Thursday, December 08, 2022

P/Serai: PN menang majoriti 16,260 undi. Anwar marah Sanusi

 


1. Padang Serai: PN menang dengan majoriti 16,260 undi

PADANG SERAI: Calon PERIKATAN NASIONAL (PN), Dato’ Azman Nasrudin berjaya memenangi kerusi Parlimen Padang Serai pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang diadakan hari ini dengan majoriti 16,260 undi.

Beliau mendapat 51,637 undi mengalahkan calon PH, Dr Mohamad Sofee Razak yang memungut 35,377 undi, Datuk C Sivaraj (BN – 2,983 undi), Sreanandha Rao (Bebas – 846), Hamzah Abd Rahman (Pejuang – 424) dan Mohd Bakhri Hashim (Warisan – 149).

Keputusan rasmi PRU15 Parlimen Padang Serai diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Dato’ Abdul Bari Abdullah di pusat penjumlahan di Dewan Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech di sini.

Dengan kemenangan Azman yang juga Exco Kerajaan Kedah itu, menambahkan satu lagi kerusi PERIKATAN NASIONAL kepada 74 dan menjadikan kemenangan ke-14 daripada 15 kerusi Parlimen di negeri ini.

Proses pengundian PRU15 Parlimen Padang Serai yang sepatutnya diadakan pada 19 November lalu ditangguhkan susulan penyandang, M Karupaiya, 69, meninggal dunia pada 16 November.

Karupaiya memenangi kerusi Parlimen itu pada PRU14 lalu dengan majoriti 8,813 undi. – HARAKAHDAILY 7/12/2022


2. Dakwaan bersifat fitnah, Anwar hantar LOD kepada Muhammad Sanusi 

IPOH: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menarik semula dan memohon maaf berhubung dakwaan dilemparkan Menteri Besar Kedah itu, yang menyinggung perasaan serta bersifat fitnah.

Selain itu, Mohammad Sanusi juga dituntut membuat satu aku janji bertulis untuk tidak mengulangi mana-mana dakwaan dan komen seperti dalam perkataan dan penerbitan berunsurkan fitnah.

Tetuan S N Nair dan Partners berkata, sekiranya Muhammad Sanusi enggan memenuhi tuntutan terbabit, pihaknya akan mendapatkan suatu perintah injuksi.

Selain itu, Anwar menerusi firma sama turut membuat tuntutan ganti rugi sebanyak RM10 juta daripada Muhammad Sanusi kerana menyebabkan kecederaan serius dan teruk ke atas reputasinya. 

"Anak guam kami juga menuntut daripada kamu, pembayaran semua kos guaman yang berbangkit daripada perkara ini," katanya.

Menerusi surat tuntutan (LOD) bertarikh hari ini, dakwaan dibuat Muhammad Sanusi menerusi ucapan ketika jelajah Perikatan Nasional (PN) BEST di Tambun, Perak pada 13 November lalu.

Ucapan yang disiarkan menerusi video siaran langsung mengenai dakwaan terhadap Anwar merangkap calon PH Parlimen Tambun di Facebook bernama Faizal Azumu.

Ia meraih tontonan lebih 81,000 kali, 383 komen, 383 komen, 500 reaksi dan 61 kali perkongsian setakat tarikh notis berkenaan.

Mengikut notis terbabit, video siaran langsung memfitnah itu juga dipetik sebagai laporan berita oleh sebuah portal dalam talian.

MalaysiaKini menerusi artikel menceritakan laporan bertajuk 'Kes liwat Anwar, dulu kesian sungguh, sekarang PAS kata kena pikiq'.

Artikel berbahasa Inggeris berserta video dimuatnaik di YouTube oleh portal itu, meraih jumlah tontonan melebihi 22,800 kali. (BH)


3. Sanusi di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai, Anwar terbodoh dengan 600b

  .....    

.....  

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

5 comments:

Anonymous said...

600 billion tu la yang digunskan i citra, i sinar duit tabung rakyat kwsp bank bagi moratirum dimana semua hutang kete moto peribadi ditangguh sebab covid dan lain lain insentif yg kerajaan beri sebab covid....

Rakyat tak bodoh cuma pemimpin dng strategi bodoh lapuk lusui cuba nak bodoh bamgang kan rakyat...

yang terkinja kinja 600 billion sanggup kena bodoh bangang walaun saja...

#bodotusimpansket

Anonymous said...

Bukti paling jelas rakyat telah menolak kerajaan minoriti DAP/PH. Kerajaan yg kurang stabil tersebut dijangkakan boleh tumbang bila2 masa sahaja. Rakyat memohon kebijaksanaan dan persefahaman MP2 pembangkang termasuk MP Sabah & Sarawak untuk bermuzakarah memikirkan langkah terbaik untuk rakyat. Jom sama2 bina negara bersih.

Anonymous said...

PM ni faham ke pasal ekonomi... lain macam saja gebang nya... dulu masa belajo dua amik jurusan apa ...?

Anonymous said...

Kunci perbendaharaan kini didlm tangan. Bila agaknya raja2 fomula songsang pkr nak beri pendidikan tahap tinggi percuma. Rakyat tertunggu!

Anonymous said...

Bila disebut kerajaan luar tabii, ada pulak yg sentap. Luar tabii maksudnya tindakan politik yg lain dari kebiasaan. Tiada kena mengena dengan sex. Tapi ada pulak yg tersangat sentap.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails