Saturday, December 03, 2022

Ahmad Zahid, Fadillah dipilih sebagai TPM

 

KUALA LUMPUR : Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipilih sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam Kabinet baharu Kerajaan Perpaduan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi.

Dalam sidang media hari ini, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) turut menamakan Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai Timbalan Perdana Menteri II.

Beliau mengumumkan demikian pada sidang media pengumuman barisan Kabinetnya yang disiarkan secara langsung sebentar tadi.

Anwar pada sidang media pertamanya selepas mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-10 memaklumkan akan melantik dua Timbalan Perdana Menteri, masing-masing bagi mewakili BN dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

....

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

Post a Comment