Thursday, December 08, 2022

'Penipuan pilihan raya paling besar' - TS Muhyiddin. & PM tebatan banjir.

 

Peti undi bagi kerusi Parlimen Padang Serai tiba di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech malam tadi. - Foto BERNAMA

1. Muhyiddin dakwa PH, BN lakukan 'penipuan pilihan raya paling besar'

KUALA LUMPUR: Kemenangan besar Perikatan Nasional (PN) di kerusi Parlimen di Padang Serai dan kekalahan tipis di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman tanda positif sokongan padu rakyat.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata keputusan kerusi Parlimen dan DUN itu menunjukkan rakyat tidak teruja dengan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Katanya, majoriti BN merosot hampir separuh di Tioman dan majoriti PN di Padang Serai dua kali ganda majoriti yang dimenangi oleh PH dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

"Ini bukti rakyat tidak mempercayai gabungan PH dan BN. Mereka tidak yakin dengan kemampuan kerajaan campuran yang diterajui oleh PH ini untuk mentadbir negara.

"Kecewa dengan penipuan pemimpin PH dan BN semasa kempen PRU15, ramai penyokong kedua-kedua parti ini beralih arah menyokong PN," katanya di media sosial hari ini.

Muhyiddin mendakwa, PH dan BN melakukan 'the biggest electoral fraud ever' (penipuan pilihan raya terbesar) pada PRU15. 

"Hari ini pengundi di Padang Serai dan Tioman memberi isyarat jelas mereka tidak merestui tindakan kedua-dua parti ini," katanya.

PN merampas kerusi Parlimen Padang Serai daripada PH pada PRU15 selepas calonnya, Datuk Azman Nasrudin menang dengan majoriti 16,260 undi mengalahkan saingan terdekat, Dr Mohamad Sofee Razak daripada PH. 

Sanusi (dua, kanan) dan Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim bersama calon PN, Azman Nasrudin yang berjaya menawan kerusi Parlimen Padang Serai pada PRU15 diumumkan malam tadi. - Foto Bernama

Pertembungan enam penjuru di kerusi berkenaan turut membabitkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk C Sivaraajh, calon Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Hamzah Abd Rahman; calon Parti Warisan (WARISAN), Mohd Bakhri Hashim dan calon Bebas, iaitu Sreanandha Rao.

Azman memperoleh 51,637 undi, manakala Mohamad Sofee mendapat 35,377 undi dan Sivaraj yang memberi laluan kepada calon PH berjaya meraih 2,983 undi.

Bagi DUN Tioman, calon BN, Datuk Seri Johari Hussain mengekalkan kerusi untuk penggal keempat pada PRU15 dengan mendapat 8,080 undi pada pertembungan lima penjuru.

Calon Perikatan Nasional (PN), Nor Idayu Hashim mendapati 7,507 undi.

Muhyiddin mengucapkan terima kasih kepada pengundi di Padang Serai dan Tioman yang memilih Perikatan Nasional.

"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Cikgu Azman Nasrudin atas kemenangan cemerlang beliau di Padang Serai.

"Kepada calon PN di Tioman, Puan Nuridayu Hashim, teruskan perjuangan anda bersama PN. Kita berada di landasan yang benar.

"Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh jentera pilihan raya PN di Padang Serai dan Tioman atas komitmen dan kerja keras anda semua sepanjang tempoh berkempen," katanya.

......

(BH)


2. Respons terhadap PM isu tender projek tebatan banjir 

Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man

SEBAGAI Menteri Kewangan, saya yakin beliau mengetahui bahawa rundingan terus kepada projek tebatan banjir yang perlu disegerakan, bukanlah satu kesalahan perolehan.

Selain Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), semua proses kawal selia prosedur kewangan mestilah diteliti secara ketat mengikut tatacara, prosedur dan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.

Sebagai Perdana Menteri, beliau tidak sepatutnya mengganggap semua projek melalui tender rundingan terus sebagai tidak teratur dan wujud pihak yang mencari kesempatan.

Beliau tahu banyak projek kecemasan perlu disegerakan bagi mengurangkan bencana lebih besar dan kerugian lebih banyak.

Ia mestilah terpaksa dilakukan melalui kaedah runding terus atau tander terpilih khususnya yang melibatkan bencana seperti banjir, empangan pecah, tanah runtuh dan lain.

Namun, sekali lagi saya tegaskan ia mesti mematuhi prosedur kewangan yang ditetapkan.

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
6 Disember 2022 – HARAKAHDAILY 6/12/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim'Penipuan pilihan raya paling besar' - TS Muhyiddin.  & PM projek tebatan banjir.

Ya, bongkar terus.

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails