Gambar hiasan ladang ternakan ayam kampung untuk telur di ladang di Bury St Edmunds, Suffolk, timur England. - Foto REUTERS
1. Industri telur Britain terjejas teruk akibat inflasi harga
LONDON: Britain turut berdepan kesan teruk inflasi terhadap bahan makanan terutama telur ayam, susulan kos makanan ternakan itu semakin mahal disebabkan perang di Ukraine, sekali gus memaksa petani menaikkan harga makanan ruji utama itu.
Banyak pasar raya di negara itu, termasuk peneraju pasaran Tesco dan No. 3 Asda, mencatu jualan dan turut menyalahkan serangan selesema burung sebagai satu lagi punca bekalan telur kekurangan di Britain.
Walaupun petani berpendapat wabak adalah salah satu faktor penyumbang, kenaikan harga telur yang dijual tidak memadai untuk menampung kos operasi, sekali gus memaksa mereka mengurangkan pengeluaran.
Ketua Eksekutif Persatuan Pengeluar Telur Ayam Kampung British (BFREPA), Robert Gooch, berkata pihaknya memberi amaran kepada peruncit dan memberi notis amaran awal bahawa perkara itu akan berlaku.
Persatuan itu menganggarkan jumlah bekalan telur United Kingdom (UK) sudah jatuh enam peratus kepada 36.4 juta dalam tempoh 12 bulan yang lalu, malah mungkin menghadapi masalah bekalan lebih serius pada masa hadapan.
Kesatuan Peladang Kebangsaan Britain (NFU) berkata, kekurangan telur mungkin hanya permulaan, kerana era baharu tenaga dan bijirin yang mahal, digabungkan pula dengan kekurangan buruh sudah pasti memburukkan lagi keadaan.
Katanya, industri telur Britain hanya boleh diselamatkan sekiranya pengeluar dan peruncit makanan ternakan bersetuju dengan syarat yang lebih adil untuk masa depan.
Walaupun inflasi dua angka merenggangkan hubungan antara pengeluar dan peruncit di seluruh dunia, persaingan sengit dalam kalangan peruncit makanan Britain mengekalkan harga di bawah purata Eropah dan julat keuntungan mereka antara yang terendah.
Pengeluar telur mengatakan, walaupun pasar raya sudah menaikkan harga runcit dan membayar petani lebih, kenaikan itu tidak mencukupi untuk menampung peningkatan kos yang mendadak.
NFU mengatakan, walaupun pengeluar telur Britain dibayar 35 peratus lebih untuk telur mereka berbanding pada 2019, kos bahan mentah makanan ayam kini melonjak 90 peratus.
Data rasmi UK menunjukkan harga runcit telur tahun ini meningkat 27 peratus berbanding tahun lalu. - REUTERS
2. Shahidan kata MP kerajaan tak pakai tali leher macam Singapura, Israel
Ahli Parlimen Arau dari Perikatan Nasional (PN) itu berkata, kedua-dua negara itu membenarkan Ahli Parlimen tidak memakai tali leher ketika sidang Parlimen masing-masing.
Shahidan menyindir Ahli Parlimen di blok kerajaan yang tidak memakai tali leher ketika sidang Parlimen berlangsung.
“Speaker dan kami semua (PN) tertib (kerana memakai tali leher), puak-puak ini saya tak tahu.
“Jadi saya minta Yang Berhormat (Speaker), tolong buat perbandingan sedikit,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Shahidan berkata, kebanyakan negara lain masih menetapkan pemakaian tali leher seperti kepada Ahli Parlimen.
Terdahulu, Johari mencelah dengan berkata, banyak negara Arab membenarkan tali leher tidak dipakai ketika persidangan Parlimen.
Bagi M Kulasegaran (PH-Ipoh Barat) pula menyifatkan keputusan Johari membenarkan Ahli Parlimen tidak memakai tali leher ketika persidangan, wajar dipuji.
Beliau turut berharap etika kod pemakaian itu diteruskan dalam sidang Parlimen akan datang.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Telur di Britain, teruk. M'sia macam S'pura & Israel -tiada tali leher.
Juga cabaran kepada PM10 Malaysia.
PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015
1 comment:
Dari tiada menjadi ada,
Yang dicipta diberi hayat,
roket kris berpisah tiada,
Naik pentas kencing rakyat.
Menanam nanas di tanah bris,
Buah sedap boleh percaya,
Malang sungguh roket kris,
Rakyat sudah tidak percaya.
Indah sungguh pulau besar,
untuk mengubat hati yang parah,
Tsunami Melayu semakin besar,
Masa depan PN semakin cerah.
Post a Comment