Sunday, December 11, 2022

Taliban sebat mendidik. Buaya di air tenang.

 


1.Taliban sebat 27 pesalah termasuk wanita di khalayak ramai

KABUL: Seramai 27 orang termasuk wanita disebat di khalayak ramai kelmarin, sehari selepas hukuman mati awam pertama dilaksanakan oleh Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan.

Menurut Ketua Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid, hukuman sebatan itu dilaksanakan mengikut undang-undang Afghanistan, malah beliau menganggap kritikan global yang dilemparkan berhubung hukuman berkenaan sebagai penghinaan terhadap Islam.

Penjenayah terbabit termasuk sembilan wanita, dijatuhkan hukuman sebat di khalayak awam oleh Mahkamah Agung di Afghanistan dan pelaksanaannya dilakukan di Charikar, ibu kota wilayah Parwan yang terletak kira-kira 50 kilometer (km) dari Kabul.

Beliau berkata, antara jenayah yang dilakukan mereka termasuk liwat, menipu, saksi palsu, pemalsuan, menjual dan membeli tablet K (dadah), penyelewengan, melarikan diri dari rumah, rompakan lebuh raya serta hubungan terlarang.

"Setiap penjenayah itu mengaku jenayah mereka di hadapan mahkamah tanpa sebarang kekerasan dan (mereka) berpuas hati dengan hukuman yang diterima," katanya.

Seorang saksi memberitahu AFP bahawa lebih 1,000 orang menyaksikan pelaksanaan hukuman sebatan itu, yang dilakukan di sebuah stadium di bandar itu.

"Orang ramai melaungkan Allahuakbar dan kami mahu hukum Allah dilaksanakan di bumi kami'," katanya.

Mereka disebat antara 20 hingga 39 kali dan dilihat kesakitan apabila menerima sebatan daripada rotan sepanjang sekitar satu meter dan selebar empat jari, dengan hukuman dilakukan oleh sepasukan anggota Taliban secara bergilir-gilir.

Terdahulu, Taliban melaksanakan hukuman bunuh di khalayak umum terhadap seorang lelaki buat kali pertama sejak ia kembali berkuasa di negara itu pada tahun lalu.

Pemimpin Tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, pada bulan lalu meminta institusi di Afghanistan menetapkan hukuman mengikut Undang-undang Syariah dan pelaksanaan itu menandakan Afghanistan kembali kepada bentuk hukuman lama ketika kumpulan tersebut berkuasa sebelum ini. - AGENSI


2. Buaya di bawah air yang tenang 

SEJARAH telah membuktikan bahawa penaklukan penjajah yang bermula di Tanah Melayu berlangsung dengan mudah oleh penjajah British, selepas kejayaan Portugis menawan Melaka pada tahun 1511. Walaupun pada awalnya, terdapat perlawanan yang sengit.

Kedatangan penjajah yang berikutnya berlaku dengan mudah akibat perpecahan dalam kalangan raja-raja dan rakyat, di samping keinginan nafsu berharta dan bertakhta sehingga mereka sanggup menjual maruah diri, agama dan bangsa. Lalu, akhirnya mereka menyerahkan semuanya kepada penjajah dan musuh agama serta bangsanya kerana bangsa ini beragama Islam yang dijadikan musuh oleh semua penjajah.

Sehinggakan, ada dalam kalangan mereka yang sanggup mengundang musuh untuk datang membantu perlawanan sesama sendiri. Allah SWT memberikan suatu amaran tentang keadaan ini melalui firman-Nya:

لَهُۥ مُعَقِّبَٰتٞ مِّنۢ بَيۡنِ يَدَيۡهِ وَمِنۡ خَلۡفِهِۦ يَحۡفَظُونَهُۥ مِنۡ أَمۡرِ ٱللَّهِۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمۡۗ وَإِذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِقَوۡمٖ سُوٓءٗا فَلَا مَرَدَّ لَهُۥۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَالٍ١١ 9

“Baginya (manusia) ada malaikat-malaikat yang selalu menjaganya bergiliran, dari depan dan belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya, Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap suatu kaum, maka tiada yang dapat menolaknya dan tiada pelindung bagi mereka selain Dia.” (Surah al-Ra‘d: 11)

Allah SWT juga memberikan amaran melalui firman-Nya:

وَأَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَلَا تَنَٰزَعُواْ فَتَفۡشَلُواْ وَتَذۡهَبَ رِيحُكُمۡۖ وَٱصۡبِرُوٓاْۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّٰبِرِينَ٤٦

“Dan taatilah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu saling berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu. Dan bersabarlah. Sesungguhnya, Allah berserta orang-orang yang sabar.” (Surah al-Anfal: 46)

Allah SWT menunjukkan batas dan sempadan hubungan dengan golongan bukan Islam dalam kewajipan menyampaikan Islam kepada seluruh manusia di seluruh dunia. Petunjuk Allah SWT telah memberikan kejayaan apabila pengaruh Islam berjaya masuk ke dalam diri manusia, bukan sekadar memasuki ke dalam negerinya sahaja. Sehinggakan, negeri itu berubah menjadi tanah air Islam tanpa dijajah. Perkara ini dinyatakan oleh firman Allah SWT:

عَسَى ٱللَّهُ أَن يَجۡعَلَ بَيۡنَكُمۡ وَبَيۡنَ ٱلَّذِينَ عَادَيۡتُم مِّنۡهُم مَّوَدَّةٗۚ وَٱللَّهُ قَدِيرٞۚ وَٱللَّهُ غَفُورٞ رَّحِيمٞ٧ لَّا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يُقَٰتِلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَلَمۡ يُخۡرِجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ أَن تَبَرُّوهُمۡ وَتُقۡسِطُوٓاْ إِلَيۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ٨ إِنَّمَا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ قَٰتَلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَأَخۡرَجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ وَظَٰهَرُواْ عَلَىٰٓ إِخۡرَاجِكُمۡ أَن تَوَلَّوۡهُمۡۚ وَمَن يَتَوَلَّهُمۡ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ٩9

“Mudah-mudahan Allah menimbulkan kasih sayang antaramu dengan orang-orang yang kamu musuhi di antara mereka. Dan Allah adalah Maha Kuasa. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (7); Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. (8); Sesungguhnya, Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu karena agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan sesiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (9)” (Surah al-Mumtahanah: 7-9)

Semua amaran Allah SWT tidak diendahkan, malah sempadan ketetapan Allah juga tidak dipedulikan. Maka, cerita Singapura dilanggar todak dan pemuda bijak yang menasihati supaya melawan serangan todak dengan batang pisang pula dibunuh kerana kebijaksanaannya, adalah satu iktibar yang benar. Hanya penipu dan penjahat yang menjadi pengampu sahaja dihormati, disanjung dan didampingi.

Kini, DAP yang dikatakan kononnya sudah berubah sedang disanjung, walaupun ideologi dan pendekatannya secara terang-terangan bersikap anti-Islam. Hal ini demikian kerana, mereka berdiam diri tanpa mengubah dasar partinya, bersama parti-parti yang bersekongkol dengannya.

Mereka bertindak sedemikian semata-mata demi memperoleh kemenangan yang menghalalkan cara, tanpa peduli terhadap amaran Allah SWT kepada generasi awal yang menjadi teladan, sebagaimana firman-Nya:

يٰٓاَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَتَّخِذُواْ عَدُوِّي وَعَدُوَّكُمۡ أَوۡلِيَآءَ تُلۡقُونَ إِلَيۡهِم بِٱلۡمَوَدَّةِ وَقَدۡ كَفَرُواْ بِمَا جَآءَكُم مِّنَ ٱلۡحَقِّ يُخۡرِجُونَ ٱلرَّسُولَ وَإِيَّاكُمۡ أَن تُؤۡمِنُواْ بِٱللَّهِ رَبِّكُمۡ إِن كُنتُمۡ خَرَجۡتُمۡ جِهَٰدٗا فِي سَبِيلِي وَٱبۡتِغَآءَ مَرۡضَاتِيۚ تُسِرُّونَ إِلَيۡهِم بِٱلۡمَوَدَّةِ وَأَنَا۠ أَعۡلَمُ بِمَآ أَخۡفَيۡتُمۡ وَمَآ أَعۡلَنتُمۡۚ وَمَن يَفۡعَلۡهُ مِنكُمۡ فَقَدۡ ضَلَّ سَوَآءَ ٱلسَّبِيلِ١

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuhmu menjadi teman-teman setia yang kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad), karena rasa kasih sayang; padahal sesungguhnya mereka telah ingkar kepada kebenaran yang datang kepadamu, mereka mengusir Rasul dan (mengusir) kamu kerana kamu beriman kepada Allah, Tuhanmu. Jika kamu benar-benar keluar untuk berjihad di jalan-Ku dan mencari keredhaan-Ku (janganlah kamu berbuat demikian). Kamu memberitahukan secara rahsia (berita-berita Muhammad) kepada mereka, karena rasa kasih sayang. Aku lebih mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan. Dan sesiapa antara kamu yang melakukannya, maka sesungguhnya dia telah tersesat daripada jalan yang lurus.” (Surah al-Mumtahanah: 1)

Kenyataan mereka secara terbuka yang menentang hukum Islam dan memberikan sokongan kepada golongan yang murtad sudah menjadi bukti yang sangat nyata. Walaupun ramai yang berada di sisi mereka menjadi syaitan bisu, tetap tidak boleh menafikan sikapnya yang sebenar. Maka, PAS membuat satu keputusan yang betul berpandukan panduan nas dan kajian yang mendalam.

Dalam kalangan usahawan Melayu Islam yang terlalu sedikit jumlahnya diserang dengan kenyataan secara terbuka. Adapun kartel-kartel penyangak bukan Islam yang menjadi penyumbang rasuah yang terbesar pula didiamkan, mungkin kerana jasanya yang jahat dan merosakkan itu dikenang.

Begitu juga, kenyataan mereka yang bersimpati dengan perjuangan komunis dan Tamil Eelam yang ganas terhadap umat Islam mendedahkan apa yang tersirat dalam perjuangannya.

DAP tidak perlu bercakap banyak kerana sudah ada Melayu berwajah Islam dapat dipasang di semua peringkat, atas nama menentang perkauman yang melulu terhadap bangsa dan agamanya sendiri. Tanpa mereka melihat secara ilmu Islam yang membezakan antara fanatik kaum dengan bangsa Islam yang wajib memimpin dengan berlandaskan prinsip yang adil kepada semua.

Prinsip yang dijelaskan oleh Ibn Khaldun RH dalam al-Muqaddimah menjadi rujukan para ilmuwan Timur dan Barat, kerana pelaksanaannya yang berjaya dalam konteks masyarakat majmuk. Keadaan inilah yang paling ditakuti oleh musuh Islam seperti DAP.

Melayu bumiputera yang dilemahkan ekonominya oleh penjajah mengikut acuan mereka, sehingga dikuasai oleh orang lain di tanah airnya sendiri. Kini, mula menunjukkan kelemahan politiknya pula, apabila dipermainkan dengan cara yang tenang laksana tenangnya lubuk yang menjadi perangkap buaya yang menunggu mangsanya untuk ditangkap dan ditelan.

Caranya sangat mengkhayalkan fikiran dengan pil kuda, apabila menampilkan pemimpin yang nyata fasiq berwajah Islam dan bergelumang dengan kesalahan akhlak dan rasuah, bersama kerakusan nafsu pangkat dan harta tanpa sempadan.  

DAP berjaya mengerahkan pengundi daripada kalangan bukan Islam seramai-ramainya yang mempunyai matlamat politik yang sama dari seluruh pelosok negara dan luar negara supaya menyokongnya, parti-parti Melayu yang bersekongkol dengannya dan juga calon DAP daripada kalangan Melayu yang telah diperalatkan.  

Perkara itu berlaku, dalam keadaan Melayu Islam masih tidak ramai keluar mengundi kerana masih menganggap hukumnya tidak wajib. Bahkan, ramai yang mengerjakan umrah sunat, walaupun kewajipan mereka adalah menangguhkannya kerana hukum umrah adalah wajib muwassa‘ yang dijahilkan oleh diri masing-masing.

Mereka tidak membaca sejarah bahawa para sahabat RA keluar mengundi secara beramai-ramai untuk memilih Khalifah menjadi ketua negara. Sehinggakan, segelintir sahaja yang tinggal bagi menyelesaikan urusan pengebumian jenazah Rasulullah SAW yang mulia dan paling disayangi. Umat Islam kini melupai sabda Rasulullah SAW:

وَمَنْ مَاتَ ‌وَلَيْسَ ‌فِي ‌عُنُقِهِ ‌بَيْعَةٌ، ‌مَاتَ ‌مِيتَةً ‌جَاهِلِيَّةً.

“Dan sesiapa yang mati tanpa ikatan baiah bagi melantik pemimpin pada lehernya, nescaya dia mati laksana pada zaman jahiliah.” (Riwayat Muslim 1851)

Keadaannya lebih membahayakan lagi, apabila terdapat sebahagiannya yang meletakkan akal mereka bersumberkan perut dan kemaluannya, walaupun tinggi ilmunya. Mereka tidak meletakkan otak di kepala mengikut ciptaan Allah SWT. Benarlah firman Allah SWT:

أَفَرَءَيۡتَ مَنِ ٱتَّخَذَ إِلَٰهَهُۥ هَوَىٰهُ وَأَضَلَّهُ ٱللَّهُ عَلَىٰ عِلۡمٖ…٢٣

“Maka, pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya…” (Surah al-Jathiyah: 23)

Allah SWT berfirman terhadap ulama’ yang jahat terhadap agamanya:

وَٱتۡلُ عَلَيۡهِمۡ نَبَأَ ٱلَّذِيٓ ءَاتَيۡنَٰهُ ءَايَٰتِنَا فَٱنسَلَخَ مِنۡهَا فَأَتۡبَعَهُ ٱلشَّيۡطَٰنُ فَكَانَ مِنَ ٱلۡغَاوِينَ١٧٥ وَلَوۡ شِئۡنَا لَرَفَعۡنَٰهُ بِهَا وَلَٰكِنَّهُۥٓ أَخۡلَدَ إِلَى ٱلۡأَرۡضِ وَٱتَّبَعَ هَوَىٰهُۚ فَمَثَلُهُۥ كَمَثَلِ ٱلۡكَلۡبِ إِن تَحۡمِلۡ عَلَيۡهِ يَلۡهَثۡ أَوۡ تَتۡرُكۡهُ يَلۡهَثۚ ذَّٰلِكَ مَثَلُ ٱلۡقَوۡمِ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِاٰيَٰتِنَاۚ فَٱقۡصُصِ ٱلۡقَصَصَ لَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ١٧٦ سَآءَ مَثَلًا ٱلۡقَوۡمُ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِاٰيَٰتِنَا وَأَنفُسَهُمۡ كَانُواْ يَظۡلِمُونَ١٧٧

“Dan bacakanlah kepada mereka, berita orang yang telah Kami berikan kepadanya ayat-ayat Kami (pengetahuan tentang isi al-Kitab), kemudian dia melepaskan diri daripada ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh syaitan (sampai dia tergoda), maka jadilah dia termasuk daripada kalangan orang-orang yang sesat. (175); Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (darjatnya) dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menuruti hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya dijulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia menjulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka, ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir. (176); Amat buruklah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan kepada diri mereka sendirilah mereka berbuat zalim. (177)” (Surah al-A‘raf: 175-177)

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 14 Jumadal Ula 1444 / 9 Disember 2022 – HARAKAHDAILY 9/12/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Taliban sebat mendidik. Buaya di air tenang. 

Lihat seterusnya mengenai hukum sebat dalam Islam.

Sebatan di khalayak: Mencegah jenayah, memulihkan pesalah
Imej mungkin tertakluk pada hak cipta. Ketahui Lebih Lanjut

Kandungan berkaitan

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan - BAYAN LINNAS #148: POLEMIK SEBATAN SYARIAH DI TERENGGANU

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan - BAYAN LINNAS #148: POLEMIK SEBATAN  SYARIAH DI TERENGGANU
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan - BAYAN LINNAS #148: POLEMIK SEBATAN SYARIAH DI TERENGGANU

Uswatun Hasanah - PERBEZAAN CARA SEBATAN HUDUD VS SIVIL Hukuman hudud lebih mendidik dan membendung masyarakat daripada terjebak kepada jenayah dan hukuman ini dilakukan di khalayak ramai bagi memberi amaran dan 'peringatan'

Uswatun Hasanah - PERBEZAAN CARA SEBATAN HUDUD VS SIVIL Hukuman hudud lebih  mendidik dan membendung masyarakat daripada terjebak kepada jenayah dan  hukuman ini dilakukan di khalayak ramai bagi memberi amaran dan 'peringatan'
Facebook
Uswatun Hasanah - PERBEZAAN CARA SEBATAN HUDUD VS SIVIL Hukuman hudud lebih mendidik dan membendung masyarakat daripada terjebak kepada jenayah dan hukuman ini dilakukan di khalayak ramai bagi memberi amaran dan 'peringatan'

Beza Sebatan Kesalahan Jenayah Syariah Dan Sebatan Jenayah Sivil

Beza Sebatan Kesalahan Jenayah Syariah Dan Sebatan Jenayah Sivil
Babab.Net
Beza Sebatan Kesalahan Jenayah Syariah Dan Sebatan Jenayah Sivil

Cara sebat dalam Islam vs Cara Sivil, yang mana pilihan anda? | Hudud Islam

Cara sebat dalam Islam vs Cara Sivil, yang mana pilihan anda? | Hudud Islam
Hudud Islam - WordPress.com
Cara sebat dalam Islam vs Cara Sivil, yang mana pilihan anda? | Hudud Islam

Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.): Sebat syariah didik, insafkan pesalah

Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.): Sebat syariah didik, insafkan pesalah
Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.)
Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.): Sebat syariah didik, insafkan pesalah

Cara sebat dalam Islam vs Cara Sivil, yang mana pilihan anda? | Hudud Islam

Cara sebat dalam Islam vs Cara Sivil, yang mana pilihan anda? | Hudud Islam
Hudud Islam - WordPress.com
Cara sebat dalam Islam vs Cara Sivil, yang mana pilihan anda? | Hudud Islam

Sebat syariah lebih berperikemanusiaan

Sebat syariah lebih berperikemanusiaan
Harian Metro
Sebat syariah lebih berperikemanusiaan

RUU355 dan Hudud: Tidak cukup sekadar sebatan secara Islam... | Cenangau Daunkari

RUU355 dan Hudud: Tidak cukup sekadar sebatan secara Islam... | Cenangau  Daunkari
Cenangau Daunkari
RUU355 dan Hudud: Tidak cukup sekadar sebatan secara Islam... | Cenangau Daunkari

Dr Tanaka Mustafa - PERTUBUHAN HUMAN RIGHT YANG PREJUDIS TERHADAP ISLAM Oleh: Dr Tanaka Mustafa 1) Sebatan Sivil mencederakan, melukakan, sampai terkeluar kulit, berdarah, lebam, bengkak, boleh dijangkiti kuman, pedih, perit berminggu-minggu.

Dr Tanaka Mustafa - PERTUBUHAN HUMAN RIGHT YANG PREJUDIS TERHADAP ISLAM  Oleh: Dr Tanaka Mustafa 1) Sebatan Sivil mencederakan, melukakan, sampai  terkeluar kulit, berdarah, lebam, bengkak, boleh dijangkiti kuman, pedih,  perit berminggu-minggu.
Facebook
Dr Tanaka Mustafa - PERTUBUHAN HUMAN RIGHT YANG PREJUDIS TERHADAP ISLAM Oleh: Dr Tanaka Mustafa 1) Sebatan Sivil mencederakan, melukakan, sampai terkeluar kulit, berdarah, lebam, bengkak, boleh dijangkiti kuman, pedih, perit berminggu-minggu.

Apakes - Beza sebatan sivil dan sebatan syariah.. | Facebook

Apakes - Beza sebatan sivil dan sebatan syariah.. | Facebook
Facebook
Apakes - Beza sebatan sivil dan sebatan syariah.. | Facebook

5 perlaksanaan hukuman hudud yang ramai salah anggap | SOSCILI

5 perlaksanaan hukuman hudud yang ramai salah anggap | SOSCILI
SOSCILI
5 perlaksanaan hukuman hudud yang ramai salah anggap | SOSCILI

Hukuman Sebat Masih Sesuai - KDN - Semasa | mStar

Hukuman Sebat Masih Sesuai - KDN - Semasa | mStar
mStar
Hukuman Sebat Masih Sesuai - KDN - Semasa | mStar
Lihat lagi

1 comment:

Anonymous said...

Rafizi Formula bole lah sembang kari gebang sama BN di Kedai Mamak Goreng Kerala... Rindu plak rasa Restoran Goreng Mamak Kerala.. kikiki

Kesian kedai mamak goreng Kerala tu dolu niaga dlm bangunan gedung mall mewah la nih skg niaga bukak payong niaga tepi jalan jer..

Rafizi Formula kena Support la skit kedai mamak goreng Kerala tu.. kesian kedai mamak goreng kerala tu rugi banyak duit deposit tak bley refund..kikiki.. !!

Nnti Rafizi Formula Boleh la tanya banyak soalan yang dulunya rakan kongsi BN tak nak jawab gebang dan sambil support sket warung mamak goreng Kerala yg hidup segan mati tak mau tuhhh..!!

Macam contohnya... siapa sebenarnya Syeikh Arab (Raja Arab) yang Ahmad Zahid Hamidi kata dah jumpa berkaitan dengan dana RM2.6 bilion 1MDB tue...

Takkan la sesama geng la nih.... sesama dah boleh ngeteh kat warung mamak goreng Kerala la nih... nanti bley puak BN nak jawab....

UMNO tetap juga nak cari salah kepada Hakim Nazlan, bekas Gabenor Zeti Akhar malah juga terhadap bekas Peguam Negara Tommy Thomas dan kes terkait Tabung Haji (yang katanya PH telah menjualkan aset TH kepada pihak ketiga).

Kepincangan dalam Prasarana sebelum ini pun gua berani jamin takkan terusik dan diambil tindakan perundangan

Lagi satu macam citer Skandal PKFZ ka... macam skandal NFC ka LCS ka.... kikiki...

Dolu kan Rafizi Formula penah buat show room jadi kuda kayu kat kedai Mamak Goreng Kerala tu pasal 1MDB kes AMLA Zety sakau RM700 jota yang tak disentuh lansung oleh Rafizi Formula.

Dolu kan ke main sungkit kes LCS tapi tak sungkit lansung pasal kes AMLA Zety Jho Low dan Taufik Ayman....

Patut la nih Rafizi Formula gebang sama BN kedai Mamak Goreng Kerala sambil support warung mamak goreng Kerala yang suram tue..senang la sembang tepi bertanya dan dapat penjelasan sebenar ... kan dah sesama geng... kikiki...

Bole la Rafizi Formula gebang pasal formula sambil makan karipap pusing di gerai Goreng Mamak Kerala tepi jalan tuh..! Klu nak gebang formula kena bukak Password 'MOKHTAR' haahh..!!

Dolu dolu kan tekak nih rasa kembang meloya nak muntah jaa tetiba la nih chek Rindu plak nak rasa Goreng Mamak Kerala..



kikikiki...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails