Tuesday, December 13, 2022

K/Siang provokatif, ekstremis. Tsunami Merah ditelan Hijau..

 

1. Kenyataan Kit Siang provokatif, ekstremis

BANGI, 16 Jamadilawal 1444H, Ahad – Kenyataan Lim Kit Siang mengenai langkah perlu diambil bagi memastikan Malaysia tidak menjadi negara Islam sepenuhnya bukan sahaja bersifat provokatif bahkan ekstremis.

Malah kenyataan veteran parti tamak haloba DAP itu yang menyebut langkah-langkah perlu diambil bagi memastikan Malaysia tidak menjadi negara Islam sepenuhnya dalam dua kali lagi Pilihan Raya Umum (PRU) pada 2032 iaitu 10 tahun dari sekarang adalah tuduhan berat berniat jahat.

Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, ia juga adalah hasutan bagi membangkitkan isu perkauman berasaskan agama dan perlu disiasat pihak berkuasa.

Katanya, kenyataan itu jelas menunjukkan Kit Siang seorang yang tidak memahami Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menggariskan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan bahkan menjadi ejen penyuntik Islamophobia di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.

“Jelas, tiada pembohongan seperti yang dicanangkan oleh beliau tetapi ketelusan pemimpin berjiwa rakyat seperti Presiden PAS, Pengerusi PN dan Menteri Besar Kedah menyebabkan rakyat terbuka bagi menerima dan akhirnya banyak kerusi UMNO dan Pakatan Harapan (PH) tumbang dengan majoriti yang sangat besar.

“PN enggan membentuk kerajaan perpaduan bukan kerana membantah cadangan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) seperti yang difitnah oleh PH dan BN, tetapi enggan berkompromi dengan kluster mahkamah yang disifatkan seperti ‘enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing’.

“Iaitu sangat mementingkan diri sendiri dan sanggup menggadaikan prinsip keadilan serta mengabaikan kehendak rakyat yang menolak kerakusan pemimpin yang terpalit dengan rasuah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Kit Siang menerusi laman blognya berkata, kerajaan harus melaksanakan dasar-dasar reformasi dan program pembinaan semula negara bagi mencegah Malaysia tenggelam dalam ‘gelombang hijau’ PAS.

Katanya, kerajaan harus mengambil pelajaran daripada PRU15 bagi mengelakkan demokrasi dirampas oleh politik ‘pembohongan, ketakutan, kebencian, perkauman dan agama’.

Ahmad Tarmizi berkata, kemenangan besar PN dalam merampas kerusi Parlimen Padang Serai daripada PH dengan majoriti lebih 16,260 turut menterjemahkan penolakan dan kemarahan rakyat terhadap kerajaan gabungan PH-BN yang tidak telus.

Bahkan sanggup berkompromi sehinggakan terpaksa melantik kluster mahkamah menjawat jawatan penting dalam Kabinet demi kelangsungan kuasa mereka.

Malah katanya, kemenangan di 74 kerusi Parlimen dalam ‘Gelombang PN Best’ ini menandakan suatu permulaan yang menggetarkan kerajaan PH dan BN sehingga terpaksa menyekat video pro-PN dalam media sosial seperti TikTok dan akhirnya menjerumuskan kerajaan PH dan BN ini sebagai sebuah rejim yang cakap tidak serupa bikin.

“Ia juga tidak menjamin kebebasan media seperti yang dijanjikan bahkan bersifat ‘double standard’ apabila tiada tindakan sekatan dibuat bagi kenyataan provokatif penyokong PH dan BN di media sosial yang lain seperti di Twitter.

“Maka, ‘Gelombang PN Best’ membawa maksud kesejahteraan kepada rakyat secara menyeluruh tanpa mengira bangsa dan agama.

“Pendekatan PAS yang menekankan aspek prinsip menjadikan ia wadah bagi memantapkan pegangan hidup masyarakat berbilang kaum di negara ini,” katanya.

Sumber | ismaweb / Siti Hafidah


2. Bila Tsunami Merah ditelan Tsunami Hijau 

SEMALAM Lim Kit Siang bersuara menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim segera untuk menggubal polisi-polisi bersifat reformasi untuk mengekang Tsunami Hijau melanda seluruh negara dalam PRU16. 

Sebagai seorang veteran politik, sudah pasti Kit Siang begitu memahami kaitan antara ideologi politik dan warna. Oleh kerana itu, apabila beliau melabelkan Tsunami Hijau kepada perubahan politik yang berlaku dalam PRU15, sudah tentu beliau merujuk kepada sebuah ideologi politik yang dibimbangi olehnya sedang melebarkan pengaruh di negara ini. Kebimbangan Kit Siang itu, pastinya berkaitan dengan pengaruh politik Islam yang dibawa oleh PAS.

Dalam konteks dunia politik, warna hijau sememangnya dikenali merujuk kepada aliran politik yang memperjuangkan Islam sebagai gagasan politik yang diyakini boleh menyelesaikan masalah kehidupan. Para ilmuan Barat menamakan gagasan itu sebagai Islamisme. Bagaimanapun, setelah munculnya aliran politik Environmentalisme akhir 1980-an, aliran politik ini juga dikaitkan dengan warna hijau terutama di negara-negara yang bukan dari kalangan Dunia Islam. Dalam konteks Malaysia, bila Kit Siang menyebut Tsunami Hijau, ia merujuk kepada parti yang memperjuangkan Islam iaitu PAS.

Warna biru pula, selalunya dikaitkan dengan parti-parti aliran kanan iaitu yang beraliran pemikiran konservatif, contohnya Conservative Party di United Kingdom. Parti-parti aliran kanan ini lazimnya memperjuangkan ideologi politik yang tidak kontra dengan akar-umbi politik di sesebuah negara, serta melakukan perubahan-perubahan politik secara organik atau evolusi. Ia bertentangan dengan warna merah, iaitu parti-parti politik aliran kiri yang lazimnya berideologi Sosialisme atau Komunisme. Sememangnya dalam dunia politik, parti-parti yang berteraskan Sosialisme menggunakan warna merah, malah revolusi yang mereka lakukan digelar Revolusi Merah.

Secara jelas di dalam Perlembagaan DAP, parti tersebut memperjuangkan Sosialisme. Cuma, beza DAP dan parti-parti Komunis di negara-negara yang berideologikan Sosialisme ialah pendekatan politik. DAP memperjuangkan Sosialisme melalui pendekatan demokrasi manakala parti-parti Komunis lain menegakkan ideologi Sosialisme mereka melalui pendekatan autokrasi. Bagaimanapun, selepas memasuki alaf baru hampir kebanyakan parti-parti Komunis ini mula menerima pendekatan demokrasi. Perubahan pendekatan parti-parti yang memperjuangkan ideologi Sosialisme ini, disebut sebagai Millennial Socialism.

Semasa awal penubuhan DAP, parti ini menyertai rangkaian Sosialis Antarabangsa yang turut disertai oleh parti-parti yang memperjuangkan Sosialisme di dalam politik demokrasi di seluruh dunia. Selepas 50 tahun di dalam rangkaian itu, DAP keluar dan menyertai rangkaian global yang baru ditubuhkan oleh parti-parti yang sealiran dengannya, iaitu rangkaian Ikatan Progresif. Apapun perubahan yang berlaku, ideologi yang diperjuangkan oleh DAP masih Sosialisme, iaitu dari segi falsafah politiknya berakar dari falsafah Karl Marx. Tidak dinafikan ada juga akar ideologi Sosialisme ini dari ahli-ahli falsafah lain, tetapi yang utamanya adalah Falsafah Marxisme.

Oleh sebab itu, sejak penubuhan DAP yang mengambil acuan PAP selepas Singapura keluar dari Malaysia, intipati perjuangan DAP adalah seperti yang diisytiharkan oleh Deklarasi Setapak 1967. Deklarasi ini adalah manifestasi dari gagasan Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh PAP ketika Singapura berada di dalam Malaysia. Akar ideologi Deklarasi Setapak ini adalah Sosialisme, iaitu ideologi yang menekankan manusia yang semuanya sama kelas. Dalam konteks Deklarasi Setapak, DAP memperjuangkan kesamarataan etnik di Malaysia, tidak ada warganegara Bumiputera dan bukan Bumiputera. Sehingga hari ini, DAP tetap memperjuangkan Deklarasi Setapak itu.

Pengaruh DAP atau ‘Arus Merah’ pasang surut selepas parti ini ditubuhkan. Bagaimanapun, pada PRU12 tahun 2008 Arus Merah yang dicetuskan oleh DAP mula membentuk gelombang yang semakin besar. Pada PRU12 tahun 2008, DAP mula menawan 28 kerusi Parlimen, diikuti dengan PRU13 pada tahun 2013 bertambah kepada 37 kerusi Parlimen. Arus Merah DAP kemudian menjadi Tsunami Merah apabila mereka berjaya memenangi 42 kerusi Parlimen pada PRU14 tahun 2018. Kemaraan DAP dengan Tsunami Merah itu, mereka cuba luaskan lagi pada PRU15 apabila DAP mula menghantar calon di kerusi-kerusi majoriti Melayu seperti di Jerai dan Gerik.

Tsunami Merah yang dicetuskan oleh DAP seperti tidak ada parti-parti Melayu-Bumiputera yang mampu menghalang. Dengan sokongan solid pengundi Cina dan sebahagian besar pengundi-pengundi India, DAP berkeyakinan untuk meneroka pasaran baru di kawasan-kawasan yang bermajoriti Melayu. DAP meletakkan calon Melayu antaranya di Bangi, Bentong dan Ayer Hitam. Mereka menyasarkan untuk menawan lebih daripada 42 kerusi, iaitu lebih daripada bilangan yang mereka berjaya tawan dalam PRU14. Sekiranya PH menang dengan majoriti mudah, dengan bilangan kerusi DAP yang paling banyak, mereka boleh menuntut lebih kerusi Menteri atau Timbalan Menteri.

Bagaimanapun, sasaran DAP untuk mencetuskan Tsunami Merah kali kedua sedikit tersasar. Mereka tidak berjaya menambah kerusi, bahkan kerusi mereka berkurangan sedikit. Meskipun hampir 100 peratus pengundi Cina mengundi DAP dan PH, dan riak untuk tercetusnya Tsunami Merah memang sudah mencukupi untuk terjadi, tiba-tiba ada tsunami politik yang lebih besar berlaku. Tsunami Merah cetusan DAP memang berlaku dalam PRU15 baru ni, tetapi Tsunami Hijau mempunyai magnitud yang lebih besar. Tsunami Merah (Sosialisme) ditelan oleh Tsunami Hijau (Islamisme). Pastinya Kit Siang antara yang paling terkejut dengan perkembangan itu.

Ketika PH masih merayakan pelantikan Perdana Menteri ke-10 dan Menteri-menteri Kabinet, veteran politik seperti Kit Siang sudah melihat bahana yang akan menimpa perjuangan Sosialisme dan gagasan Malaysian Malaysia mereka jika Tsunami Hijau ini tidak dibendung. Mereka telah berjaya menjinakkan Umno, sehingga Parti Melayu itu sudah hilang taring dan kukunya. Mereka telah sedia menunggangi PKR dan PAN sebelum ini, untuk menjayakan agenda Sosialisme dan Malaysian Malaysia mereka. Sekarang Tsunami Merah bertemu buku dan ruas dengan Tsunami Hijau. Untungnya tunggangan DAP telah bertambah, iaitu Umno, PKR dan PAN.

DR ZUHDI MARSUKI – HARAKAHDAILY 11/12/2022


Komen Weblog Ibnu Hasyim K/Siang provokatif, ekstremis. Tsunami Merah ditelan Hijau..

PH kini masih merayakan pelantikan PM10. Menteri-menteri kabinet, veteran politik seperti Kit Siang sudah melihat bahana akan menimpa perjuangan Sosialisme dan gagasan Malaysian Malaysia mereka.

Konon mereka telah berjaya menjinakkan Umno, sehingga Parti Melayu itu sudah hilang taring dan kukunya. Mereka telah menunggangi PKR dan PAN sebelum ini, untuk menjayakan agenda Sosialisme dan Malaysian Malaysia mereka. 

Sekarang Tsunami Merah bertemu buku dan ruas dengan Tsunami Hijau. Tunggangan DAP telah bertambah, iaitu Umno, PKR dan PAN, akan menjadikan pertempuran bertambah hebat!

Sekian dulu.

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

2 comments:

Anonymous said...

ANWAR TIDAK MAMPU JADI PERDANA MENTERI” – PENDEDAHAN MAHATHIR JIKA BERKERJASAMA PAKATAN HARAPAN

Anwar Ibrahim Tidak Mampu Jadi Perdana Menteri

Mengejutkan sekali dalam satu temubual oleh Sinar, Tun Mahathir mendedahkan sebenarnya Anwar Ibrahim belum mampu jadi Perdana Menteri seperti yang sering dilaungkan sebelum ini.

Sedutan dari temubual oleh wartawan –

https://www.my-tv.online/wp-content/uploads/2020/05/Nabeel-Naqie_20200510_1_001.mp4

Mahathir ketika ditemui juga masih cuba membawa perspektif Najib Razak yang merupakan bekas Perdana Menteri Ke-6 sebagai seorang yang ‘bahaya’ berbanding Anwar jika dibandingkan.

Jika inilah senario politik sebenar dalam kerjasama Mahathir-Anwar-Pakatan Harapan, apalah yang boleh rakyat harapkan daripada mereka selain akan terus menyaksikan drama perebutan kuasa sesama mereka sendiri.

Rakyat tertipu , rakyat menyesal, rakyat menginsafi diri mereka.

Kini rakyat sudah sedar betapa bahayanya Mahathir, Anwar Ibrahim, Mujahit , Mat Sabun, Azmin, DAP, PKR atau PH jika mendapat kuasa , Selama ini rakyat tindak menyangka apa yang berlaku selama pemerintahan 22 bulan terhadap mereka. Sama sekali rakyat tidak menduga, terutama golongan anak muda.

Lu fikir lah sendiri..

Anonymous said...

Kaum Melayu perlu menyokong dan mengundi PN

Perlembagaan parti roket jelas mempunyai matlamat untuk membentuk perlembagaan sekular supaya negara Islam Malaysia menjadi negara sekular yang akan mengasingkan agama Islam dari urusan dunia dan pentadbiran kerajaan.

Akibatnya umat Islam akan bebas melakukan maksiat, kesesatan dan murtad dll tanpa sebarang halangan konon kerana mereka mempunyai hak kebebasan individu.

Bukti perlembagaan parti roket: Fasal ll No. 2 Mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal.

Untuk membentuk perlembagaan sekular dan negara sekular, parti roket dan khadam liberalnya perlu menghapuskan hak agama Islam dan hak umat Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sangat jelas perlembagaan parti roket sangat bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Maka sepatutnya parti roket diharamkan di Tanah Melayu.

Oleh sebab itu, umat Islam perlu bersatu padu mengundi PN untuk menghalang cita-cita parti roket ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails