Sunday, November 20, 2022

UMNO, buntu? Candu Anwar.. Lagi kelab malam/gay.

 


1. UMNO menuju jalan buntu... semua pilihan UMNO akan ke kubur

Dengan mendapat 30 kerusi, BN sebenarnya boleh jadi king maker sama ada nak bersama dengan PN, atau bersama PH. Satu lagi pilihan menjadi pembangkang seperti cadangan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Hizatul Isham Abdul Jalil . Isham mencadangkan supaya blok Barisan Nasional (BN) menjadi pembangkang untuk menyemak imbang kerajaan dan tidak menyertai mana-mana gabungan kerajaan campuran.

Veteran UMNO Perak mencadangkan Timbalan Presiden yang meneruskan apa jua perundingan dengan parti-parti gabungan lain dalam pembentukan kerajaan campuran yang akan berlaku.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Jalaluddin Alias mencadangkan sebuah kerajaan perpaduan (unity government) dibentuk tanpa Pakatan Harapan (PH) dan DAP bagi menerajui kerajaan.

Daripada 30 kerusi 20 MP lebih cenderung untuk bersama PN manakala 10 lagi lebih cenderung bersama Anwar Ibrahim dan PH.

Apa-apa pun pilihan UMNO semuanya menuju jalan buntu dan akhirnya menguburkan UMNO.

Jika UMNO bersama dengan PH membentuk kerajaan bersama PH. Agaknya orang Melayu yang menjadi tulang belakang UMNO akan setuju? UMNO akan berpecah dan akhirnya parti UMNO akan berkubur. Tak sikit orang Melayu UMNO benci DAP.

Jika UMNO mengambil jalan menjadi pembangkan seperti dicadangkan oleh Isham Jalil, agaknya UMNO Kelantan, UMNO Terengganu, UMNO Kedah nak makan apa? Saya tak nak sebut UMNO negeri-negeri lain. Semasa UMNO banyak duit pun UMNO sukar mengerakkan jenteranya jika tak ada duit.

Akhirnya UMNO di beberapa negeri akan pupus.

Piihan terakhir UMNO bersama dengan PN. UMNO datang dengan 30 kerusi, PAS ada 43 kerusi Bersatu ada 31 kerusi GPS ada 22 kerusi... Agaknya UMNO boleh berlagak macam dulu. UMNO akan rasa bagaimana PAS rasa dalam gabungan sebelum ini. Masa ini UMNO belajar jadi manusia yang rendah diri.

Kekuatan Melayu yang ada pada UMNO sedikit sebanyak akan beralih kepada BERSATU musuhnya sebelum ini. Sebahagiannya akan kepada PAS. UMNO makin hari menjadi makin lemah.

Ya semua pilihan UMNO menuju ke kebur. Itulah akibat daripada sifat sombong semasa mereka lemas dahulu diselamatkan oleh PAS akhirnya mereka mengkhianati Muafakat yang dibina dengan titisan air mata,

NASIR RAMLEE 


2. Candu Anwar, bukan ‘kaleng-kaleng’ 

RAUT wajah Anwar Ibrahim kusam dan serabut apabila ditanya wartawan gabungan parti manakah yang Anwar dakwa ada majoriti itu? Suaranya juga agak tinggi, dengan membulatkan mata, sedikit menjegil kepada wartawan sewaktu menjawab. Penyokongnya juga bersuara sengau-sengau basah menyambut pengumumannya, mahu percaya atau tidak. Penat, mungkin.

Berbeza wajah dan reaksi Anwar sewaktu kempen terakhir, di mana dia dengan berani dan yakinnya mengumumkan Ketua Polis Negara telah menghubunginya untuk bersiap sedia mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri (PM) kerana laporan Special Branches (SB) akui Anwar akan menang. Ceria, gembira dan disambut laungan, sorakan kejayaan oleh penyokongnya. Serak-serak basah, persis penyanyi rock kapak dahulu.

Sampai ke akhir kempen, dia selamba menipu pendukungnya. Penyokongnya pula, menerima sahaja menadah telinga dan terus teruja mendengar pembohongan berulang kali itu. Mereka seakan ketagih mendengar Anwar berkata-kata demikian dan menerimanya seperti satu nikmat.

Anwar tidak pernah rasa kecewa dengan kekalahan kerana dia tahu, dia akan kalah. Sesama politikus, semua sudah mengetahui siapa beliau. Tetapi yang merasa teramat kecewa ialah penyokongnya yang begitu mengharapkan Anwar akan diangkat menjadi PM. Mereka tidak mahu lagi Anwar disindir sebagaimana dahulu, ‘PM Tepi’. Mereka malu, tidak rela ketuanya diperli sebegitu. Oleh itu, mereka terus mencuba lagi dan lagi.

Anwar pula, jika melihat sokongan peminatnya semakin melemah, dia akan menyuntik kembali semangat dengan menceritakan lagi pembohongan atau mereka sudah dekat benar dengan garisan penamat, iaitu pintu masuk Putrajaya. Maka bangunlah pentaksubnya, memukul punggung rakan masing-masing, mengajak meneruskan perjalanan, laksana pengembala merotan punggung ternakan mereka, menuju ke satu arah.

Masih menaruh harapan, walau sudah ditipu berulang-ulang kali semenjak 1998 lagi. Harapan mereka sungguh tinggi. Katalah apa sahaja, mereka sanggup berkorban untuk Anwar, walaupun pernah satu ketika DAP juga sudah bosan dengan Anwar berkaitan tindakannya. Malah, berapa ramai sudah pimpinan PKR yang telah berpatah arang dengan Anwar.

Begitulah… teringat aku kepada satu ungkapan tokoh Komunis bahawa agama itu candu masyarakat, ditujukan kepada agamawan yang berusaha membentuk rakyat kepada lebih baik. Kini ungkapan itu, mungkin sesuai ditujukan kepada pengikut Anwar. ‘Pembohongan Anwar candu penyokong PH’. Nikmatilah candu itu, khayallah kamu di dalam retoriknya.

“I have numbers…”

MOHD NASIR ABDULLAH
20 November 2022 – HARAKAHDAILY 20/11/2022


3. 5 maut, 18 cedera insiden tembakan di kelab malam golongan gay 

Polis melakukan siasatan di tempat kejadian. - FOTO REUTERS

COLORADO SPRINGS: Lima maut dan 18 lagi cedera dalam insiden tembakan di sebuah kelab malam untuk golongan gay di Colorado Springs, Colorado, semalam.

Polis Colorado Springs memaklumkan susulan itu, seorang suspek ditahan dan dirawat kerana turut mengalami kecederaan dalam kejadian berkenaan.

Leftenan Pamela Castro berkata, terdahulu polis menerima panggilan telefon sejurus sebelum tengah malam berhubung insiden itu.

"Sejurus tiba di lokasi, pasukan mendapati seorang individu disyaki suspek berada di dalam kelab terbabit," katanya pada sidang media tanpa memberi maklumat lanjut mengenai motif kejadian serta enggan mendedahkan jenis senjata digunakan dalam kejadian berkenaan.

Menjelang jam 4 pagi, polis sudah memasang pita penghadang di kawasan sekeliling kelab berkenaan yang terletak dalam sebuah premis di pinggir Colorado Springs.

Pada 2016, seorang individu menembak mati 49 orang di kelab malam untuk golongan gay di Orlando, Florida, sebelum maut ditembak polis. - REUTERS

Komen Weblog Ibnu HasyimUMNO, buntu? Candu Anwar.. Lagi kelab malam/gay.

Sikit huraian:

(i) Politik UMNO di Malaysia hari ini sudah melalui jalan buntu. Menuju kubur.

(ii) Begitu juga politik Anwar mengidam jawatan PM negara ini, nampaknya sama juga. Membuntut dan membantut..

(iii) Berita 5 maut, 18 cedera insiden tembakan di kelab malam golongan gay. Lagi bencana kelab malam. Memilih 'konsep syaitan' dalam mencari ketenangan dan ketenteraman jiwa. 

(iv) Solusi: Kembalilah kepada cara hidup Islam di negara umat Islam Malaysia. Berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara ikut cara Islam. Boleh bernaung di bawah payung negara Islam walaupun belum atau bukan Islam.

Jom bersama PAS dan PN (PERIKATAN NASIONAL), membangun bersama Islam.

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails