ISLAMABAD: Seramai 20 pesalah di Afghanistan dihukum sebat di khalayak ramai kerana melakukan kesalahan berzina, mencuri dan jenayah lain.
Jurucakap Taliban bagi pejabat gabenor di selatan wilayah Helmand, Mohammad Qasim Riyaz, berkata hukuman itu dilaksanakan di perkarangan stadium di Lashkar Gah di ibu negeri Helmand.
Beliau berkata, setiap pesalah disebat antara 35 hingga 39 sebatan dan hukuman itu dijalankan di hadapan pegawai daerah Taliban, golongan ulama, warga emas dan penduduk setempat.
Katanya, segelintir mereka yang disebat turut dikenakan hukuman penjara berdasarkan jenayah yang mereka lakukan.
Hukuman sebatan itu dilaksanakan seminggu selepas pihak berkuasa Taliban melaksanakan hukuman mati terhadap pesalah kerana membunuh, hukuman mati di khalayak ramai yang pertama sejak mengambil alih tampuk pemerintahan pada tahun lalu.
Menurut jurucakap kanan Taliban, Zabihullah Mujahid, hukuman tembak mati itu dilaksanakan oleh bapa mangsa sendiri di hadapan ratusan orang awam dengan kebanyakannya terdiri daripada pegawai Taliban, di wilayah Farah.
Hukuman itu menerima kritikan antarabangsa dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, menyifatkan hukuman terbabit perlu diselaraskan dengan hak untuk hidup.
Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Ned Price, berkata kerajaannya mengutuk hukuman mati di khalayak ramai.
Price berkata, hubungan antarabangsa antara Taliban dengan Washington pada masa depan bergantung kepada tindakan mereka berkaitan dengan hak asasi manusia.
Setakat ini, tiada mana-mana negara mengiktiraf kerajaan Taliban selepas mereka mengambil alih pemerintahan susulan pengunduran tentera AS dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) tahun lalu. - AP
2. Brunei pengeksport telur terbaru ke Singapura.
SINGAPURA: Telur ayam dari Brunei tidak lama lagi akan sampai ke rak pasar raya tempatan, selepas negara itu disahkan menjadi pengeksport telur terbaru ke Singapura.
Ini menjadikan jumlah 17 pengeksport telur ke Singapura, termasuk Malaysia, Thailand, Jepun, Australia, Sepanyol dan Poland.
Menambah Brunei kepada sumber telur Singapura membantu republik itu mempelbagaikan sumber import telurnya, dan Brunei sedang berusaha meningkatkan eksport telur, kata Agensi Makanan Singapura (SFA), dalam satu kenyataan.
Telur itu, dari Ladang Ternakan Golden Chick Brunei, akan diimport oleh Dasoon Eggs, sebuah syarikat pembekal tempatan, yang membawa masuk dua penghantaran kecil telur itu bulan lalu.
"Lebih baik bermula dengan penghantaran kecil bagi melihat bagaimana hasil semua ujian oleh SFA dan juga untuk pengeksport Brunei mengetahui standard yang diperlukan Singapura," kata pengarah Dasoon, Sng Kaijun.
Semasa lawatan ke Ladang Ternakan Golden Chick Brunei semalam, Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Grace Fu, menegaskan sekuriti makanan adalah isu penting.
"Keselamatan makanan juga penting untuk kita. Oleh itu, kami berada di sini untuk memastikan bekalan memenuhi standard kami yang tinggi dari segi keselamatan haiwan dan makanan.
"Kami berharap akreditasi ini akan membuka pasaran baru untuk industri teknologi pertanian di Brunei," tambahnya.
Usaha mempelbagai sumber telur Singapura bermula sejak tiga tahun lalu dan membantu negara itu menghadapi gangguan bekalan yang timbul daripada isu penyakit dan ketegangan geopolitik, kata SFA.
Singapura kini mempunyai tiga ladang telur tempatan yang menyediakan sekitar 30 peratus daripada permintaan telur negara.
Ini dijangka meningkat kepada sekitar 50 peratus apabila ladang keempat siap dan beroperasi dalam beberapa tahun.
Sebagai sebahagian daripada lawatan tiga hari beliau ke Brunei sejak semalam, Fu akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pembangunan, Menteri Sumber Utama dan Pelancongan Brunei.
Ini bagi membincangkan cara mengukuhkan kerjasama dalam pembangunan pertanian makanan, perlindungan alam sekitar, pengurusan sumber air dan perubahan iklim. - AGENSI
Komen Weblogg Ibnu Hasyim: Lagi sebat mendidik Taliban. & Brunei eksport telur ke S'pura.
Lihat seterusnya mengenai hukum sebat dalam Islam.
Kandungan berkaitan
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan - BAYAN LINNAS #148: POLEMIK SEBATAN SYARIAH DI TERENGGANU
Uswatun Hasanah - PERBEZAAN CARA SEBATAN HUDUD VS SIVIL Hukuman hudud lebih mendidik dan membendung masyarakat daripada terjebak kepada jenayah dan hukuman ini dilakukan di khalayak ramai bagi memberi amaran dan 'peringatan'
Beza Sebatan Kesalahan Jenayah Syariah Dan Sebatan Jenayah Sivil
Cara sebat dalam Islam vs Cara Sivil, yang mana pilihan anda? | Hudud Islam
Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.): Sebat syariah didik, insafkan pesalah
Cara sebat dalam Islam vs Cara Sivil, yang mana pilihan anda? | Hudud Islam
Sebat syariah lebih berperikemanusiaan
RUU355 dan Hudud: Tidak cukup sekadar sebatan secara Islam... | Cenangau Daunkari
Dr Tanaka Mustafa - PERTUBUHAN HUMAN RIGHT YANG PREJUDIS TERHADAP ISLAM Oleh: Dr Tanaka Mustafa 1) Sebatan Sivil mencederakan, melukakan, sampai terkeluar kulit, berdarah, lebam, bengkak, boleh dijangkiti kuman, pedih, perit berminggu-minggu.
Apakes - Beza sebatan sivil dan sebatan syariah.. | Facebook
5 perlaksanaan hukuman hudud yang ramai salah anggap | SOSCILI
Hukuman Sebat Masih Sesuai - KDN - Semasa | mStar
Mengenai telur di Malaysia??
PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015
Hoi ya hoi , hoi ya hoi kami adalah penyamon.. kerjasama penyamoon ooo... ya hoi ya hoi..
ReplyDeleteKerjasama dengan PH DAP BN bagi menghadapi enam PRN)..saya ulanggg..!!
Pakatan Harapan (PH) yang turut disertai DAP tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN), khususnya UMNO, bagi menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Setiausaha Agung PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bagaimanapun berkata kerjasama menghadapi PRN yang bakal diadakan tahun depan itu belum dimuktamadkan lagi.
Enam negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang, bakal mengadakan PRN masing-masing tahun depan, setelah tidak menyertai PRU-15, bulan lalu.
Saya ulangggg..!!
Hoi ya hoi , hoi ya hoi kami adalah penyamon.. ini kerjasama penyamoon..!!
Kami Penyamoon... kami penyamoon
hoi ya hoi..
Tepat sekali parti hijau tak buat kerjasama dengan parti kris.
ReplyDeletePenyamun mana ada yang jujur.
Penyamun boleh bekerjasama dengan penyamun lain.
Penyamun bergabung dengan penyamun lain untuk menyamun kuasa.
Kalau penyamun menjanjikan kebaikan, kebaikan itu untuk perut mereka bukan untuk rakyat.
Manifesto penyamun boleh dengar jer, percaya jangan.
Beri satu untuk rakyat, samun 10 untuk perut.
Kredibiliti kerajaan minoriti Brother Anwar Bin Ibrahim akan rosak jika tidak dakwa Zeti dan Nazlan segera.
ReplyDeleteBerbeza Najib dengan Zahid yang kini berdepan kes di mahkamah. Tatkala beliau hanya menang majoriti 348 undi sahaja di Bagan Datuk.
Najib terima keputusan ini dengan moral dengan hati terbuka tetapi tidak pada Zahid Hamidi dan Tok Mat, "
3 hari selepas BN tumbang, Najib umum letak jawatan. Dengan kuasa Allah, Najib yang dihina kini dipuji dan diangkat sebagai individu hebat oleh segenap lapisan masyarakat. Ke mana saja dia pergi, pasti dikerumuni ramai orang.
Popularitinya bertambah, walaupun dipenjara, nama beliau masih disebut dan dirindui.
Antara perkara paling utama kerajaan minoriti Brother kita harus lakukan adalah segera mendakwa Bekas Gabenor Zeti Aziz dan Hakim Nazlan Mohd Ghazali yang ada kes rasuah tetapi masih belum didakwa dakwa lagi sehingga kini.
Kedua kes ini menjadi “Elephant in the room” kepada semua Perdana Menteri kerana menampak kan semua Perdana Menteri tidak berkuasa melaksanakan kes rasuah ini ,
Sekarang ahli UMNO boleh pulak ada saranann untuk tidak mempertandingkan jawatan Presiden Zahid dan Timbalan Presiden UMNO Tok Mat dalam persidangan UMNO..!
Rakyat sedang menunggu tindakan dari kerajaan minority Brother Anwar Bin Ibrahim. Bertindak terhadap Zety atau jadi pekak dan bisu seperti Tun dlm 70 kes AMLA syarikat Hati Budi Zahid Hamidi. 'No Anwar No DAP' tapi pengakuan audio adalah sebaliknya
https://m.facebook.com/peraktoday/videos/zahid-mengaku-audio-perbualan-telefon-bersama-anwar-suaranyashah-alam-presiden-u/490756671985451/
Mahathir kini sudah tidak relevan dalam politik Malaysia. Memang bertambah sakit hati Mahathir apabila Zahid dilantik sebagai TPM ketika beliau kalah hingga hilang deposit dalam PRU15.
Sejak ahli UMNo tadah punggung mereka berkawan dengan Brother Anwar Bin Ibrahim kelakuan pemimpin tertinggi UMNo makin menjdi jadi sifat luar tabie nya..
Akar umbi umno malu nak ngaku ahli. Tak sanggup nak tadah punggung kat bro An. Cukuplah ditipu hidup hidup. Suara pimpinan tidak lagi mewakili suara akar umbi. Idios.
ReplyDeleteKami sekarang follow gelombang hijau. Ini yang jadi wadah pertahan hak kami. Hak bumiputera. Hak agama Islam. Hak tanah air.
Ikutkan reformasi semua hak kami pupus. Temanya reformasi. Kami mahu reformasi bersama gelombang hijau. Bukan reformasi bersama bro An.