Saturday, November 19, 2022

UMMAH, 185 NGO Islam, Muhyiddin.. 100 inisiatif M/Agama.

 


1. UMMAH dan 185 NGO Islam sokong Muhyiddin

GERAKAN Pembela Ummah bersama lebih 185 NGO Islam Malaysia bertarikh 18 November 2022 di Hotel Ideas Kuala Lumpur, telah membuat suatu ketetapan seperti berikut:

Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) dan NGO Islam amat gusar melihat sokongan politik orang Melayu berpecah dalam PRU ke-15 ini dan kesannya DAP akan menguasai Kerajaan Malaysia melalui gabungan parti Pakatan Harapan.

Sehubungan itu UMMAH dan Gabungan NGO Islam menyeru dan merayu Umat Islam seluruh Malaysia agar wajib (Fikh Al-Daulah) keluar mengundi dan menyatukan undi hanya kepada satu gabungan parti yang jelas mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negara, serta bersih daripada rasuah, berwibawa dan berusaha memperkasa Penyatuan Ummah.

Berdasarkan kepada penelitian dan penilaian calon dan parti yang bertanding, maka UMMAH dan Gabungan NGO Islam berpendirian bahawa calon dan parti yang menepati kriteria yang dinyatakan di atas adalah calon dan parti daripada gabungan PERIKATAN NASIONAL.

Kami juga berpendirian berdasarkan kepada perbandingan dua calon Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin lebih memenuhi kriteria menjaga agama, bangsa dan negara serta menghormati bangsa dan agama yang lain (tidak memudaratkan kaum dan agama yang lain serta mengukuhkan perpaduan kaum dan nasional).

Berdasarkan prestasi yang lepas Tan Sri Muhyiddin Yassin berjaya mengurus tadbir negara dengan baik dan berjaya mengemudi negara berdepan dengan masalah besar COVID-19 dan kesuraman terhadap ekonomi negara.

Oleh itu, UMMAH bersama Gabungan lebih 185 NGO Islam dan para agamawan menyokong penuh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon yang lebih layak dan berwibawa serta menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.

MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi 
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
Bersama Gabungan 200 NGO Islam – HARAKAHDAILY 18/11/2022


2. Tempoh setahun lebih 100 inisiatif dilaksana Menteri Agama 

KUALA LUMPUR: Dalam tempoh setahun Dato’ Idris Ahmad mengetuai Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) lebih 100 inisiatif telah dilaksanakan meliputi pelbagai aspek.

Antaranya Dasar dan Transformasi Pengurusan, Kesejahteraan Sosial Pendidikan, Dakwah dan Pembangunan Insan, Perundangan, Sosio Ekonomi, Transformasi Penyampaian Perkhidmatan dan Media Penyiaran.

Idris berkata, dalam tempoh garis masa itu Agensi Islam JPM (Hal Ehwal Agama) sentiasa terkehadapan membawa mesej prihatin melalui program Musa’adah Agensi Islam.

Katanya, sebanyak RM319 juta telah disampaikan kepada masyarakat yang terkesan akibat pandemik Covid-19 dan musibah.

“Saya ingin berterima kasih kepada semua warga agensi Islam #Pasukan Menteri Agama yang sentiasa komited melaksanakan tugas dengan jayanya.

“Para anggota perkhidmatan awam begitu profesional dalam tugasan mereka. Saya berbangga dengan kalian semua,” katanya pada kenyataan di laman sosialnya.

Idris dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Agama di bawah pentadbiran Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob menggantikan Dato’ Zulkifli Mohamad al Bakri.

Kejayaan itu dirakam dalam Kad Laporan Prestasi 1 tahun pentadbiran Hal Ehwal Islam.

Kata beliau juga amanah yang diberi untuk menjaga agama Islam dan umat Islam khususnya.

“Pada masa yang sama memayungi kesejahteraan masyarakat yang berbilang agama dan budaya. Semoga kesyumulan Islam akan terus terserlah dan terzahir dengan kesatuan umat Islam.

“Sesungguhnya saya tidak sempurna. Pun begitu, tanggungjawab yang diberi wajib dilaksana sedaya mampu dengan penuh integriti, jujur, ikhlas dan itqan (berkualiti) demi kepentingan ummah,” tambahnya. – HARAKAHDAILY 16/11/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: UMMAH, 185 NGO Islam, Muhyiddin.. 100 inisiatif M/Agama.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

Post a Comment