Saturday, January 22, 2022

Jualbeli tanah di Pulau Sebatik, peluang niaga M'sia-Indo?

 

MELIHAT iklan dalam blog ini..

[Lihat sebelum ini.. Siri Kalimantan: Kerjasama M'sia/Indo.

]... 
Seorang bertanya kepada blog ini, 
"Bagaimana boleh, kami penduduk Sebatik atau yang berhampiran ingin berniaga jual beli tanah, bagi membangunkan kawasan ini, samada yang di dalam negara Malaysia atau Indonesia?

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Terima kasih kepada tuan yang sama-sama ingin berkongsi ilmu dan pengalaman. 

Pulau Sebatik agak unik, wilayah utara milik Malaysia terletak di Tawau Sabah, dan selatan milik Indonesia. 
Keluasan keseluruhan Pulau Sebatik ialah 452.2 km persegi manakala keluasan Pulau Sebatik yang termasuk dalam wilayah Malaysia ialah 204.7 km persegi.  

Bagaimanapun jumlah penduduk di wilayah Malaysia hanya 25,000 sahaja berbanding dengan wilayah Indonesia seramai 80,000 orang, lebih 3 kali ganda. Jarak Pulau Sebatik dari Tawau hanya 8 km sahaja dan dipisahkan oleh Telok Cowie.  Perjalanan menaiki bot hanya mengambil masa 20 minit sahaja dari jeti Tawau ke jeti Kampung Sungai Tongkang.
Telok Cowie, teringat tentang tragedi kemalangan sebuah pesawat Caribou TUDM tahun 1970 yang mengorbankan 11 orang termasuk juruterbangnya. Hampir kesemua penumpang yang terkorban adalah anggota tentera darat.

Sejak generasi ke generasi, penduduk pulau ini masih bergantung kepada hasil laut untuk menyara hidup. Ibarat kais pagi makan pagi, setiap hasil yang diperoleh terpaksa dibelanjakan untuk kegunaan harian. Dikatakan di Sebatik, kebanyakan suara rakyat Indonesia, merasakan kekecewaan mereka kerana Pulau Sebatik telah terpinggir dari arus pembangunan Indonesia.  

Mereka seperti dianaktirikan oleh kerajaan Indonesia.  Rata-rata mereka memuji keprihatinan Kerajaan Malaysia mengenai pembangunan rakyatnya.  Malah ekonomi rakyat Indonesia di Pulau Sebatik adalah bergantung berat ke arah Malaysia.  Hasil mahsul pertanian dan perikanan mereka dijual ke Malaysia (khususnya Tawau) dan mereka mendapat bekalan barang keperluan harian dari bandar Tawau.  

Malahan kata mereka harga barangan di Malaysia jauh lebih murah dari di Indonesia. Matawang RM diterima secara meluas di wilayah Indonesia.

Okey, sebelum kita lanjutkan perbincangan mengenai tajuk di atas...

(i) Elok kita lihat dulu berita ini...

"Mau Beli Tanah di Pulau Sebatik, WN Malaysia Dideportasi -12 November 2019"
Rasinah Binti Launma, WN Malaysia saat diserahterimakan Lanal Nunukan ke Kantor Imigrasi Nunukan (Foto Lanal Nunukan)

NUNUKAN.NIAGA,ASIA -Niat Rasinah Binti Launma, warga negara Malaysia membeli tanah di Pulau Sebatik bagian Indonesia, pupus sudah. Wanita berusia 57 tahun yang tertangkap oleh Tim Satgas Paska Busur Ambalat Lanal pada tanggal 29 Oktober 2019,  hari ini, Selasa (12/11) dideportasi Kantor Imigrasi Kelas II TPI Nunukan dari  Pelabuhan Tunon Taka Nunukan ke Tawau, Sabah, Malaysia.

“Rasinah kita deportasi menggunakan kapal Fery Mid East Express sekitar pukul 09.00 Wita, kata kepala Seksi Intel dan Penindakan Keimigrasian Kantor Imigrasi Nunukan, Bimo Mardi Wibowo.

Rasinah Binti Launma  WN Malaysia memegang IC Malaysia Nomor: 620509-12-5488 alamat Kampung Tanjung Batu Keramat Tawau, Sabah Malaysia. Ia ditangkap 29 Oktober lalu diatas speedboat dari Tawau menuju Nunukan karena tidak bisa menunjukkan paspor dan masuk secara resmi ke Kabupaten Nunukan.

“Rasinah berangkat dari tawau bersama 5 orang yang diduga TKI illegal Malaysia,”  kata Bimo. Setelah dilakukan pengamanan dan pemeriksaan selama 12 hari, Rasinah mengaku melakukan perlintasan ilegal dari Tawau menuju Sebatik dengan alasan menghemat biaya dan tidak memiliki paspor Malaysia.

Rasinah Binti Launma. (Foto Budianshori/Niaga.Asia)

Maksud Rasinah di Nunukan hendak membuat Kartu Tanda Penduduk (KTP) yang akan dipergunakan utk membeli tanah atau lahan milik warga di perbatasan Indonesia tepatnya di Sungai Nyamuk Sebatik.

“Katanya mau beli tanah atau lahan di Sebatik, makanya ada rencana Rasidah ingin memiliki KTP Indonesia agar mudah dalam pengurusan dokumen jual beli dan kepemilikan surat tanah,” ucapnya.

Sebelum dilakukan deportasi, Rasinah menjalani detensi di Kantor Imigrasi Kelas II TPI Nunukan sejak tanggal 30 Oktober 2019  sambil menunggu proses pemulangan yang di fasilitasi oleh Konsulat Jenderal Malaysia di Pontianak, Kalimantan Barat.

Peryaratan dokumen deportasi terpenuhi pada tangga 9 November 2019, dimana petugas Konsulat Jenderal Malaysia di Pontianak melalui Atase Imigresen Malaysia An. Noor Farizal Aini Binti Khairuddin membawa perjalanan/SPC (Sijil Perakuan Cemas) dan membenarkan Rasinah  warga negara Malaysia.

“Pelaku dideportasi karena telah melanggar Pasal 75 Undang-undang RI Nomor 6 Tahun 2011 Tentang Keimigrasian,” tutupnya. 

(ii) Sila rujuk buku ini..

Malayndonesia: 

Integrasi Ekonomi di Perbatasan Indonesia-Malaysia: Sebatik ...

Oleh Dr. Endang Rudiatin, M.Si.

Terma bagi Perkhidmatan
Diterbitkan oleh Bening Era. Hak cipta

Klik di sini...
https://books.google.com.my/books?id=Gmh2DwAAQBAJ&pg=PA28&hl=ms&source=gbs_toc_r&cad=2#v=onepage&q&f=false

Bersambung..

Sultan Johor perkenan bubar DUN Johor

 

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Negeri Johor (DUN) berkuatkuasa hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN), diadakan.

Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad pada jam 5 petang di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, hari ini.

Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Pada pertemuan bersama Sultan Johor itu, Hasni diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani yang kemudian mempersembahkan watikah pembubaran DUN Johor.

"Fasal 23 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 bahawa Dewan Negeri Johor Darul Ta'zim termansuh pada 22 Januari 2022," jelas hantaran itu dalam akaun rasmi Sultan Johor, hari ini.

Agong perkenan siasat T/Haji. Tahniah serlahkan ketelusan. Al-hamdulillah! -IH

 

PAS junjung kasih kepada Agong perkenan RCI Tabung Haji

KUALA LUMPUR: PAS menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perkenan kepada penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH).

Ketua Penerangan PAS Pusat, Senator Ir. Ts. Khairil Nizam Khirudin berkata, perkenan Yang di-Pertuan Agong kepada penubuhan RCI TH menyerlahkan bahawa ketelusan dan wibawa sentiasa menjadi keutamaan tertinggi kerajaan.

Sehubungan itu, ujarnya PAS berkeyakinan penuh Jawatankuasa RCI TH yang akan dianggotai enam tokoh dan diketuai oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Raus Sharif selaku Pengerusi akan menjalankan siasatan profesional yang telus, bebas dan menyeluruh terhadap pengurusan dan operasi TH mulai tahun 2014 hingga 2020 bagi merungkai segala dakwaan terhadapnya sebelum ini.

“PAS menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah atas perkenan tersebut,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berharap semoga TH akan dipacu dengan lebih efisyen dan berintegriti, menjadi institusi kebanggaan umat Islam di negara ini dan juga teladan kepada dunia, khususnya dalam urusan ibadah haji yang menjadi jihad umat.

Rabu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Dato’ Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan kerajaan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong penubuhan RCI bagi menyiasat isu pengurusan dan operasi TH.

Katanya, penubuhan RCI itu dibuat selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 [Akta 119].

Tambahnya, suruhanjaya itu diberikan tempoh selama enam bulan bagi melaksanakan siasatan dan menyediakan laporan untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Menurutnya, ahli-ahli yang dilantik telah dipastikan bebas dan tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan TH.

“Ini bagi memastikan siasatan dapat dijalankan dengan telus, adil dan saksama serta mengelak sebarang isu yang melibatkan konflik kepentingan dengan pihak-pihak yang berkaitan,” ujarnya.

Beliau berkata, pelantikan itu berkuat kuasa dari 20 Januari hingga 19 Julai 2022. – HARAKAHDAILY 21/1/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Agong perkenan siasat Tabung Haji melalui penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji. Tahniah, semoga akan terserlah lagi ketelusan. Al-hamdulillah! 

Lagi siri Islamfobia AS menyerang Afghn. X pakai burga ditembak?

 

Tiada apa-apa masalah pun.. Wanita Afghanistan bekerja di bengkel jahitan di Kabul, Afghanistan. - Foto REUTERS

NGO wanita Afghanistan tidak pakai burka diugut tembak

KABUL: Polis Taliban didakwa mengancam menembak pekerja badan bukan kerajaan (NGO) wanita di wilayah barat laut Afghanistan, jika mereka tidak memakai burka, pakaian yang menutup keseluruhan badan si pemakai, menurut dua kakitangan NGO berkenaan.

Hak rakyat Afghanistan, terutamanya wanita didakwa semakin disekat sejak Taliban kembali berkuasa pada Ogos lalu selepas berjaya menggulingkan kerajaan disokong Amerika Syarikat (AS).

Wanita didiskriminasi daripada menjalani kehidupan awam dan sebahagian besarnya dilarang bekerja dalam kerajaan, sementara kebanyakan sekolah menengah untuk wanita ditutup.

Dua pekerja NGO antarabangsa di wilayah Badghis memberitahu, kakitangan cawangan tempatan Kementerian Kebajikan dan Pencegahan Maksiat sudah bertemu dengan kumpulannya Ahad lalu.

"Mereka beritahu kami, jika kakitangan wanita datang ke pejabat tanpa memakai burka, mereka akan menembaknya.

"Mereka juga berkata akan hadir ke setiap pejabat tanpa notis awal untuk memeriksa peraturan," kata seorang NGO itu, meminta untuk tidak dinamakan atas sebab keselamatan.

Sumber NGO lain mengesahkan amaran itu.

Katanya, wanita yang bekerja juga mesti diiringi penjaga lelaki.

Notis yang diberikan kepada NGO itu tidak menyebut ancaman tembakan, namun mengarahkan wanita menutup badan.

Wanita di Afghanistan yang konservatif biasanya menutup rambut mereka dengan selendang, sementara burka, diwajibkan di bawah rejim pertama Taliban, sejak 1996 hingga 2001, masih terpakai secara meluas hingga kini, terutamanya di luar ibu kota Kabul.

Terdesak untuk mendapatkan pengiktirafan antarabangsa bagi memperoleh kembali aset yang masih dibeku, Taliban kini dilihat cuba mengelak daripada mengeluarkan dasar negara yang mencetuskan kemarahan di luar negara.

Bagaimanapun, pihak berkuasa wilayahnya mengeluarkan pelbagai garis panduan dan fatwa berdasarkan tafsiran undang-undang Islam tempatan dan adat Afghanistan.

Di ibu negara semalam, Taliban mengadakan demonstrasi dengan kira-kira 300 lelaki, melaungkan 'Kami mahu undang-undang Syariah'.

Sambil memegang poster wanita bertudung penuh, orang ramai menuduh aktivis hak wanita yang turun ke jalan juga sebagai 'peserta upahan'.

Awal bulan ini, pelbagai poster yang memaparkan imej burka ditampal di kafe dan kedai di Kabul yang mengarahkan supaya wanita Afghanistan menutup badan.

Wanita dilarang muncul dalam drama televisyen dan mesti ditemani penjaga lelaki dalam perjalanan antara bandar dan bandar.

Beberapa bantahan kecil bagi menuntut hak wanita muncul, yang mana dilihat semakin baik sejak 20 tahun lalu.

Bagaimanapun, beberapa aktivis memberitahu mereka bersembunyi di ibu negara minggu ini selepas beberapa siri serbuan membawa kepada penahanan tiga wanita. - AFP.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ringkas mengenai Islamfobia.

(i) Islamofobia juga bermaksud ‘takut, benci dan prejudis keatas agama Islam dan penganutnya’.  Islamofobia ini selalunya dikaitkan dengan geopolitik dan perbuatan yang dilakukan, iaitu teroris.  Islamophobia sering dikaitkan dengan pandangan seperti berikut, 

'Islam adalah sebuah agama yang mempromosikan keganasan dan agresif. Islam adalah agama yang barbarik, seksis dan tidak bertamadun. Islam membenci Barat, Islam memecah belah masyarakat dan negara. Islam bersifat menjajah dan mengambil peluang pekerjaan dan menghabiskan duit pembayar cukai. Islam menyebabkan pertembungan tamadun dan Islam juga adalah ideologi politik.'

Kajian yang dilakukan keatas 9 buah agama terbesar iaitu Kristian, Yahudi, Islam, Buddha, Evangelikal, Katholik, Mormon, Hindu dan Atheis di Amerika pada 2017, menunjukkan bahawa Islam berada pada kadar melebihi 60 peratus dari segi persepsi negatif oleh Barat.

Council on American-Islamic Relation (CAIR) telah melakukan analisis untuk melihat bagaimana trend Islamofobia di Amerika pada hari ini. Data yang diperolehi menunjukkan bahawa berlakunya peningkatan yang signifikan dalam bentuk serangan keatas umat Islam iaitu daripada 1,342 kes pada 2014 kepada 3,023 kes pada 2018.
Satu kajian yang dilakukan oleh Al-Jazeera terhadap isu pengharaman kemasukan imigran Muslim ke Eropah pada tahun 2016 boleh dirujuk. Ketika kempen secara besar-besaran dilakukan oleh Donald Trump untuk jawatan Presiden Amerika, beliau telah memainkan isu perkauman dan ancaman imigran Muslim di Amerika.
(ii) Mengapa Islamofobia subur di Barat adalah berkaitan dengan kenyataan pemimpin dan dasar negara yang menyokong ideologi anti-imigran dan Ketuanan Kulit Putih. Pemerintahan Trump sebagai Presiden Amerika sejak Januari 2017, memperlihatkan peningkatan kadar kebencian kepada Muslim di Barat.
Manifesto xenophobia atau anti imigran dan dasar Trump untuk menyekat kemasukan imigran dan perjalanan Muslim dari negara-negara seperti Iran, Libya, Syria, Somalia dan Yemen dengan jelas diterima oleh sebahagian besar penduduk Amerika. Ini jelas memperlihatkan bagaimana ideologi ‘righ-wing extremismts’ diterima dan dipraktikkan di Barat. Malah kenyataan-kenyataan kebencian yang disebut beliau menular ke nagara-negara Eropah lainnya.
(iii) Seterusnya, tidak dapat dinafikan bahawa kelemahan undang-undang Barat berkaitan pemilikan senjata-api dan lain-lain senjata tajam juga turut menyumbang kepada isu ini. Kerana mudahnya memiliki senjata dan bersifat ‘sah’ serta boleh diberikan lesen walaupun sehingga kepada pemilikan senjata semi-automatik, maka perasaan berani untuk menggangu umat Islam wujud dengan jelas.
Malah ditambah lagi dengan tiadanya hukuman mati dalam sistem perundangan Barat juga sedikit sebanyak memberi impak kepada Islamofobia. Kes seperti Andrei Breivick yang membunuh 77 orang di Sweeden, Alxandre Bissonette membunuh 6 orang di Quebec, Marc Lepine membunuh 14 orang di Motreal, Mohammed Merah membunuh 7 orang di Tolouse dan yang terkini Breton Tarrant yang membunuh 50 orang di Christchurch, semua mereka ini paling tinggi hukumannya adalah penjara seumur hidup tanpa parol. 
Sedikit sebanyak sistem perundangan sebegini menjadikan mereka yang terlibat tidak rasa perbuatan mereka akan dibalas dengan nyawa. Seperkara lagi, Islamofobia juga ada kaitan dengan hak asasi manusia yang diperjuangan oleh Barat. Siri-siri perhimpunan dan demonstrasi anti imigran, anti Islam, anti LGBT, anti wanita, anti kapitalis, anti kulit hitam, anti demokrasi dan pelbagai gerakan bersifat ekstrem sayap-kanan ini dibenarkan di Barat.
Hak mereka untuk berhimpun, kebebasan bersuara, kebebasan menyatakan pandangan, kebebasan menyertai mana-mana kumpulan walaupun bergerak secara radikal, kesemua ini terpelihara di negara Barat. Keadaan ini juga sebenarnya telah menyuburkan sentimen Islamofobia apabila perhimpunan sebegini diberikan publisiti dan dimuatnaik di media-media sosial dan media rasmi negara Barat. 
Malah debat secara terbuka juga dibenarkan walaupun isunya berkaitan kebencian agama dan Ketuanan Kulit Putih.
(iv) Adalah berkaitan dengan ketidak fahaman mejoriti masyarakat Barat tentang Islam. Mereka mempunyai maklumat yang sangat cetek tentang Islam malah sentiasa disogokkan dengan perkara yang tidak tepat tentang Islam. Ini menjadikan mereka mempunyai persepsi yang tidak benar tentang Islam, pada pandangan mereka, Islam adalah agama yang ganas, barbarik, tidak bertamadun, menganiaya wanita, tidak toleran dan pelbagai persepri negatif lainnya.
Malah sebahagian mereka hanya mengenali Islam melalui media yang bersikap berat sebelah dan mempromosikan agenda anti Islam. Malah setiap Muslim yang ke masjid juga dianggap melakukan ritual keganasan dan menyebarkan elemen keganasan.
(v) Adalah faktor penarik atau faktor dalaman dan kelemahan Muslim itu sendiri, tidak dapat dinafikan sama sekali bahawasanya sikap inklusif sebahagian Muslim di Barat menjadi punca pengembangan Islamofobia. Umat Islam yang berhijrah ke Barat ada yang bersikap tidak toleran, sangat inklusif dan menolak asimilasi. Mereka lebih senang bergerak dan bersosial dalam kelompok mereka sendiri, malah ada yang menolak untuk menerima idea Barat walaupun ianya baik.
(vi) Selain itu, sikap sebahagian mereka yang ekstrem dalam memahami dan mengamalkan Islam juga menjadi faktor yang menyuburkan Islamofobia. Ada juga sesetengah pemimpin pertubuhan Islam dan imam masjid mempromosikan keganasan tanpa mereka sedari kerana pemahaman tentang Islam yang amat berbeza. Kehidupan di dunia Barat mestilah mengambil kira semua perkara kerana mereka adalah sebahagian daripada negara Barat itu sendiri. 
(vii) Harus diingat, Barat yang sanggup menerima imigran Muslim, menggunakan duit pembayar cukai dan berkongsi kekayaan negara dengan imigran dan Muslim lainnya adalah merupakan sebuah hakikat yang harus diterima. Walau bagaimanapun, didapati Islam sebenarnya semakin berkembang di Barat walaupun dihimpit dengan isu Islamofobia. 
Semakin Islam ditekan, kelihatannya syiar Islam semakin berkembang.  Peratusan masyarakat Barat yang ingin tahu tentang Islam semakin meningkat apabila kejadian keganasan berlaku sama ada dilakukan oleh pihak Barat mahupun umat Islam itu sendiri. Ini merupakan impak positif dari Islamofobia.
Kesimpulan
Di Malaysia ada puak-puak anti Islam yang menyalin balik kegiatan Islamfobia di barat, melaksanakan di sini, untuk menutup kegagalan dan kejahilan mereka, yang bersembunyi dibawah tempurung sempit perkauman kecinaan komunis yang sia-sia..
Sekian.

PRN Johor, UMNO gempar sungguh ke, gempar keling?

 

Ketua UMNO bahagian di Johor diarah beri nama calon

JOHOR BAHRU: Setiap ketua bahagian UMNO Johor diarah untuk memberikan dua nama bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), bagi dipertimbangkan sebagai calon parti itu untuk Pilihan Raya Negeri (PRN), yang menjadi spekulasi diadakan tidak lama lagi.

Seorang ketua bahagian UMNO Johor yang enggan namanya didedahkan berkata, itu arahan yang dikemukakan kepada semua 26 ketua bahagian parti itu yang akan menghadiri Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Johor, petang ini.

Katanya, agenda berkenaan antara yang dimaklumkan akan dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan, sekali gus mengesahkan desas-desus PRN Johor bakal diadakan tidak lama lagi.

"Setiap ketua bahagian UMNO diminta senaraikan dua nama bakal calon untuk setiap kawasan DUN masing-masing.

"Kerusi itu berdasarkan apa yang kita tandingi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

"Perbincangan lanjut berkaitan calon termasuk kelayakan dan kriterianya akan dibincangkan pada mesyuarat nanti," katanya ketika dihubungi.

Semalam media melaporkan, Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad dijangka menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, minggu depan bagi memohon perkenan pembubaran DUN Johor.

Sumber UMNO Johor dilaporkan berkata, perkenan Sultan Johor itu bagi membolehkan DUN dibubarkan pada hujung minggu depan.

Untuk rekod, terdapat 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dengan agihan terkininya adalah UMNO dan DAP masing-masing 14, BERSATU (11), MIC (dua), PAS (satu) sementara AMANAH (enam) dan PKR pula (tujuh).

Kerajaan Johor memiliki majoriti tipis dengan 28 kerusi berbanding 27 kerusi di blok pembangkang, berikutan kematian ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian yang juga mantan Menteri Besar, pada 21 Disember lalu.

Dalam pada itu, ketua bahagian berkenaan berkata, keputusan sama ada Barisan Nasional (BN) bergerak solo pada PRN Johor yang bakal diadakan akan diputuskan.

Katanya, beliau berkata ia antara agenda yang disenaraikan selain perbincangan mengenai calon selain persiapan jentera parti.

"Sebelum ini ketetapannya adalah BN bergerak solo seperti dinyatakan kepimpinan tertinggi parti.

"Namun pada mesyuarat berkenaan dijangka akan diputuskan sama ada gabungan lain menyertai BN dalam PRN nanti atau muktamad kita bergerak solo

"Mungkin sudah ada ketetapan yang dibuat oleh kepimpinan tinggi dan mandat berkenaan mungkin akan disampaikan Pengerusi Perhubungan UMNO Johor petang nanti," katanya. (BH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: PRN Johor, UMNO gempar sungguh ke, gempar keling?

Malaysia kecam serangan terhadap Abu Dhabi

 

KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan Houthi dari Yaman yang menyasarkan kawasan dan kemudahan awam di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), sehingga mengakibatkan kematian dan kecederaan.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan hari ini berkata serangan itu adalah satu bentuk ancaman, dan mereka yang melancarkan serangan harus bertanggungjawab.

“Malaysia menzahirkan simpati dan takziah kepada mereka yang terjejas akibat serangan itu. Malaysia menolak segala bentuk keganasan yang menjejaskan keamanan dan keselamatan serantau.

“Permusuhan dan keganasan akan memudaratkan kestabilan dan keamanan di rantau ini. Malaysia akan terus menyokong usaha mencari jalan penyelesaian secara aman dan damai terhadap konflik di Yaman,” tambah kenyataan itu.

Kumpulan pemberontak Houthi Yaman pada Isnin mengaku bertanggungjawab terhadap “operasi ketenteraan kualitatif” di UAE sebagai sebahagian daripada gabungan ketenteraan pimpinan Arab Saudi di Yaman.

Houthi mengeluarkan pengakuan itu sejurus selepas tiga lori tangki petroleum meletup dalam kebakaran berhampiran bangunan penyimpanan Syarikat Minyak Nasional Abu Dhabi (ADNOC) di daerah perindustrian Musaffah, ibu negara UAE, lapor agensi berita rasmi WAM, memetik pengumuman polis Abu Dhabi.

Kebakaran kecil turut berlaku di kawasan pembinaan baharu di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi.

Siasatan awal mendapati kebakaran dan letupan mungkin berpunca daripada dron yang tidak dikenalpasti di kawasan itu, kata WAM. – BERNAMA

Friday, January 21, 2022

Haram wanita Islam sukan bertudung, Kaitan Islamfobia barat & M'sia..

 

Senat Perancis undi haramkan wanita Islam bertudung bersukan

PARIS: Perancis semakin hampir untuk mengharamkan wanita Islam bertudung terbabit dalam sukan yang disifatkan sebagai suatu tamparan hebat terhadap hak asasi manusia di negara ini.

Senat Perancis mengundi untuk mengharamkan simbol agama yang ketara dalam sukan, tindakan yang dilihat sebagai menyasarkan golongan wanita Islam yang walaupun bertudung, turut aktif dalam pelbagai jenis sukan.

Ahli politik sayap kanan yang mengundi pengharaman itu menyasarkan wanita Islam dengan menggunakan alasan demi kepentingan negara, iaitu keneutralan agama.

“Pendekatan ini bermatlamat untuk menekan semua bentuk berkaitan Islam, sama ada kepercayaan dan ibadah, serta ekspresif budaya dan politik,” kata aktivis hak asasi manusia Perancis, Maria De Cartena.

Bagaimanapun dalam tindakan yang jarang berlaku, keputusan kontroversi itu ditentang oleh kerajaan Emmanuel Macron, yang sebelum ini memainkan peranan utama melaksanakan perintah sekatan terhadap umat Islam sejak beberapa tahun lalu.

Disokong dengan 160 undi berbanding 143 undi menentang di Senat (seperti Dewan Negara di Parlimen Malaysia), keputusan itu menunjukkan Islamfobia sudah diinstitusikan,” kata De Cartena.

Aktivis penting kumpulan yang dikenali sebagai Kordinasi Menentang Undang-Undang Pemisahan, De Cartena berkata, kerajaan Perancis mendakwa bahawa undang-undang itu adalah untuk menentang pelampau Islam, tetapi pengkritik menyatakan bahawa kekangan terhadap kebebasan beragama tidak adil itu sebenarnya menyasarkan umat Islam.

Tindakan terbaharu di Senat Perancis, menyusuli pelbagai sekatan secara sistematik sejak beberapa tahun lalu terhadap penduduk Islam.

“Keputusan undi itu adalah tindakan terbaharu dengan Senat menunjukkan dasar Islamfobia yang menentang Islam dan penduduk Islam. Sikap itu kekal dan ada di mana-mana dalam politik, perundangan dan media,” katanya.

Awal bulan ini, kajian di Perancis menunjukkan terdapat kecenderungan kuat dalam media untuk memberi ruang kepada golongan sayap kanan menyuarakan pandangan mereka yang anti Islam.

Tahun lalu, Parlimen Perancis, membuat keputusan mengharamkan wanita Islam memakai tudung dalam lawatan sekolah anak-anak mereka dengan tudung dilihat sebagai ancaman terhadap ciri republik negara itu.

De Cartena berkata, tindakan ini disokong oleh Macron dan membentuk sebahagian naratif kerajaan, iaitu perjuangan menentang pemisahan Islam.

Tindakan Macron yang memberi tumpuan terhadap minoriti Islam seramai 5.4 juta daripada kira-kira 65 juta penduduk, ketika negara itu bergelut untuk menangani pandemik Covid-19, turut memberi kesan dari segi jaminan keselamatan dan kecelaruan identiti di mata dunia.

Ketika pilihan raya Presiden bakal diadakan berbaki beberapa bulan lagi, parti politik sama ada sayap kiri atau kanan, mula mempamerkan pendirian keras terhadap Islam dan amalan penduduk Islam. – TRTWorld

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ringkas mengenai Islamfobia.

(i) Islamofobia juga bermaksud ‘takut, benci dan prejudis keatas agama Islam dan penganutnya’.  Islamofobia ini selalunya dikaitkan dengan geopolitik dan perbuatan yang dilakukan, iaitu teroris.  Islamophobia sering dikaitkan dengan pandangan seperti berikut, 

'Islam adalah sebuah agama yang mempromosikan keganasan dan agresif. Islam adalah agama yang barbarik, seksis dan tidak bertamadun. Islam membenci Barat, Islam memecah belah masyarakat dan negara. Islam bersifat menjajah dan mengambil peluang pekerjaan dan menghabiskan duit pembayar cukai. Islam menyebabkan pertembungan tamadun dan Islam juga adalah ideologi politik.'

Kajian yang dilakukan keatas 9 buah agama terbesar iaitu Kristian, Yahudi, Islam, Buddha, Evangelikal, Katholik, Mormon, Hindu dan Atheis di Amerika pada 2017, menunjukkan bahawa Islam berada pada kadar melebihi 60 peratus dari segi persepsi negatif oleh Barat.

Council on American-Islamic Relation (CAIR) telah melakukan analisis untuk melihat bagaimana trend Islamofobia di Amerika pada hari ini. Data yang diperolehi menunjukkan bahawa berlakunya peningkatan yang signifikan dalam bentuk serangan keatas umat Islam iaitu daripada 1,342 kes pada 2014 kepada 3,023 kes pada 2018.
Satu kajian yang dilakukan oleh Al-Jazeera terhadap isu pengharaman kemasukan imigran Muslim ke Eropah pada tahun 2016 boleh dirujuk. Ketika kempen secara besar-besaran dilakukan oleh Donald Trump untuk jawatan Presiden Amerika, beliau telah memainkan isu perkauman dan ancaman imigran Muslim di Amerika.
(ii) Mengapa Islamofobia subur di Barat adalah berkaitan dengan kenyataan pemimpin dan dasar negara yang menyokong ideologi anti-imigran dan Ketuanan Kulit Putih. Pemerintahan Trump sebagai Presiden Amerika sejak Januari 2017, memperlihatkan peningkatan kadar kebencian kepada Muslim di Barat.
Manifesto xenophobia atau anti imigran dan dasar Trump untuk menyekat kemasukan imigran dan perjalanan Muslim dari negara-negara seperti Iran, Libya, Syria, Somalia dan Yemen dengan jelas diterima oleh sebahagian besar penduduk Amerika. Ini jelas memperlihatkan bagaimana ideologi ‘righ-wing extremismts’ diterima dan dipraktikkan di Barat. Malah kenyataan-kenyataan kebencian yang disebut beliau menular ke nagara-negara Eropah lainnya.
(iii) Seterusnya, tidak dapat dinafikan bahawa kelemahan undang-undang Barat berkaitan pemilikan senjata-api dan lain-lain senjata tajam juga turut menyumbang kepada isu ini. Kerana mudahnya memiliki senjata dan bersifat ‘sah’ serta boleh diberikan lesen walaupun sehingga kepada pemilikan senjata semi-automatik, maka perasaan berani untuk menggangu umat Islam wujud dengan jelas.
Malah ditambah lagi dengan tiadanya hukuman mati dalam sistem perundangan Barat juga sedikit sebanyak memberi impak kepada Islamofobia. Kes seperti Andrei Breivick yang membunuh 77 orang di Sweeden, Alxandre Bissonette membunuh 6 orang di Quebec, Marc Lepine membunuh 14 orang di Motreal, Mohammed Merah membunuh 7 orang di Tolouse dan yang terkini Breton Tarrant yang membunuh 50 orang di Christchurch, semua mereka ini paling tinggi hukumannya adalah penjara seumur hidup tanpa parol. 
Sedikit sebanyak sistem perundangan sebegini menjadikan mereka yang terlibat tidak rasa perbuatan mereka akan dibalas dengan nyawa. Seperkara lagi, Islamofobia juga ada kaitan dengan hak asasi manusia yang diperjuangan oleh Barat. Siri-siri perhimpunan dan demonstrasi anti imigran, anti Islam, anti LGBT, anti wanita, anti kapitalis, anti kulit hitam, anti demokrasi dan pelbagai gerakan bersifat ekstrem syap-kanan ini dibenarkan di Barat.
Hak mereka untuk berhimpun, kebebasan bersuara, kebebasan menyatakan pandangan, kebebasan menyertai mana-mana kumpulan walaupun bergerak secara radikal, kesemua ini terpelihara di negara Barat. Keadaan ini juga sebenarnya telah menyuburkan sentimen Islamofobia apabila perhimpunan sebegini diberikan publisiti dan dimuatnaik di media-media sosial dan media rasmi negara Barat. 
Malah debat secara terbuka juga dibenarkan walaupun isunya berkaitan kebencian agama dan Ketuanan Kulit Putih.
(iv) Adalah berkaitan dengan ketidak fahaman mejoriti masyarakat Barat tentang Islam. Mereka mempunyai maklumat yang sangat cetek tentang Islam malah sentiasa disogokkan dengan perkara yang tidak tepat tentang Islam. Ini menjadikan mereka mempunyai persepsi yang tidak benar tentang Islam, pada pandangan mereka, Islam adalah agama yang ganas, barbarik, tidak bertamadun, menganiaya wanita, tidak toleran dan pelbagai persepri negatif lainnya.
Malah sebahagian mereka hanya mengenali Islam melalui media yang bersikap berat sebelah dan mempromosikan agenda anti Islam. Malah setiap Muslim yang ke masjid juga dianggap melakukan ritual keganasan dan menyebarkan elemen keganasan.
(v) Adalah faktor penarik atau faktor dalaman dan kelemahan Muslim itu sendiri, tidak dapat dinafikan sama sekali bahawasanya sikap inklusif sebahagian Muslim di Barat menjadi punca pengembangan Islamofobia. Umat Islam yang berhijrah ke Barat ada yang bersikap tidak toleran, sangat inklusif dan menolak asimilasi. Mereka lebih senang bergerak dan bersosial dalam kelompok mereka sendiri, malah ada yang menolak untuk menerima idea Barat walaupun ianya baik.
(vi) Selain itu, sikap sebahagian mereka yang ekstrem dalam memahami dan mengamalkan Islam juga menjadi faktor yang menyuburkan Islamofobia. Ada juga sesetengah pemimpin pertubuhan Islam dan imam masjid mempromosikan keganasan tanpa mereka sedari kerana pemahaman tentang Islam yang amat berbeza. Kehidupan di dunia Barat mestilah mengambil kira semua perkara kerana mereka adalah sebahagian daripada negara Barat itu sendiri. 
(vii) Harus diingat, Barat yang sanggup menerima imigran Muslim, menggunakan duit pembayar cukai dan berkongsi kekayaan negara dengan imigran dan Muslim lainnya adalah merupakan sebuah hakikat yang harus diterima. Walau bagaimanapun, didapati Islam sebenarnya semakin berkembang di Barat walaupun dihimpit dengan isu Islamofobia. 
Semakin Islam ditekan, kelihatannya syiar Islam semakin berkembang.  Peratusan masyarakat Barat yang ingin tahu tentang Islam semakin meningkat apabila kejadian keganasan berlaku sama ada dilakukan oleh pihak Barat mahupun umat Islam itu sendiri. Ini merupakan impak positif dari Islamofobia. 
Kesimpulan
Di Malaysia ada puak-puak anti Islam yang menyalin balik kegiatan Islamfobia di barat, melaksanakan di sini, untuk menutup kegagalan dan kejahilan mereka, yang bersembunyi dibawah tempurung sempit perkauman kecinaan komunis yang sia-sia..
Sekian.

Ini, tragedi berlumba dengan tsunami, untuk perhatian nelayan kita.

 

Gambar terawal Pasukan Pertahanan New Zealand dari udara menunjukkan lapisan debu tebal menyelubungi Nomuka di Tonga selepas letusan gunung berapi yang menggegarkan kepulauan Pasifik itu. - Foto REUTERS

Nelayan berlumba dengan tsunami, dihujani batu

SYDNEY: Branko Sugar dan anaknya teruskan memancing di kawasan terumbu di Tonga Sabtu walaupun menyedari lebih banyak kepulan kepulan abu keluar dari kawah gunung berapi.

Walaupun bau sulfur di kawasan berkenaan sudah menjadi perkara biasa, Sugar, 61, merasakan ada sesuatu yang tidak kena kali ini kerana kepulan abu bertambah tebal dan makin tinggi.

Lalu, beliau memutuskan untuk menyimpan peralatan memancingnya sejurus sebelum letupan pertama daripada siri empat letupan gunung berapi yang kuat menggegarkan Pasifik Selatan menghentam botnya.

"Kami menghentikan bot dan hanya melihat. Kemudian kami melihat gelombang datang ke arah kami. Gelombang terbesar yang pernah saya lihat," katanya kepada Reuters melalui telefon dari Tonga selepas talian itu dipulihkan hari ini.

Selepas itu, Sugar terus memusingkan botnya dan memecut sehingga kelajuan 400 kuasa kuda ke arah perairan berhampiran Pulau Eueiki.

"Itulah yang menyelamatkan kami, kuasa bot. Saya tidak sepatutnya hidup," katanya.

Kongsinya lagi, ketika menyelamatkan diri, Sugar sempat menelefon rumahnya di pulau utama, Tonga Tongatapu, untuk memberi amaran mengenai tsunami yang semakin hampir tetapi tiada siapa yang menjawab.

"Ombak itu melewati kami dan melanda pulau utama lantas kami tahu kami berjaya melarikan diri tetapi kemudian kami ditimpa hujan batu," katanya.

Jelasnya, dalam hanya beberapa minit, langit biru Pasifik bertukar menjadi gelap gelita dan abu menyelubungi segala-galanya serta ribut kelihatan mula melanda manakala angin dan ombak menghempas bot.

Perjalanan pulang sejauh 19 kilometer (km) itu juga mengambil masa tiga jam dalam kegelapan, sebelum mereka tiba di pelabuhan.

"Terdapat bot karam dan terbalik di merata-rata. Kami tidak tahu hendak pergi ke mana.

"Apabila kami akhirnya berhenti, kami tidak dapat menemui kereta kami, semuanya sudah dihanyutkan.

"Apabila kami akhirnya menemui kereta, saya tidak dapat memandu kerana penglihatan terjejas akibat hujan batu ketika berjam-jam memandu bot," katanya.

Gunung berapi Hunga Tonga-Hunga sebelum ini mencetuskan tsunami yang memusnahkan kampung, pusat peranginan dan banyak bangunan serta memusnahkan komunikasi di negara yang mempunyai kira-kira 105,000 orang.

Ia turut mencetuskan amaran tsunami di seluruh Pasifik dan pihak berkuasa melaporkan tiga orang terbunuh.

Pusat Penerbangan Angkasa Goddard NASA berkata, kekuatan letusan dianggarkan bersamaan dengan lima hingga 10 megaton TNT, atau lebih daripada 500 kali ganda bom nuklear yang dijatuhkan Amerika Syarikat di Hiroshima Jepun pada Perang Dunia Kedua. - REUTERS

Komen Weblog Ibnu HasyimIni, tragedi berlumba dengan tsunami, untuk perhatian nelayan kita. Ingat kebesaran Allah SWT.

Caci Agama & hina Nabi dihukum mati.. Wajar.

 

Gambar hiasan. - Foto REUTERS

ISLAMABAD: Seorang wanita Islam dihukum mati oleh mahkamah Pakistan kerana didapati bersalah menghantar teks berunsur cacian dan karikatur Nabi Muhammad menerusi WhatsApp.

Mencaci agama adalah kesalahan serius di Pakistan yang majoriti penduduknya beragama Islam, dengan undang-undang menetapkan hukuman mati, namun ia tidak pernah dilaksanakan di negara itu.

Aneeqa Ateeq, 26, ditahan pada Mei 2020 atas dakwaan memuat turun 'bahan berunsur cacian terhadap agama' sebagai status WhatsApp, menurut dokumen dikeluarkan mahkamah.

Apabila seorang kawan menggesa supaya menukarnya, Aneeqa sebaliknya menghantar bahan berkenaan kepada rakannya itu.

Memandangkan karikatur Nabi Muhammad adalah dilarang dalam Islam, mahkamah di Rawalpindi menjatuhkan hukuman gantung sampai mati selain penjara selama 20 tahun terhadapnya.

Hampir 80 individu dipenjarakan di Pakistan atas tuduhan mencaci agama, separuh daripadanya menjalani hukuman seumur hidup atau hukuman mati, mengikut Suruhanjaya Amerika Syarikat (AS) mengenai Kebebasan Beragama.

Walaupun kes lazimnya membabitkan sesama individu beragama Islam, aktivis memberi amaran bahawa kumpulan minoriti beragama lain terutama Kristian, sering menjadi mangsa.

Ini kerana tuduhan mencaci atau menghina agama sering diperalatkan untuk membalas dendam atau menyelesaikan masalah peribadi.

Disember lalu, seorang pengurus kilang warga Sri Lanka dipukul sehingga mati sebelum dibakar oleh sekumpulan perusuh, selepas dituduh mencaci agama. - AFP

Di Malaysia, sila lihat Irshad Al-Fatawa siri ke 297:

ADAKAH PENGHINA RASULULLAH SAW HALAL DARAHNYA?

Soalan:

Assalamualaikum wbt, ust berkenaan isu penghinaan terhadap Rasulullah SAW dan Ummul Mukminin Sayyidatina Aisyah R.Anha yang kita cintai. Saya ingin bertanya; adakah halal darah mereka bagi kita orang Islam? Minta penjelasan. Kami sangat memerlukan jawapan daripada ulama dapat merancang tindakan yang patut kami ambil. Jazaakallahu khairan atas jawapan ustaz.

Jawapan:

Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah SWT. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga Hari Kiamat.

Mukadimah

Isu penghinaan kepada Rasulullah SAW dan Ummul Mukminin Aisyah R.Anha adalah satu perkara yang sangat serius dan tidak boleh dibawa main-main. Firman Allah SAW:

وَمِنْهُمُ الَّذِينَ يُؤْذُونَ النَّبِيَّ وَيَقُولُونَ هُوَ أُذُنٌ ۚ قُلْ أُذُنُ خَيْرٍ لَّكُمْ يُؤْمِنُ بِالل وَيُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِينَ وَرَحْمَةٌ لِّلَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ ۚ وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ رَسُولَ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌMaksudnya: “Dan di antara mereka (yang

 munafik itu) ada orang-orang yang menyak

 Nabi sambil mereka berkata: "Bahawa dia (Nabi Muhammad) orang yang suka mendengar (dan percaya pada apa yang didengarnya)". Katakanlah: "Dia mendengar (dan percaya) apa yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah dan percaya kepada orang mukmin, dan ia pula menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman di antara kamu". Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”

(Surah al-Taubah, 61)

Syeikh al-Maraghi berkata dalam tafsirnya: “Menyakiti Rasulullah SAW selepas kewafatannya, sama seperti menyakitinya semasa hayatnya. Keimanan kepada Baginda akan menghalang orang mukmin daripada melakukan perbuatan yang akan menyakiti Baginda. Ini adalah dosa dan kederhakaan yang paling besar.”

Firman Allah SWT:

إِنَّ الَّذِينَ يُؤْذُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمْ عَذَابًا مُّهِينًا

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti (melakukan perkara yang tidak diredai) Allah dan RasulNya, Allah melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat, dan menyediakan untuk mereka azab seksa yang menghina..”

(Surah al-Ahzab: 57)

Imam Ibn Katsir menyebut dalam tafsir: “Allah menjauhkan mereka daripada Rahmat-Nya di dunia dan di akhirat dan menjanjikan mereka di akhirat nanti azab yang menghinakan dan kekal di dalam azab itu selama-lamanya.”

Mempertahankan Rasulullah SAW Adalah Kesempurnan Iman

Justeru, setiap umat Islam wajib mencintai Rasulullah SAW kerana mencintai baginda adalah kesempurnaan iman. Anas bin Malik RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلاَوَةَ الإِيمَانِ: أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا، وَأَنْ يُحِبَّ المَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ

Maksudnya: “Tiga perkara di mana sesiapa mempunyainya, maka dia akan merasai kemanisan iman: seseorang yang menjadikan Allah dan Rasul-Nya sebagai yang paling dicintainya, tidak mencintai seseorang melainkan keranaNya dan membenci untuk kembali kekufuran sepertimana dia tidak suka untuk dicampakkan ke dalam neraka.”

Riwayat Bukhari (16) dan Muslim (43)

Antara cara menunjukkan keimanan dan kecintaan ini, seperti mana yang dilakukan oleh para sahabat dan Salaf al-Soleh dengan mempertahankan baginda sekalipun dengan kekerasan. Daripada Saidina Umar al-Khattab, bahawa pada suatu hari, dihadapkan kepadanya seorang lelaki yang mencaci Nabi SAW. Maka Saidina Umar pun menjatuhkan hukuman bunuh ke atasnya. Kemudian Saidina Umar berkata:

مَنْ سَبَّ ٱللّٰهَ أَوْ سَبَّ أَحَدًا مِنَ ٱلأَنْبِيَآءِ فَاقْتُلُوْهُ

Maksudnya: “Sesiapa yang mencaci Allah, atau mencaci seseorang daripada para Nabi, maka bunuhlah dia.”

Rujuk al-Saif al-Maslul ‘ala Man Sabba al-Rasul SAW (hlm. 124) oleh Imam Taqiyuddin al-Subki

Daripada Abd al-Hamid bin Abd al-Rahman bin Zaid bin al-Khattab, sesungguhnya beliau berada di Kufah mewakili Umar bin Abdul Aziz. Maka beliau telah menulis kepada Umar bin Abdul Aziz: “Aku mendapati seorang lelaki telah mencelamu di Kufah dan telah terbukti bahawa dia benar-benar telah mencelamu, maka aku ingin membunuhnya atau memotong kedua tangannya atau memotong lidahnya atau menyebatnya, akan tetapi aku terfikir untuk merujuk kepadamu terlebih dahulu berkenaan perkara ini.” Maka Umar bin Abdul Aziz menulis kembali kepada beliau: “Salam sejahtera ke atasmu, Demi Allah yang diriku berada di tangan-Nya, jika engkau membunuhnya maka aku akan membunuhmu disebabkan olehnya, jika engkau memotongnya maka aku akan memotongmu disebabkan olehnya, jika engkau menyebatnya maka aku akan menariknya daripada engkau. Apabila engkau menerima perutusanku ini maka keluarlah engkau dengannya ke al-Kunasah (tempat pembuangan sampah) mak engkau celalah dia sebagaimana dia mencelaku atau engkau memaafkannya kerana itu lebih aku suka. Ini kerana, tidak halal membunuh seorang muslim yang mencela salah seorang daripada manusia melainkan seseorang  itu mencela Rasulullah SAW.”

Lihat al-Muhalla  (14/434)

Kerajaan Berhak Menangkap dan Menghukum Pencela Rasulullah SAW

Ini menunjukkan betapa seriusnya kesalahan menghina Rasulullah SAW. Kesimpulannya, pihak pemerintah mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menimbulkan fitnah dalam masyarakat dengan menghina Rasulullah SAW sehingga boleh merosakkan kerukunan masyarakat. Berkata para pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji (8/142) berkenaan tanggungjawab orang bukan Islam di dalam negara Islam: “Mereka hanya dibenarkan memperkatakan perkara yang baik tentang agama Islam. Jikalau mereka memburuk-burukkan al-Quran, Rasulullah SAW atau mencaci undang-undang Allah, mereka akan dihukum ta’zir.”

Hukuman ta`zir itu pada asalnya bermaksud ta`dib (mendidik) penjenayah dan masyarakat. Oleh itu, pihak pemerintah perlu menggunakan kuasa yang diberikan dalam Hukum Syarak ini dengan kebijaksanaan supaya kes-kes seperti ini tidak berulang lagi. Selain hukuman, perkara yang paling penting yang perlu dilakukan pemerintah dan umat Islam, ialah menyampaikan fakta yang sebenar tentang Rasulullah SAW dan menghilangkan syubhat tentang peribadi baginda. Boleh jadi mereka menghina dan mencaci kerana tidak pernah mengetahui ajaran sebenar Islam dan mendapat berita palsu. Memikirkan kesan atau natijah dari sesuatu pendekatan dakwah atau yang kita sebut sebagai Fiqh al-Ma’al dalam pendekatan hukuman dan dakwah adalah sangat penting. Antaranya, firman Allah SWT:

وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّـهِ فَيَسُبُّوا اللَّـهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ

Maksudnya: “Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan.”

(Surah al-An’am: 108)

Ibn Kathir berkata: “Allah melarang rasul-Nya dan orang yang beriman memaki tuhan kaum Musyrikin meskipun adanya maslahat. Ini kerana boleh menimbulkan mafsadah yang jauh lebih besar kerana mereka pasti memaki Tuhan orang yang beriman padahal Allah adalah Rabb yang tiada Tuhan selain Dia.”

Lihat Tafsir Ibn Kathir (3/272)

Nabi SAW bersabda:

لَا يَتَحَدَّثُ النَّاسُ أَنَّ مُحَمَّدًا يَقْتُلُ أَصْحَابَهُ

Maksudnya: “Supaya orang ramai tidak bercakap bahawa Muhammad membunuh sahabatnya sendiri.”

Riwayat al-Bukhari (4905)

Hadis ini berkenaan isu orang-orang munafik yang dikepalai oleh Abdullah bin Ubai yang berkata: “Demi Allah jika kami pulang ke kota Madinah, nescaya akan mengeluarkan orang yang mulia daripadanya orang-orang yang hina.” Ini menyebabkan Saidina Umar meminta izin Rasulullah SAW untuk memenggal leher si munafik ini. Lantas Nabi SAW bersabda dengan hadis ini.

Al-Hafiz Ibn Hajar berkata: “Ini kerana dibimbangi boleh membawa sebab pembunuhan kepada fitnah atau menjadikan orang ramai liar dan takut untuk memeluk Islam.” Lihat Fath al-Bari (3/392)

Kesimpulan

Oleh itu, dalam konteks Malaysia di mana kita memiliki sistem undang-undang untuk mengekang perlakuan menghina agama Islam, hendaklah kita melaporkan kepada pihak berkuasa apa-apa ucapan, perlakuan dan tindakan yang boleh ditafsirkan sebagai menghina Rasulullah SAW, supaya mereka diambil tindakan mengikut laras undang-undang. Tidak boleh kita mengambil tindakan sendiri untuk menghukum jika tidak mengikut tindakan undang-undang, apatahlagi dengan kekerasan, kerana boleh mendatangkan bahaya kepada imej Islam, umat Islam dan keharmonian negara, seperti yang disebut “boleh membawa sebab pembunuhan kepada fitnah atau menjadikan orang ramai liar dan takut untuk memeluk Islam.”

Semoga penjelasan ini memberikan panduan dan kefahaman kepada penanya.

Sekian.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau pencaci maki agama Islam dan penghina Nabi Muhammad SAW itu adalah orang bukan Islam yang masih belum menganut Islam, itu boleh diperjelaskan. Bahkan 'kafir zimmi' wajib dilindungi oleh kerajaan Islam.

Tetapi kalau orang itu sudah masuk Islam, mengakui kerasulan Nabi Muhammad SAW, tiba-tiba mencaci maki agama sendiri dan hina Nabi SAW, atau 'murtad', maka dia adalah musuh dalam selimut Islam. Dia adalah penggunting dalam lipatan, pembelot agama, maka wajar dihukum mati sebagai pengajaran kepada yang masih hidup.

Itulah Islam, bukan agama main-main!