Dari Pontian pergi ke Maran,
Singgah sekejap di Bandar Kuantan,
PERIKATAN NASIONAL membawa slogan,
Saya Idayu Hashim calon PN DUN Tioman.
Apa khabar anak muda dan seluruh warga DUN Tioman?
Saya doakan kalian diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan dalam segala urusan.
Tempoh berkempen sudah hampir berakhir. Jauh dari sudut hati, saya ingin kongsikan pengalaman suka dan gembira yang tak terhingga sepanjang saya bertemu dengan semua.
Tidak salah saya katakan, pengalaman selama dua minggu berkempen ini menjadi pengalaman terindah dalam hidup saya.
Tanpa mengira bangsa dan usia, saya disambut dengan penuh ceria. Dihiasi senyum dan tawa cukup membuatkan pasukan saya terus bersemangat bertemu empat mata dengan semua.
7 Disember 2022 ini merupakan hari penentu menyerahkan kuasa kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang difikirkan sesuai untuk berkhidmat dan memandu rakyat.
Dengan penuh rendah diri saya mohon semua turun mengundi calon PERIKATAN NASIONAL sebagai pilihan untuk membina masa depan DUN Tioman, Negeri Pahang dan Malaysia yang lebih sejahtera.
Saya juga ingin memohon sejuta kemaafan dari hujung rambut hingga hujung kaki andai sepanjang kempen ini ada perasaan yang terluka dan ada kata-kata yang mengguriskan hati. Sesungguhnya, saya juga insan biasa yang tidak terlepas dari kesilapan dan kekhilafan.
Insyallah, saya berazam jika diberikan kemenangan untuk mencurahkan bakti sedayanya dan memandu masyarakat DUN Tioman kepada redha Allah.
Kepada Allah saya menyerahkan urusan ini. Kepada penyokong dan pendukung PERIKATAN NASIONAL, banyakkan berdoa dan bermunajat. Sesungguhnya Dia lah yang Maha Merancang.
Saya akhiri dengan serangkap pantun yang direka khas untuk warga DUN Tioman yang saya kasihi.
DUN Tioman tetap di hati,
Warganya baik dan dibanggakan,
Saya memohon sepenuh hati,
Pilihlah PERIKATAN NASIONAL untuk masa depan.
Salam ukhwah daripada saya,
Idayu Hashim.
PADANG SERAI: Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dilihat telah bersikap perkauman apabila menyasarkan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary berkaitan isu beras, tetapi tidak bertindak apabila kaum lain membuat tuntutan melampau.
Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang juga Pengerusi PERIKATAN NASIONAL (PN) Negeri membidas tindakan Anwar ketika Ceramah Grand Finale PN di Tapak Bazar Ramadan Taman Selasih, di sini malam tadi.
“Saya pun terkejut dia (Anwar) kata Syed Mokhtar duk ‘control’ (kawal) beras. Dia kata Syed Mokhtar tahun ni kena bagi balik dekat petani RM10 juta. Tahun depan RM50 juta. Pasal apa Syed Mokhtar? Pasal Syed Mokhtar ini Melayu.
“Awat tak dak orang kaya lain dah di Malaysia ni? Syed Mokhtar duduk nombor berapa? Kalau senarai yang dikeluarkan oleh majalah Forbes, dalam senarai manusia terkaya di Malaysia Syed Mokhtar ni duk nombor belas-belas dah.
“Yang kaya nombor satu siapa? Nombor dua siapa? Nombor tiga siapa? Nombor empat siapa? Kenapa pi cari hat nombor belas-belas dulu. Pasal kawan itu senang buli, pasal dia Melayu. Nampak tak kerajaan ni kerajaan siapa?
“Bukan saya rasis. Tapi kalau saya cakap memang depa kata saya rasis. Kalau depa cakap tak apa. Depa cakap depa nak Dong Zong jadi dapat bajet, depa nak UEC diiktiraf, macam-macam. Nak tanah 999 tahun di Perak.
“Macam-macam depa cakap nak Pilihan Raya Kerajaan Tempatan, semua orang kata tak apa. Bila saya bercakap, kita bercakap, depa kata ni perkauman, tak betul lagu itu.
“Kalau hang cakap boleh pasal apa aku tak boleh? Koyak? Depa koyak? Panas tak apa, jangan koyak!” ujarnya mengungkap ‘tagline’ tersohornya itu.
Sanusi turut merakamkan ucapan takziah kepada calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Padang Serai yang diarahkan menarik diri di mana tindakan BN berpakat dengan Pakatan Harapan (PH) itu kerana bimbang dengan kekuatan PN.
“Tarik diri tanpa syarat, tapi (Dato’ Seri) Saifuddin (Nasution) kata akan diberi peranan dalam kerajaan. Itulah baru rasuah itulah baru Menteri kena pi siasat, panggil SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) pi siasat. Ni duk siasat Sanusi jadi apa?” bidasnya.
Beliau juga berkata, calon PN P.017 Padang Serai, Dato’ Azman Nasruddin adalah pemimpin Melayu yang di peringkat Exco Kerajaan Negeri Kedah turut bertanggungjawab menjaga hal ehwal kaum India di negeri ini.
Tempelaknya, tindakan BN mengarah calonnya yang berketurunan India menarik diri supaya memberi sokongan kepada calon PH tidak dikenali masyarakat di situ amat dipersoalkan dan menunjukkan wujud kebimbangan.
“Saya kira dah. Saya jumlah-jumlah undi PH kalau campur dengan undi BN, tak akan mampu menewaskan undi yang akan diperolehi oleh Cikgu Azman,” ujarnya yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat menyeru undi diberikan kepada Dato’ Azman. – HARAKAHDAILY 6/12/2022
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Surat terbuka DUN Tioman. PH Padang Serai lesu. & TS Mokhtar Melayu.
Begitulah, Malaysia di bawah PM10, luar tabi'e.
PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015
5 comments:
ciri ciri barua Lee Kwan Yew dah nampak dah...
Menjanjikan pemimpin2 umno dan gps dengan jawatan tpm utk dapat kuasa kerusi pm adalah amalan rasuah yg tidak bermoral? Minta sprm tanpa berlengah utk mulakan siasatan!!
Jom majoriti anak2 muda yg bencikan rasuah sama2 kita tolak kerajaan minoriti PH/DAP! Ayuh undi PN di P serai dan Tioman.
Cara mengertak ahli perniagaan seperti itu tidak sepatutnya berlaku, dari segi moral nampak amat buruk. Takut2 nanti semua pelabur lain pakat cabut lari...
Mengapa peniaga Melayu sahaja menjadi sasaran sedangkan peniaga bukan Melayu yang menguasai ekonomi dan sesuka hati menindas rakyat dengan menaikkan harga barang keperluan rakyat dll ?
Post a Comment