Sunday, December 18, 2022

Gelombang Hijau, dominasi P.Pinang & Gelombang Hitam PM.


1. Gelombang Hijau menguasai masa depan politik Malaysia

PENCAPAIAN PERIKATAN NASIONAL yang didominasi PAS dalam PRU ke-15 baru-baru ini diperakui semua kawan serta lawan dan tidak dapat dipandang remeh oleh mana-mana pihak termasuk Kerajaan Perdana Menteri ke-10 yang hanya dapat dibentuk setelah terpaksa bersekongkol dengan musuh yang dimaki hamunnya sebelum ini.

Kemenangan 73 kerusi Parlimen, PAS 43 dan BERSATU 30 di kawasan Bumiputera dan Melayu Islam (Beluran dan Saratok diwakili Bumiputera bukan-Islam) sesungguhnya menarik perhatian ramai dengan para penganalisa menggelarnya ‘The Green Wave‘ atau ‘Gelombang Hijau’. 

Dan kemudian keputusan Pilihan Raya Parlimen Padang Serai di Kedah (menambahkan kerusi ke 74), memuktamadkan bahawa gelombang ini bukan bikin-bikinan atau ‘artificial‘ tetapi ia satu trend dan malah mampu meledak dan melonjak lebih besar lagi, mencerminkan selera politik masyarakat majoriti dalam negara.

Berilah apa alasan sekalipun, hakikatnya Parlimen Padang Serai adalah kerusi tradisional PKR sejak 2008. Sepatutnya apabila calon Barisan Nasional tarik diri, kombinasi jentera Pakatan Harapan dan BN boleh membawa kemenangan besar, ini ditambah pula dengan pembentukkan Kerajaan Perdana Menteri ke-10, Padang Serai sepatutnya menjadi medan rakyat mengesahkan kerajaan baru, malangnya tidak.

PN menang besar di Padang Serai dengan majoriti 16,260 undi. Pada PRU lalu mendiang M.Karupaiya menang untuk PKR dengan majoriti 8,813 undi, kali ini calon PN dari BERSATU menang dengan majoriti luar biasa. Ini bermakna PN Kedah yang didominasi PAS menang keseluruhan di 14 dari 15 kerusi Parlimen. BN tiada satu pun kerusi Parlimen di Kedah buat pertama kali (sebagaimana tiada di Perlis, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Melaka).

Sepatutnya setelah selesai PRU Parlimen ke-15, dan dengan pembentukan Kerajaan Perdana Menteri ke-10 di bawah Datuk Seri Anwar Ibrahim, rakyat kembali memberi sokongan dan dukungan kepada parti kerajaan sebagai tanda keyakinan mereka, tetapi ini tidak berlaku di Padang Serai. 

Rakyat tetap menolak PH dan BN walaupun mereka kini bersekongkol, Gelombang Hijau tetap menjulang tinggi melanda segenap ceruk di Padang Serai diketuai asakkan sokongan anak-anak muda.

Berdasarkan keputusan Padang Serai ini ternyata rakyat khasnya para pengundi Melayu Islam, yang lebih 56 peratus menyokong PN, tidak selesa malah kecewa melihat PH bekerjasama dengan BN bagi membentuk kerajaan. 

Bagi mereka kerjasama ini seakan mengkhianati apa yang dijanji dan diperjuangkan oleh kedua-dua PH dan BN yang sebelum ini melancarkan perang besar-besaran sesama sendiri sepanjang kempen PRU ke-15. 

PH mendesak rakyat agar menolak ‘kluster mahkamah’, pemimpin korap dan pincang semuanya ditujukan pada pimpinan BN dan Umno. Malah PKR melalui penyanyi rap dan komposer Altimet mempopularkan kembali lagu Allahyarham P.Ramlee, ‘Siapa sokong penyamun’ yang sakan dinyanyikan oleh Anwar sepanjang tempoh kempen untuk mengaibkan BN dan pimpinannya.

BN pula kuat menyerang PH khasnya DAP yang dituduh mengancam nasib dan masa depan umat Melayu Islam. 

Tiba-tiba apabila perlu membentuk kerajaan segala maki hamun dan sumpah seranah antara sesama sendiri boleh dalam sekelip mata dilupakan. Si penyamun dan si ekstremis tiba-tiba menjadi kawan dan dijulang.

Politik matlamat menghalalkan cara ini mungkin langkah terdesak kerana masing-masing laparkan kuasa dan tidak sanggup lagi memanaskan kerusi pembangkang setelah menunggu sekian lama, ada pula yang tidak sanggup meringkuk di penjara. 

Oleh itu padam sahaja rekod yang lepas dan tekan butang ‘reset‘ semua kembali menjadi putih-bersih bagai bayi baru lahir.

Langkah ini mungkin boleh dihalalkan oleh mereka yang terdesak itu, tetapi rakyat tidak melihat sebegitu. Bagi rakyat tindakan ‘u-turn’ itu sesuatu yang serius. Bertindak sedemikian bagi rakyat dilihat sebagai satu pengkhianatan, ianya pembohongan yang mungkin dipandang mudah oleh pimpinan politik yang selama ini mereka percayai. 

Rakyat merasakan mereka seakan menjadi buah catur yang dipermainkan sesuka hati oleh pimpinan yang mengutamakan agenda peribadi.

Kerana itu Padang Serai menjadi kemuncak kemarahan rakyat dan penolakan terhadap Kerajaan Perdana Menteri ke-10.

Soalnya adakah ‘Gelombang Hijau’ ini akan terus bertenaga sehingga sampai ke Pilihan Raya Umum ke-15 bagi baki enam negeri-negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan atau akan beransur merosot selepas ini?

Kerajaan PH-BN Perdana Menteri ke-10 ini sudah pasti akan berusaha mematahkan gelombang ini kerana mereka tidak akan mampu berhadapan dengan penolakan besar-besaran rakyat khasnya para pengundi Melayu Islam yang merupakan blok terbesar dalam Pilihan Raya itu nanti yang dijangka sebelum pertengahan 2023.

Menurut Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisommudin Bakar, keputusan Padang Serai membuktikan yang sokongan pengundi Melayu terhadap PN berterusan (walau selepas Kerajaan Persekutuan terbentuk) dan ia kini mencapai tahap luar biasa yang ternyata gagal dibendung PH (mahupun BN).

Manakala penganalisa politik dari UTM Dr Mazlan Ali berkata PH kini ketandusan isu, kerana segala serangan terhadap golongan kleptokrat dan penyamun sudah tidak lagi boleh dipakai kerana BN kini bersama mereka dalam kerajaan.

Lantaran itu kedua-dua mereka menjangka yang fenomena ‘Gelombang Hijau’ ini akan menjadi ancaman dalam Pilihan Raya enam negeri nanti. Kelantan, Terengganu dan Kedah dijangka terus ‘hijau’ manakala Kerajaan Negeri PH di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dalam keadaan bahaya.

Trend penolakan ini dijangka berterusan apabila rakyat mula menilai prestasi Kerajaan Perdana Menteri ke-10. Mampukah mereka membela nasib dan kebajikan rakyat sebagaimana didakwa semasa berkempen dahulu atau ia sekadar retorik kosong sama sebagaimana kerajaan 22 bulan PH dahulu. 

Dengan gabungan PH dan BN yang bagaikan balam dan ketitir itu, masing-masing mendukung matlamat dan perjuangan yang berbeza, laluan sukar pasti menanti mereka.

Apa pun bagi PN dukungan kuat pengundi Melayu Islam khasnya di kalangan anak-anak muda hendaklah ditatang dan dipelihara baik-baik. 

Kerajaan Negeri-negeri PN mesti membuktikan kemampuan masing-masing mencerminkan kematangan, kebijaksanaan dan keupayaan politik umat Melayu yang tidak pernah lekang dari ajaran dan panduan agama. 

Ahli-ahli Parlimen PN hendaklah berperanan sebagai pembangkang yang rasional dan konstruktif. Jangan jadikan Dewan sebagai gelanggang maki hamun sebagaimana kumpulan lain. 

Rakyat telah beri kepercayaan mereka pada kita, kini tugas kita untuk buktikan yang pilihan mereka itu tepat.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 15/12/2022


2. Dua arus memungkinkan misi dominasi di Pulau Pinang 

GELOMBANG PN yang melanda negara dalam PRU15 yang lalu masih lagi tidak terpadam pasca PRU15. Kini muncul pula dua arus baharu. Dua arus inilah yang bakal memungkinkan PN mendominasi Pulau Pinang.

Dua arus ini sebenarnya rezeki tersepak bagi PN, apabila PH dan BN membuat keputusan untuk bersama dalam keadaan mengejut. Dua arus ini mula dikesan di Padang Serai dan Tioman dan ianya terus mengalir dengan lebih deras dan kuat.

Arus pertama ialah arus merah kepada putih. Ini arus yang deras tapi mengalir senyap di bawah permukaan bumi Pulau Pinang. Arus protes dan hilang kepercayaan penyokong PH tapi mereka tidak bergerak ke PN, namun memilih untuk senyap dan protes tidak puas hati.

Mereka ternyata masih waras dan ada sifat malu. Malu untuk berpelukan dengan pihak yang mereka sumpah seranah sebagai penyamun. Arus merah ke putih ini akan mengurangkan kekuatan PH. 

Arus kedua pula ialah arus biru kepada hijau. Arus ini juga bergerak laju dan sudah sukar untuk ditahan. Bertalu-talu rombongan ahli BN bahkan kepimpinan akar umbi yang mula berhijrah beralih arah kepada PAS atau PN. 

Betapa mereka telah rasa dikhianati oleh kepimpinan sendiri. Arus biru ke hijau ini mampu melumpuhkan Umno atau BN di Pulau Pinang sekali gus melanggar dominasi DAP atau PH.

Dua arus ini jika dicantumkan dengan gelombang PN. Silap hari bulan boleh jadi tsunami PN. Bukan sahaja dapat banyak kerusi malah mungkin dapat memimpin Pulau Pinang.  

AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 15/12/2022


3. ‘Gelombang Hitam’ bukan dari PN, kata pemimpin PAS   

PETALING JAYA: Ketua Penerangan PAS, Khairil Nizam Khirudin menafikan dakwaan Perikatan Nasional (PN) di sebalik protes aman “Gelombang Hitam” menjelang usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat minggu depan.

“Gelombang Hitam bukan dari PN,” katanya ringkas ketika dihubungi FMT.

FMT turut menghubungi beberapa pemimpin Bersatu untuk mendapatkan komen.

Risalah yang tersebar di media sosial menyatakan “Gelombang Hitam” bukannya protes jalanan, sebaliknya protes aman terhadap perdana menteri ke-10 yang tidak mengganggu ketenteraman awam.

Ia menggesa individu tidak menyokong Anwar berpakaian hitam dan menukar gambar profil di media sosial kepada latar belakang hitam pada 18 dan 19 Dis ini bagi menghantar mesej kepada Ahli Parlimen.

Ia turut menggalakkan penggunaan tanda pagar “tidakpercaya” di media sosial.

Usul undi percaya terhadap kepimpinan Anwar disenaraikan sebagai Aturan Urusan Mesyuarat kelapan pada mesyuarat pertama Dewan Rakyat yang akan bersidang dua hari mulai Isnin depan.

Ahad lalu, Anwar dilaporkan berkata, usul undi percaya bagi membolehkan beliau menerajui negara dengan mandat jelas, walaupun ia tidak diperlukan kerana beliau memiliki majoriti jelas di Dewan Rakyat.

Katanya, beliau turut menjelaskan perkara itu semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah baru-baru ini. (FMT)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Gelombang Hijau, dominasi P.Pinang  & Gelombang Hitam PM.

“Gelombang Hitam bukan dari PN." kata PAS. Tunggu.

  • PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

2 comments:

Anonymous said...

Kredibiliti kerajaan minoriti Brother Anwar Bin Ibrahim akan rosak jika tidak dakwa Zeti dan Nazlan segera.

Berbeza Najib dengan Zahid yang kini berdepan kes di mahkamah. Tatkala beliau hanya menang majoriti 348 undi sahaja di Bagan Datuk.

Najib terima keputusan ini dengan moral dengan hati terbuka tetapi tidak pada Zahid Hamidi dan Tok Mat, "

3 hari selepas BN tumbang, Najib umum letak jawatan. Dengan kuasa Allah, Najib yang dihina kini dipuji dan diangkat sebagai individu hebat oleh segenap lapisan masyarakat. Ke mana saja dia pergi, pasti dikerumuni ramai orang.

Popularitinya bertambah, walaupun dipenjara, nama beliau masih disebut dan dirindui.

Antara perkara paling utama kerajaan minoriti Brother kita harus lakukan adalah segera mendakwa Bekas Gabenor Zeti Aziz dan Hakim Nazlan Mohd Ghazali yang ada kes rasuah tetapi masih belum didakwa dakwa lagi sehingga kini.

Kedua kes ini menjadi “Elephant in the room” kepada semua Perdana Menteri kerana menampak kan semua Perdana Menteri tidak berkuasa melaksanakan kes rasuah ini ,

Sekarang ahli UMNO boleh pulak ada saranann untuk tidak mempertandingkan jawatan Presiden Zahid dan Timbalan Presiden UMNO Tok Mat dalam persidangan UMNO..!

Politik matlamat menghalalkan cara ini mungkin langkah terdesak kerana masing-masing laparkan kuasa dan tidak sanggup lagi memanaskan kerusi pembangkang setelah menunggu sekian lama, ada pula yang tidak sanggup meringkuk di penjara

Rakyat sedang menunggu tindakan dari kerajaan minority Brother Anwar Bin Ibrahim. Bertindak terhadap Zety atau jadi pekak dan bisu seperti Tun dlm 70 kes AMLA syarikat Hati Budi Zahid Hamidi. 'No Anwar No DAP' tapi pengakuan audio adalah sebaliknya

https://m.facebook.com/peraktoday/videos/zahid-mengaku-audio-perbualan-telefon-bersama-anwar-suaranyashah-alam-presiden-u/490756671985451/

Mahathir kini sudah tidak relevan dalam politik Malaysia. Memang bertambah sakit hati Mahathir apabila Zahid dilantik sebagai TPM ketika beliau kalah hingga hilang deposit dalam PRU15.

Sejak ahli UMNo tadah punggung mereka berkawan dengan Brother Anwar Bin Ibrahim kelakuan pemimpin tertinggi UMNo makin menjdi jadi sifat luar tabie nya..

Anonymous said...

Kerajaan Brother Anwar Bin Ibrahim kena siasat segera kenapa Zety cuti sakit..!!

SPRM perlu soal siasat doktor beri Cuti sakit kepada Zeti , SPRM dan Brother jangan jadi 'Cifut Babi' lambat menyiasat cuti sakit Zety terlampau banyak sangat..!!

Isu Bossku kalau tak ditangani segera boleh jadi time bomb pada kerajaan minoriti Brother Anwar Bin Ibrahim.

Isu ‘MC’ Zeti menjadi bualan rakyat kerana sekian lama mendiam diri dan tidak muncul dimana mana, tetapi apabila tiba waktu untuk memberi keterangan , tiba2 mohon untuk cuti sakit sambung menyambung.

Apa jasa Taufik Ayman pada negara..!?
Bila SPRM nak tangkap Taufik Ayman dan anak penyamun nya..!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails