Wednesday, December 14, 2022

Lontar kepala babi di London. Anwar saman Sanusi & strategi Zahid menteri.

 

Kepala babi yang ditemui di bumbung bangunan Amanah Masyarakat Islam Heaton (HMCT) di Battersea Road, Heaton Mersey, Stockport, London. - Gambar ihsan HMCT

1. Kepala babi dilontar ke atas bumbung masjid di London 

LONDON: Umat Islam ketakutan selepas kepala babi ditinggalkan di atas bumbung sebuah masjid di Britain dalam kes yang dianggap sebagai jenayah kebencian, Islamofobia, lapor portal berita MailOnline.

Orang ramai menemui kepala babi itu ketika mereka meninggalkan perhimpunan di bangunan Amanah Masyarakat Islam Heaton (HMCT) di Battersea Road, Heaton Mersey, Stockport, yang menempatkan sebuah masjid serta dewan masyarakat.

Kepala babi itu diletakkan di bahagian rendah yang rata bumbung bangunan itu, bermakna ia mudah dilihat dan disedari sekitar jam 9.15 malam (waktu tempatan) Jumaat lalu.

Salah seorang pemegang amanah HMCT berkata, perbuatan itu menimbulkan ketakutan dan keresahan besar dalam kalangan pengunjung pusat ibadat itu terutama kanak-kanak serta warga emas.

Muhammad Tayyab Mohiuddin berkata pihaknya dimaklumkan individu tertentu mengenai kepala babi itu pada waktu petang, ketika mengadakan perhimpunan di pusat masyarakat terbabit.

Katanya, bangunan yang berbumbung itu mudah dilihat dan ada yang sengaja memilih tempat ini untuk menakutkan orang ramai.

"Semua orang tahu seseorang meletakkannya di sana dan apakah niat mereka? Dalam agama kami, kami tidak dibenarkan makan daging babi atau mengendalikannya dalam apa cara sekali pun, Jadi, seseorang melakukannya secara khusus atas sebab itu.

"Kami mempunyai ramai orang tua dan kanak-kanak yang menggunakan pusat ini, jelas mereka agak takut bahawa seseorang menyasarkan kami dan takut pada masa hadapan sekiranya pelaku pergi lebih jauh atau mengambil langkah keterlaluan.

"Kami telah bercakap dengan polis dan melaporkan kepada mereka serta diberitahu ia direkodkan sebagai jenayah kebencian," katanya.

Tambah Mohiuddin, pusat itu digunakan penduduk Islam Heaton selama lebih sedekad, tidak mempunyai banyak isu selain dua kes pecah masuk pada tahun lalu, di mana televisyen dan peti derma dicuri.

Beliau berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan sebuah kereta berhenti dan dua orang keluar dengan salah seorang daripada mereka membawa apa yang kelihatan seperti beg sampah.

Menurutnya, plet pendaftaran kereta itu dirakam dan berharap polis dapat mengesan pelaku perbuatan tersebut dengan segera. - AGENSI


2. Anwar saman Sanusi kes ucapan kempen didakwa fitnah 

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berhubung ucapan berbaur fitnah dalam satu kempen ceramah 'Jelajah PN Best Tambun'.

Anwar, 75, yang juga plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan SN Nair & Partners di Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah dengan menamakan Muhammad Sanusi, 48, sebagai defendan tunggal.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Anwar mendakwa pada 13 November lalu, Muhammad Sanusi yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah telah memberi ucapan pilihan raya pada ceramah itu sebagai menyokong calon PN bagi Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dengan ratusan pengunjung menghadiri ceramah itu.

Dakwa Anwar, ucapan dalam ceramah itu telah diterbitkan atau menyebabkan penerbitan semula dan disiarkan secara siaran langsung di aplikasi Facebook di bawah nama "Faizal Azumu" yang mendapat tontonan melebihi 88,000 kali, 531 reaksi, 58 kali perkongsian dan 384 komen, setakat tarikh pemfailan saman itu.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mendakwa pada 14 November lalu, kenyataan fitnah daripada video itu telah dipetik oleh MalaysiaKini dan portal itu menerbitkan satu artikel dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris bertajuk "Kes liwat Anwar: Dulu kesian sungguh, sekarang PAS kata kena 'pikiaq'.

Menurut Anwar, kenyataan fitnah itu antaranya membawa maksud plaintif mendapat pengampunan Diraja melalui penipuan dan kekal tidak diampunkan serta telah memperdaya Yang di-Pertuan Agong, seorang pembohong, tidak boleh dipercayai, tidak beretika dan mengkhianati mandat rakyat.

Plaintif mendakwa kenyataan-kenyataan itu adalah tidak benar, keji serta berniat jahat dengan tujuan untuk menghasut orang ramai dan menimbulkan kebencian peribadi terhadapnya dan PH semasa tempoh berkempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 pada 19 November lalu.

Dakwanya, akibat daripada kenyataan fitnah itu menyebabkannya dihina, mendapat cemuhan daripada masyarakat selain memudaratkan imej dan reputasi baiknya sebagai Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pengerusi PH, Ahli Parlimen Tambun, Perdana Menteri ke-10 dan Menteri Kewangan Malaysia.

Anwar mendakwa pada 16 November lalu, plaintif melalui peguamnya menuntut defendan menarik balik, memohon maaf, mengaku janji untuk tidak mengulangi dan membayar ganti rugi kepada plaintif, namun defendan melalui surat peguamnya bertarikh 7 Disember lalu, membalas surat dan menyatakan pengakuan tidak berbelah bahagi mengenai fakta dalam ucapan itu.

Sehubungan itu, plaintif memohon ganti rugi am, teruk serta teladan selain perintah untuk menghalang defendan daripada terus mengungkap, mengarang, menerbitkan atau menerbitkan kenyataan serupa terhadap plaintif serta relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Peguam Datuk SN Nair ketika dihubungi berkata saman itu telah difailkan pada jam 4.30 petang tadi.

Video


3. Strategi di sebalik pelantikan Zahid sebagai menteri pembangunan desa 

Penganalisis berkata pelantikan itu dapat membantu Barisan Nasional memenangi semula sokongan Melayu yang mulai beralih kepada Perikatan Nasional.

Pelantikan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri dan menteri pembangunan desa dan wilayah merupakan strategi memenangi undi Melayu luar bandar bagi kerajaan campuran yang diketuai Pakatan Harapan (PH), kata penganalisis.

Ini kerana, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Barisan Nasional (BN) hanya memenangi 30 kerusi Parlimen disebabkan kebangkitan Perikatan Nasional (PN).

Beberapa kerusi selamat Umno turut terlepas ke tangan PN seperti Gua Musang, Pasir Salah, Gerik, Ketereh dan Tanjung Karang. 

Penganalisis berkata, pemberian portfolio penting itu mengisyaratkan kuasa baru Zahid untuk mengetuai usaha mendapatkan semula undi Melayu luar bandar.

Sebelum ini, kementerian itu dikenali sebagai kementerian pembangunan luar bandar. 

Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata, kementerian itu membantu usaha memenangi kepercayaan masyarakat luar bandar khususnya kaum Melayu.

"Sebelum ini kementerian itu kurang dimanfaatkan sepenuhnya oleh menteri sebelum ini," katanya kepada MalaysiaNow. 

Sebelum ini, portfolio itu sering diberikan kepada pemimpin kanan Umno yang memegang jawatan naib presiden.

Antara yang pernah memegang jawatan itu Ismail Sabri Yaakob yang juga bekas perdana menteri, Mahdzir Khalid dan Shafie Apdal.

Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata, agensi-agensi di bawah kementerian itu mempunyai hubungan langsung dengan rakyat di desa dan kawasan-kawasan Felda.

"Secara tidak langsung, menteri berkenaan boleh bertemu santuni orang kampung dan memberi bantuan melalui kementerian.

"Cawangan-cawangan Umno di kawasan desa boleh disalurkan bajet yang mana ia digunakan untuk pembangunan. 

“Rakyat akan lihat bantuan-bantuan yang datang ialah bantuan daripada Umno," katanya. 

Mazlan berkata soal bantuan amat penting kepada golongan seperti pekebun dan petani. 

Mereka lebih banyak bergantung kepada kerajaan berbanding golongan bandar yang lebih berdikari. 

Antara agensi utama di bawah kementerian itu termasuklah Majlis Amanah Rakyat (Mara), Jabatan Kemajuan Masyarakat, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan.

Dengan jawatan itu, Azman berkata Zahid perlu proaktif dalam memastikan beliau menjadi jurucakap terbaik dalam mendepani isu dan permasalahan masyarakat desa.

"Perkara-perkara sebegini akan menjadi antara cabaran terbesar Zahid dalam menunjukkan bahawa beliau mampu untuk membawa penyelesaian sebenar masyarakat desa dengan keyakinan yang tinggi sehingga mengatasi persepsi negatif terhadap beliau sendiri," katanya.

Pelantikan itu juga dilihat memberi kelebihan kepada ahli Parlimeb Bagan Datuk itu untuk meneruskan penguasaannya dalam Umno. 

Parti itu perlu mengadakan pemilihan selewat-lewatnya enam bulan selepas pilihan raya setelah beberapa kali menangguhkan proses pemilihan sebelum ini. 

Azman berkata portfolio tersebut membolehkan beliau berhubung dengan akar umbi luar bandar yang membentuk segmen sokongan terkuat parti Umno.

"Beliau tidak boleh mengambil masa yang lama untuk mendekatkan diri sekiranya tidak mahu pengaruhnya dalam parti terutamanya di kawasan pusat kuasa parti ini yang dibimbangi akan terhakis jika tindakan segera tidak dilaksanakan."

Pada PRU15, BN hanya mendapat kira-kira 33% undi Melayu, manakala PN mendapat 54%. 

PH mendapat peratusan undi Melayu paling rendah iaitu pada 11%.

Komen Weblog Ibnu HasyimLontar kepala babi di London. Anwar saman Sanusi & strategi Zahid menteri.

Suatu cabaran kepada PM10, Malaysia.

  • PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

8 comments:

Anonymous said...

Babi kat masjid. Hanya berlaku kepada Islam peristiwa gangguan. Kat rumah ibadat agama lain tiada berlaku provokasi oleh umat Islam. Itulah mulianya Islam dan pengganutnya.

Anonymous said...

Setakat hari ini tiada apa yang dicapai oleh kerajaan Anwar. Isu bekalan telur yang kurang belum selesai.

Selain mengugut dan menyaman, tiada apa yang baharu dan berubah sikap Anwar serta gerombolannya.

Terbaharu Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menggesa Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim supaya menjustifikasikan dakwaan beliau bahawa badan sukan di negara ini dibelenggu oleh gejala rasuah.

Anonymous said...

Ke mana misi, visi dan hala tuju UMNo selepas ini

Akar umbi UMNo keliru strategi dan hala tuju parti keramat orang Melayu ke mana hendak dibawa, tatkala belum pun reda kesedihan pemimpin kesayangan mereka mantan Perdana Menteri ke-6 dihumban ke penjara, ketika UMNO masih berkuasa dan Perdana Menterinya adalah daripada kalangan UMNO.

Tidak menjadikannya pengajaran akan tetapi menjadikan UMNo terus rasa sombong dan bongkak. PRN Melaka dan Johor dijadikan indikator untuk mendesak segera dibubarkan Parlimen.

PAS musuh UMNO puluhan tahun menjadi penyelamat kepada UMNO apabila menghulurkan tangan Permuafakatan Ummah dan strategi penyatuan parti-parti teras orang Melayu yang dipimpin Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang telah menjatuhkan kerajaan PH dengan penarikan diri Bersatu oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Keberadaan UMNO di zon pulih tidak lama, mereka cepat merasakan diri mereka angkuh sombong berasa gagah dan rasa sudah kuat.

Bahkan mereka angkuh mengatakan UMNO adalah ‘king maker’ politik sedangkan hakikat nya UMNo semakin pupus dan ditolak kaum Melayu..

Tidak keterlaluan katakan sekali lagi, bahawa pengundi UMNO celaru, keliru dan tidak boleh menerima tindakan Presiden UMNO memuji-muji Anwar dan DAP.

DAP hanya akan menang di kawasan majoriti besar Cina. Kawasan majoriti Melayu, DAP tidak laku, kecuali UMNO bersama DAP. Pastikan PN kuat di Semenanjung. Ultra kiasu cukup takut dengan kamu.

Dibuatnya pilihan raya segera kerana tersangat yakin yang mereka bukan sahaja boleh menang dengan bersendirian tanpa bantuan PAS dan lain-lain parti Melayu. Malah mendakwa mampu peroleh 2/3 kuasa Parlimen. Sedangkan semua nya itu pengaruh dan aura Bossku..!!

Anonymous said...

Peratus undi melayu BN 33% PN 53% PH 11% - PN boleh bentuk kerajaan

Anonymous said...

Sebelum PRU mereka punyai bermacam2 formula yang dijanjikan kepada rakyat semasa berkempen. Sepatutnya sebaik sahaja menjadi kerajaan, mereka harus melaksanakan terus formula2 tersebut tanpa berlengah.

Anonymous said...

InsyaAllah kerajaan minoriti tipu daya skrg tak akan kekal lama.

Anonymous said...

Harap rakyat lebih berhati2 dengan tindak tanduk menteri2 hingusan yang baru nak up! Statement2 mereka boleh menjahanam dan memporak perandakan negara!

Anonymous said...

Mungkin org puteh tu belajar dari chauvanis dari negara ini. Mereka sangat bijak dlm membuat provokasi2!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails