Sebaliknya, kata Fahmi yang juga ketua penerangan PKR, calon jemaah menteri dalam kerajaan sekarang ditentukan oleh parti dan gabungan masing-masing yang terdiri daripada PH, BN, GPS, GRS, Warisan, dan lain-lain.
Ketua Penerangan Pemuda Bersatu Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir, menegaskan penjelasan Fahmi mengesahkan bahawa Anwar sememangnya "PM yang tidak berfungsi" (lame duck PM).
Ashraf, yang berulang kali menggunakan gelaran itu terhadap Anwar alam hantaran Facebook sejak semalam, berkata ahli parlimen Tambun itu perlu tunduk dan tiada kuasa atas segala tuntutan BN.
“Bayangkan apa lagi tuntutan ke hadapan? Prinsip telah digadai?" soal Ashraf.
Ashraf juga mendakwa ia telah menjejaskan kemampuan Anwar untuk melantik pemimpin PH yang bagus seperti Dr Dzulkefly Ahmad, apabila terpaksa melantik Tengku Zafrul Abdul Aziz yang tewas di tangan pemimpin Amanah itu dalam PRU15.
"Sebab ‘tak ada kuasa’ bak kata macai, walhal Anwar dan pentaksub canang kata kerajaan Yang di-Pertuan Agong dan sokongan kepada kerajaan campuran diberikan tanpa syarat, (tetapi) tak letak Dr Dzulkefly itu sendiri pun dah tak kompeten. Tak lame duck?" soalnya.
“Banyak nama lebih baik diperakui rakan dari Amanah antaranya Ahli Parlimen Alor Gajah Adly Zahari, tetapi dia tidak melantik mereka. Sebaliknya, memilih Mohamad Sabu dan DAP tetap jadi pilihan. Ini bukan kerajaan reformasi, ini kerajaan parti politik ke kerajaan untuk rakyat?" soalnya lagi.
2. Dior julung kali anjur pertunjukan fesyen di Piramid Giza Mesir
Para model menggayakan rekaan Dior ketika pertunjukan fesyen yang diadakan di hadapan Piramid Giza di pinggir Kahirah, Mesir, 3 Dis 2022. REUTERS
1 comment:
Bagaimana orang kafir nak sokong PAS jika puak kris dan puak roket dan puak pee hancing dan kamu sendiri sibuk menfitnah dan memburuk-burukkan parti Islam PAS dengan pelbagai fitnah seperti Taliban, pelanpau dll.
Post a Comment