Wednesday, December 14, 2022

Halang M'sia jadi Negara Islam -Kit Siang... & Badi 22 bulan 3PM.


UMNO setuju bekerjasama dengan DAP, ini logonya?

1. Kenyataan Kit Siang bukti DAP musuh Islam, UMNO hanya diam.

UMNO tidak setangkas masa lalu untuk mempertahankan Islam setelah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membawa parti itu bergabung membentuk kerajaan Pusat bersama Pakatan Harapan (PH), termasuk DAP.

Parti keramat Malayu Islam itu hanya diam apabila veteran DAP, Lim Kit Siang menggesa tindakan diambil bagi menghalang Malaysia menjadi sebuah negara Islam, susulan fenomena ‘gelombang hijau’.

Kit Siang pada 9 Disember lalu berkata kerajaan harus melaksanakan dasar-dasar reformasi dan program pembinaan semula negara bagi memastikan Malaysia tidak menjadi negara Islam sepenuhnya dalam dua kali lagi pilihan raya, yang dianggarkannya pada 2032, iaitu 10 tahun dari sekarang.

Bagaimanapun, UMNO yang kini menjadi ‘abang besar’ kepada DAP di dalam gabungan kerajaan PH, gagal membela Islam setelah diserang DAP yang kini turut menjadi kerajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam menyifatkan kenyataan itu sebagai halusinasi, sabotaj, pecah amanah dan biadab terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) Mahmud Hishamuddin Abdul Rashid kenyataan Kit Siang itu tercipta daripada satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan provokasi.

“Kenyataan ini bersifat provokasi dan biadab terhadap umat Islam, tuntutan agama umat Islam dan untuk mempertahankan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan.

“Kit Siang masih meneruskan kedegilannya menafikan kedudukan Malaysia sebagai negara Islam sepertimana termaktub di dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, katanya PEMBELA meuntut Kit Siang untuk menarik balik kenyataan bersifat sabotaj, biadab dan mendatangkan ketakutan kepada masyarakat.

Menurutanya PEMBELA juga mendesak parti komponen kerajaan PH-UMNO dan Ahli-Ahli Parlimen beragama Islam untuk mengambil tindakan ke atas kenyataan yang dikeluarkan oleh Kit Siang.

“Kami juga mendesak Anwar Ibrahim, sebagai PM 10 yang diamanahkan untuk mengemudi Kerajaan Perpaduan untuk berpegang kepada amanah yang telah dikurniakan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk mengawal ahli-ahli gabungannya supaya menghormati kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan Sumpah Rabbani YDPA untuk memelihara Islam pada semua masa.

“Kami juga mendesak NGO-NGO Islam yang kuat mempromosi dan mempertahankan bahawa dasar-dasar Islam selamat di bawah kerajaan PM 10 yang dibentuk ini untuk menegur dan untuk pihak berkuasa mengambil tindakan yang wajar ke atas kenyataan Kit Siang,” kata Mahmud Hishamuddin.

PEMBELA juga mendesak Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengambil tindakan ke atas kandungan penulisan Kit Siang itu. (
agendaily.com)

2. Badi 22 bulan 3 Perdana Menteri 

Inilah yang Anwar Ibrahim terpaksa hadapi, melepas diri dari belenggu 'badi' yang menghantui kerajaan gabungan yang 'terpaksa' dibuat untuk melayakan beliau bergelar Perdana Menteri Malaysia ke-10. Menamatkan penantian 'PM Tepi' sekian lama.

Mengurus DAP mungkin Anwar mampu, menyakinkan DAP agar menuruti apa sahaja perancangan beliau mewujudkan suasana sedikit harmoni bagi mengabui masyarakat DAP ini bukan seperti orang melayu takutkan.

Tanpa meletakan pimpinan utama DAP di posisi Menteri dan Timbalan Menteri, adalah diharapkan orang melayu merasa sedikit selesa terutamanya rakan baharu mereka umno. Soal peranan dimainkan di belakang tabir oleh pemimpin utama DAP untuk capai agenda tersembunyi itu bab lain. 

Sebelum ini, umno memainkan dan menakut-nakutkan kerajaan PAS Terengganu dengan slogan 'kerajaan sepenggal'. Memang jolokan ini menakutkan kerana sejarah peralihan kuasa di Terengganu berlaku sedemikian didakwa.

Sebelum PAS menang besar dengan penguasaan 28 kerusi daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri pada 1999, Pas pernah menjadi kerajaan kali pertama pada 1959 sebelum jatuh 1961 akibat krisis dalaman. Tidak sampai sepenggal hanya sekitar dua tahun sahaja.

Kemenangan 1999 hanya kekal sepenggal sahaja apabila umno berjaya merampas kembali kerajaan Terengganu pada piliharaya umum 2004 dengan kemenangan bergaya dan PAS hanya berjaya mengekalkan 4 kerusi sahaja berbanding umno 28.

Lemparan cakap-cakap 'Kerajaan Sepenggal' kembali bergema dan dimainkan atau dihidupkan semula apabila PAS berjaya merampas kembali Terengganu 2018 sehingga kini. Tidak dinafikan momokan ini sangat memberi kesan dan menyebabkan kepimpinan PAS berkerja keras mengatur strategi untuk keluar dari 'badi' ini.

Mungkin kali ini PAS Terengganu boleh terlepas dari badi ini jika indikator pola undi PRU baru-baru ini diambil kira walaupun hanya Parlimen sahaja dibubarkan. Keputusan secara tidak langsung memberi isyarat PAS Terengganu bakal terlepas dari badi ini kerana mereka menang di semua Parlimen yang dipertandingkan. Jika pecahan undi di DUN diambil kira PAS hanya kalah satu DUN sahaja daripada 32 DUN.

Begitulah yang menanti Anwar Ibrahim, sebelum ini semasa kerajaan 22 bulan Pakatan Harapan, mungkin Anwar boleh berlepas diri, kerana waktu itu dia masih 'PM Tepi' tapi sekarang dia Perdana Menteri sebenar. 

Jika kerajaan pasca PRU-15 ini tertubuh hasil kemenangan besar PH tanpa gabungan atau kerjasama dengan mana-mana parti lain, mungkin mereka boleh lepas 'Badi 22 bulan 3 Perdana Menteri' namun kemenangan kali ini tidak mutlak seperti PRU-14.

Pakatan Harapan kali ini dibantu oleh Umno untuk melengkapkan syarat membentuk kerajaan. Dari awal lagi tiada keserasian di antara mereka, hanya atas faktor-faktor tertentu mereka terpaksa kerjasama dalam kepuraan. Parti kompenen BN sendiri mempertikaikan keputusan Pengerusi BN untuk kerjasama dengan PH.

Berlakulah pergolakan dalaman BN sehingga desakan agar Zahid berundur dari umno itu sendiri selepas pembentukan kerajaan bersama BN- PH dan DAP. Mungkin terlalu awal untuk mengatakan kerajaan campuran ini akan hancur berdasarkan apa yang berlaku hari ini, namun Anwar Ibrahim perlu bersedia hadapi cabaran 'badi' ini. 

22 bulan dan dalam tempoh penggal Parlimen ke-14, tiga Perdana Menteri dilantik, Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Ismail Sabri. Sejarah tetap sejarah sebagaimana dicatat. Kini cabaran ini, badi ini menanti Anwar. Apakah penderitaan beliau selama ini, dipenjarakan oleh umno, dihina oleh umno dan kini Zahid Presiden umno membantu beliau akan menatijakan Anwar boleh keluar atau terlepas dari dari badi penggal lalu.
(Naraza Muda | Isnin | 12 Disember 2022

  • PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

2 comments:

Anonymous said...

Malaysia kena kembali sebagai negara Islam. Kerana Islam telah dirobek oleh penjajah. Penjajah cuba mengubah anutan orang melayu. Pendatang seperti siang kit tak perlu campur urusan orang melayu yg mahukan Islam. Siang kit boleh saja merekrut orang Islam dari kalangan gabungan mereka untuk mewujudkan islamofobia. Boleh saja rekrut presiden pan. Presiden parti liberal. Dan isteri baru parti kris.

Anonymous said...

Perlembagaan parti roket jelas mempunyai matlamat untuk menjadikan negara Islam Malaysia sebagai negara sekular yang mengasingkan agama Islam dari urusan dunia dan pentadbiran negara dan negeri supaya umat Islam bebas melakukan maksiat, kesesatan dan murtad dll.

Untuk mencapai tujuan ini, parti roket dan khadam liberalnya perlu menghapuskan hak agama Islam dan hak umat Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bukti perlembagaan parti roket: Fasal ll No. 2 Mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal.

Maka sangat jelas perlembagaan parti roket sangat bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Maka parti roket perlu diharamkan di Tanah Melayu.

Oleh sebab itu, umat Islam perlu bersatu padu mengundi PN untuk menghalang cita-cita parti roket ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails