top 5' selepas menerima senarai berkenaan yang dimajukan daripada Pengerusi Perhubungan negeri.

Top Five UMNO merujuk Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan serta tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Ismail Sabri dan Mahdzir.

BN melalui pengumuman senarai calon untuk PRU15 sebelum ini menggugurkan nama beberapa menteri dan timbalan menteri daripada Kabinet pentadbiran Ismail Sabri.

Antaranya, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique (Kota Tinggi); Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa (Ketereh); Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau); dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba (Tenggara).

Turut tidak disenarai semula Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar); Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah (Jasin); Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abdul Mutalib (Maran); dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar).

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata sebagai mengenang jasa menteri dan timbalan menteri terbabit yang masih setia dengan parti, BN akan memutuskan bentuk ganjaran selepas gabungan itu memenangi PRU15.

"Rakan menteri dan timbalan menteri (yang digugurkan) mempunyai jasa cukup besar kepada parti dan negara.

"Kita tidak akan melupakan jasa mereka, lebih-lebih apabila mereka yang tidak bertanding itu tidak menentang parti," katanya. (BH)

BERITA BERKAITAN


2. BN sudah tiada harapan, jadi berkorbanlah 

TINGGAL kira-kira empat hari sebelum hari mengundi sepenuhnya, yang akan berlaku pada 19 November 2022. Selepas itu akan terbentuklah sebuah kerajaan baharu yang akan mentadbir negara Malaysia.

Mutakhir ini, saya meneliti banyak laporan kaji selidik berhubung kecenderungan pengundi dalam memilih pada PRU15 ini. Terlalu banyak kajian, daripada kaji selidik profesional hinggalah kajian merapu. Sehingga berbinau biji mata mengikutinya saban hari. Apa pun dalam kesempatan ini, saya berminat untuk mengulas berhubung senario Kedah sahaja.

Umumnya di Kedah, penemuan oleh semua kajian hampir serupa. Sama ada kajian sebelum pembubaran Parlimen, mahupun selepas penamaan calon. Antaranya:

1. Tidak ada satu pun kerusi Parlimen berstatus putih atau cerah untuk menang di Kedah bagi BN.

2. Hanya terdapat 2 kerusi putih bagi PH dan kerusi tersebut adalah incumbent.

3. Terdapat 5 kerusi putih atau mudah dimenangi oleh PN, dan kesemuanya milik calon PAS.

4. Selain dari 7 kerusi tersebut, terdapat pelbagai bacaan yang dipisahkan secara marginal. Sebahagian besarnya masih memihak kepada PN.

Sejak beberapa kali PRU pun, hasil kajian yang akhirnya bertepatan dengan keputusan adalah bagi kerusi berstatus putih. Selain dari putih, banyak yang betul dari salah. Tidaklah menyimpang jauh.

Modus operandi bagi kajian terhadap pola sikap pengundi adalah berteraskan kaedah taburan normal mengikut ilmu statistik. Namun ‘bacaan’ yang tidak boleh dikesampingkan selain dari kajian statistik adalah, reaksi khalayak terhadap isu, parti atau calon. Reaksi atau bahasa badan manusia ini sukar disembunyikan.

Di Kedah, gelombang menyokong PN sangat terserlah. Sokongan dari kalangan anak muda, kakitangan kerajaan, netizens semuanya jelas kelihatan. Jentera pilihan raya yang berdepan dengan bakal pengundi saban hari dapat merasakan reaksi umum tersebut. Dibuktikan pula dengan program keramaian anjuran PN yang jarang menghampakan.

Ada beberapa kajian yang merumuskan wujud gelombang baharu PN di Perlis dan Johor. BN pasti akan segera menafikan kerana keduanya adalah kubu terakhir BN pada PRU14 lalu. Manakala bacaan di Pulau Pinang, Perak (kecuali bahagian Utara), Selangor dan Negeri Sembilan; bagi saya ia agak menggusarkan PN dan BN.

Kembali di Kedah, sudah sampai masanya ahli-ahli dan penyokong mereka belajar mengenal realiti dan berkorban untuk memastikan usaha PH kembali ke Putrajaya berjaya disekat. BN sudah tiada peluang di Kedah. Ahli-ahli dan penyokong Umno kena lupakan saja BN, berjiwa besarnya untuk menyelamatkan kuasa Melayu Islam bagi memastikan semua kerusi PN menang di Kedah.

Alhamdulillah setakat ini, usaha penyedaran itu bersahut. Sebahagian ahli-ahli Umno sudah pernah bersama dengan PAS dalam Muafakat Nasional. Inilah masanya untuk pastikan keserasian itu berlarutan. Korbankan BN yang sudah tiada peluang. Jangan bazirkan undi. Bantu PN Kedah menawan kesemua 15 kerusi Parlimen.

Semoga Allah mengizinkan hasrat tersebut dicapai.

ZULKIFLI YAHAYA – HARAKAHDAILY 14/11/2022

Komen Weblogg Ibnu HasyimTerbukti Zahid UMNO/BN bawa perpecahan.. X harapan lagi..

Oleh itu kembalilah kepada PN pimpinan TS Muhyiddin, PAS dan kumpulanya.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails