1. Padang Serai dan Tioman, Analisis Awal
Peratusan keluar mengundi rendah : Saya sudah jangkakan peratus pengundian akan rendah. Lebih rendah di Tioman dari Padang Serai. Pengundi Padang Serai yang belum pulang mengundi pada 19 November 2022 akan pulang mengundi. Bagi pengundi Tioman mereka telah pun pulang mengundi kerana pilihanraya Parlimen tetap berlangsung dan mereka pulang mengundi di Parlimen Rompin. Untuk pulang sekali lagi agak sukar. Pengundian hari berkerja serta tiada cuti tambahan sudah tentu menghalang. Akhirnya Padang Serai mencatat 68.95% dan Tioman mencatat 58.39%.
Undi Melayu menolak total PH-BN : Saya pernah menulis mengenai pengundi melayu yang akan menolak PH-BN secara total selepas pembentukan Kabinet PH-BN. Bacaan saya tidak jauh meleset. BN mendapat 33% dan PH mendapat 11% pengundi melayu pada PRU15 sekiranya diterjemahkan dengan jumlah pengundi yang keluar mengundi serta pecahan pengundi ikut kaum, sepatutnya calon PH-BN sepatutnya memperolehi undi melayu sebanyak 24,000 di Padang Serai.
Namun perkara ini tidak berlaku. Pengundi Melayu di Padang Serai telah memberikan sokongan padu kepada calon PN. Anggaran saya pengundi melayu menyokong PN Padang Serai adalah pada kadar 75%-80%. Ini diterjemahkan dengan peningkatan majoriti PN yang tinggi.
Kerusi tradisi PH yang dimenangi selama 3 pilihanraya jatuh ketangan PN dengan majoriti 2 kali ganda daripada majoriti ketika PKR menang pada 2018 dan 2013. Kenapa? Faktor pertama boikot calon PH. Penyokong BN tidak mengundi calon PH. Kedua kekecewaan ahli dan penyokong BN terhadap Presiden mereka yang telah menjadi punca PH dan DAP berjaya membentuk Kerajaan. Maka akhirnya undi Melayu solid bersama PN di Padang Serai.
Bagi Dun Tioman pula impak peralihan undi melayu ke BN juga turut berlaku. Undi bagi Parlimen Rompin dari Dun Tioman dimenangi PN pada 19 November 2022. Namun kerana peratusan keluar mengundi yang terlalu rendah dan rata-rata pengundi muda PN tidak dapat pulang, calon BN hanya mampu menang dengan majoriti yang kecil. Calon BN yang merupakan penyandang 3 penggal dan sentiasa menang dengan majoriti tinggi hanya mampu menang dengan majoriti 573. Selain itu “top-up” dari penyokong PH telah menyelamatkan calon BN.
Protes Pengundi Cina dan India terhadap PH-BN : Apabila PH-BN bergabung secara teorinya, undi Cina dan India sepatutnya dikuasai oleh PH-BN. Ini berdasarkan anggaran undi Cina dan India yang berpihak kepada PH atau BN pada PRU15. Pilihanraya Padang Serai menunjukkan satu perkembangan menarik. Terdapat peralihan undi dari Cina dan India kepada PN sebanyak 10-15%. Terdapat saluran majoriti pengundi cina dan india yang PN mencatatkan peningkatan undi. Ini membuktikan terdapat protes dari pengundi Cina dan India yang berkemungkinan tidak berpuas hati terhadap PH yang membentuk Kerajaan dengan BN.
Undi Anak Muda solid untuk PN : PN terus menguasai undi anak muda. Hampir semua saluran anak muda dikuasai sepenuhnya calon PN. Usaha Menteri Komunikasi dan Digital yang memanggil Pengurusan Tik Tok, semakin menyemarakkan kebencian anak muda kepada PH-BN yang dilihat cuba menyekat kebebasan bersuara anak muda. Kesilapan besar PH-BN adalah gagal memahami anak muda yang tidak suka dikongkong. Selain itu, sikap flip-flop PH sebelum dan selepas PRU menjadi punca PH-BN ditolak secara total oleh anak muda.
Sebagai kesimpulan, hubungan PH-BN ini merupakan resipi kehancuran buat PH dan BN. Pengundi BN tidak akan undi calon PH. Pengundi melayu dan pengundi muda sudah menolak PH-BN secara total dan pengundi Cina India sudah ada peralihan kepada PN. Momentum ini sekiranya berterusan ke Pilihanraya Negeri, ia akan menjadi kubur tanpa batu nisan buat PH-BN.
Nurul Islam Mohamed Yusoff
Leicester UK
2. Kami kenal Tuan Guru Presiden kami
Ada yang kita perkatakan atas pentas itu pedas dan tidak boleh diterima musuh politik, itu adat. Yang penting ianya benar dan biar rakyat yang menilai dan mengukurnya.
Sementara itu politik juga membuka ruang untuk kita berkuasa bagi melaksanakan cita-cita perjuangan. Semasa diberi kuasa, demikianlah juga sepatutnya pentas politik digunakan iaitu untuk memberi penerangan.
Yang menjadikan ahli politik tempang dan pincang adalah apabila ia diberi kuasa, ia khianat. Alhamdulillah sepanjang 40 tahun, ada ketika sebagai pembangkang, ada menjadi kerajaan dan kini kembali pembangkang (di Terengganu masih kerajaan) rekod Tuan Guru bersih dari sebarang siasatan atau pendakwaan yang melibatkan pengkhianatan amanah dan kepercayaan rakyat terhadapnya.
Tuan Guru tidak pernah disiasat atau didakwa kes rasuah, salah guna kuasa, pecah amanah apatah lagi kes-kes melibatkan jenayah seksual. Ini semua kemungkaran, tindakan tidak bermoral yang perlu dijauhi apatah lagi buat seseorang yang berkecimpung di pentas politik.
Kerana itu apabila Tuan Guru disiasat, kerana kononnya didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur khianat awam atau seumpamanya, ahli-ahli PAS tidak gusar kerana kita kenal Tuan Guru kita. Ahli-ahli PAS akan berdiri teguh mempertahankan Tuan Guru kerana kita semua malah rakyat Malaysia tahu dan mengenali akhlak dan keperibadiannya.
Yang kita akan marah apabila Tuan Guru disiasat kes rasuah atau salah guna kuasa atau pecah amanah serta kes jenayah seksual kerana ianya bukan amalan ahli atau pimpinan gerakan Islam seumpama PAS.
Jika benar Tuan Guru ada melakukan kesalahan mengikut undang-undang yang dinyatakan siasat dan dakwalah beliau, biar masing-masing kemukakan bukti. Biar ianya diadili seadil-adilnya.
Kami sedikit pun tidak akan goyang dalam memberi ketaatan dan kepatuhan kepada beliau selaku Presiden parti. Kami masih boleh berdiri tegak dan bangga kerana pentas politik tidak dicemari atau dinodai Tuan Guru kami.
Yang malang dan mengaibkan adalah apabila kuasa politik disalah guna untuk menipu dan menyeleweng wang rakyat. Kuasa politik diguna untuk mengugut penjawat awam, melakukan jenayah seksual. Dan lebih malang ahli-ahli membuta menyokong mereka yang seumpama ini.
Syukur kerja-kerja mungkar itu bukan berasal dari PAS tetapi pimpinan parti lain.
Kerana itu rakyat khasnya umat Melayu Islam menerima perjuangan PAS, kerana itu rakyat menolak mereka yang mungkar dan pincang.
ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 6/12/2022
SEMALAM Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk dirakam keterangannya berikutan beberapa laporan polis yang dibuat terhadapnya.
Menurut peguamnya siasatan polis dijalankan Tuan Guru mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan (kenyataan yang mendatangkan khianat awam) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar perkhidmatan dan rangkaian perkhidmatan).
Selama lebih 40 tahun Tuan Guru menjadi ADUN, Ahli Parlimen, Menteri Besar, Ketua Pembangkang, beliau bersungguh bertarung di atas pentas politik demi memenangkan matlamat dan dasar perjuangan PAS. Di atas pentas politiklah kita memberi penerangan, menjernihkan kekeruhan, menyatakan kebenaran walau pahit semata-mata kerana mahu menegakkan perjuangan masing-masing.Ada yang kita perkatakan atas pentas itu pedas dan tidak boleh diterima musuh politik, itu adat. Yang penting ianya benar dan biar rakyat yang menilai dan mengukurnya.
Sementara itu politik juga membuka ruang untuk kita berkuasa bagi melaksanakan cita-cita perjuangan. Semasa diberi kuasa, demikianlah juga sepatutnya pentas politik digunakan iaitu untuk memberi penerangan.
Yang menjadikan ahli politik tempang dan pincang adalah apabila ia diberi kuasa, ia khianat. Alhamdulillah sepanjang 40 tahun, ada ketika sebagai pembangkang, ada menjadi kerajaan dan kini kembali pembangkang (di Terengganu masih kerajaan) rekod Tuan Guru bersih dari sebarang siasatan atau pendakwaan yang melibatkan pengkhianatan amanah dan kepercayaan rakyat terhadapnya.
Tuan Guru tidak pernah disiasat atau didakwa kes rasuah, salah guna kuasa, pecah amanah apatah lagi kes-kes melibatkan jenayah seksual. Ini semua kemungkaran, tindakan tidak bermoral yang perlu dijauhi apatah lagi buat seseorang yang berkecimpung di pentas politik.
Kerana itu apabila Tuan Guru disiasat, kerana kononnya didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur khianat awam atau seumpamanya, ahli-ahli PAS tidak gusar kerana kita kenal Tuan Guru kita. Ahli-ahli PAS akan berdiri teguh mempertahankan Tuan Guru kerana kita semua malah rakyat Malaysia tahu dan mengenali akhlak dan keperibadiannya.
Yang kita akan marah apabila Tuan Guru disiasat kes rasuah atau salah guna kuasa atau pecah amanah serta kes jenayah seksual kerana ianya bukan amalan ahli atau pimpinan gerakan Islam seumpama PAS.
Jika benar Tuan Guru ada melakukan kesalahan mengikut undang-undang yang dinyatakan siasat dan dakwalah beliau, biar masing-masing kemukakan bukti. Biar ianya diadili seadil-adilnya.
Kami sedikit pun tidak akan goyang dalam memberi ketaatan dan kepatuhan kepada beliau selaku Presiden parti. Kami masih boleh berdiri tegak dan bangga kerana pentas politik tidak dicemari atau dinodai Tuan Guru kami.
Yang malang dan mengaibkan adalah apabila kuasa politik disalah guna untuk menipu dan menyeleweng wang rakyat. Kuasa politik diguna untuk mengugut penjawat awam, melakukan jenayah seksual. Dan lebih malang ahli-ahli membuta menyokong mereka yang seumpama ini.
Syukur kerja-kerja mungkar itu bukan berasal dari PAS tetapi pimpinan parti lain.
Kerana itu rakyat khasnya umat Melayu Islam menerima perjuangan PAS, kerana itu rakyat menolak mereka yang mungkar dan pincang.
ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 6/12/2022
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Padang Serai, Tioman, Analisis Awal. & Presiden kami.
Al-hamdulillah, perjuangan Islam dan pertarungan diteruskan. Allahu Akbar!
Terimakasih akar umbi Muafakat Nasional yg telah mengundi PN. Teruskan istiqamah untuk piliharaya negeri yg dijangkan tidak lama lagi. Jom sama2 tegakkan negara bersih!
ReplyDeleteTioman memgundi waktu kerja peratusan keluar mengundi hanya 58% .....majority BN menang 600 ratus saja gelap masa depan BN disana nanti
ReplyDeleteDi Padang Serai peratusan keluar hari kerja mengundi juga rendah sekitar 60% tapi majoriti PN menang 17 ribu.. woow
Apa pun... Walanon dan Bangsa Perasuah apa tau.... yang penting terkinja kinja riang kena bodoh bangang jadi barua Lee Kwan Yew
Good Bye UMNo