1. Mesej rakyat tolak kerajaan, Kabinet kleptokrat – Azman
KUALA LUMPUR: Dato’ Azman Nasrudin melahirkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas kemenangan dengan majoriti besar untuk PERIKATAN NASIONAL (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Padang.
“Saya bersyukur dengan kemenangan ini dan ini adalah satu kemenangan buat rakyat Malaysia.
“Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada isteri dan anak-anak saya yang tidak putus berdoa, bersama saya dan menyokong saya selama ini,” ujarnya dalam kenyataan, malam tadi.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan PN terutamanya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato’ Seri Azmin Ali serta Pengerusi PN Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang telah memberikan kepercayaan kepadanya untuk menjadi calon PERIKATAN NASIONAL di P.017 Padang Serai.
“Terima kasih yang tidak terhingga kepada pengundi-pengundi di Padang Serai kerana memilih saya sebagai wakil rakyat Padang Serai,” katanya yang diisytiharkan memenangi kerusi Parlimen Padang Serai, malam tadi.
Menurutnya, beliau percaya keputusan itu adalah satu mesej jelas daripada rakyat Malaysia dan warga Padang Serai yang menolak kerajaan dan Kabinet kleptokrat serta membantah pelantikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi pertuduhan rasuah sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Tambahnya, ia juga satu signal yang jelas bahawa Perdana Menteri baharu untuk berhati-hati kerana rakyat sentiasa menghakimi keputusan yang dibuat oleh beliau.
“Kepada jentera-jentera dan para penyokong PERIKATAN NASIONAL Padang Serai, PN Kedah serta kepimpinan dan jentera dari Semenanjung yang turut sama-sama berkempen di Padang Serai, saya sangat terharu dan berterima kasih,” katanya.
Azman turut mengucapkan terima kasih kepada semua rakan media yang banyak memberi liputan sepanjang tempoh berkempen di Parlimen Padang Serai.
“Saya beraspirasi untuk bersama-sama dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan wakil rakyat yang lain yang telah dipilih oleh rakyat pada PRU15 ini untuk menjadi pembangkang yang berwibawa dan memantau tindak tanduk kerajaan campuran PH/BN,” ujarnya lagi.
Katanya, beliau juga akan membawa aspirasi suara warga Padang Serai di Parlimen kelak dan memastikan yang suara dan hak warga Padang Serai akan sentiasa terjamin.
Pada PRU15 Parlimen Padang Serai yang diadakan semalam, beliau mendapat 51,637 undi mengalahkan calon PH, Dr Mohamad Sofee Razak yang memungut 35,377 undi, Datuk C Sivaraj (BN – 2,983 undi), Sreanandha Rao (Bebas – 846), Hamzah Abd Rahman (Pejuang – 424) dan Mohd Bakhri Hashim (Warisan – 149).
Keputusan rasmi PRU15 Parlimen Padang Serai diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Dato’ Abdul Bari Abdullah di pusat penjumlahan di Dewan Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech, malam tadi. – HARAKAHDAILY 8/12/2022
2. Apa hubungan pesawah dengan kerajaan?
Ini termasuk mewakili pihak kerajaan dalam pengurusan dan pembayaran subsidi kepada petani, mengurus Skim Pengilangan Padi Bumiputra, membeli padi daripada petani pada harga minimum terjamin dan bertindak sebagai pembeli terakhir padi dari petani.
Menteri Kewangan pada ketika itu ialah Anwar Ibrahim.
Pada 25 Ogos 1997, BERNAS disenaraikan di papan utama Bursa Saham Kuala Lumpur. BERNAS terus berkembang melalui integrasi rantaian pembekalannya bersama pengusaha-pengusaha di peringkat Antarabangsa bagi sektor pemborongan, perladangan, pemprosesan dan pengedaran.
Pada 30 Julai 2009, syarikat pelaburan dari Hong Kong, Wang Tak Co. Ltd. (Wang Tak) telah berjaya mendapatkan ekuiti sebanyak 31 peratus menerusi pasaran terbuka tetapi BERNAS perjelaskan bahawa kepentingan semua pihak yang terdiri daripada petani, pengilang, pemborong, pengguna dan pemegang saham adalah dilindungi.
Selepas itu, Syed Mokhtar Bukhari melalui Tradewinds memiliki 53.7 peratus ekuiti BERNAS bersamaan dengan RM526 juta tunai. Ini menyebabkan satu tawaran lain yang menyebabkan Tradewinds memegang 72.57 peratus kepentingan ekuiti di dalam BERNAS.
Pada ketika ini Menteri Kewangan ialah Nor Mohamed Yakcop.
Pada 5 Disember 2022, Perdana Menteri ke-10 merangkap Menteri Kewangan bercerita mengenai penindasan terhadap petani dan kita sebagai rakyat perlu memecahkan monopoli yang ada. Tiba-tiba juga memberitahu secara umum jumlah perkongsian (individu) yang ada di dalam syarikat yang mana sudah pun dibawa ke papan utama.
Pasaran terbuka ini dibuat dan dibuka pada tahun 1997 (perkara ke-3 di atas). Lalu ia memang boleh dibeli oleh sesiapa yang mempunyai kapasiti pembelian tersebut.
Sekadar memberi fakta jelas kepada semua mengenai apakah hubungan antara petani – kerajaan sahaja terhadap apa yang dibentangkan di sidang media 5 Disember 2022 oleh Menteri Kewangan.
Terima kasih.
KHAIRUL HAKIMIN MUHAMMAD – HARAKAHDAILY 6/12/2022
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rakyat tolak Kabinet kleptokrat -AP Padang Serai. Pesawah & k'jaan.
Sebenarnya apakah maksud ‘kleptokrat’? ‘Kleptokrat’ ialah orang yang mengamalkan kleptokrasi. Manakala ‘kleptokrasi’ pula bermaksud pemimpin yang menggunakan kuasa politik untuk memenuhi kekayaan mereka, dengan menggelapkan atau menyalahgunakan dana kerajaan dengan mengorbankan rakyat.
Di Padang Serai, rakyat tolak kabinet kleptokrat..
PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015
3 comments:
Pru14
Hari ni jadi kerajaan.
Esok harga petrol turun.
Pru 15
Pakatan harapan tidak akan
Bekerjasa dengan penyamun.
Apa punya manifesto
Sendiri bikin
Sendiri langgar
Statement fitnah bodoh piang...
Adalah tidak masuk akal tauke dan syarikat judi menyumbang kepada kumpulan yang terdapat di dalamnya yang dituduh sebagai Taliban, pihak yang paling agresif merobohkan pusat judi dengan ganas.
'Taikun tauke judi’ dan syarikat perjudian hanya layak untuk bersama Pakatan Harapan (PH) memandangkan prestasi saham syarikat perjudian dilaporkan naik sejurus parti itu mendapat kuasa serta mentadbir negara, dakwa Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
“Hanya akal yang berpusing sahaja boleh menerima tuduhan bahawa tauke dan syarikat judi menyumbang kepada PN. Sedangkan sahamnya (syarikat judi) jatuh menjunam setelah mendapat maklumat kemaraan PN dalam Pilihan PRU15 lalu.
#simpanbodotusket
Zahid jadi TPM rosak negara, kata Dr Mahathir
MALAYSIA tidak berpegang pada kedaulatan undang-undang apabila orang yang berhadapan banyak tuduhan jenayah di mahkamah boleh dilantik ke jawatan tinggi dalam kerajaan, kata bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
Dalam komen pertamanya mengenai kerajaan baharu, Dr Mahathir hairan bagaimana Ahmad Zahid Hamidi yang ada kes jenayah di mahkamah dilantik sebagai timbalan perdana menteri.
“Ya betul, belum dihukum tetapi orang ini sudah dihadapkan ke mahkamah, kalau kita ada orang sebegini jadi pemimpin, akan rosaklah negara Malaysia.
Rafizi Formula bila nak keluarkan formula... Elok Rafizi Formula Tulur dolu
Bang Non + Mat Sabun = Medey
ok ke formula tulur tu..!? kah kah kah
Post a Comment