Wednesday, December 14, 2022

Miskin Haid di Pejabat Menteri.. & Seperti pemuda Islam di Taif..

 


1. Kemiskinan Haid di Pejabat Menteri? Ini cadangan bernas bekas calon PAS

Pertama sekali saya ucapkan tahniah kepada YB Menteri Kesihatan diatas tindakan pertama selepas dilantik adalah dengan menangani isu kemiskinan haid. Ramai yang masih lagi tidak faham apa itu kemiskinan haid?

Kemiskinan haid atau “period poverty” adalah situasi apabila individu menghadapi kesukaran mendapatkan tuala Wanita akibat kekangan kewangan. Kajian juga menunjukkan 1 daripada 4 wanita berusia 13-35 tahun menghadapi masalah kemiskinan haid. 

Tapi saya nak tegur sikit YB Menteri, kenapa mula dengan letak dipejabat Menteri? Ramai ke yang ada masalah kemiskinan haid di Pejabat Menteri? Siapa yang nasihat YB Menteri ni?

Sepatutnya Menteri sediakan tuala wanita percuma ni di tempat yang mudah diakses golongan sasar sebenar. Saya cadangkan YB Menteri boleh letak pertimbangkan kaedah pengedaran berikut : 

1. PPR dan kawasan perumahan kos rendah seluruh negara.
2. Sekolah harian dan asrama.
3. Hospital dan Klinik kesihatan KKM.
4. Tandas Masjid dan Surau seluruh negara.
5. Kerjasama dengan NGOs. 

Saya berharap Menteri boleh berbincang dengan pegawai dan juga pakar-pakar yang banyak buat kajian mengenai “Period Poverty”. Jangan nak gimik sangat sampai tindakan kelaut. Menteri Kesihatan jangan jadi Menteri kartun. 

Sekian Terima Kasih

Nurul Islam Mohamed Yusoff
Leicester UK.

Komen ke atas komen penulis ini..

4 Anonymous said...

Idea bernas dilontarkan oleh netizen UK. Rakyat tertunggu2 idea bernas dari pak menteri pula?

  • DENGAN bimbingan Allah S.W.T, anak muda bersatu hati menolak mereka yang mengambil ringan soal integriti dan maruah bangsa. Bukan hanya di Kelantan, malah di seluruh negara.

    Keputusan baru-baru ini, memberikan satu cabaran besar buat gerakan Islam untuk menguruskan kemenangan dan mempertahankan sokongan ini.

    Harga yang mahal

    Ketegasan untuk terus kekal bersih, menjadi bukti kepada dunia, kita bermaruah, berpendirian, teguh dasar dan prinsip perjuangan dan bukan gilakan kuasa semata-mata. Insya-Allah, kemenangan mutlak yang lebih besar akan bersama kita di masa akan datang.

    Kemenangan yang tertangguh

    Yakinlah masa kita akan tiba dengan kehendak Allah S.W.T, tanpa perlu menumpang atau terpaksa menerima syarat pihak tertentu. Lihat jauh ke depan dan optimis sebagaimana peristiwa Hudaibiyah dan Fathul Makkah.

    Anak muda genggam perjuangan

    Perjuangan Islam digenggam oleh anak muda sebagaimana pemuda Islam di Taif yang menguatkan pemerintahan Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Generasi yang membela Islam.

    Perjuangan dan kemenangan ini nanti, bukanlah untuk orang tua, tetapi untuk masa depan anak muda dan generasi seterusnya. Bersyukur kepada Allah S.W.T. Persiapkan diri dan bawalah sokongan ini dengan baik.

    DATO’ MOHD AMAR ABDULLAH – HARAKAHDAILY 12/12/2022

  • Komen Weblog Ibnu Hasyim: Miskin Haid di Pejabat Menteri.. & Seperti pemuda Islam di Taif..

  • "Dengan bimbingan Allah S.W.T, anak muda bersatu hati menolak mereka yang mengambil ringan soal integriti dan maruah bangsa. Bukan hanya di Kelantan, malah di seluruh negara." kata Nik Amar selepas PRU 15. 

  • Al-hamdulillah dan insya Allah!

  • PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment:

Anonymous said...

Apakah UMNO sokong murtad sokong pengganas Tamil Eelam Komunis ultra kiasu rasis dan LGBT..!?

Lim Kit Siang timbulkan persepsi seolah-olah ‘gelombang hijau’ pada PRU15 merupakan ancaman kepada bukan Muslim. .. Ini kenyataan yang sangat rasis tapi kebangangan UMNo terserlah bisu dan pekak badak seperti Brother Anwar Bin Ibrahim ..!! Link bawah ni haah

https://youtu.be/Id1XGAtJHsE

Perikatan Nasional (PN) menegaskan DAP secara terbuka menentang hukum Islam dan memberikan sokongan kepada golongan yang murtad.

Katanya, perkara itu sudah menjadi bukti yang sangat nyata dan ramai yang berada di sisi DAP kini menjadi 'syaitan bisu' dan tidak menafikan sikap parti itu yang sebenar.

Video link pendek ini dibawah ini Brother Anwar Bin Ibrahim sokong Lina Joy murtad. Adakah UMNO sudah menyokong kenyataan Brother berkenaan Lina Joy ini..!?

https://www.youtube.com/watch?v=y2Wo8fR0YjY

UMNO sudah masuk perangkap dan sokong Anwar. Agak agak apa yang akar umbi UMNO dan Zahid serta sekutunya mahu berhujah bohong akan kenyataan Brother Anwar Bin Ibrahim kat atas tu?

Caranya sangat mengkhayalkan fikiran dengan 'pil kuda', apabila menampilkan pemimpin yang nyata fasiq berwajah Islam dan bergelumang dengan kesalahan akhlak dan rasuah, bersama kerakusan nafsu pangkat dan harta tanpa sempadan

Rosak parti apabila di tunggang oleh mereka yang berkepentingan diri dan kroni. Begitu juga, kenyataan mereka yang bersimpati dengan perjuangan komunis dan Tamil Eelam yang ganas terhadap umat Islam mendedahkan apa yang tersirat dalam perjuangannya..!?

Pulau Batu Putih dah PH sedekah pada anak Lee Kwan Yew apa lagi lepas ini.?

Pemimpin UMNo memang dah lama tiada integriti itu sebab boleh berubah pendirian atas kepentingan peribadi..!?

UMNO hilang jatidiri, ahli hilang harga diri akar umbi UMNO sedang tadah punggung pada Brother Anwar Bin Ibrahim..!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails