Friday, November 11, 2022

X Pinggir Wanita, Manifesto PN. Non-Muslim sesal janji PH.

 


1. Tawaran PERIKATAN NASIONAL untuk wanita

KUALA LUMPUR: Manifesto PERIKATAN NASIONAL yang telah menawarkan sebanyak 12 tunjang utama, 30 pendekatan dan 234 tawaran menerusi manifestonya sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), yang langsung tidak meminggirkan golongan wanita.

Pengerusi PERIKATAN NASIONAL, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tawaran itu digubal dengan mengambil kira pandangan dan sentimen rakyat dalam perkara yang dianggap penting oleh mereka; dan sebanyak 14 elemen khusus untuk wanita telah disenaraikan.

“Jujur saya katakan, antara sumber kekuatan saya adalah isteri saya (Puan Sri Norainee Abdul Rahman). Bagi saya, sehebat mana pun seorang lelaki itu, tetap akan ada saat dia memerlukan kasih sayang seorang isteri yang sentiasa berada di sisi. 

“Episod jatuh bangun saya dalam politik dan kepayahan berjuang melawan kanser mengajar saya erti kesetiaan dan pengorbanan seorang wanita istimewa bergelar isteri. 

“Apabila saya memikirkan berkenaan tawaran kerajaan PERIKATAN NASIONAL semestinya golongan wanita tidak sekali kami kesampingkan,” ujar beliau melalui perkongsian di ruangan Facebook miliknya. 

Oleh itu, beliau telah menyenaraikan 14 elemen penting yang akan diberikan khusus kepada golongan wanita.  

Pertama, pinjaman tanpa faedah sehingga RM20,000 seorang dengan mengembangkan DanaNita – wanita bangkit berniaga bagi membantu usahanita baharu;

Kedua, 30 peratus penyertaan wanita dalam jawatan utama bagi sektor awam dan swasta menjelang tahun 2025 dengan melaksanakan sistem intervensi agresif;

Ketiga, pelepasan cukai tambahan RM1,000 bagi semua wanita yang bekerja;

Keempat, Skim Perlindungan Surirumah RM800 dengan caruman surirumah sebanyak RM100;

Kelima, penglibatan wanita dalam industri berteknologi tinggi dan industri masa hadapan dipergiat;

Keenam, sistem sokongan wanita bekerja dan kembali bekerja termasuk peruntukan khas penjagaan ibu bapa, dan kemudahan taska di tempat kerja;

Ketujuh, peluang penyertaan wanita dalam latihan kemahiran baharu dan profesionalisme bagi mengupayakan mereka untuk mengisi jawatan penyelia di sektor swasta dan memulakan perniagaan;

Seterusnya, cuti paterniti ditingkatkan bilangannya;

Kad Kasih Ibu diperkenalkan di peringkat nasional bagi memudahkan pembelian barangan keperluan asas.

Kesepuluh, pek permulaan penjagaan ibu dan anak disediakan untuk kelahiran anka pertama.

Kesebelas, kewarganegaraan anak yang dilahirkan ibu berwarganegara Malaysia dengan suami warganegara asing di luar negara dengan cara memuktamadkan segera kajian pindaan perkara 14 (1) (b) Perlembagaan Persekutuan. 

Pelaksanaan akta anti gangguan seksual dengan menguatkuasa dan mempercepatkan pelaksanaan dan penggubalan rang undang-undang Anti Stalking. 

Seterusnya, penguatkuasaan perintah hiwalah (pemindahan hutang) dengan cara meningkatkan kerjasama dengan pihak berkuasa negeri bagi menyelesaikan kes hak wanita dan anak-anak seperti perceraian, ditinggal gantung tanpa tali dan nafkah anak-anak di mahkamah syariah dan sivil. 

Akhir sekali, pekerjaan secara fleksibel mengikut waktu dan lokasi yang bersesuaian dengan cara menggalakan majikan membenarkannya bagi menepati takrif kerja penuh 45 jam seminggu dalam usaha meningkatkan penyertaan wanita dan belia sebagai tenaga kerja. –HARAKAHDAILY 10/11/2022


2. Non-Muslim sesal terpengaruh janji PH PRU14 

KOTA BHARU: Masyarakat non-Muslim meluahkan perasaan kesal kerana terpengaruh dengan kempen Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.

Mereka terpengaruh terhadap pujukan anak-anak yang pulang ke kampung supaya menyokong PH bagi membentuk kerajaan baharu.

Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS Kelantan (DHPP) Lim Guan Seng berkata,
pada PRU lepas PH menjanjikan bulan dan bintang, namun hakikatnya sekadar janji kosong.

Katanya, ramai masyarakat Cina yang ditemui melahirkan perasaan sesal kerana terpengaruh dengan janji manis PH pada PRU lepas.

“Pada PRU lepas gelombang menyokong PH berlaku selepas ahli keluarga yang bekerja di luar Kelantan pulang dan mempengaruhi keluarga mereka.

“Angin perubahan digerakkan anak perantau tanpa memikirkan impak yang akan berlaku selepas pilihan raya,” katanya di sini.

Bagaimanapun kata beliau sekarang mereka sedar segala janji PH sekadar mainan di bibir pemimpin parti terbabit.

Katanya mereka sudah serik dan tidak mempercayai lagi segala janji yang ditabur PH biarpun cuba dipujuk pemimpin parti terbabit pada PRU kali ini.

Oleh itu menurutnya ramai dalam kalangan mereka semakin terbuka sekarang dan menyatakan sokongan terhadap PERIKATAN NASIONAL (PN). – HARAKAHDAILY 10/11/2022

Komen Weblog Ibnu Hayim: X Pinggir Wanita, Manifesto PN. Non-Muslim sesal janji PH.

Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS Kelantan (DHPP) Lim Guan Seng berkata, pada PRU lepas PH    menjanjikan bulan dan bintang, namun hakikatnya sekadar janji kosong.

Itulah realti PH. Jangn peraya lagi..

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails