Saturday, December 10, 2022

Puak Liberal tentang seks luar nikah, Indo. M'sia, PAS tegas...

 


1. Larangan seks luar nikah di Indonesia ditentang Golongan Liberal

JAKARTA – Langkah diambil Parlimen Indonesia yang meluluskan rang undang-undang melarang hubungan seks luar nikah menerima tentangan daripada aktivis-aktivis hak asasi manusia yang mendakwa ia menjadi halangan kepada kebebasan bersuara dan hak asasi, lapor akhbar Arab News kelmarin.

Rang undang-undang tersebut diluluskan kelmarin, tiga tahun selepas rang undang-undang serupa ditangguhkan oleh Presiden Joko Widodo (Jokowi) berikutan protes besar-besaran yang melibatkan puluhan ribu belia yang mendakwa ia mengancam kebebasan awam mereka.

Namun kini, kanun keseksaan baharu yang turut terpakai untuk warga asing di Indonesia turut mengembalikan larangan menghina presiden, institusi negara atau ideologi Indonesia yang dikenali sebagai Pancasila.

“Kami telah cuba yang terbaik untuk menampung isu penting dan pendapat berbeza yang telah dibahaskan.

“Namun, kini masanya untuk kita membuat keputusan bersejarah bagi pindahan kanun keseksaan ini serta memansuhkan kanun jenayah penjajah (Belanda) yang diwarisi,” kata Menteri Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia, Yasonna Laoly.

Bagaimanapun, tidak semua pihak menyambut baik pengumuman itu kerana menurut para pengkritik, ia akan menyekat kebebasan awam.

“Kanun jenayah ini masih menebal dengan elemen penjajah dan terdapat banyak artikel yang mengancam kebebasan awam serta mengehadkan ruang demokrasi,” kata aktivis hak asasi gender, Tunggal Pawestri.

Tambahnya, meskipun pemerintah mendakwa akan cuba bersifat terbuka dan menilai pendapat daripada masyarakat awam yang lebih menyeluruh, pihaknya berpendapat ia bukan cubaan terbaik mereka.

“Kami telah banyak melaung dan memberikan pendapat namun, mereka seperti tidak menghiraukan kami,” ujar Tunggal.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Human Rights Watch bahagian Asia, Phil Robertson berkata, peruntukan undang-undang baharu itu bersifat ‘menindas’, kerana ia membuka ‘pintu’ kepada pencerobohan privasi.

“Dalam sekelip mata, situasi hak asasi manusia di Indonesia akan bertukar secara drastik dan menjadi lebih teruk.

“Kelulusan rang undang-undang ini adalah permulaan kepada bencana hak asasi di Indonesia.

“Penggubal undang-undang dan pemerintah perlu mempertimbangkan semula langkah tersebut serta memansuhkannya,” kata Robertson.

Dalam pada itu, Amerika Syarikat (AS) semalam turut menyuarakan rasa tidak bersetuju dengan mendakwa, undang-undang baharu itu akan memberi kesan kepada pelaburan di negara dengan majoriti penduduk beragama Islam itu.

“Kami bimbang mengenai bagaimana perubahan ini akan menjejaskan hak asasi manusia serta kebebasan asas di Indonesia.

“Washington juga bimbang mengenai bagaimana undang-undang tersebut akan memberi kesan kepada warganegara AS yang melancong dan menetap di Indonesia selain syarikat-syarikat AS di sana,” kata jurucakap Jabatan Negara, Ned Price.

Rang undang-undang tersebut menerima undi majoriti anggota Parlimen semasa sidang kelmarin, yang menyaksikan Timbalan Speaker Dewan Perwakilan Rakyat, Sufmi Dasco Ahmad memukul palu, menandakan teks itu telah diluluskan dan disusuli dengan jeritan ‘sah’.

Beberapa artikel utama kod yang baru diluluskan itu ialah mengkategorikan seks sebelum nikah atau sebelum berkahwin sebagai kesalahan jenayah, begitu juga bersekedudukan dengan pasangan yang belum berkahwin.

Jurucakap Kementerian Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia, Albert Aries bagaimanapun mempertahankan pindaan sebelum pengundian dengan berkata, undang-undang itu akan melindungi institusi perkahwinan.– AFP/Agensi


2. Malaysia: PAS tegas dalam hal arak dan judi, tapi tak kekang hak Kebebasan agama lain - Steven Koh 

KUALA LUMPUR – Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Pulau Pinang minta pihak tertentu terutama ahli politik Pakatan Harapan (PH) berhenti menyerang parti itu dengan isu judi dan arak.

Ahlinya, Steven Koh menegaskan, sebagai masyarakat Cina, beliau faham dengan ketegasan Pas mengawal arak dan judi.

"Memang ada perkara yang Pas tegas dalam perjuangannya seperti mengawal aktiviti arak dan judi kerana semua ini perkara yang memudaratkan.

“Bagaimanapun, dalam ketegasan itu, Pas tidak pernah mengekang hak kebebasan agama lain.

“Ada perbezaan besar antara kawal dan haramkan, tetapi ramai musuh Islam memanipulasi isu ini,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.

Beliau terpanggil untuk memuatnaik status itu kerana ramai ahli politik dari PH cuba mengaitkan Pas dengan dana dari syarikat perjudian ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu. – MalaysiaGazette

Komen Weblog Ibnu HasyimPuak Liberal tentang seks luar nikah, Indo. M'sia, PAS tegas...

Larangan seks luar nikah di Indonesia ditentang oleh Golongan Liberal. Di Malaysia, PAS (Parti Islam Se Malaysia) tegas dalam hal arak dan judi, tapi tidak mengekang hak kebebasan agama lain. Demikian dinyatakan oleh Steven Koh dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pulau Pinang.

Steven adalah berbangsa Cina bukan Islam, yang faham dengan ketegasan PAS dalam mengawal arak, judi dan perkara-perkara yang memudaratkan menurut Islam. AL-hamdulillah!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

2 comments:

  1. Menteri telo sudah buat keputusan

    Adakah wajar Telur diimport sedangkan negara kita mengeksport telur..!!

    Tindakan membawa masuk telur dari negara luar itu disifatkan sebagai tidak masuk akal memandangkan Malaysia adalah pengeksport bersih makanan itu.

    Peliknya kesan langsung tidak menyebut mengenai harga telur ayam yang dijanjikan lebih rendah itu.

    Perkara paling mudah dilaksanakan adalah kerajaan menarik balik kawalan harga. Walaupun pengeluar menaikkan harga telur sebanyak 10 sen setiap satu, ia masih lebih rendah daripada 75 sen bagi setiap telur Omega 3.

    Sekiranya bekalan tidak mencukupi sepatutnya Malaysia menghentikan mengeksport telur ke Singapura dan Hong Kong.

    Pihak berkuasa mengatakan kita mengeluarkan telur yang mencukupi untuk pasaran domestik, mana (telurnya)..!?

    Telo omega murah rupanya tapi jenama OMEGA masih tak di jumpai... kiki

    Jangan buat keputusan sambil gentel telo udah ler Bang Mat ooii...dapat pedihh gatal aje nnti.. kikiki

    ReplyDelete
  2. Rafizi Formula bole lah sembang gebang sama BN di Kedai Mamak Kerala... kesian kedai mamak Kerala tu dolu niaga dlm bangunan skg niaga bukak payong niaga tepi jalan jer..

    Support la skit kedai mamak Kerala tu.. kesian kedai mamak kerala tu rugi banyak duit deposit tak bley refund..!!

    Boleh la tanya banyak soalan yang dulunya rakan kongsi BN tak nak jawab sambil gebang kat warung mamak Kerala tu..!!

    Macam contohnya... siapa sebenarnya Syeikh Arab (Raja Arab) yang Ahmad Zahid Hamidi kata dah jumpa berkaitan dengan dana RM2.6 bilion 1MDB tue...

    Takkan la sesama geng la nih.... sesama dah boleh ngeteh kat warung mamak Kerala la nih... nanti bley puak BN nak jawab....

    UMNO tetap juga nak cari salah kepada Hakim Nazlan, bekas Gabenor Zeti Akhar malah juga terhadap bekas Peguam Negara Tommy Thomas dan kes terkait Tabung Haji (yang katanya PH telah menjualkan aset TH kepada pihak ketiga).

    Kepincangan dalam Prasarana sebelum ini pun gua berani jamin takkan terusik dan diambil tindakan perundangan

    Lagi satu macam citer Skandal PKFZ ka... macam skandal NFC ka LCS ka.... kikiki...

    Dolu kan Rafizi Formula penah buat show room jadi kuda kayu kat kedai Mamak Kerala tu pasal 1MDB kes AMLA Zety sakau 700 jota yang tak disentuh lansung oleh Rafizi Formula.

    Dolu kan ke main sungkit kes LCS tapi tak sungkit lansung pasal kes AMLA Zety Jho Low dan Taufik Ayman..

    Patut la nih Rafizi Formula gebang sama BN kedai Mamak Kerala sambil support warung mamak Kerala yang suram tue..senang la sembang tepi bertanya dan dapat penjelasan sebenar ... kan dah sesama geng... kikiki...

    Dolu tekak rasa kembang meloya nak muntah tetiba Rindu plak nak rasa Goreng Mamak Kerala..



    kikikiki...

    ReplyDelete