Tuesday, November 15, 2022

UMNO/BN kuat cengkam PM? & Takiyuddin.

 

Ismail Sabri hadir pada majlis Ramah Mesra bersama Keluarga FELDA Lasah di Sungai Siput di sini, pagi tadi. - Foto NSTP/L MANIMARAN

1. PRU15: 'Pentadbiran Muhyiddin huru-hara, saya stabilkan' - Ismail Sabri

SUNGAI SIPUT: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya cermin diri dan mengenang kembali situasi huru-hara yang pernah berlaku sewaktu pentadbiran bekas Perdana Menteri itu.

Perdana Menteri berkata, ketika Muhyiddin memimpin pada waktu itu landskap politik negara dalam suasana huru-hara.

Katanya, ketika mengambil alih tampuk pentadbiran kerajaan ia bukan mudah kerana beliau terpaksa menguruskan baki kerja yang ditinggalkan oleh Muhyiddin.

"Masa saya ambil alih daripada Pengerusi PN, waktu itu kes COVID-19 lebih 24,000 iaitu paling tinggi di negara ini termasuk ratusan kes kematian sehari, manakala katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital juga tidak mencukupi.

"Saya ambil alih daripada dia (Muhyiddin) sewaktu COVID-19 tengah teruk dan ekonomi juga merudum dengan teruk, tetapi selepas beberapa bulan kita dapat menurunkan kes wabak itu kerana kadar vaksinasi kita salah satu yang terbaik di dunia dan paling tinggi.

"Akhirnya boleh buka sempadan dan bukan saja ekonomi, malah semua sektor lain sehingga peniaga pun boleh berniaga, ekonomi semakin pulih, COVID-19 berjaya diuruskan dan ekonomi berjaya dipulihkan.

"Waktu dia perintah, huru-hara dari segi politik negara. Apabila saya memerintah, saya jadi Perdana Menteri kita lakukan MoU (memorandum persefahaman) antara kerajaan dan pembangkang yang tak pernah berlaku dalam sejarah negara," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis ramah mesra bersama keluarga FELDA Lasah di sini, pagi tadi.

Yang turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan calon BN Sungai Siput, Tan Sri SA Vigneswaran.

Ismail Sabri berkata, MoU itu begitu mustahak kerana ia menjamin kestabilan politik negara, sekali gus apa yang dikecapi pentadbiran ketika itu satu kejayaan yang gagal dicapai di bawah Muhyiddin.

Sehubungan itu, Perdana Menteri menolak sebarang permainan politik namun di pihaknya, beliau mempertahankan sebarang dakwaan menggunakan fakta.

"Ini menunjukkan mereka tidak berpijak di bumi yang nyata. Bagaimana mereka boleh kata kita gagal dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kita meningkat setiap suku.

"Suku pertama kita dapat lima peratus, suku kedua 8.9 peratus salah satu tertinggi di Asia Tenggara. Terbaru suku ketiga 14.2 peratus tertinggi di rantau ini.

"Kalau kata kita gagal, nombor tidak menipu. Nombor amat jelas. Dari segi kadar pengangguran kita kurangkan daripada lebih lima peratus kepada sekarang jadi 3.6 peratus.

"Ikutkan setiap bulan kadar pengangguran dapat dikurangkan, tak pernah naik sejak saya mengambil alih.

"Data itu menunjukkan kita berjaya dan tidak berjaya adalah mereka dan mereka juga tak boleh menerima hakikat kita berjaya. Tolong tunjukkan nombor (statistik) dan saya tunjukkan nombor yang menunjukkan kejayaan," katanya. (BH)


2. Laporan media diambil di luar konteks – Takiyuddin 

KOTA BHARU: Setiausaha Agung PAS, Dato’ Seri Takiyuddin Hassan, menyifatkan laporan media bahawa PERIKATAN NASIONAL (PN) dan Barisan Nasional (BN) mungkin bekerjasama selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sama sekali tidak berbangkit.

Katanya, laporan media mengenai perkara itu diambil di luar konteks yang boleh mengelirukan pengundi.

“Maka saya ingin tegaskan di sini bahawa kenyataan saya telah diambil di luar konteks dan tajuknya juga adalah mengelirukan pengundi.

“Saya ingin tegaskan bahawa saya berkeyakinan penuh PN akan dapat membentuk kerajaan secara bersendirian dan Perdana Menteri daripada PERIKATAN NASIONAL.

“Kami percaya rakyat akan lebih yakin dengan tema PN iaitu Prihatin, Stabil dan Bersih. Dengan ini maka sebarang kenyataan berhubung kerjasama dengan BN tidak berbangkit,” katanya pada kenyataan media hari ini.

Beliau menjelaskan perkara itu ekoran terdapat laporan media berkenaan kerjasama PERIKATAN NASIONAL dan Barisan Nasional selepas PRU-15.

Terdahulu media melaporkan PERIKATAN NASIONAL yakin dapat membentuk kerajaan hasil gabungan dengan parti lain, terutama BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). – HARAKAHDAILY 15/11/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: UMNO/BN kuat cengkam PM?  & Takiyuddin.

PRU15 ini, dikatakan 'Pentadbiran Muhyiddin huru-hara, saya stabilkan', kata Ismail Sabri, selaku PM sementara, sekarang. 

Tetapi sebenarnya, TS Muhyiddin antara penyelamat dari kehancuran PH yang mengganas, cuba merentap kuasa Raja-raja Melayu dan hak bumiputera pribumi, seperti yang didedahkan Presiden PAS.

Bahkan ada yang menyebutkan, UMNO/BN lah yang kuat cengkam PM? Contohnya dalam kes mendera rakyat dengan mengadakan pilihan raya di musim banjir dan lain-lain.

Sekian.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

Post a Comment