Monday, December 26, 2022

Carilamat nelayan..Tommy dakwa Shahrir.. & Tuan Ibrahim..

 


1. Maritim Malaysia aktifkan operasi carilamat, nelayan hilang di laut

LABUAN: Seorang kru bot nelayan dikhuatiri lemas dalam kejadian pada jarak 4.4 batu nautika dari Pulau Kuraman, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa Diniela Rambie, 58, warga Indonesia bersama dua lagi kru melakukan kerja-kerja memotong pukat yang tersangkut pada kipas bot nelayan.

Bagaimanapun mangsa tidak timbul selepas kerja-kerja berkenaan selesai.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata, sebaik menerima maklumat berkenaan kejadian itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengaktifkan operasi Carilamat di kawasan berkenaan.

Katanya, bot ronda APMM Labuan diatur gerak ke lokasi kejadian untuk melakukan pencarian awal.

"Sebanyak empat aset dikerahkan dalam usaha pencarian bagi hari ini membabitkan aset APMM, Pasukan Polis Marin (PPM) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Perikanan.

"Pencarian dilakukan namun mangsa masih belum ditemui dan tiada petanda positif," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, operasi carilamat ditangguh jam 6.30 petang dan akan disambung semula esok.

"Komuniti maritim dinasihatkan supaya sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan ketika berada di laut.

"Sebarang kecemasan boleh disalurkan ke Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087-427999 atau melalui talian kecemasan 999," katanya. (BH) 



2.  Tommy jadi kambing hitam? Arah Shahrir didakwa walau siasatan belum lengkap. 

KUALA LUMPUR: Bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas bertegas mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendakwa Tan Sri Shahrir Ab. Samad atas pertuduhan pengubahan wang haram meskipun kertas siasatan masih belum lengkap.

Pegawai Penyiasat SPRM, Penolong Penguasa Nurzahidah Yacop, 35, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, beliau menerima kertas siasatan daripada pihak pendakwaan bahawa Tommy telah mengeluarkan izin pada 15 Januari 2020 untuk mendakwa bekas Pengerusi Felda itu.

Sehubungan itu, bekas Ahli Parlimen Johor Bahru kemudian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pada 21 Januari 2020 atas dakwaan gagal mengisytiharkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) wang RM1 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Nurzahidah menyatakan demikian ketika disoal balas oleh peguam Datuk Syed Faisal Al-Edros Syed Abdullah Al-Edros yang mewakili Shahrir pada perbicaraan tersebut.

Dalam keterangannya, saksi pendakwaan ke-22 itu mengaku mengetahui siasatan masih belum lengkap namun beliau menerima arahan daripada timbalan pendakwa raya untuk menuduh Shahrir selepas izin mendakwa dikeluarkan oleh Tommy.

Syed Faisal Al-Edros: Di lubuk hati puan, puan tahu siasatan belum lengkap sepenuhnya, saya cadangkan tuduhan yang dilemparkan terhadap anak guam saya (Shahrir) adalah berasaskan kepada satu kertas siasatan yang belum lengkap sepenuhnya?

Nurzahidah: Ya.

Syed Faisal Al-Edros: Tan Sri Tommy Thomas tetap mengarahkan untuk mendakwa (Shahrir)?

Nurzahida: Ya.

Terdahulu, Penolong Penguasa SPRM itu bersetuju bahawa berdasarkan transaksi daripada buku akaun bank Shahrir, beliau menggunakan wang peribadinya melebihi RM2.6 juta untuk kegiatan politik sebelum menerima RM1 juta daripada Najib, pada 28 November 2013.

Bagaimanapun, Nurzahidah mengaku tidak menyiasat wang RM1 juta itu bertujuan menggantikan wang pencen Shahrir, walaupun tertuduh menegaskan perkara tersebut sebanyak lapan kali semasa siasatan dijalankan pada 2019.

Menurut Nurzahidah, beliau telah memaklumkan kepada pegawai atasan berhubung wang yang diganti semula namun tidak diarahkan untuk menjalankan siasatan terhadap perkara tersebut.

Syed Faisal Al-Edros: Bagi pandangan puan, sebagai pegawai penyiasat SPRM, wang ganti balik ini (RM1 juta) tidak disiasat, adakah ia adil bagi anak guam saya, walaupun beliau (Shahrir) berkali-kali mengatakan ia adalah wang ganti balik.

Nurzahidah: Tidak adil bagi Tan Sri Shahrir, tetapi saya tidak pernah menerima dokumen ini (pengeluaran wang RM2.6 juta). Siasatan saya selepas tarikh penerimaan wang RM1 juta.

Menjawab soalan Syed Faisal Al-Edros, saksi mengaku berasa musykil terhadap tindakan pegawai atasannya yang tidak mengarahkan untuk menyiasat mengenai wang yang diganti itu.

Syed Faisal Al-Edros: Oleh kerana puan kata ia adalah satu sudut siasatan yang penting (wang ganti balik), puan mahu siasat sendiri, tetapi takut untuk langgar arahan.

Nurzahida: Ya.

Semalam, saksi penting pendakwaan itu memberitahu,
wang RM1 juta daripada bekas Perdana Menteri kepada Shahrir bertujuan membayar balik wang peribadi yang telah didahulukan oleh bekas Pengerusi Felda itu untuk melaksanakan aktiviti politik di kawasan Parlimen Johor Bahru.

Perbicaraan bersambung 5 Januari ini.

Shahrir, 73, didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan.

Tindakan itu didakwa bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek yang kemudian dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini pada 25 April 2014.

Shahrir didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – UTUSAN


3. Inisiatif Tebatan Banjir Kelantan semasa Dato Tuan Ibrahim menjadi Menteri KASA : Apa yang ramai orang tak tahu ?! 

MENYELAMATKAN rakyat Kelantan daripada banjir adalah keutamaan. Atas tujuan ini, inisiatif Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) dan Rancangan Tebatan Banjir dilaksanakan bagi mengatasi masalah banjir ini.

Bagi Lembangan Sungai Golok, projek PLSB Sungai Golok (Kesban) Fasa 1 telah siap 60 peratus. Lawatan Ketua Setiausaha Negara baru-baru ini adalah signifikan bagi kemaslahatan rakyat bagi mengatasi banjir yang berpunca daripada limpahan air Sungai Golok. 

 Lembangan Sungai Kelantan mencatatkan 9 kali banjir besar iaitu pada tahun 1926, 1967, 1971, 1974, 1980, 1988, 1994, 2004 dan 2014. Aliran air besar yang tak terkawal dalam lembangan Sungai Kelantan adalah pencetus penting terhadap insiden banjir-banjir besar ini. 

Bagi menangani masalah banjir dalam Lembangan Sungai Kelantan ini terdapat dua pendekatan yang akan dilaksanakan iaitu:

1. Pendekatan pertama: melakukan mitigasi melalui projek PLSB serta Rancangan Tebatan Banjir (RTB).

2. Pendekatan kedua: mengawal aliran air yang masuk ke dalam Lembangan Sungai Kelantan.

Bagi pendekatan pertama, pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kelantan telah melepasi fasa 1 dan memasuki fasa 2. Pembangunan fasa 2 bagi komponen bagi seluruh Sungai Kelantan yang melibatkan kos lebih kurang RM1.9 bilion. 

Manakala untuk RTB yang melibatkan tiga pakej utama seluruh Sungai Kelantan iaitu RTB Kuala Krai, dianggarkan kos lebih kurang RM700 juta, RTB Tanah Merah lebih kurang RM440 juta dan RTB Kota Bharu dengan kos RM750 juta. Struktur bagi RTB Kuala Krai, mempunyai empat komponen utama yang melibatkan pembinaan ban ataupun tembok banjir, pengorekan sungai dan pembinaan pintu kawalan banjir serta pengalihan utiliti. 

Pendekatan kedua pula dapat lihat melalui jawapan lisan Menteri KASA di Parlimen pada 18 Julai 2022 menyatakan bahawa banjir di Sungai Kelantan disumbangkan oleh dua lembangan sungai utama iaitu Sungai Lebir yang menghasilkan lebih kurang 60 peratus dan Sungai Nenggiri sebanyak 20 peratus daripada punca air banjir di Kelantan.

Air banjir yang melimpah ruah sepanjang sungai Kelantan, menjadi bencana yang menenggelamkan penempatan ataupun mengalir terus ke dalam laut tanpa dimanfaatkan. 

Ada satu kajian yang dibentangkan pada April 2016 dalam Persidangan Kajian Bencana Banjir 2014 anjuran Universiti Teknologi Malaysia menyatakan bahawa air hujan 7 hari musim tengkujuh di Lembangan Sungai Kelantan jika disimpan ia dapat menampung bekalan air Kelantan selama 1 tahun.

Maka atas asas inilah timbulnya keperluan mengawal aliran air dan menyimpannya untuk dimanfaatkan demi kegunaan penduduk di Kelantan melalui projek Empangan Lebir dan Empangan Nenggiri.

Dengan adanya kedua-dua empangan ini, risiko terhadap banjir di sepanjang Sungai Kelantan dapat diminimakan apabila air yang turun daripada Lembangan Sungai Lebir dan Lembangan Sungai Nenggiri tidak dibiarkan turun sekali gus ke dalam Sungai Kelantan. Di samping itu simpanan air dalam empangan tersebut akan menjamin kelestarian sumber air untuk kegunaan seluruh Negeri Kelantan. 

Kedua-dua projek empangan ini sekurang-kurangnya berfungsi secara serampang 2 mata, bahkan bagi empangan Nenggiri ia bakal berfungsi sebagai serampang 3 mata apabila juga bakal dibina untuk tujuan penjanaan hidroelektrik yang disifatkan sebagai teknologi hijau.

Keputusan melaksanakan pendekatan kedua ini dibuat dengan teliti setelah mempertimbangkan kemanfaatan tertentu yang terpaksakan dilepaskan. Sememangnya Kerajaan Negeri Kelantan mempunyai kos lepas apabila projek kawalan air melalui empangan ini dilaksanakan. Terdapat NGO-NGO yang melahirkan kerisauan atas kepentingan biodiversiti, warisan dan kelestarian masyarakat orang asli.

Sebagai kerajaan akhirnya keputusan yang berat terpaksa dibuat yang dan sudah pasti takkan terlepas daripada kritikan keras daripada pihak-pihak tertentu yang memperjuangkan sesuatu perkara. 

Persoalan penting yang perlu dijawab, bagaimanakah penyelesaian rancangan tebatan banjir tanpa kawalan air melalui empangan yang dicadangkan di musim tengkujuh? Bagaimanakah kelestarian simpan sumber air mentah untuk bekalan yang memenuhi permintaan di musim kemarau?

Jaminan sekuriti air Kelantan untuk jangka panjang akhirnya berada di persimpangan antara kepentingan memelihara biodiversiti dan tuntutan hak orang asal. Isu ini akan terus diperdebatkan atas tema perbincangan kelestarian alam sekitar.

 Semoga apa saja keputusan yang diambil adalah terbaik untuk semua aspek dan keutamaan demi kepentingan yang holistik dan menyeluruh.

Yayasan Strategik Lestari
Cyberjaya , 23 Disember 2022
(Ulangsiar Tulisan 5 Ogos 2022 )

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Carilamat nelayan.. Tommy dakwa Shahrir.. & Tuan Ibrahim..

3 perkara ini, ramai yang masih belum tahu. Perlu di'prihatin rakyat' kan..

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

3 comments:

Anonymous said...

Berani ker bro An nak dakwa tommy tommy. Tommy tommy bebaskan pembunuh adib.

Gerenti tak berani punya. Walaupun bilangan dap kecil dlm kabinet, tapi suara macam guna pembesar suara. Bergegar otak bro An bila dap bersuara.

Jangan heran kalau dap cuma berbisik kat bro An. Tapi bingit. Lantaran itu bro An cuma berani tapau orang melayu.

Ada tak usahawan dap beri 10 juta. Kemudian 50 juta. Macam yang kena pada tuan syed.

Bunyi macam nak kontrol monopoli. Tapi berpilih. Mangsa adalah bangsa sendiri.

Inilah bentuk reformasi bro An. Guna helah bawah tikar untuk agenda dap. Demi pertahan kerusi prime.

Anonymous said...

Pemilihan bro An bukanlah melalui proses yang suci. Tentera di belakangnya adalah parti chauvanist. Parti ini bukan parti yang suci. Ini adalah bahagian pertama. Membentuk tentera yang besar keknya.

Tentera kedua juga bukan parti yang suci. Kluster mahkamah yang belum selesai kes mahkamah. Parti ini banyak merujuk hukum aqal dan nafsu. Tidak menggunakan hukum wahyu. Sanggup bergabung dengan parti chauvanist untuk kerusi kedua penting. Akar umbi tonggang langgang angkara pemimpin yang patuh kepada hukum aqal dan nafsu. Parti ini back up kedua.

Dengan adanya dua back up yang tidak suci, membolehkan kerusi prime berada dalam keadaan yang tidak suci. Berlaku perlanggaran masa untuk mendapatkan kerusi prime. Ini aspek ketiga dalam konteks tidak suci. Oleh itu apa juga suara dari kerusi prime, juga tidak suci.

Anonymous said...

Setelah berkuatkuasanya perjanjian MOU luar tabie, MP2 kini sudah takut untuk membawa suara rakyat, takut2 tidak lagi selari dengan pimpinan dan akan tertalak dengan sendirinya? Ianya tidak baik dalam amalan demokrasi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails