Sunday, December 25, 2022

Esok, Konsert Generasiku. Apa faedah untuk Agama, negara, bangsa?

 

Konsert OAG 30 Tahun Generasiku anjuran BSX Box dengan kerjasama Kongres Muzika Malaysia mengisi festival seni yang bermula seawal 9 pagi sehinggalah 12 tengah malam, esok. Foto IG OAG Official

OAG rakam nyanyian peminat dalam konsert esok

KUALA LUMPUR : Konsert OAG 30 Tahun Generasiku di Stadium Malawati, Shah Alam, esok, bakal melakar sejarah peribadi buat band itu.

Acara itu menjadi konsert berskala besar yang julung kali dipentaskan band itu selepas tiga dekad OAG berada dalam belantara muzik tempatan.

Berkongsi perkara itu, pemain dram kumpulan alternatif terkenal itu, Qi Razali berkata, konsert itu bukan sahaja menghimpunkan penggemar setia, malah, dianggap dokumentari yang memaparkan perjalanan band itu sejak mula aktif di pentas muzik.

"Pada konsert itu, kita kumpulkan semua orang yang pernah bersama OAG dari dahulu sampai kini.

'Kita pun tahu sejarah OAG yang ahlinya sering bertukar ganti. Jadi, kami mahu meraikan kejayaan ini bersama-sama.

"Selain menyanyikan antara 20 hingga 30 lagu, konsert itu juga menayangkan video yang menceritakan awal pembabitan kami dalam bidang muzik seperti gig pertama yang kami sertai.  


Radhi (kanan) akan mendendangkan rangkaian lagu malar segar OAG sepanjang konsert, esok. Foto OAG Official

"Radhi banyak menyimpan video lama kami. Sambil berhibur, dapat juga kita imbau memori 30 tahun dulu," kata Qi pada sidang media di Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Yang turut hadir, vokalis, Radhi dan bekas anggota OAG, Naza serta wakil penganjur.

Mengulas persiapan menjelang konsert itu, Radhi atau nama sebenar, Muhammad Radhi Razali perkara utama yang akan dititikberatkan adalah tahap kesihatan.

"Usia saya sekarang pun bukan muda lagi. Jadi, untuk mengekalkan stamina, saya jalani kehidupan sihat dengan melakukan senaman termasuk berjoging.

"Saya tahu ramai yang mempersoalkan kemampuan saya dan sangsi. Saya faham, takkan ada seorang pun yang akan menonton konsert artis 'lalok'.

"Justeru, sejak sebulan lalu, saya berusaha melawan 'kejahatan' dalam diri bagi memastikan saya 'bersih'," luah penyanyi lagu Slumber ini.

Bagi memahat kenangan bersama peminat yang sentiasa ada di saat jatuh dan bangun mereka, Radhi memberitahu, mereka akan mengabadikan vokal penonton konsert itu dalam single baharu mereka berjudul Ori.

"Selama ini, mereka hanya menjadi penyanyi latar setiap kali kami membuat persembahan.

"Disebabkan itu, timbul idea untuk memuatkan suara peminat dalam lagu ini. Lagu ini belum siap sepenuhnya.

"Kami hanya tunggu penonton menyanyikan rangkap mereka untuk dirakam dan dimuatkan dalam single itu," katanya.

Maklumat pembelian tiket boleh didapati didapati di laman sesawang www.oagforever.com.

OAG atau Old Automatic Garbage yang sebelum ini dikenali sebagai band 'underground' mula menembusi pasaran arus perdana menerusi lagu 60's TV pada awal 1990-an.

Konsert anjuran BSX Box dengan kerjasama Kongres Muzika Malaysia bukan sekadar konsert, malah, festival yang bermula seawal 9 pagi sehinggalah 12 tengah malam.

Pelbagai program dikendalikan di perkarangan stadium termasuk gerai jualan, pameran, pertandingan dan persembahan beberapa kumpulan muzik lain. (BH)

BERITA BERKAITAN


Komen Weblog Ibnu HasyimEsok, Konsert Generasiku. Apa faedah untuk Agama, negara, bangsa?

Setakat ini, kita tidak nampak apa faedahnya konsert-konsert seperti ini memberi manfaat yang wajar kepada Agama Islam atau agama-agama samawi. Apalagi kalau kepada parti politik penyambung cita-cita anti Islam di negara ini.. Porrah!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

3 comments:

Anonymous said...

Oktober fest. Konsert dari german anjuran sekutu ph.

Anonymous said...

Antara konsert generasiku dengan jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan.
Yang mana lebih mudarat.
Konsert generasiku ada pilihan untuk beli tiket atau tidak.
Tapi tiada pemilihan, bererti demokrasi telah dirogol.
Mahu tak mahu, terpaksa terima yang korup memimpin.
Yang lebih baik tiada harapan memimpin.
Yang terpimpin akan rosak seluruhnya.

Kalau harga ayam mahal, jangan makan ayam.
Nanti inflasi turun. Ini bukan ekonomi rumah tangga pak menteri oooiiii.

Anonymous said...

Bilo Mentri Pendidikan Afganostan dilantik jadi mentori... formula hape dia pakai pulak nihh.?

Sekor lagi ialah Menteri Pendidikan. Rakyat ni tertunggu tunggu lah apa yang nak di umumkan bagi mengatasi masaalah guru bersara awal, masaalah 72% pelajar lepasan SPM tak sambung pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tahun lalu.

Masaalah beg yang bertan tan beratnya, masaalah pelajar yang tertinggal dalam tempoh pkp yang lalu dan ada 1001 macam persoalan lain seperti masaalah pengusaha kantin, PIBG dan lain lain yang pastinya memerlukan perhatian serta tindakan segera Menteri.

Buat pres kompren dng wartawan siap mintak pengarah kanan, pengarah kiri atas bawah back up bila nak jawab.. gilo ko apo montori ni..!?

Yang di hidangkan kepada rakyat apa? Menteri ni sebok sound Taliban di Afghanistan supaya benarkan wanita bersekolah kau dah kenapooo..!?

Itu tak salah..! tapi tak betul mengikut aturan keutamaan tugas yang mendesak sekarang ini woooiiiii.!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails