Sunday, December 11, 2022

Pelakon Jasmine, arah hidup. Lagu Yusuf Islam & politikus Idayu.

 

Jasmine enggan mengulas lanjut kerana mendekati agama Islam dianggap soal terlalu peribadi.

HALAMAN HIBURAN

1. Hidup ada arah mendekati ajaran Islam - Jasmine

KUALA LUMPUR: Pelakon Jasmine Suraya Chin, 33, enggan memperbesar-besarkan dirinya mendekati ajaran Islam, biarpun kini sedang mengikuti kelas agama bersama tahfiz.

Sebelum ini, kehadiran Jasmine di Majlis Ilmu Hijrah Cinta anjuran Pertubuhan Kasih Neelofa mencuri perhatian, bagaimanapun memohon ruang untuknya mendalami dan mempelajari ilmu itu sendiri.

"Ya, saya ada menghadiri kelas bersama tahfiz. Malah, saya juga ada mengikuti sesi bersama Neelofa menerusi aplikasi Zoom.

"Jujurnya, ia adalah satu perjalanan indah. Menerusi kelas ini, saya dapat belajar secara berperingkat.

"Saya amat menyukainya kerana ia menjadi pegangan hidup. Seperti dilihat, perubahan dalam industri seni berlaku dalam masa sangat cepat.

"Kita boleh berada di atas, begitu juga sebaliknya. Jadi, memiliki sesuatu yang saya tidak ada dalam hidup iaitu agama, saya rasa lebih selamat dan stabil apabila mendekati agama Islam.

"Saya rasa seperti ada arah. Saya bersyukur memiliki rakan-rakan yang tidak pernah menghakimi dan dalam masa sama, mengajar saya," katanya kepada BH Online. 

Kehadiran Jasmine di Majlis Ilmu Hijrah Cinta anjuran Pertubuhan Kasih Neelofa mencuri perhatian, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Jasmine berkata, dia enggan mengulas lanjut kerana mendekati agama Islam dianggap soal terlalu peribadi.

"Kalau boleh saya tak nak orang asyik bertanya. Biarlah saya belajar secara perlahan-lahan.

"Saya sayangkan sesebuah agama, jadi saya tak mahu prosesnya berlaku dalam keadaan tertekan.

"Saya tidak menafikan ramai terbuka menerima, berbanding mereka yang mempersoalkan. Pada awalnya, saya sangka ramai akan menghakimi, tetapi sebaliknya pula berlaku," katanya.

Jasmine ditemui di Festival Filem Malaysia Ke- 32 (FFM32) yang berlangsung di Encore Melaka, minggu lalu.

Membolosi senarai calon akhir kategori Pelakon Wanita Harapan di FFM30 menerusi filem Paskal itu turut dicuit mengenai gosip bersama seorang penyanyi.

Namun, Jasmine memilih untuk terus fokus kepada urusan lebih penting dalam hidup dan enggan terlalu memikirkan mengenai gosip yang hangat diperkatakan laman sosial itu.

"Bagi saya, gosip tidak boleh disekat apabila ia membabitkan media sosial. Tidak menafikan, ada ketika saya rasa kurang selesa apabila sesetengah perkara yang dilakukan menerima kritikan.

"Malah, ada masanya kritikan dilemparkan agak keterlaluan. Seolah-olah ia menjurus kepada serangan peribadi.

"Contohnya, netizen mengkritik pemakaian atau mempertikaikan soal agama dan budaya. Niat kita mungkin berbeza, tetapi orang salah erti.

"Saya percaya ramai yang semakin terbuka mengenai perkara ini, cuma tidak mahu mengulas panjang kerana ia sensitif. Sebab itulah, saya memilih tidak berkongsi terlalu banyak soal peribadi," katanya. (BH)


2. H2S Pilihan: 20 -Superstar Cat Stevens To Yusuf Islam.

A is for Allah by Yusuf Islam (Cat Stevens)


Yusuf Islam - Peace Train - OUTSTANDING!

Yusuf / Cat Stevens - Wild World (Live, 1971)



3. Kekalkan momentum untuk menangkan Islam – Idayu 

ROMPIN: Calon PERIKATAN NASIONAL (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) DUN Tioman, Nor Idayu Hashim mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua petugas yang telah bekerja keras untuk memenangkan Islam dan PN kali ini.

Beliau juga memohon maaf sekiranya ada kekhilafan diri sepanjang tempoh berkempen kepada semua petugas.

“Semoga Allah terima segala amal kita semua dan diberkati Allah. Kekalkan momentum kita untuk menangkan Islam dan moga terus istiqamah dalam perjuangan ini.

“Kita sudah berusaha dan berserah pada-Nya. Hanya Allah yang layak menentukan setiap takdir dan keputusan yang telah ditetapkan.

“Menang tak megah, kalah tak rebah,” ujarnya dalam hantaran di Facebook beliau, malam tadi.

Keputusan PRU15 DUN Tioman menyaksikan calon Barisan Nasional, Dato’ Seri Mohd Johari Hussain menang dengan majoriti tipis 573 undi.

Pada PRU15 DUN Tioman yang berlangsung semalam, Nor Idayu memperolehi 7,507 undi sementara calon BN yang juga penyandang, Dato’ Seri Mohd Johari Hussain mendapat 8,080 undi manakala tiga lagi calon iaitu Mohd Fadzli Mohd Ramly (Pakatan Harapan – 784 undi), Osman A Bakar (Pejuang – 79) dan Sulaiman Bakar (Bebas – 58).

Keputusan rasmi PRU15 DUN Tioman diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Dato’ Ahmad Nasim Mohd Sidek di pusat penjumlahan undi di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini, malam tadi.

Pada PRU14 lalu, Mohd Johari memenangi DUN Tioman dengan majoriti 1,280 undi. – HARAKAHDAILY 8/12/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pelakon Jasmine, arah hidup. Lagu Yusuf Islam & politikus Idayu.

Islam adalah agama atau 'ad-dien' yang meliputi seluruh cara hidup atau 'way of life'. 'Agama Islam' bukanlah seperti yang difahamkan oleh puak-puak ortodok agama, yang berfikir di bawah tempurung fahaman sekular atau materialis totok. 

Di Malaysia, ada pula puak-puak bahlol parti politik tiga suku, yang mengajarkan, agama suku politik suku. Pemisahan antara dunia dengan akhirat. Teori politik Machiavilli sesat 'meghalalkan cara' digunakan dalam politik di negara ini. 

Apa lagi me'liberal'kan agama Islam yang bersih suci. Termasuk mereka yang berparti melayu asobiyah, sosialis komunis atau bertopengkan demokrasi. Pada hal dalam Islam sudah lengkap semuanya, ada muamalat, peraturan berpakaian, menyanyi, bagi diri, keluaga, masyarakaat, ekonomi, bahkan perundangan politik negara pun.

Cukup dulu, sekian. 

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment:

  1. Kenapa otai otai reformasi dah pandai bermadah berhelah dan mula melontarkan keluh kesah dan gelisah. Sepatutnya masa untuk bergumbira dan asmada dana.. kikiki

    Kan bagus comolot dng Bang Non bila dah jadi kerajaan .. kan.. kan.. kan..

    Kena kencing atau Kuang.. Kuang..Kuanggg..

    Hassan turut mengungkap rasa malunya di mana beliau mengambil keputusan untuk menyimpan semua ucapan dan tulisannya yang mempromosikan reformasi, merujuk slogan politik Anwar sepanjang dua dekad melawan kerajaan yang diterajui Umno.

    “Kini aku malu pada diri sendiri, aku malu untuk ucapkan kata-kata keramat itu lagi

    Hantaran Facebook, Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim menulis puisi yang mengenang bagaimana Anwar berulang kali memberikan jaminan kepada pengundi bahawa beliau “tidak akan menggadai prinsip demi kuasa.“

    Semalam aku masih terdengar-dengar, kau berkata kita tidak akan menggadai prinsip demi kuasa. Maka, aku pun percaya.

    "Hari ini aku dikejutkan dengan istilah-istilah asing sama sekali. Aku mendengar orang berkata tentang Machiavellian dan realpolitik. Lalu tersentaklah aku dari mimpi ngeri.”

    Hassan berkata dengan keyakinan terhadap jaminan itu, beliau memulakan perjuangan “ke setiap penjuru tanah air tercinta ini.”

    Petanda keretakan dalam kalangan ahli Parlimen baru Pakatan Harapan (PH) selepas perdana menteri gagal mengotakan ikrar.

    Kenapa tetiba otai otai dah pandai bermadah helah... ceciter ceciter..!!

    ReplyDelete