Friday, December 09, 2022

'Gelombang hijau' landa P Pinang PRN? ..& Menteri /Timbalan.

 


1. Kemungkinan 'gelombang hijau' landa P Pinang dalam PRN?

Kemenangan besar PN di Padang Serai membangkitkan kebimbangan pada PH Pulau Pinang - yang terletak bersebelahan - terhadap "gelombang hijau" yang tidak menunjukkan petanda akan mereda.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow meramalkan PH boleh hilang enam atau tujuh kerusi dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang, berdasarkan trend yang dilihat dalam PRU15.

Walaupun ia tidak menjejaskan penguasaan PH di Pulau Pinang, Chow dilaporkan berkata pengaruh gabungan itu di negeri itu tidak akan menjadi sekuat dulu. 

Chow Kon Yeow

Pada PRU15, PN menang 14 daripada 15 kerusi Parlimen di Kedah. Di Pulau Pinang, dua kubu kuat BN, iaitu Kepala Batas dan Tasek Gelugor, juga dirampas gabungan itu.

Namun kekalahan paling mengejutkan adalah di Permatang Pauh, apabila Nurul Izzah Anwar tewas di tangan calon PN Fawwaz Md Jan. Kerusi itu dipegang keluarga Anwar sejak 1982.

Tiga kerusi ini adalah kerusi separa bandar dengan orang Melayu merangkumi 70 peratus pengundinya.

Jika trend semasa beterusan, tidak mustahil PN akan menang di kerusi-kerusi majoriti Melayu dalam PRN akan datang.

Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat September lalu menunjukkan 26 daripada 40 kerusi DUN di Pulau Pinang adalah kerusi campuran di mana Melayu bukan majoriti pengundi, manakala 14 kerusi lagi memiliki sekurang-kurangnya 60 peratus pengundi Melayu.

Daripada 14 DUN tersebut, 11 terletak di Seberang Perai.


Guna Tiktok

Dua wakil rakyat Pulau Pinang menggsa PH negeri itu untuk lebih agresif dan giat dalam meningkatkan strategi propaganda dan komunikasi bagi melawan sentimen kaum dan agama yang dibangkitkan PN.

Ahli Parlimen Balik Pulau Muhammad Bakhtiar Wan Chik mendakwa PN cuba menakut-nakutkan orang Melayu dengan dakwan golongan anti-Melayu, anti-Islam dan malah komunis akan mengawal Malaysia. 

Muhammad Bakhtiar

Ini propaganda mereka. Jika anda dengar ceramah (Pengerusi PN) Muhyiddin Yassin, (Presiden PAS) Abdul Hadi Awang atau Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor, tiada apa selain mencetuskan ketakutan," katanya yang juga timbalan pengerusi PKR Pulau Pinang kepada Malaysiakini.

Oleh itu, Bakhtiar menegaskan PH perlu menambah baik strategi komunikasi, terutama di platform seperti TikTok, untuk melawan naratif yang dibawa PN.

"Ketika saya masuk ke kampung semasa kempen, saya lihat golongan muda sentiasa menonton video TikTok di telefon mereka. Kita perlu kerja keras dalam hal ini.

"Tentulah kita tak boleh haramkan TikTok tetapi kita perlu mengawal kandungan di dalamnya, terutama yang menyebarkan fitnah dan tuduhan palsu," katanya lagi.

Beberapa hari lalu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata dia sedang melihat langkah untuk mengukuhkan undang-undang sedia ada bagi menambah baik kawalan terhadap kandungan media sosial yang provokatif dan ekstrem, namun pada masa sama tidak menjejaskan prinsip kebebasan bersuara.

Katanya, ketika pertemuan dengan wakil TikTok, dia ditunjukkan data tentang berapa banyak video provokatif yang dipadam secara automatik oleh sistem media sosial tersebut ketika dan selepas PRU15.

Antara 12 hingga 18 November, TikTok telah memadam 857 video, sementara 1,126 video lagi dipadam antara 20 hingga 26 November.

Tambah baik publisiti

Sementara itu, Adun Permatang Pasir Faiz Fadzil turut membidas PN kerana menurutnya telah mengapi-apikan sentimen kaum dan agama serta menyebarkan maklumat yang salah ketika kempen.

"Tuduhan komunis, ejen Israel dan sebagainya tidak diasaskan pada fakta dan lebih kepada persepsi bohong yang dibina. 

Faiz Fadzil

"Kerajaan Pulau Pienang perlu ambil serius kempen sebegini jika mahu kekalkan majoriti besar di kerana sasaran kempen PN adalah DAP yang menjadi tunggak kepada kerajaan PH di negeri ini," katanya.

Dia menggesa PH Pulau Pinang untuk menambah baik jentera publisiti dan mencadangkan agar turut menggunakan video pendek untuk mempromosikan dasar dan tindakan, terutama untuk orang Melayu di negeri itu.

"Naratif politik pula perlu dibaiki dari sudut kandungan dan penyampaian.

"Perlu lebih ramai tokoh agama membuat penjelasan kepada rakyat tentang sentimen perkauman yang dimainkan itu adalah fitnah," katanya lagi.

Selain menarik sokongan pengundi muda, Faiz juga berkata tindakan tegas perlu diambil terhadap penceramah agama yang membangkitkan sentimen kaum dan agama di Pulau Pinang. (1media.my)


2. Senarai Penuh Menteri & Timbalan Menteri 2022 

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengumumkan 27 timbalan menteri dalam kerajaan perpaduannya.

Tiga individu yang bukannya Ahli Parlimen, perlu dilantik sebagai senator sebelum boleh memegang jawatan timbalan menteri. Mereka ialah Fuziah Salleh, K Saraswathy dan Huang Tiong Sii.

Kebanyakan timbalan menteri itu datang daripada Pakatan Harapan, iaitu seramai 13 wakil, disusuli Barisan Nasional (6), Gabungan Parti Sarawak (6), Gabungan Rakyat Sabah (1) dan Warisan (1).

Daripada kalangan parti itu, DAP mendahului dengan enam wakil, diikuti Umno (5), PKR (5), Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (4), Amanah (2), Bersatu Sabah (1), Parti Rakyat Sarawak (1), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (1), Parti Bersatu Rakyat Sabah (1) dan Warisan (1).

Berikut senarai penuh menteri dan timbalan:

Perdana Menteri
Menteri Kewangan: Anwar Ibrahim
Timbalan Menteri I: Ahmad Maslan
Timbalan Menteri II: Steven Sim

Timbalan Perdana Menteri 1
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah: Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Rubiah Wang

Timbalan Perdana Menteri 2
Menteri Perladangan dan Komoditi: Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: Siti Aminah Aching

Menteri Ekonomi: Rafizi Ramli
Timbalan Menteri: Hanifah Hajar Taib

Menteri Pertahanan: Mohamad Hasan
Timbalan Menteri: Adly Zahari

Menteri Dalam Negeri: Saifuddin Nasution Ismail
Timbalan Menteri: Shamsul Anuar Nasarah

Menteri Luar Negeri: Zambry Abdul Kadir
Timbalan Menteri: Mohamad Alamin

Menteri Pengangkutan: Loke Siew Fook
Timbalan Menteri: Hasbi Habibollah

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup: Salahuddin Ayub
Timbalan Menteri: Fuziah Salleh

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Tengku Zafrul Aziz
Timbalan Menteri: Liew Chin Tong

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan: Mohamad Sabu
Timbalan Menteri: Chan Foong Hin

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan: Nga Kor Ming
Timbalan Menteri: Akmal Nasir

Menteri Kerja Raya: Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri: Abdul Rahman Mohamad

Menteri Pendidikan: Fadhlina Sidek
Timbalan Menteri: Lim Hui Ying

Menteri Pendidikan Tinggi: Khaled Nordin
Timbalan Menteri: Yusof Apdal

Menteri Kesihatan: Dr Zaliha Mustafa
Timbalan Menteri: Lukanisman Awang Sauni

Menteri Sumber Manusia: V Sivakumar
Timbalan Menteri: Mustafa Sakmud

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim: Nik Nazmi Nik Ahmad
Timbalan Menteri: Huang Tiong Sii

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Chang Lih Kang
Timbalan Menteri: Arthur Joseph Kurup

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Nancy Shukri
Timbalan Menteri: Aiman Athirah Sabu

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi): Azalina Othman Said
Timbalan Menteri: Ramkarpal Singh

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama): Na’im Mokhtar
Timbalan Menteri: Tiada

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas): Armizan Ali
Timbalan Menteri: Wilson Ugak Kumbong

Menteri Belia dan Sukan: Hannah Yeoh
Timbalan Menteri: Adam Adli

Menteri Pelancongan: Tiong King Sing
Timbalan Menteri: Khairul Firdaus Akhbar Khan

Menteri Komunikasi dan Digital: Fahmi Fadzil
Timbalan Menteri: Teo Nie Ching

Menteri Perpaduan Negara: Aaron Ago Dagang
Timbalan Menteri: Tiada

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Ewon Benedick
Timbalan Menteri: K Saraswathy


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails