Gejala lazim menandakan lelaki alami kekurangan testosteron termasuk kurangnya dorongan seks. - Foto hiasanPERUBATAN/KESIHATAN
Mati pucuk 'serang' lelaki muda.
KEKURANGAN hormon testosteron yang penting untuk fungsi seksual kebiasaannya dikaitkan dengan lelaki yang semakin menginjak usia, tetapi turut berlaku dalam kalangan lelaki muda.
Pakar Perunding Urologi Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kolonel Dr Ngoo Kay Seong, berkata kekurangan testosteron kepada lelaki muda boleh berlaku sekiranya mereka menghidap penyakit genetik seperti sindrom Kallman atau Klinefelter.
Dr Ngoo Kay Seong.Bagi lelaki yang sihat katanya, paras hormon kebiasaannya akan mula menurun apabila usia memasuki lewat 30-an sehingga 80 tahun.
"Namun, bagi lelaki muda boleh juga berlaku sekiranya mereka menghidap penyakit genetik tertentu atau penyakit membabitkan buah zakar atau testis atau penyakit dalam otak pada peringkat awal kehidupan.
"Ramai belum mengetahui mengenai fenomena kekurangan hormon testosteron ini termasuk dalam kalangan pengamal perubatan," katanya.
Fungsi seksual
Dr Kay Seong berkata, hormon testosteron bukan saja penting untuk fungsi seksual dan penghasilan sperma, malah ia diperlukan bagi pertumbuhan dan kematangan alat kelamin pada peringkat awal kelahiran seseorang lelaki.
"Hormon testosteron di paras optimum penting kepada lelaki mengikut peringkat umur.
"Ketika akil baligh, hormon ini bertanggungjawab ke atas ciri seksual sekunder lelaki seperti pertumbuhan rambut di badan, tumbesaran kemaluan dan pertukaran suara.
"Dalam kalangan lelaki dewasa, tahap hormon testosteron yang optimum penting untuk kesejahteraan hidup dan bagi membendung mereka daripada menghidap penyakit metabolik," katanya.
Kesan kurang hormon testosteron
Beliau berkata, gejala lazim yang menandakan lelaki mengalami kekurangan testosteron termasuk kurangnya dorongan seks atau libido serta kurangnya upaya untuk zakar mengeras secara spontan pada waktu pagi.
Hormon testosteron bertanggungjawab ke atas seluruh pengalaman atau proses seksual seseorang lelaki, justeru mati pucuk juga sebahagian sindrom kekurangan hormon itu.
Bagaimanapun pada masa sama, terdapat tanda bukan seksual yang boleh menjadi 'petunjuk' lelaki mengalami kekurangan hormon testosteron termasuk cepat berasa penat, kemurungan dan kurang motivasi serta daya tumpuan.
"Ia boleh disahkan melalui ujian darah hormon testosteron, di mana tahap total testosteron mereka akan disukat," katanya.
Kesan obes dan kencing manis
Ditanya sama ada kekurangan testosteron boleh menyebabkan penyakit lain, Dr Kay Seong berkata dalam kalangan pesakit kencing manis, 42 peratus daripadanya didapati mengalami masalah kekurangan hormon itu.
"Kekurangan hormon testosteron sememangnya dikaitkan dengan penyakit metabolik yang lain.
Malah masalah obesiti juga dikaitkan dengan fenomena ini.
"Penyakit kardiovaskular dan kolesterol juga dipengaruhi paras hormon testosteron. Setakat ini, kajian saintifik membuktikan kencing manis dan obesiti adalah penyakit utama yang berkait rapat dengan sindrom kekurangan testosteron," katanya.
Perlu kekalkan BMI
Dr Kay Seong berkata, gaya hidup yang tidak sihat akan menyebabkan paras hormon merundum dengan lebih ketara justeru penting untuk sentiasa mengekalkan indeks jisim badan (BMI) pada tahap yang normal.
Testosteron hormon dihasilkan lelaki pada bahagian testis. - Foto hiasanMeskipun mengakui tiada makanan tertentu yang boleh membendung sindrom ini tetapi, pengekalan BMI normal akan membolehkan penyakit metabolik dielakkan, sekali gus menyebabkan sindrom kekurangan hormon tidak begitu ketara.
"Sekiranya sesuai, terapi gantian hormon oleh pakar urologi boleh dilakukan tetapi rawatan susulan berkala amat penting khasnya, pada tahun pertama rawatan.
"Rawatan itu sudah lama wujud dan lebih penting lagi ia boleh membantu seseorang lelaki kembali ke arah fungsi seksual dan kesejahteraan hidup yang normal terutamanya dalam kalangan mereka berusia 40 sehingga 60 tahun," katanya.
Rawatan terapi hormon
Terapi hormon juga membolehkan kawalan gula kencing manis bertambah baik di samping mengurangkan jisim lemak dalam badan.
"Selain itu, rawatan hormon ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang sudah mengalami masalah kencing manis dan penyakit metabolik lain untuk kembali ke tahap kawalan penyakit yang lebih teratur.
"Sekiranya diabaikan terlalu lama, penyakit kencing manis dan metabolik yang lain mungkin akan lebih buruk," katanya.
Info
• Testosteron hormon dihasilkan lelaki pada bahagian testis
• Merangsang penghasilan sperma, dorongan seksual lelaki
• Berperanan menghasilkan otot dan tulang
• 2 daripada 10 lelaki 60 tahun ke atas, kadar testosteron rendah
• 3 daripada 10 lelaki usia 70 ke atas, kadar testosteran rendah
• Bacaan normal testosteron, 300 - 1,000 nanogram per desiliter (ng/dl)
• Testosteron rendah dikesan ketika bacaan menurun di bawah 300 ng/dl.
Sekian.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, menyuruh berkahwin dan beranaklah, kerana beliau bergembira dengan umat yang ramai.
Adab-adap perkahwinan, termasuk menjaga dan mengawal dari segi perubatan dan kesihatan (contohnya, penyakit mati pucuk 'serang' lelaki muda) juga adalah tanggung jawab dalam beragama. Kerana Islam adalah penyelamat..
Satu lagi.. undilah PAS parti penyelamat dunia-akhirat, yang juga perlu umat yang ramai.
Allahu akbar!
1 comment:
Sebut saja nama Tun dan Lim Kit Siang ini rakyat faham tiada kejujuran politik langsung jika sesuatu isu dan kenyataan itu datang dari mulut puaka Tun Mahathir dan Lim kit Siang.
Jika wawasan 2020 wawasan 'pha chu cheng' ciptaan Mahathir ikut acuan diri sendiri , TN50 pula ikut acuan yang di kehendaki oleh generasi akan datang.
Begitu lah laluan disedia kan untuk negara dan generasi akan datang oleh BN dan Bossku, tapi Mahathir sebagai “spoiler” datang dengan rekaan kes 1MDB nya untuk jatuhkan kerajaan yang tidak memberi faedah kepada perniagaan kroni dan anak beranaknya.
Akhirnya hancur sebuah impian untuk rakyat dan rakyat tidak dapat apa apa feadah dari kerajaan haprak PH 22 bulan Mahathir.
Maka janji janji manis PRU 14 dicapati Mahathir hanya sebagai penghabis air liur sahaja tanpa memberi kesan kepada periuk nasi rakyat.
Lim Kit Siang cuba membngkitkan isu Ketua Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki dengan isu miliki saham bernilai jutaan ringgit di BSKL.
LKS membidas Azam dan mahu di ujudkan RCI dan siasatan berkenaan nya.
Zety dan keluarga penyamun nya adalah Kes besar dan begitu nyata ada kesalahan besar baik dari segi “salah guna kuasa’ dan kes AMLA ‘penyelewengan kuasa” bekas Gabenor Bank Negara Tan Seri Zeti Akhtar tidak pula Tokong dan Tun mahu mendesak supaya disegerakan siasatan dan membuka kes nya?
Diamanahkan jaga tatakelola dan urusan kewangan negara tapi khianat dan mencuri kewangan negara
Kes wang 1MDB sejumlah RM700 juta masuk kedalam akaun keluarga Zeti, tidak pula LKS dan Tun desak untuk di buka segera , sama ada RCI atau mahkamah biasa.
Hentilah dengan cara berpolitik cara lapuk dan “scandal base” , cara yang sudah dibenci oleh rakyat. Rakyat dan meluat perangai muka muka hodoh ini.
LKS dan DAP sama sahaja, bukan utamakan seluruh rakyat tapi utama kan perjuangan anak cucu dan kroni yang tidak membawa faedah.
Rakyat yakin dan pasti LKS sama juga seperti Mahathir jadi bisu seperti orang tua terencat akal, tidak akan menjawap kritikan Bossku.
Deyy tambyyy berapa lama polis nak nak amik keterangan kes AMLA Zety dng keturunan penyamun dia haaahh..!! AMIN
Ex IGP lantikan Fun kata Jho Low lesap dah jadi beruang. Deyy tamby.. Aljazeera boleh cari Jho Low sambil gentel gentel garu garu telo lagi sambil buat sidang media dng Jho Low...AMIN
Jangan nak jadi puki mak sangat pasal Azam Baki la Azam Baklu laaa...AMIN
Jho Low tgh terbahak ketawa tgk pemimpin Melayu bercakaran sesama sendiri kena bodoh bangang dng Jho Low sambil kaim Jho Low tumpang tepok tangan lagi...AMIN
Pulau Batu Putih Tun Mahathir sedekah pada anak Lee Kwan Yew.. AMIN... puiiii..!!
Bahana kena Bodo bodooo Melayu jadi barua DAP@LeeKwanYew.. aancok omak btol la barua Melayu ni
KHALAS...
kikikiki