Anggota bomba berusaha untuk menyelamatkan orang yang cuba melarikan diri daripada kebakaran di kasino hotel Grand Diamond City di Poipet. - Foto AFP Kebakaran dilaporkan berlaku di hotel kasino Grand Diamond City pada tengah malam Rabu, menurut Jabatan Polis Pencegahan dan Penyelamat Kebakaran.- Sumber foto FB Jabatan Polis Pencegahan dan Penyelamat Kebakaran Kemboja
1. 10 maut, 30 cedera dalam kebakaran hotel-kasino Kemboja
PHNOM PENH: Sekurang-kurangnya 10 maut dalam kebakaran membabitkan sebuah hotel kasino di Kemboja, berhampiran sempadan Thailand, kata polis hari ini.
Kebakaran di Hotal Grand diamond City di Poipet berlaku lewat malam tadi, sekitar jam 11:30 malam (waktu tempatan).
Menurut laporan awal pihak polis yang disaksikan wartawan AFP, sekitar 10 orang maut dan 30 lagi cedera.
Mangsa yang cedera dihantar ke hospital dekat wilayah Sa Kaeo, Thailand.
Ketika kejadian, dipercayai sekitar 400 individu bekerja di kasino berkenaan.
Media tempatan melaporkan, warga asing turut berada dalam kasino berkenaan ketika kebakaran.
Sumber Kementerian Luar Thailand memberitahu, mereka memantau rapat kejadian itu dengan pihak berkuasa.
"Pihak berkuasa cuba untuk mengawal kebakaran termasuk mengerahkan trak bomba dari sebelah Thailand," katanya.
Menceritakan keadaan ketika itu, seorang sukarelawan kumpulan penyelamat Thailand daripada Yayasan Ruamkatanyu berkata, api bermula dari tingkat satu dan kemudiannya merebak cepat sehingga menjilat keseluruhan bangunan.
Grand Diamond City adalah antara beberapa hotel kasino yang selalu menjadi tempat berkumpul, terletak di sepanjang sempadan Thailand-Kemboja. - AFP
KUALA LUMPUR 10 FEBRUARI 2019. Sebuah pusat hiburan di tingkat 5, dalam sebuah pusat beli-belah di Kepong, ibu negara, diserbu Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Polis Kontinjen Kuala Lumpur, awal pagi tadi. - Foto NSTP
Soalan:
Assalamualaikum Ustaz, saya berkerja sebagai Design Architect di sebuah firma cina. Saya pernah diberikan tugasan oleh ketua saya (beliau merupakan seorang non-muslim) untuk mereka bentuk ruang untuk meletakkan patung buddha dan mereka cipta sebuah pusat karaoke yang ada menyediakan hidangan seperti arak di dalam premis tersebut. Apakah hukum jika saya terlibat sebagai designer kepada tempat-tempat seperti ini?
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji dan syukur diucapkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam dipanjatkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.
Dalam menjawab isu ini, kami perincikan persoalan di atas dengan beberapa perkara yang berikut:
Pertama: Hukum Berkerja Dengan Orang Bukan Islam
Kami maksudkan dengan tajuk di atas ini adalah berkenaan hukum seorang muslim berkerja dengan syarikat atau organisasi yang dimiliki atau diketuai oleh orang bukan Islam.
Dalam membahaskan isu ini, para fuqaha secara majoriti mengatakan hukumnya adalah dibolehkan. Kebanyakan mereka berdalilkan dengan sebuah hadis daripada Ali bin Abi Thalib R.A beliau berkata:
فَمَرَرْتُ بِيَهُودِيٍّ فِي مَالٍ لَهُ وَهُوَ يَسْقِي بِبَكَرَةٍ لَهُ فَاطَّلَعْتُ عَلَيْهِ مِنْ ثُلْمَةٍ فِي الْحَائِطِ فَقَالَ مَا لَكَ يَا أَعْرَابِيُّ هَلْ لَكَ فِي كُلِّ دَلْوٍ بِتَمْرَةٍ قُلْتُ نَعَمْ فَافْتَحِ الْبَابَ حَتَّى أَدْخُلَ فَفَتَحَ فَدَخَلْتُ فَأَعْطَانِي دَلْوَهُ فَكُلَّمَا نَزَعْتُ دَلْوًا أَعْطَانِي تَمْرَةً حَتَّى إِذَا امْتَلأَتْ كَفِّي أَرْسَلْتُ دَلْوَهُ وَقُلْتُ حَسْبِي فَأَكَلْتُهَا ثُمَّ جَرَعْتُ مِنَ الْمَاءِ فَشَرِبْتُ ثُمَّ جِئْتُ الْمَسْجِدَ فَوَجَدْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فِيهِ
Maksudnya: ‘’Kemudian aku pun melepasi seorang yahudi pada harta miliknya dalam keadaan dia sedang mengambil air dengan penarik air miliknya. Maka aku pun melihat ke arahnya di sebalik pagar. Lalu dia berkata: ‘’Apa kena dengan kamu wahai orang arab ? Hendakkah kamu untuk mendapat satu biji tamar bagi setiap bekas (untuk menimba air)’’. Maka akupun berkata: ‘’Ya, bukakanlah pintu supaya aku dapat masuk’’. Beliau pun membuka pintu dan aku memasukinya, lalu beliau memberikan kepadaku timba tersebut. Setiap kali aku lepaskan timba itu (keluarkan air) beliaupun memberikan kepadaku sebiji tamar. Sehinggalah telah penuh kantungku aku pun melepaskan timbanya dan aku mengatakan: Memadailah buatku, maka aku pun memakannya. Kemudian akupun mengeluarkan air itu dan meminumnya, dan aku pergi ke masjid lalu mendapati Rasulullah S.A.W berada di dalamnya’’.
Riwayat al-Tirmizi (2473)
Berdasarkan riwayat di atas, adalah dibolehkan untuk seorang muslim itu berkerja dengan orang bukan islam dan mendapat upah hasil perkhidmatan yang dia berikan.
Kedua: Hukum Membantu Orang Bukan Islam
Dalam isu seorang yang beragama Islam membantu orang yang bukan muslim, bantuan tersebut terbahagi kepada dua iaitu:
- Pengibadatan Agama Lain Dan Maksiat
Dalam isu yang melibatkan amalan keagamaan agama lain, adalah tidak boleh untuk seorang yang beragama islam membantunya. Ini jelas berdasarkan firman Allah S.W.T:
وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
Maksudnya: Janganlah kamu saling membantu di atas perkara dosa dan permusuhan.
Surah Al-Ma’idah (2)
Dalam hal ini, jelas menunjukkan bahawa Allah S.W.T mengharamkan bantuan dalam perkara-perkara dosa dan juga perkara yang melampaui batas yang telah Allah tetapkan.
- Kebajikan sosial
Dalam isu kebajikan sosial, kita sebagai umat islam dituntut untuk berbuat kebajikan dengan mana-mana manusia tanpa mengira perbezaan agama, bangsa, keturunan, warna kulit, dan seumpamanya. Ini berdasarkan sebuah riwayat Abu Dzar R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ
Maksudnya: Dan bergaullah kepada manusia dengan akhlak yang baik.
Riwayat al-Tirmizi (1987)
Kalimah manusia di dalam hadis dianggap sebagai lafaz umum yang meliputi keseluruhan manusia tanpa mengira siapa, dan termasuklah manusia itu orang kafir sendiri. Justeru, adalah wajib berbuat kebaikan dalam pergaulan seorang muslim dengan muslim.
Begitu juga firman Allah S.W.T yang menyebut:
لَّا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ
Maksudnya: Allah tidak menghalang kamu terhadap golongan yang tidak memerangi kamu berkenaan agama dan mereka tidak mengeluarkan kamu dari tanahair kamu, dari kamu berbuat kebajikan kepada mereka dan berlaku adil kepada mereka. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
Surah Al-Mumtahanah (8)
Dalam ayat ini, jelas menunjukkan bahawa hukum berbuat kebajikan kepada kumpulan bukan islam yang tidak memerangi umat islam adalah dibenarkan di sisi syarak.
Sebagai contoh, seorang muslim yang melihat orang bukan islam dalam keadaan lapar atau dahaga, maka dia dituntut untuk membantu orang bukan islam tersebut. Begitu juga sekiranya dilihat seorang bukan islam yang buta ingin melintas jalan, maka perlu untuk dia dibantu dalam keadaan ini. Inilah yang menzahirkan sifat bahawa agama Islam itu sebagai rahmat bagi keseluruhan alam.
Kesimpulan
Sebagai penutup, kami mengatakan bahawa hukum berkerja dengan syarikat yang diketuai oleh bukan islam adalah harus secara umumnya. Namun, jika pekerjaan tersebut bercampur dengan perbuatan yang haram seperti membantu mendatangkan kemudaratan kepada umat islam, memerah arak, membantu ke arah kesyirikan dan kemaksiatan, maka ia adalah dilarang dan ditegah.
Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, kami mengatakan bahawa perbuatan tersebut hendaklah dielakkan. Ini kerana setiap wasilah untuk mencapai ke arah tujuan yang tidak baik adalah dianggap sebagai tidak baik juga. Ini seperti yang disebutkan dalam kaedah:
الْوَسَائِلُ لَهَا أَحْكَام الْمَقَاصِد
Maksudnya: Wasilah-wasilah mempunyai hukum yang sama dengan tujuan.
Justeru, melakukan reka bentuk (design) bagi tempat-tempat yang bertujuan untuk diadakan maksiat kepada Allah di dalamnya adalah suatu wasilah yang dilarang.
Kami mencadangkan agar saudara dapat berbincang dengan majikan secara berhikmah dan menjelaskan keadaan ini dengan sebaiknya agar mendapat keputusan yang terbaik di antara kedua belah pihak. Semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang tepat kepada kita dalam beragama. Ameen.
PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015
3 comments:
Teringat cerita budak budak.
Budak jaga kambing dengan serigala.
Kali pertama jerit ada serigala.
Orang kampung datang nak tolong.
Rupanya serigala tiada, budak ketawa terbahak bahak.
Kali kedua pun macam tu.
Orang kampung datang.
Budak ketawa terbahak bahak.
Kali ketiga benar benar serigala datang.
Budak jerit jerit minta tolong.
Orang kampung dah serik ditipu dua kali.
Akhirnya habis kambing dibaham oleh serigala.
Wak nipu akar umbi macam tu juga.
Bro An nipu rakyat macam tu juga.
Sapa nak percaya lagi.
Mungkin cara rimba jalan terakhir.
Luar tabii jua.
Bila pulak bro An nak mintak taikun cina sumbang 10 juta atau 50 juta. Mereka pun jarah ekonomi kat sini. Takkan nak tibai tuan said sorang jer.
Duit casino tak payah ler jadikan sumbangan untuk rakyat. Yang tu bro An boleh guna jadi dana pilihan raya.
Perang sesama barua DAP@ LeeKwanYew semakin meriah... sediakan pop tambah dan tepokkk..!!
Dr Mahathir berkata, Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi hari ini adalah individu yang didakwa dengan lebih 40 pertuduhan, namun masih dilantik dan memegang jawatan berkenaan.
“Adakah TPM seorang petugas yang lebih kanan yang sepatutnya dilayan lebih baik daripada Yang di-Pertuan Agong?
Dalam kes Jho Low kesemua PM bermula dari barua DAP@LeeKwanYew paling celaka si tua renta buat bodoh bangang buta bikin mata lansung tak tangkap Jho Low yang sedang tepok tangan ketawa terbahak barsama kaum DAP@ Lee Kwan Yew lihat betapa bodoh bangang kesemua PM ini tak ada telo utk memangkap nya..!!
Kes AMLA songlap RM700 juta Zety depan lubang hidung orang tua bodoh pun tak mampu ditangkap mereka..!! Ni lah yang dikatakan bila kuali ngata bontot periok hitam legam... sila pergi mampos legasi tak guna ini..!!
Alhamdulillah keturunan dan legacy celaka fitnah jijik haramjadah ini semua sudah pupus hilang wang deposit di PRU 15 lalu. Sila berambos barua celaka Lee Kwan Yew dari radar politik Malaysia...!!
Sekarang perang sesama barua lama dan barua baru DAP@LeeKwanYee muncul kembali sebelum kaum yang dijanjikan dari timur muncul kembali..!
Post a Comment