Pelakon televisyen veteran Bollywood, Veena Kapoor. - Foto AGENSI
HALAMAN HIBURAN
1. Pelakon veteran Bollywood, Veena Kapoor dibunuh anak sendiri kerana harta
NEW DELHI: Pelakon televisyen veteran Bollywood, Veena Kapoor dibunuh oleh anak lelakinya sendiri dalam satu pergaduhan akibat harta.
Veena, 74, dilapor dipukul dengan teruk menggunakan kayu besbol selepas bergaduh dengan anak lelakinya yang sebelum ini menetap di Amerika Syarikat (AS).
Menurut laporan pihak berkuasa, anak lelakinya mengaku membunuh ibunya sendiri hanya disebabkan perselisihan faham membabitkan hartanah bernilai RM6.4 juta.
Polis telah menahan tertuduh, Sachin Kapoor, 43, dan individu yang didakwa bersubahat dengannya, Chhotu atau nama sebenarnya Lalu Kumar Mandal, 25.
Terdahulu, kehilangan aktres itu mulai dihidu oleh pengawal keselamatan kediaman Kapoor yang bertindak memaklumkan kepada polis Juhu.
Difahamkan, selepas membunuh ibunya, Sachin telah membuang mayat Veena ke dalam sungai berhampiran Matheran di daerah Raigad, Mumbai.
Veena pernah terbabit dalam drama 'Bhabhi' yang disiarkan sekitar tahun 2002 hingga 2008.
Selain itu, antara filem lain lakonan Veena ialah 'Mitter Pyare Nu Haal Mureedan Da Kehna', 'Dal: The Gang' dan 'Bandhan Pheron Ke'. - AGENSI
2. Ucapan Sanusi di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pelakon Bollywood buat perangai luar tabi'e. & PM10 luar tabi'e, M'sia.
Ucapan Sanusi MB Kedah di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai, membongkar rahsia kerajaan PM10 Malaysia yang luar tabi'e.
Video
Sila ikuti ceramah sebelum dan selanjutnya.
PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015
1 comment:
Berbeza Najib dengan Zahid yang kini berdepan kes di mahkamah. Tatkala beliau hanya menang majoriti 348 undi sahaja di Bagan Datuk.
Najib terima keputusan ini dengan moral dengan hati terbuka tetapi tidak pada Zahid Hanifi dan Tok Mat, "
3 hari selepas BN tumbang, Najib umum letak jawatan.
https://www.hmetro.com.my/utama/2018/05/338982/najib-umum-letak-jawatan-metrotv
Dengan kuasa Allah, Najib yang dihina kini dipuji dan diangkat sebagai individu hebat oleh segenap lapisan masyarakat. Ke mana saja dia pergi, pasti dikerumuni ramai orang.
Popularitinya bertambah, walaupun dipenjara, nama beliau masih disebut dan dirindui.
Ramai yang yakin beliau tidak bersalah, dianiaya oleh musuh politik. Sebab itu auranya merebak ke seluruh negara walaupun jasadnya dipenjara.
Sekarang ahli UMNO boleh pulak ada saranann untuk tidak mempertandingkan jawatan Presiden Zahid dan Timbalan Presiden UMNO Tok Mat dalam persidangan UMNO yang akan diadakan tak berapa lama lagi.. akai hadoo.?
Sejak ahli UMNo tadah punggung mereka berkawan dengan Brother Anwar Bin Ibrahim kelakuan pemimpin tertinggi UMNo makin menjdi jadi sifat luar tabie nya..
Post a Comment