Sunday, January 08, 2023

Jadikan ternak landak, sebagai suatu industri.. -Ibnu Hasyim.


Catatan Santai Ibnu Hasyim

RAMAI tertanya-tanya siri tulisan saya mengenai pengkajian ternakan landak. Saya berhenti mengkaji hal tersebut setelah berhenti keluar negara kerana serangan Convic 19. Masa itu saya berada di Pulau Pinang, baru pulang dari Kalimantan semasa melawat daerah Kebupaten Landak di sana. Terhenti penulisan saya sebentar.

Masjid terbesar di Kabupaten Landak Jadi Tempat Salat Id Warga Serimbu, Kalimantan. 

Peserta dari Kabupaten Landak, Kalbar, memeriahkan Karnaval Khatulistiwa, di Pontianak..

Kini, sejak beberapa hari lepas saya mula jelajah santai ke kawasan berdekatan di Selangor, Perak dan Pahang. Mulai melihat tempat-tempat pembiakan landak semula.

Secara rambang dan ringkasnya, boleh dibuat kesimpulan bahawa perniagaan dan pembiakan landak di Malaysia semakin menarik. 

Harga landak raya untuk pembiakan sekarang kira-kira RM4,800 atau RM5,000 sepasang. Tuan-tuan penternak sudah berpeluang menceburkan diri ke dalam industri ternakan landak raya secara sah di sisi undang undang, tidak perlu bersembunyi lagi.

Penternakan landak raya semakin menggalakkan disebabkan:

-Mudah penjagaan, tak ada penyakit macam lembu-kambing,

-guna ruang tempat yang kecil untuk memulakan projek,

-tempoh matang 14 bulan, lahir anak 2 kali setahun, kadang lahir kembar macam kambing, kadang lahir seekor.

-Daging landak berharga antara RM150 hingga RM180 sekilo.

-Semua landak yang dijual sebagai pembaka ada microchip yang telah disuntik.

Pemakanan: Makanannya dedak kambing, buah nangka, keledek, labu, timun, ubi kayu, roti, segala buah. Labu antara yang digemari. Boleh ditanam atau baki jualan di pasar malam atau pasar raya.

Musim jual-belinya cuma dari bulan Mei sampai 31 ogos setiap tahun, mengikut undang undang akta 716 perhilitan.

Bagaimana mendapat mendapat permit dari Jabatan Perhilitan? Terus ke pejabatnya yang berdekatan. Ada juga pihak pembekal yang mengurus dan membantu mendapatkannya. Sila kemukakan resit pembelian di Pejabat Perhilitan negeri, bayar fi RM20 seekor untuk setahun.

Dapatkan juga maklumat dari tulisan-tulisan ini.

Ini Keterangan Bela Landak. Nak Dapat Di Mana? 

PERHATIAN: 
Jadikan ternak landak, sebagai suatu industri.. mampu mengeksport dagangan ke luar negara. Kini kita sedang berusaha menubuhkan Persatuan Penternak Landak Wilayah Persekutuan, dalam rangka melahirkan penternak landak bermula dari kecil-kecilan.

Sesiapa yang berminat, terutama golongan remaja, sila hubungi..

Ibnu Hasyim 
KL 31/12/2022
NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Bersambung..

1 comment:

Anonymous said...

Konsep ‘Baldatun Toyyibatun wa Rabbun Ghafur’ yang bermaksud negara baik lagi mendapat keampunan Allah SWT.

Maksud Baldatun Toyyibatun wa Rabun... duit bailout pulangkan semula. .. jangan buat buat rabun..!! Beratus bilion dipunggah anak cucu maka duit bailout perlu dibayar balik..!! Bayar atau rampas..!? Bagus la tu legacy barua DAP@LeeKwanYew yang sudah dibakul sampahkan oleh Lee Kwan Yew ni mesti kena ajar cukup cukup..!!

Tahun Baharu 2023, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan bahawa pentingnya berbilion ringgit kekayaan negara yang dipunggah dipulangkan semula kepada rakyat.

Ada mengatakan harus move on. Kalau ada kesan peribadi kepada saya, malah saya maafkan, kalau berterusan tentu saya akan ambil tindakan.. (pssstt.. gebang ja lebih kikkki.!!)

“Tetapi yang memberi kesan kepada rakyat bukan kuasa PM untuk melepaskan. amalan pemunggahan kekayaan negara ini bukan bermotifkan politik kepartian ketika ramai rakyat berdepan dengan masalah kewangan.

“Rakyat biasa dapat upah RM40 pun sukar, maka kita tidak akan izinkan yang mendapat RM4 juta satu hari memunggah kekayaan negara.

Alhamdulillah keturunan dan legacy celaka fitnah jijik haramjadah ini semua sudah pupus hilang wang deposit di PRU 15 lalu. Sila berambos barua celaka Lee Kwan Yew dari radar politik Malaysia...!!

Sekarang perang sesama barua lama dan barua baru DAP@LeeKwanYee muncul kembali sebelum kaum yang dijanjikan dari timur muncul kembali..!

Selamat Taun Baru '23

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails