Monday, December 26, 2022

PN kembali jadi k'jaan? Ini,11 tipu PH+BN baru 1 bulan

 


1. Tidak mustahil PN kembali jadi kerajaan, kata penganalisis

Penganalisis berkata Perikatan Nasional (PN) mempunyai peluang untuk kembali berkuasa di peringkat persekutuan, walaupun gabungan yang memenangi jumlah kerusi kedua tertinggi pada pilihan raya umum baru-baru ini bertegas untuk menjadi pembangkang yang berwibawa.

Mereka memberitahu MalaysiaNow, usaha untuk mencapai hasrat itu tidaklah sukar seperti yang disangkakan kerana tiada parti politik atau mana-mana gabungan berjaya mendapatkan majoriti mudah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Kemelut politik yang menyebabkan Parlimen tergantung hanya selesai selepas hampir seminggu PRU15 selesai di mana Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim berjaya mendapat sokongan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Warisan.

Dalam sidang Dewan Rakyat baru-baru ini, Hamzah Zainuddin yang menjadi ketua pembangkang menyatakan PN bukan saja bersedia menjadi pembangkang yang berwibawa tetapi juga bersedia untuk mengambil alih kerajaan apabila tiba waktunya. 

Penganalisis politik dari University of Tasmania Australia James Chin berkata, situasi ini juga tidak terhad kepada PN kerana mana-mana parti boleh jadi kerajaan asalkan berjaya memperoleh sokongan yang jumlahnya mencukupi 112 kerusi Parlimen.

"Isu utama ialah sama ada mereka mampu meraih sokongan di Parlimen, tidak begitu sangat sentuh mengenai keupayaan (mentadbir negara).

"Jika melihat kepada pelantikan menteri sebelum ini, ada sahaja yang tidak layak untuk memegang portfolio menteri," kata Chin tanpa menamakan menteri-menteri itu. 


Sementara Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN) Jeniri Amir berkata trend pembentukan kerajaan gabungan mungkin akan berterusan pada masa hadapan ekoran perubahan landskap politik negara.

Katanya, ini bermakna sukar untuk mana-mana gabungan tunggal termasuk PN membentuk kerajaan dengan keupayaan sendiri dan perlu sekurang-kurangnya mendapatkan sokongan daripada blok Sabah dan Sarawak yang kini tampil sebagai entiti bebas.

"Justeru, sekarang ini tak semestinya parti yang menang besar boleh bentuk kerajaan. 

"Dalam erti kata lain, perlu mengambil kira situasi politik secara menyeluruh termasuk sokongan daripada parti kecil yang berjaya mendapatkan tempat di Parlimen," katanya kepada MalaysiaNow.

Keputusan PRU15 ini menyaksikan Pakatan Harapan (PH) mendapat 82 kerusi, diikuti dengan PN merekodkan peningkatan ketara kepada 74 kerusi manakala Barisan Nasional (BN) mencatatkan keputusan paling teruk dalam sejarah penubuhan gabungan itu apabila hanya mampu memperoleh 30 kerusi.

Sementara Gabungan Parti Sarawak (GPS) meraih 23 kerusi diikuti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mendapat enam kerusi manakala lain-lain parti dan bebas memperoleh tujuh kerusi.

Menurut Chin dan Jeniri, langkah seterusnya untuk PN kembali menawan Putrajaya ialah menerusi pencapaian pilihan raya yang bakal berlangsung di enam negeri tahun depan.

Namun begitu, Jeniri berkata, PN mampu mendapatkan sokongan yang lebih kukuh sekiranya bertindak sebagai pembangkang yang berwibawa di Dewan Rakyat buat masa  ini dan terus mengetengahkan isu yang dekat di hati pengundi Melayu.

"Tetapi ini bukan satu tugas yang mudah memandangkan BN dan PKR kini berada di pihak kerajaan yang memiliki segala sumber dan rangkaian untuk membantu rakyat," tambah Jeniri.

Bagaimanapun, Chin berkata, PN yang dilihat mensasarkan kejayaan di empat daripada enam negeri, mampu berbuat demikian sekiranya berjaya mengulangi "gelombang hijau" yang disaksikan pada PRU15.

Katanya, dua negeri yang mungkin dianggap susah bagi PN ialah Pulau Pinang dan Selangor manakala empat lagi negeri yang dilihat mampu ditawan ialah Kelantan, Terengganu, Kedah dan Negeri Sembilan.

"Jika gelombang hijau berulang, maka ini adalah satu masalah besar bagi PH," kata Chin. 


2. Netizen senaraikan penipuan kerajaan PH-BN buat ramai setuju 

Semenjak Kerajaan PH-BN mentadbir Putrajaya terdapat beberapa isu yang panas dan dibangkitkan secara tidak bertanggungjawab oleh beberapa pemimpin PH-BN sehingga apabila diminta untuk menyatakan bukti serta dakwaan di SPRM tiada dakwaan atau bukti yang mampu dikemukakan. Tidak kurang juga terdapat beberapa fakta yang disalah fahami oleh pemimpin-pemimpin PH-BN sehinggakan melakukan dakwaan yang tersasar daripada fakta sebenar dalam sidang emdiamereka sebagai Menteri.

Rakyat rata-ratanya bingung dengan pendekatan Kerajaan PH-BN yang seolah-olah menjalankan tugas sebagai pasukan pembangkang (PH) yang mempersoalkan isu-isu semasa tanpa usul periksa dan bukti yang jelas. Selain itu, Terdapat beberapa netizen yang menggelar kerajaan ini ibarat “baling batu sorok tangan”.

Berikut adalah senarai isu yang dibangkitkan.

  1. Isu RM600billion: TIPU
  2. Isu order Mercedes: TIPU
  3. PAS luluskan cabutan judi: TIPU
  4. Tak mohon pengampunan diraja: TIPU
  5. Tokey judi taja dana PAS: TIPU
  6. Nak turun harga minyak: TIPU
  7. Nak turun harga telur ayam: TIPU
  8. Tidak lantik Tengku Zafrul sebagai menteri: TIPU
  9. Tidak berunding dengan Zahid/UMNO untuk tubuh kerajaan: TIPU
  10. Tidak lantik diri sendiri sebagai Menteri Kewangan: TIPU
  11. Tolak penyamun, perasuah dan kleptokrasi: TIPU

Bahkan terdapat lebih banyak lagi tindakan-tindakan Kerajaan yang tidak bertanggungjawab sehingga orang melihat kerajaan ini ibarat kerajaan carca merba yang tidak mampu untuk membawa kestabilan politik buat negara ini. (1Media.My)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: PN kembali jadi k'jaan? Ini,11 tipu PH+BN baru 1 bulan..

Ya, nampaknya begitu lah..

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

7 comments:

Anonymous said...

Habis lah Bang Non kalau macam ni

Seorang pemimpin kanan DAP dari Pulau Pinang R Ramasamy Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang mengecam tindakan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana melantik seorang pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Ramesh Rao sebagai pegawai khasnya bagi menjaga hal ehwal masyarakat India di Malaysia baru-baru ini.

Beliau turut mempersoalkan apakah dengan pelantikan itu Zahid beranggapan dia akan berbeza kali ini dalam menangani masalah dihadapi masyarakat India.

“Saya tidak pasti sama ada pelantikan sebegitu adalah sesuatu yang pujian atau penghinaan terhadap kaum India di negara ini.

Abdullah Sani orang kuat PKR Tun masih takut terbayangkan sikap tegas Anwar menentang rasuah yang 'tidak berubah' sejak 30 tahun lalu.

Sikap itu didakwa akan merugikan kroni-kroni Tun dan kerajaan BN sebelum ini. Benarkah Anwar menentang rasuah sedangkan Timbalan nya bergelut isu rasuah..

"Seperti mana yang kita maklum, perbuatan beliau (Tun) ini sebab dia takut Datuk Seri Anwar menjadi PM. Segala perbuatannya itu menggambarkan biarlah orang lain (jadi PM) asalkan bukan Anwar.

Tun dah bersuara tatau suara siapa yang demam lepas ni...

Anonymous said...

Kalau pemimpin umno tak puas hati dengan parti... keluar parti buat MoU dng pembangkang sokong jadi calon bebas dan bertanding semula tiket bebas atau PN..!!

Pasti menang bergaya

UMNo akan buat pindaan itu antaranya melibatkan Fasal 20.11 yang menyebut seseorang ahli yang menang bertanding tetapi meninggalkan parti atau bertanding sebagai calon bebas atau parti lawan pada pilihan raya akan gugur keahlian dengan sendirinya, untuk disesuaikan dengan Akta Anti Lompat Parti.

“Dan perkara (lain) yang nak dipinda ialah Perlembagaan Umno, yang dicadang dipinda supaya meletakkan ketua penerangan (bahagian) sebagai mereka yang automatik menjadi perwakilan dalam Perhimpunan Agung Umno setiap tahun, yang melibatkan pindaan pada Fasal 8.4

Adakah pemimpin UMNo keluar beramai dan jadi bertanding semula sebagai calon bebas atau calon PN..!!

Gerenti menang bergaya

Anonymous said...

PN angan2 Mat Jenin.
Ukur lah baju dibadan sendiri..

Anonymous said...

Hashim hipokrit sepenuh masa..

avanza5990 said...

Hashim hipokrit sepenuh masa..

hahahahaha. suci masuk syurga tanpa hisab insyallah.

avanza5990 said...

Hanya Dia Je Dapat Petunjuk Dari Allah Taala
Bhai/DeeDee semua...

Dah banyak kali gua cakap... Abdul Hadi Awang nih patut dihantar ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan untuk menjalani ujian psikiatari .. ujian mental... .. Kalu dier lepas ujian tue semua.. boleh la kita benarkan dier terus terlibat dengan politik... sebab setiap minggu akan ader segmen Minda Presiden... masalahnya ... minda Presiden PAS nih sihat ke???

Terbaharu.... kalu ikut pemikiran Abdul Hadi Awang... hanya dia dan kumpulannya je dapat petunjuk dari Allah Taala... selain dari itu semuanya sesat dan ditolak oleh Allah Taala...

Adoilah... sesedap dia jer haramkan itu haramkan ini... adoilah... bahaya betul...

Please la wei.... tolong bawak Abdul Hadi Awang menjalani ujian kesihatan mental.... please la wei.. Huhuhu..


Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/2022/12/hanya-dia-je-dapat-petunjuk-dari-allah.html#ixzz7oaKeUaop

Anonymous said...

Sekarang ni ramai yang tertarik dengan sikap tegas tghh dalam memerangi rasuah. Golongan yang tak setuju sering lebel sebagai ekstreme.
Tghh juga tegas terhadap lgbt. Ini sangat dibenci oleh golongan lgbt.
Tghh juga tegas dengan arak dan judi. Ini sangat tidak disukai oleh parti chauvanist. Perkauman katanya.
Mereka yg tak suka tghh kekang kerosakan, punya masalah mental. Wajar diberi rawatan. Supaya boleh follow cara hidup yang normal.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails