Thursday, December 29, 2022

Haram-halal Hari Natal. Harmoni. Syed Mokhtar bantu pesawah.

 

1. Menjawab fitnah isu 'ucapan' Hari Natal

“ Sambut “ dan “ Ucap “ adalah dua perkataan yang membawa makna atau maksud yang cukup berbeza. Perbezaan ini boleh membawa kepada kekeliruan, membawa maksud yang salah dan malah boleh menimbulkan fitnah jika tidak diselidiki dengan tepat dan benar.

Berita asal yang dikeluarkan Sinar Harian pada 24 Disember 2018 yang bertajuk “ Umat Islam dilarang sambut Hari Krismas “ adalah betul, yang membawa maksud orang-orang Islam dilarang menyambut hari krismas kerana ia adalah bertentangan dengan akidah Islam dan ianya amat jauh berbeza dengan yang dipaparkan oleh The Malaysia Insight.

Tiada langsung dinyatakan dalam berita tersebut bahawa saya menyatakan adalah haram diucapkan kerana ianya dibolehkan kepada orang - orang tertentu seperti pemimpin masyarakat sebagaimana yang diucapkan oleh Setiausaha Agung PAS Dato’ Seri Takiyuddin Hassan baru - baru ini.

Malah kenyataan saya ketika itu turut disokong oleh beberapa orang Mufti termasuk oleh Ustaz Azhar Idrus kerana menyambut Hari Krismas sebagaimana disambut oleh penganut agama Kristian adalah bertentangan dengan akidah Islam dan dilarang oleh agama.

Adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai orang Islam dan tahu mengenai hukum Islam memberi peringatan kepada saudara seagama agar berhati - hati dalam masalah agama khususnya akidah dan tidak menyambut bukan bererti tidak menghormati agama lain selain Islam.

Oleh itu usahlah timbulkan isu lama apatah lagi ia jauh menyimpang dari kenyataan mahupun kata - kata asal hanya kerana untuk memperolehi sekelumit keuntungan. Gunakanlah masa dan tenaga yang ada untuk memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.
Sinar Harian.


2. ‘Masyarakat Siam hidup harmoni, kami bukan Taliban’ 

PASIR MAS: Dasar Membangun Bersama Islam (MBI) yang dilaksanakan di Kelantan sejak lebih 32 tahun lalu tidak pernah meminggirkan masyarakat non-Muslim.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata, perpaduan antara kaum masih subur di bumi Kelantan.

Katanya, dasar-dasar yang digariskan sejak berpuluh tahun lalu dipasak kukuh merangkumi prinsip toleransi, keadilan, kebajikan dan belas ihsan kepada golongan bukan Islam.

“Prinsip utama melayani orang bukan Islam hendaklah diberi layanan sama rata dengan umat Islam.

“Penduduk non-Muslim berhak mendapat perlindungan dalam negara Islam merangkumi perlindungan daripada pencerobohan luar dan kezaliman dari dalam negara,” katanya pada kenyataan di sini.

Sebelum itu Mohd Nassuruddin yang juga Adun Meranti menyampaikan bantuan kepada masyarakat Siam di Kampung di Lubuk Batil. (Foto atas)

Menurutnya juga penduduk bukan Islam berhak menikmati keamanan dan kestabilan hidup serupa dikecapi orang Islam.

Kata beliau juga penduduk Siam yang terjejas akibat banjir turut disantuni dengan sebaik mungkin.

“Masyarakat Siam hidup harmoni di Dun Meranti. Ini menjelaskan keadaan sebenar kami (PAS) bukan Taliban atau ekstrem seperti yang cuba digambarkan pihak tertentu sebelum ini,” ujarnya.

Ketika kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 seorang pemimpin DAP dilapor memberi amaran Malaysia akan menjadi seperti ‘negara Taliban’ sekiranya dikuasai PERIKATAN NASIONAL (PN). – HARAKAHDAILY 26/12/2022


3. Agih dana sumbangan Syed Mokhtar bantu pesawah  

MACHANG: Dana yang disumbang korporat dermawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary kepada kerajaan Malaysia sebanyak RM60 juta wajar disalur kepada golongan pesawah yang terjejas akibat banjir.

Ahli Parlimen Machang Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal berkata, ramai pesawah terkesan akibat banjir yang melanda minggu lepas.

“Kita masih tidak tahu ke mana wang itu akan disalur. Bagaimana pula cara pesawah dapat memohon mendapat bantuan tersebut,” katanya pada kenyataan di laman sosialnya.

Sebelum itu beliau bersama Adun Kemuning Mohd Roseli Ismail meninjau lokasi sawah di Kampung Sungai Hala yang terjejas akibat banjir.

Menurutnya pesawah di kampung terbabit mengalami banyak kerugian di mana beratus ekar bendang rosak sehingga tidak dilakukan aktiviti pertanian dalam tempoh terdekat.

Kata beliau situasi itu menjejaskan punca rezeki pesawah untuk tempoh enam bulan akan datang.

“Ditambah pula dengan kerenah birokrasi melambatkan bantuan yang dipohon melalui borang yang diberi Jabatan Pertanian. InsyaAllah saya akan bertemu dengan agensi terbabit untuk mendapat penjelasan lanjut,” ujarnya.

Menurutnya juga jalan ke sawah rosak akibat arus banjir yang deras sehingga menyukarkan pesawah dan penduduk untuk datang ke bendang.

Pada awal Disember lepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor memberitahu Syed Mokhtar bersetuju membayar RM60 juta kepada petani demi kebajikan pesawah terutama yang berada bawah garis kemiskinan.

Menurutnya tokoh korporat itu membayar RM10 juta bulan ini dan RM50 juta lagi tahun hadapan. – HARAKAHDAILY 26/12/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Haram-halal Hari Natal. Harmoni. Syed Mokhtar bantu pesawah.

Al-hamdulillah!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

10 comments:

Anonymous said...

tokey gula, tokey sawit tak bantu peladang ke....!!

Anonymous said...

Formula Rafizi : Supply & Demand soalan kertas ekonomi STPM jadi asas formula nya..?

Rafizi Parlimen Pandan the.magical formula in economic itu juga berkata bahawa “sewajarnya kalau harga ayam itu dah mahal sangat, kita patut kurangkan makan,” walaupun beliau kemudiannya berkata di Twitter.

Beliau merujuk kepada “keperluan untuk sama-sama menangani ‘demand & supply’ side supaya permintaan pengguna yang lebih anjal menjadi satu kuasa untuk mempengaruhi juga kadar harga barang naik.”

Contoh soalan dan jawapan kertas Ekonomi STPM yang dijaja sebagai Formula Rafizi.. alahaii

https://www.studocu.com/my/document/kolej-matrikulasi-perak/economics/assignment-eko-soalan-berkaitan-permintaan-dan-penawaran-pasaran/30964385

Kertas Ekonomi Sijil Tinggi Pelajaran Tingkatan 6 bagi calon STP jadi formula Rafizi Ramai sebagai rujukan bagi mangatasi harga barang.

Kenyataan Rafizi sebagai formula mudah bagi konsep permintaan dan penawaran dalam sebuah pasaran yang rasional.. itu subjek Kertas Ekonomi Sijil Tinggi Pelajaran utk student Upper Six STPM.

Cuma Soalan Kertas Ekonomi STPM dulu tak ada terkiat dengan peranan mafia kartel, kartle yang kuasai monopoli dan rangkaian kartel mafia dan stok yang disorok.!!

Itu teori level budak sekolah nak lulus periksa saja..!!

Yang Rafizi Formula bukan mintak kerajaan tekan kartel ayoom tapi mintak pengguna jangan makan ayommm.. hang tangkap, tarik lesen kartel ada jugak helok nyerr...

Apa yang sepatutnya kerajaan lakukan adalah menjelaskan pendirian terhadap monopoli, kartel dan kuota serta langkah ke atas pembekal yang menyorokkan stok bekalan..

Formula Rafizi 'klu harga ayomm naik jangan makan ayommm..!! Formula Rafizi itu lebih kurang sama dengan kertas jawapan STPM tsb..!

Ni ke formula Rafizi yang jadikan walaun terkinja kinja itu..!!?

Unknown said...

Dulu kerajaan pn.. Senyap je.. Ayam mahal ok je.. Stabil katanya

Unknown said...

Rafizi cakap lain.. Hang cakap tak yah makan ayam

Unknown said...

Spin lah selagi blh spin

Unknown said...

Kerajaan perpaduan baru sebulan.. Hang minta macam2.. Dulu org angkat bendera putih.. Hang kata apa

Unknown said...

Belanja covid 600billion kononnya.. Tapi guna dana kerajaan baru 90 billion. Yang lain semua duit rakyat.. Moratorium lah kwsplah

Anonymous said...

Kalau ikut formula menteri formula, harga baju naik, jangan pakai baju. Mak aaiiii.

Anonymous said...

Bila pulak nak rasa tokeh cina yang kaya beri bantu. Marketnya banyak orang melayu. Untungnya banyak dari orang melayu. Mereka banyak jadi orang tengah. Beli murah jual mahal.

Takkan bro An tak prihatin hal ini. Mereka pun monopoli. Jangan jadi jaguh berpilih.

Anonymous said...

Jangan sentap. Ini bukan kerajaan perpaduan. Bukan semua pak turut.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails