Dalam satu wawancara kepada pemberita pada 12 Disember 2022, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa telah menjelaskan bahawa kementeriannya akan melaksanakan projek rintis penggunaan ubat PrEP di beberapa hospital bagi menilai keberkesanan dan keselamatannya dalam mengurangkan risiko penularan jangkitan HIV. Beliau juga menegaskan bahawa perbincangan telah diadakan dengan ‘pakar-pakar agama’ untuk mendapatkan pandangan dari sudut hukum. Berkenaan penggunaan PrEP, menurut beliau, ia bukan hanya kepada golongan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) tetapi terdapat beberapa golongan lain yang juga akan menggunakannya untuk hasil yang lebih baik dalam mengekang penularan HIV [2].
Lanskap jangkitan HIV di Malaysia (1990–2021) menunjukkan corak perubahan ketara berkaitan etiologi jangkitan HIV di negara ini. Pada tahun 1990, penyalahgunaan dadah merupakan punca utama jangkitan ini (61%), manakala ianya berubah kepada hubungan kelamin heteroseksual (40%) dan penyalahgunaan dadah (48%) dua puluh tahun selepas itu. Namun begitu, perubahan ketara dilihat dalam jangka masa hanya sepuluh tahun kemudian, bilamana MSM (Men Sex Men) menerajui punca utama jangkitan HIV (63%), berbanding 33% jangkitan melalui hubungan kelamin heteroseksual, dan hanya 3% jangkitan HIV melalui penyalahgunaan dadah [3].
Merujuk kepada Malaysian Consensus Guidelines on Antiretroviral Therapy 2022, Chapter 18 – Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP), perkara 18.1 Persons Recommended for PrEP, berikut merupakan kriteria keutamaan pemberian PrEP :
18.1.1 PrEP should be considered in HIV-negative individuals who are:
1. MSM and are sexually active within the last 6 months, with any of the following:
• a partner who is HIV positive (see 18.1.2).
• inconsistent use of condoms (for either insertive or receptive anal sex).
• an STI (syphilis, gonorrhoea or chlamydia) in the last 6 months.
• individuals requesting PrEP.
2. Heterosexual (men or women) and are sexually active within the last 6 months, with any of the following:
• a partner who is HIV positive (see 18.1.2).
• inconsistent use of condoms with partners of unknown status from high risk groups (MSM, IDU, Sexual Worker, Transgender)
• an STI (syphilis, gonorrhoea or chlamydia) in the last 6 months.
3. People who inject drugs (PWID) with any of the following:
• the use of shared drug injecting equipment.
• at risk of HIV acquisition from sex.
4. Transgender (men or women) and are sexually active within the last 6 months, with any of the following:
• a partner who is HIV positive (see 18.1.2).
• inconsistent use of condoms with partners of unknown status (for either insertive or receptive anal sex).
• an STI (syphilis, gonorrhoea or chlamydia) in the last 6 months.
5. Consider PrEP in any person engaged in transactional sex and any person practicing chemsex* that is unprotected.
*Chemsex is sexual activity while under the influence of stimulant drugs such as methamphetamine or mephedrone.
Garis panduan ini jelas menunjukkan bahawa pengamal MSM merupakan antara sasaran utama pemberian PrEP, di samping pengamal seks luar tabii seperti transgender, mahupun pengamal seks bebas dan gaya hidup seksual berisiko tinggi seperti pekerja seks, transactional sex mahupun chemsex.
Lajnah Kesihatan Dewan Muslimat PAS Malaysia memandang perkara ini dengan amat serius. Langkah Kementerian Kesihatan Malaysia dalam peluasan pemberian PrEP di fasiliti kesihatan kerajaan haruslah dikaji dengan teliti lagi mendalam, mengambilkira faktor-faktor lain seperti:
i) Pemberian PrEP HIV tidak melindungi daripada penyakit jangkitan kelamin selain HIV, malah kemungkinan bertambah bilamana frekuensi aktiviti seks berisiko tinggi dan luar tabii dijangka bertambah apabila tingkahlaku ini dianggap sebagai ‘selamat’, susulan akses meluas terhadap PrEP HIV. Dalam jangka panjang, pertambahan aktiviti seks berisiko tinggi dan luar tabii ini bakal membawa kepada peningkatan semula kes-kes HIV. Ianya seperti suatu kitaran berulang.
ii) Dari sudut keberkesanan, pemberian PrEP sangat bergantung kepada kepatuhan pengambilan ubatan, yang mana perkara ini memerlukan kepada modifikasi tingkahlaku. Isu rintangan ubat (drug resistance) juga merupakan satu lagi perkara yang perlu diberikan perhatian serius.
iii) Teknikaliti pelaksanaan pemberian PrEP, selain dua faktor di atas bakal membawa kepada pertambahan bebanan tugas para petugas kesihatan, terutama di sektor Kesihatan Primer. Sektor ini memainkan peranan yang begitu penting, malah di antara sektor utama yang diberikan penekanan dalam transformasi perkhidmatan kesihatan (Kertas Putih Kesihatan). Penumpuan yang tinggi kepada sektor HIV berkemungkinan mengalihkan atau mengganggu fokus utama sektor Kesihatan Primer.
iv) Kesan kepada masyarakat Malaysia, dari sudut agama, budaya, moral, cara fikir, selain impak kepada pembayar cukai di masa hadapan. Peluasan penggunaan PrEP kepada pasangan homoseksual berstatus HIV-negatif dan secara atas permintaan dilihat seolah-olah ‘merestui’ amalan seks luar tabii ini, sedangkan Allah SWT telah berfirman :
أَئِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِّن دُونِ النِّسَاءِ ۚ بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌ تَجْهَلُونَ
Maksudnya: “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki, bukan perempuan, kerana memuaskan nafsu syahwat kamu. (Perbuatan kamu itu amatlah keji) bahkan kamu kaum yang jahil (yang tidak mengetahui akan akibatnya)”. (Surah al-Naml: 55)
Sabda Nabi Muhammad SAW:
لَعَنَ اللَّهُ مَنْ عَمِلَ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ ، لَعَنَ اللَّهُ مَنْ عَمِلَ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ ، ثَلاثًا
Maksudnya: “Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Luth, (Baginda mengulanginya sebanyak tiga kali)”. (Riwayat Ahmad, no. 2913)
Justeru, Lajnah Kesihatan DMPM mengharapkan agar satu solusi yang holistik dapat dicapai dalam usaha mengekang penularan wabak normalisasi seks luar tabii yang sesungguhnya bakal membawa barah yang amat serius ke dalam masyarakat. Sasaran akhir Kementerian Kesihatan Malaysia dalam mencapai Zero HIV haruslah seiring dengan usaha mengekang penularan perlakuan seks luar tabii, melalui pendekatan komprehensif lagi holistik melibatkan pemerkasaan dakwah, pendidikan, abstinens, psikoterapi, penguatkuasaan undang-undang, terapi pemulihan, dan sebagainya.
Hak pengamal-pengamal perubatan Muslim khususnya, serta seluruh masyarakat Muslim Malaysia amnya, dalam mengamalkan ajaran agama (dalam konteks ini, pengharaman perlakuan liwat dan hubungan seksual sesama jantina) hendaklah diberikan perhatian paling utama, sesuai dengan kedudukan dan implikasi Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan Islam sebagai agama Persekutuan. Adalah menjadi harapan seluruh masyarakat Malaysia, malah merupakan hak para ibubapa Muslim, agar sebuah persekitaran selamat dan bi’ah solehah dalam masyarakat diberikan keutamaan, demi memastikan kelestarian moral generasi masa hadapan, bakal pewaris dan peneraju tanahair tercinta.
DR REEN MOHD AMIN
Pengerusi
Lajnah Kesihatan Dewan Muslimat PAS Malaysia
Rujukan:
1. Kenyataan Akhbar Kementerian Kesihatan Malaysia Sempena Hari AIDS Sedunia 2022
2. Sinar Harian 12 Disember 2022. KKM akan lakukan projek perintis penggunaan ubat PrEP. https://www.sinarharian.com.my/article/235782/berita/nasional/kkm-akan-lakukan-projek-perintis-penggunaan-ubat-prep
3. Changes in HIV Landscape, Malaysia 1990 – 2021. HIV / STI / Hep C Sector, Division of Disease Control, Ministry of Health Malaysia, 2022
4. Malaysian Consensus Guidelines on Antiretroviral Therapy 2022. Malaysian Society for HIV Medicine. Ministry of Health Malaysia. – HARAKAHDAILY 18/12/2022
Komen Weblog Ibnu Hasyim: KP UMNO sertai PAS. Cubaan PH ‘beli’ AP.. Seks luar tabii?
PrEP HIV: Solusi, komplikasi atau normalisasi seks luar tabii berlaku dalam kerajaan luar tabii?
PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015
1 comment:
MP2 Umno kini dilihat sudah menjadi pengampu PM no.1. Ayuh seluroh akar umbi UMNO yg masih berpegang kpd prinsip no dap no anuar jom sama2 kita berhijrah dan beri sokongan padu kepada PN. Dah tak lama lagi dah...
Post a Comment