Saturday, December 03, 2022

DAP berebut jadi Menteri.. Disiksa di negara idola DAP?

 

Ahli Parlimen Damansara, Gobind Singh Deo. - Foto fail BERNAMA

1. Gobind tolak sertai Kabinet atas pertimbangan peribadi

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo menyatakan dirinya dipelawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyertai Kabinet Kerajaan Perpaduan, namun menolaknya atas pertimbangan sendiri.

Dalam satu kenyataan di Facebook hari ini, Ahli Parlimen Damansara itu sebaliknya menegaskan akan terus membantu Anwar serta kerajaan dalam usaha mereka memimpin negara ke tahap yang lebih baik.

"Begitu ramai yang bertanya kenapa saya tidak tersenarai dalam Kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri semalam. Anwar meminta saya menjadi sebahagian daripada Menteri Kabinetnya.

"Bagaimanapun, selepas mempertimbangkan perkara itu, saya memaklumkan kepadanya bahawa saya tidak dapat berbuat demikian dan akan memberi tumpuan terhadap peranan saya sebagai Ahli Parlimen serta membantu kerajaan dalam segala cara yang saya boleh lakukan," katanya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) atas pelawaan yang diberikan sebelum ini.

"Saya sekali lagi menyatakan keyakinan penuh saya terhadap kepemimpinan beliau dan percaya bahawa beliau akan berjaya membawa Malaysia ke tahap yang lebih tinggi," katanya.

Kerajaan PH yang dipimpin bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu menamakan Gobind sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Selain Gobind, turut tidak dinamakan dalam Kabinet Anwar kali ini dan pernah memegang portfolio menteri sebelum ini adalah Pengerusi Kebangsaan DAP, yang juga Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng serta Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, M Kulasegaran.

Anwar ketika mengumumkan barisan Kabinetnya malam tadi menamakan empat wakil rakyat DAP iaitu Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook sebagai Menteri Pengangkutan, sementara Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming dilantik sebagai Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan.

Timbalan Setiausaha Agung DAP, V Sivakumar pula dilantik Menteri Sumber Manusia serta Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Hannah Yeoh memegang portfolio Menteri Belia dan Sukan.


2. Bagaimana pembangkang ‘diseksa’ di Singapura 

BAGI yang sering mengikuti perkembangan politik Asia Tenggara semenjak dahulu, semestinya nama J.B Jayaretnam amat diingati mereka. Ini kerana Jayaretnam adalah pembangkang pertama yang dipilih rakyat di Singapura melalui pilihan raya tahun 1981, semenjak Singapura keluar dari Malaysia pada tahun 1965.

Pada tahun 1976, Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura, pernah menyaman JBJ atas ucapan beliau yang mendakwa Lee mengamalkan kronisme dalam pemerintahannya yang berakhir JBJ diarahkan membayar kepada Lee sejumlah SD130,000. Kemudiannya bertambah menjadi SD500,000 setelah JBJ membawa kes ke mahkamah rayuan. JBJ terpaksa menjual rumahnya dan menyewa di flat.

Kemenangan beliau di kerusi Anson itu, bukan hanya sekali. Setelah beliau dipercayai rakyat, maka untuk menyekat kemaraan parti beliau, sesuatu mesti dilakukan. Seusai kemenangan penggal kedua beliau tahun 1984, beliau dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan tidak mengendalikan dengan betul akaun partinya. Beliau didapati bersalah dan kerusinya dikosongkan. Namun, tiada PRK dibuat dan Perdana Menteri hanya menjawab, tiada keperluan mendesak.

Setelah itu, siri demi siri panggilan mahkamah terhadap beliau dibuat. Satu demi satu hukuman dikenakan atas nama saman atau kesalahan lain. Bagi menunjukkan kebaikan kerajaan, beliau pernah diberikan kerusi Parlimen tanpa kawasan oleh kerajaan. Kalau di Malaysia, ia seperti Senator. Mereka yang dipilih ini seramai enam orang.

Pun begitu, kes-kes mahkamah beliau terus berjalan sehingga akhirnya beliau dipenjarakan. Beliau yang juga bekas peguam dan hakim itu juga telah jatuh muflis kerana gagal membayar saman-saman yang dikenakan ke atasnya. Akhirnya beliau pernah dilihat menjual buku tulisannya bagi menyara hidup. Beliau akhirnya meninggal dalam keadaan muflis.

Ini adalah salah satu cara yang dilakukan oleh pemerintahan Lee Kuan Yew di Singapura pada zaman pemerintahannya, untuk menyekat pembangkang. Pembangkang kena berulang alik ke mahkamah, menyibukkan mereka dengan kes-kes peribadi. Mengganggu kerja-kerja membantu rakyat. Lee Kuan Yew juga pernah menggunakan akta ISA kepada pengkritik beliau seperti Said Zahari, Ketua Pengarang Utusan Singapura.

Cuma kita berharap tiadalah pimpinan tertinggi di mana-mana negara di atas dunia ini yang berhati tisu dalam menangani kritikan pembangkang. Apatah lagi jika pimpinan itu dilihat bagaikan seorang yang patuh kepada agama, walaupun sekadar menyamar. Zaman sudah berubah. Jika pimpinan itu dilihat pro kepada musuh negaranya, maka tidaklah salah jika ada kritikan kepada perlakuan itu. Contohnya, jika pimpinan Ukraine dilihat mesra dengan Rusia, maka patutlah dia dikritik kerana mesra kepada musuh.

Kalau pimpinan itu berhati tisu, memang dia akan menyaman pengkritiknya menggunakan jentera kerajaan, bagi menunjukkan kuasanya. Namun jika sebaliknya, dia hanya bertenang dan menjawab pertuduhan itu dengan bukti penafiannya. Namun apakan daya, kebanyakan mereka seumpama kaduk, hanya berlakon ketika masih belum berkuasa, kononnya dia berjiwa besar, zuhud sebelum menang, menjadi mangsa. Dan selepas dia berjaya menaiki junjungan, ketika itulah ditunjukkan segala kekuasaannya.

Teringat kepada seorang pemimpin sebelum mendapat jawatan tertinggi di negara Pasir Berdengung, katanya dia ada mempunyai kelemahan dalam dirinya. Apabila orang fitnah kepada dia, dia cepat memaafkan yang mengatanya itu. Konon, begitulah riwayat kisahnya dahulu sebelum menang, bagaikan malaikat baiknya. Dan selepas menang, berbagai saman dia atur. Balas dendam? Mungkin. Yang menipu pengundi, pun dia. Nasiblah kalau mana-mana rakyat dapat pemimpin hipokrit sebegini.

MOHD NASIR ABDULLAH – HARAKAHDAILY 1/12/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim:DAP berebut jadi Menteri.. Disiksa di negara idola DAP? 

Amat berbahaya kepada parti yang beridola seperti parti 'antiIslam' di Malaysia ini..

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment:

Anonymous said...

Tak sangka. Parti yg menang sikit, dapat banyak jawatan.
Jom sokong pas.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails