Saturday, December 17, 2022

Tipu, wujud k'jaan cacamerba. Banduan & hiburan bahaya?

 


1. Cacamerba kerajaan berakibat dari sindrom penipuan 

SEBELUM ini aku dah nyatakan kerisauan kepada pembentukan kerajaan yang ada pada hari ini, yang telah hilang prinsip dan dibina atas asas penipuan. 

Tanpa prinsip dan berasaskan penipuan itulah kerajaan yang ada kini. 

Oleh itu, kita tak perlu pelik dengan segala tindakan dan kenyataan pelik yang keluar dari mereka. Namun, kita risau. 

Ada beberapa hal pelik sehari dua ini; 

1. SOSMA

Merekalah yang kata nak pinda hatta ada kata nak hapuskan. Bila dah dapat kuasa yang dibina atas asas penipuan dan tanpa prinsip,

Tanpa rasa malu, diumumkan “SOSMA masih diperlukan”.

2. Royalti petroleum

Sebahagian mereka antara yang lantang memperjuangkan hak rakyat Kelantan dan Terengganu untuk dapatkan royalti. Pelbagai aksi gila dibuat agar bayaran dari PETRONAS terus kepada negeri. Ianya satu hak. 

Namun, bila dapat ‘kemanisan’ kuasa, dialah yang cadang agar royalti dilewatkan dan diberikan kepada satu badan yang lain mengulangi JPP zaman BN bukan terus kepada negeri pembangkang. Gila.

3. PASTI

Tanpa prinsip itulah menyebabkan mereka melanggar semua hal. Anak-anak kecil seusia 4-6 tahun di PASTI juga mahu mereka ‘langgar’ kerana mereka sudah tiada prinsip, yang penting hanyalah kuasa. Tiada berperikemanusiaan. 

Kawan, seperti aku katakan, tak perlu pelik dengan tindakan dan kenyataan mereka ini. Kerana mereka dibangunkan atas asas penipuan dan tanpa prinsip. 

Namun, kita risau apa akan jadi dengan negara kita bila dipimpin oleh sebuah kerajaan sebegini. 

AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 15/12/2022


2. Antara banduan mulia dan banduan cepat koyak 

NABI Yusof tidak pernah menyaman sesiapapun atas dasar beliau digelar banduan, malah merasa bangga kerana Baginda terpelihara dan terselamat dari fitnah disebabkan duduknya Baginda dalam penjara itu. Baginda diampunkan setelah diakui sendiri oleh Zulaikha yang dialah pembuat fitnah terhadap Yusof. Baginda juga memaafkan semua lawannya.

Nelson Mandela tidak kisah menceritakan semula kisahnya dipenjara kerana perjuangan menentang dasar aparteid di Afrika Selatan. Malah cerita itulah antara penguat peribadinya sebagai seorang pejuang bangsanya sendiri kerana beliau telah membuktikan kepada semua, yang beliau dipenjara atas alasan pengorbanannya yang murni, bukan kerana jenayah. Beliau tidak menyaman musuhnya untuk sindiran bekas banduan.

Imam Abu Hanifah tidak pernah dipandang atau merasa hina, walaupun pernah dipenjara oleh khalifah kerana keengganan beliau untuk dilantik menjadi khadi. Beliau tetap menepis segala tawaran malah ugutan supaya dia menerima posisi itu. Beliau takut nanti beliau akan disuruh mengeluarkan fatwa yang batil, sesuai dengan kehendak khalifah dan bukannya kehendak Allah. Beliau tidak mempunyai peguam bagi segala urusan membuka fail mahkamah berkenaan saman malu, jika musuhnya menganjing.

Sayyid Qutb mati sebagai seorang banduan kerana ketegarannya berjuang untuk memastikan Islam tertegak dengan penuh kemuliaan di Mesir. Beliau tidak pernah diam dalam berjuang, sehinggakan ketika di dalam sel, beliau berjaya menyiapkan sebuah karya ulung ‘Fil Zilal al-Quran‘. Beliau tidak pernah mempedulikan ejekan-ejekan manusia yang menghinanya kerana menjadi penghuni penjara. Bukan dia sahaja, malah dunia maklum kenapa beliau dipenjarakan.

Begitu juga Haji Abdul Malik Karim Amrullah yang dikenali sebagai Hamka, seorang ulamak, pejuang di Indonesia. Beliau dipenjarakan oleh Sukarno ketika menjadi Presiden Indonesia. Hamka berjaya menulis tafsir Azhar ketika di dalam penjara. Malu, terhina? Tidak, tidak pernah, malah Hamka sering mengimbau kisah beliau di dalam penjara. Beliau ditangkap dan dihukum atas kesalahan yang beliau tidak lakukan. Sehinggakan Sukarno juga beliau maafkan dan menjadi imam solat jenazah Sukarno.

Beberapa kisah besar ini adalah sejarah yang tidak dapat dinafikan oleh semua orang bahawa perjuangan yang benar, tidak akan disambut di atas permaidani merah, walau siapapun kamu, sama ada Islam atau bukan-Islam. Tiada juga rasa malu kerana dimasukkan ke penjara, disebabkan kesalahan yang dikatakan salah itu, tidaklah salah sebenarnya kerana ia adalah pengorbanan diri bagi sebuah perjuangan mulia.

Bagi pejuang-pejuang tulen sebegini, ketika mereka duduk dalam penjara, mereka akan dihormati dan tidak diganggu oleh banduan lain, tidak manja, menggunakan alasan sakit itu dan ini, merengek, menagih simpati. Mungkin mereka akan dilantik menjadi ketua atau guru oleh banduan lain. Mereka tidak memerlukan lakonan dan penipuan bagi menaikkan ‘rangking’ mereka kerana mereka tidak mengejar dunia. Mereka mencari redha Allah. Sang algojo juga akan bersimpati dan cuba membantu sedaya mungkin banduan terhormat itu.

Tetapi jika banduan itu sememangnya melakukan kesalahan sebagaimana yang dituduh, dia mungkin akan mula merasa panas jika dipanggil bekas banduan. Tambah lagi banyak percubaan mengangkat diri sendiri, menyamakan dengan pejuang lain, tetapi orang tidak percaya. Tentu sahaja, kerana dia memang dikenali dengan perangai yang suka menipu, prinsip berterabur, janji dicapati, semua benda dia sapu asal boleh kuasa, ramai kawan rapatnya dahulu meninggalkannya kerana sikapnya, maka dia akan cepat koyak jika disebut bekas banduan. 

Suka memberi amaran, menyaman orang, guna kuasa yang ada apabila berkuasa, semahunya. Sudah lupa waktu dia susah dahulu orang yang menolong dia. Itulah bezanya pejuang tulen yang begitu teguh dengan prinsip sebelum dan selepas penjara dan memaafkan lawan, berbanding dengan pejuang hipokrit yang cepat koyak dan lupa diri. Nampak tu?

MOHD NASIR ABDULLAH
14 Disember 2022 – HARAKAHDAILY 14/12/2022


3. Empat parah rempuhan konsert di London 
Siasatan sedang dijalankan di lokasi kejadian di Jalan Stockwell Brixton. - Foto AGENSI

LONDON: Empat orang cedera parah dan empat lagi dimasukkan ke hospital berikutan kemalangan di tempat konsert di selatan London.

Polis dan perkhidmatan kecemasan lain dikejarkan ke Akademi O2 di Brixton pada jam 9:35 malam (waktu tempatan), semalam berikutan laporan 'sebilangan besar orang cuba merempuh masuk ke tempat itu'.

Beberapa orang yang mengalami kecederaan dipercayai berpunca daripada rempuhan.

"Detektif sedang menyiasat keadaan yang menyebabkan empat orang mengalami kecederaan kritikal," kata polis Metropolitan.

Dua orang 'cedera kurang parah' dirawat di tempat kejadian, manakala lapan lagi dibawa ke hospital dengan ambulans.

Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat.

"Ia adalah insiden yang sangat menjengkelkan yang menyebabkan empat orang kritikal di hospital.

"Siasatan polis sudah dilancarkan dan ia akan memerlukan forensik untuk menentukan dengan tepat apa yang berlaku malam tadi," kata Komander Ade Adelekan.

Beliau berkata, pegawai pakar akan memeriksa tempat kejadian dan CCTV, dan merayu sesiapa yang mempunyai maklumat untuk tampil ke hadapan. - AFP


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tipu, wujud k'jaan cacamerba. Banduan & hiburan bahaya?

3 perkara merbahaya sedang berlaku kini..

(i) Cacamerba kerajaan berakibat dari sindrom penipuan, seperti kerajaan baru Malaysia PM10.

(ii) Antara banduan mulia dan banduan cepat koyak seperti contoh di atas.

(iii) Tragedi, 4 parah rempuhan konsert di London. Perkara begini selalu berlaku. Kerana itu perlu dikaji semula dan diperbetulkan. Kalau di negara umat Islam, perlu diislahkan konsep dan ativiti hiburan yang bersesuaian menurut syariah agama Islam.

Sekian.

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

2 comments:

  1. Tajuk kerajaan pun mereka kerajaan perpaduan. Sebenarnya PN pembangkang. Bukannya PN menganggotai kerajaan seperti BN. Jadi kerajaan perpaduan tak wujud.

    ReplyDelete
  2. KOTA BHARU: Tindakan kerajaan PH-BN memaksa setiap ahli parlimen yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim pada usul undi percaya di Dewan Rakyat Isnin ini dianggap bertentangan dengan kebebasan bersuara setiap ahli parlimen.

    Akademia Psikosiolinguistik dari UPSI, Dr Zulkeflee Yaacob berkata, tindakan itu memperlihatkan pelanggaran hak amalan demokrasi dan memperlihatkan kepincangan terdesak perdana menteri mahu mengekalkan kuasa eksekutif.

    Katanya situasi itu berlaku kerana tiada blok parti yang mendapat majoriti mudah untuk menubuh kerajaan Persekutuan selepas PRU15.

    “Sedangkan sebelum itu Tan Sri Muhyiddin telah menghantar SD yang mendakwa cukup sokongan tetapi Pengerusi BN memohon menangguh titah agar dilanjutkan waktu. Sedangkan tindakan itu suatu pelanggaran yang mencetuskan polemik.

    “Tindakan Yang di-Pertuan Agong mengikut budi bicara tentang parti yang ‘mungkin’ mendapat mandat minimum 115 daripada 222 kerusi parlimen berlandaskan perlembagaan,” katanya di sini.

    Semalam, parti komponen yang menyokong Anwar ‘dipaksa’ menandatangani Perjanjian Persefahaman Kerjasama sebagai langkah penguatkuasaan undang-undang anti lompat parti melalui akta-akta secara kumulatif.

    Pada perjanjian tersebut setiap ahli parlimen yang menyokong Anwar mesti mengundi percaya kepadanya. Dan ahli parlimen yang gagal, enggan atau cuai dari berbuat sedemikian dikira melanggar tanggungjawab sebagai ahli parlimen secara individu kepada parti yang diwakili mereka.

    Pelanggaran itu sekali gus akan menyebabkan mereka diberhentikan daripada menjadi ahli parlimen serta kerusi beliau juga akan dikosongkan mengikut kerangka maksud Artikel 49A(1) Perlembagaan Persekutuan.

    ReplyDelete