Sunday, January 01, 2023

Khilaf bebaskan Zahid. Pahlawan?

 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, bersama penyokong selepas keputusan beliau dilepas dan dibebaskan daripada 40 tuduhan menerima suapan daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) berhubung kontrak pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di China dan sistem Visa Luar Negara (VLN) pada September lalu. - Foto fail NSTP

1. 'Hakim terkhilaf bebaskan Ahmad Zahid'

KUALA LUMPUR: Pendakwaan menyatakan ia terkilan dengan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam melepas dan membebaskan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, daripada 40 tuduhan menerima suapan daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB).

Ia berkata demikian melalui petisyen rayuan difailkan semalam, untuk mengetepikan keputusan pada 22 September lalu, berhubung kontrak pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di China dan sistem Visa Luar Negara (VLN).

Pihak pendakwaan mengemukakan 14 alasan yang tertumpu kepada dapatan fakta dan undang-undang oleh Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa, terhadap persoalan sama ada berlakunya pemberian dan penerimaan wang secara rasuah dalam kes terbabit.

Pendakwaan menegaskan, Mohd Yazid terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila memutuskan ia gagal membuktikan kes prima facie.

Hakim itu juga dikatakan gagal menilai secara maksimum dan menyeluruh keterangan bagi membuktikan setiap elemen kesalahan yang dihadapi Timbalan Perdana Menteri itu.

Menurut pendakwaan, hakim bicara terkhilaf apabila menolak pembuktian elemen menerima suapan secara rasuah dan elemen mendapatkan benda berharga tanpa balasan daripada UKSB, sedangkan terdapat keterangan lisan dan dokumen yang cukup serta kukuh untuk membuktikannya.

Dalam menolak keterangan mengenai penghantaran wang rasuah kepada Ahmad Zahid, pendakwaan berkata, hakim tersalah arah apabila membuat perbandingan fakta antara kes itu dan fakta dalam kes rasuah berhubung projek solar hibrid bagi sekolah luar bandar di Sarawak membabitkan Datin Seri Rosmah Mansor.

Pendakwaan menyatakan, ia adalah kerana suatu dapatan fakta bukan duluan yang mengikat (binding precedent) dan tidak wajar untuk diguna pakai sebagai otoriti.

Pendakwaan juga menyatakan, hakim tersalah arah dalam menilai kredibiliti saksi apabila gagal mengambil kira bahawa mereka tiada motif jahat atau terselindung ketika memberikan keterangan mengenai penghantaran wang kepada Ahmad Zahid.

"Hakim terkhilaf apabila menolak bulat-bulat keterangan saksi, yang bukan sahaja atas alasan yang rapuh dan tidak munasabah, malah mengambil kira keterangan yang tidak relevan, tidak pernah dikemukakan serta membuat rumusan berdasarkan keraguan yang diada-adakan.

"Hakim juga terkhilaf apabila gagal untuk mengambil manfaat dan kelebihan sebagai hakim bicara ketika melihat dan mendengar saksi pendakwaan memberikan keterangan;

"Hakim tersalah arah apabila gagal mengambil kira keterangan saksi pendakwaan bahawa sebuah lejer yang dikemukakan sebagai keterangan dokumen adalah satu dokumen semasa dan menolaknya secara total walaupun ada keterangan mencukupi untuk membuktikan sebaliknya," katanya.

Sehubungan itu, pendakwaan memohon Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi dan memerintahkan Ahmad Zahid dipanggil membela diri terhadap semua pertuduhan. (BH)


2. Keturunan pahlawan 

DULU DS Najib pun kata, dia keturunan Bugis. Tapi bila dia buat program Nothing To Hide, Tun dengan DS Ahmad Said kata nak datang, nak tanya soalan pasal TIA dan 1MDB, program itu kemudiannya dibatalkan dan tak buat-buat. Entah arahan siapa yang batalkan, semua orang tidak tahu.

Bila PH menang, Tun jadi Perdana Menteri, DS Najib masuk mahkamah. TS Muhyiddin sambung kes itu. Zaman DS Ismail Sabri, DS Najib dijatuhkan hukuman. Jadi, keturunan pahlawan Bugis ini, mengharapkan DS Anwar dan seorang lagi keturunan Pahlawan, DS Zahid untuk tolong dia sekarang.

Pahlawan DS Zahid ini nampak gagah dari DS Najib sebab setakat ini, bukan sahaja pengundi PH yang bencikan dia, dia tipu. Tapi pakej penipuan itu sekali dengan pengundi BN pun kena scammed.

Cuma kita yang luar PH-BN ini, sudah dapat agak apa yang bakal berlaku, bila mana ada cadangan untuk jawatan Presiden tidak dipertandingkan, lalu Zahid segera menafikan dia penakut, dia ada darah keturunan pahlawan katanya. 

Yang kita faham sangat, bila dia kata tidak dan nafikan itu, biasanya semua akan terjadi. Menteri Besar Johor, No Anwar, No DAP, sebagai contoh cakap lain, buat lain. Lain yang diorder, lain yang sampai, kata budak-budak sekarang.

Manakala penyokong PH pula tentu saja akan menyokong cadangan tiada pemilihan Presiden Umno ini, sebab jika Zahid kalah, maka masalah terbesar mereka ialah, kerajaan mereka berkemungkinan besar, akan runtuh sekali lagi. Tak sempat pula nak dapat pencen menteri.

Jadi PH pula mungkin yang akan paling sibuk berkempen untuk Zahid, supaya jawatan Zahid dikekalkan. Inilah baru kita panggil kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, membantu dengan penuh harapan untuk menang, kawan PH, Zahid, yang dalam kesusahan

Penyokong Umno pula, macam ayam yang nak kena sembelih dalam bakul. Masa tangan tuan ayam masuk bakul, ayam bising sebab takut, marah. Bila tangan itu keluar, bawa kawan dia seekor, dia pun senyap sebab tangan dah tak ada. Yang kena sembelih, kawan dia. 

Dia tak kisah, tak pedulipun. Bila tangan masuk lagi, dia bising balik. Sehinggalah tangan itu tangkap dia, kena sembelih, barulah dia diam selama-lamanya.

Hai… Umno, Umno…

MOHD NASIR ABDULLAH – HARAKAHDAILY 28/12/2022

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

2 comments:

  1. Bila UMNo/BN kerana adanya kuasa, naratif baru dibuat dan di reka cipta.

    Perarakan Gay & Lesbian dari Sogo ke dataran Meredeka yang pernah berlaku sekaligus mengiktiraf puak LGBT juga sudah boleh di terima UMNo dan jauh dari memudarakan?

    Menolak sokongan pengundi Melayu dan Islam yang kalau kita gabungkan undi BN 3 juta, undi PN 4 juta maka lebih 7 juta pengundi ini terdiri daripada lebih 60% pengundi Melayu/Islam. Apakah UMNO/BN sudah tidak lagi berjuang atas prinsip Agama dan Bangsa?

    Bersama PN dikatakan lebih membawa mudarat berbanding PH, maka jelas bahawa perjuangan UMNO/BN kini lebih liberal dengan mengakui bahawa penghinaan kepada Institusi Raja Raja selama ini sudah tidak mudarat

    Menerima gabungan bersama PH Anwar Aljuburi, Amanah dan DAPig yang mendapat lebih 5 juta undi di mana hampir 90% pengundinya hanya terdiri daripada pengundi satu bangsa? Apakah UMNo/BN sekarang ini hanya mahu memperjuangkan nasib bangsa itu sahaja?

    Kerana apa? kerana kuasa..! Kuasa berada di tangan. Walaupun barua lama belaan mereka sudah tenggelam dan berubah soalnya barua yang baru itu tangan siapa? Masih tetap di tangan tuan barua Lee Kwan Yew melalui proksi nya DAP

    ReplyDelete
  2. Tak payah cakap apa apa buat tawar air liur.

    ReplyDelete