Saturday, December 03, 2022

Ini, gagal pertama Anwar.. & Kabnet K/Perpaduan.

 


1. Kegagalan pertama Anwar Ibrahim

SEHINGGA setakat rencana ini ditulis, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri ke-10, belum lagi mengeluarkan kenyataan rasmi senarai anggota kabinet beliau. Sudah lebih seminggu beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, Anwar belum lagi membentuk kerajaan secara sempurna.

Laporan daripada agensi-agensi berkaitan dengan bencana banjir seperti MET Malaysia dan JPS meramalkan sehari dua ini akan berlaku banjir berskala lebih besar daripada kejadian-kejadian banjir yang berlaku kebelakangan ini. Bagaimana agaknya negara akan menghadapi bencana ini tanpa sebuah kerajaan yang sempurna?

Sebagaimana amalan lazim kerajaan, bila berlaku bencana banjir maka akan dikeluarkan peruntukan-peruntukan khas di bawah item Bajet kecemasan untuk disalurkan untuk usaha penyelamat dan kebajikan mangsa banjir. Bagaimanakah peruntukan itu boleh diuruskan dalam situasi kementerian yang mengetuai agensi-agensi berkaitan banjir belum wujud?

Demikian juga, bagaimana kerajaan boleh membuat keputusan-keputusan kritikal di saat berlaku kecemasan bencana sekiranya anggota mesyuarat kerajaan masih belum wujud dan Menteri berkaitan masih belum dilantik? Tidak wajar keputusan-keputusan kritikal itu, hanya diputuskan oleh seorang Perdana Menteri.

Kemungkinan berlaku banjir pada bulan Disember ini atau pada musim tengkujuh sudah dimaklumi ramai. Malah PH antara yang paling lantang menentang diadakan PRU15 pada ketika ini, kerana fokus seharusnya diberikan terhadap bencana banjir. Sekarang banjir berkemungkinan berlaku dalam tempoh terdekat, tetapi Perdana Menteri belumpun menyiapkan jenteranya.

Selain daripada itu, kelewatan Anwar membentuk anggota pentadbirannya berkemungkinan menyebabkan Pembentangan Bajet 2023 tergendala. Bajet tahunan adalah dibuat berdasarkan portfolio kementerian yang wujud. Jika Menteri belum dilantik bermakna kementerian belum wujud, dan peruntukan-peruntukan mengikut kementerian juga belum wujud.

Sempatkah Menteri-menteri yang bakal dilantik nanti untuk meneliti peruntukan bajet kementerian yang disediakan oleh kerajaan terdahulu? Bolehkah penelitian mereka ini disiapkan dalam tempoh dua minggu dari sekarang sekiranya Bajet 2023 mahu dibentang minggu ketiga atau hujung bulan ini? Apakah yang akan berlaku kepada negara dan rakyat jika Bajet 2023 masih belum diluluskan selepas melampaui tahun baru.

Jelas sekali, Anwar sangat lambat bertindak untuk menamakan anggota-anggota kabinetnya sedangkan persekitaran amat menghambat sekarang ini. Apa yang ketara, Perdana Menteri disibukkan dengan aktiviti-aktiviti sosialnya berbanding tindakan cepat untuk mengaktifkan jentera pentadbirannya. Baru sahaja seminggu, Anwar telah menempa kegagalan pertama.

MOHD ZUHDI MARSUKI 
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat – HARAKAHDAILY 2/12/2022


2. Senarai penuh Kabinet Kerajaan Perpaduan 

KUALA LUMPUR: Berikut adalah senarai Anggota Jemaah Menteri mengikut susunan kekananan.

Perdana Menteri Dan Menteri Kewangan
Datuk Seri Anwar Ibrahim

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi
Datuk Seri Fadillah Yusof

Menteri Pengangkutan
Anthony Loke Siew Fook

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Mohamad Sabu

Menteri Ekonomi
Mohd Rafizi Ramli

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan
Nga Kor Ming

Menteri Pertahanan
Datuk Seri Mohamad Hasan

Menteri Kerja Raya
Alexander Nanta Linggi

Menteri Dalam Negeri
Datuk Saifuddin Nasution Ismail

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Menteri Pendidikan Tinggi
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

Menteri Sains dan Teknologi
Chang Lih Kang

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Datuk Seri Nancy Shukri

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Datuk Seri Salahuddin Ayub

Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi
Datuk Seri Azalina Othman Said

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim
Nik Nazmi Nik Ahmad

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Ewon Benedick

Menteri Luar Negeri
Datuk Seri Zambry Abd Kadir

Menteri Pelancongan
Tiong King Sing

Menteri Komunikasi Digital
Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil

Menteri Pendidikan
Fadhlina Sidek

Menteri Perpaduan Negara
Ago Anak Dagang

Menteri Agama
Datuk Dr Mohd Na'Im Mokhtar

Menteri Belia Dan Sukan
Hannah Yeoh Tseow Suan

Menteri Sumber Manusia
VN Sivakumar

Menteri Kesihatan
Dr Zaliha Mustafa

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak)
Armizan Mohd Ali

Sekian.

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

Post a Comment