Datuk Seri Anwar Ibrahim
1. Janji Anwar: Tiada kerjasama dengan PN tanpa DAP.
SEREMBAN: Pakatan Harapan (PH) tidak akan menerima cadangan pembentukan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tanpa DAP.
Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata DAP dan PKR adalah parti induk dari awal dan masing-masing sudah membuktikan kesetiaan.
"Sekarang kita dengan AMANAH dan UPKO di Sabah, tapi jika mereka (PN) hendak bincang secara berasingan dengan PKR atau DAP, kita tiada halangan.
"Tapi untuk memberikan syarat (kerjasama) tanpa DAP atau tanpa PKR, sukar diterima," katanya kepada pemberita selepas hadir pada sesi dialog pada Majlis Perhimpunan Agung Tahunan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di sini, hari ini.
Terdahulu, terdapat pandangan dalam kalangan pimpinan BERSATU yang bersedia menjalinkan kerjasama dengan PKR dan AMANAH bagi menghadapi PRN Johor, namun tanpa DAP.
Ia susulan cadangan bekas Ahli Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional, Datuk Mazlan Aliman, agar PH bekerjasama dengan BERSATU dan PAS pada PRN Johor bagi berdepan BN.
Mazlan berkata, jika kerjasama itu mampu direalisasikan, PH berupaya membentuk pakatan terbesar sekali gus memberi cabaran buat BN.
Sementara itu, mengulas mengenai penggunaan logo berasingan pada PRN Johor, beliau yang juga Presiden PKR berkata, perkara itu tidak akan menimbulkan masalah dalam kalangan ahli gabungan PH.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, ia adalah antara sebahagian daripada strategi pakatan itu untuk memenangi hati pengundi di Johor.
"Penggunaan logo ini sudah dipraktikkan sebelum ini seperti mana pada PRN Sabah dan Sarawak namun pada PRN Melaka kita kembali menggunakan satu logo PH.
"Tapi ia tidak jejaskan hubungan dan kepemimpinan PH masih terus mantap. Jadi ada orang cuba hendak gunakan isu logo ini sebab tertentu sedangkan dasar sama, manifesto sama.
"Sebab apa logo lain kerana pernah berlaku, PRU 2013 dan PRU 2018, semua pakai PKR.
"Kita guna kerana sentimen terutama di desa, orang Melayu dan itu pandangan kita, jadi saya fikir ia tidak ada masalah dan mereka hanya cuba besar-besarkan perkara ini," katanya.
Anwar sebelum ini dilaporkan berkata PKR akan bertanding pada PRN Johor menggunakan logonya sendiri, manakala dua sekutunya dalam PH, iaitu DAP dan AMANAH menggunakan logo gabungan parti pembangkang berkenaan.
2. UMNO, DAP susun strategi dekati pengundi muda KUALA LUMPUR: Mendekati pengundi muda secara dekat, pertemuan secara langsung dan memperjuangkan isu setempat dikenal pasti antara modal yang bakal digunakan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Penekanan khusus terhadap aspek sedemikian menjadi antara pertaruhan UMNO dan DAP dalam memancing sokongan 750,000 pengundi berusia 18 tahun.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata seluruh cawangan parti berkenaan di Johor sudah digerakkan untuk mendekati pengundi muda dan bakal memilih buat pertama kali kelak.
Jelasnya, jentera di peringkat cawangan mempunyai 'sentuhan magis' bersandarkan jaringan hubungan kerjasama dengan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lazimnya terdiri daripada golongan muda.
Pendekatan ini bukan baharu, sebaliknya sudah digunakan dalam beberapa PRN sebelum ini, termasuk Melaka dan kita dekati pengundi muda secara 'micro targeting' (bersasar mikro).
KUALA LUMPUR: Mendekati pengundi muda secara dekat, pertemuan secara langsung dan memperjuangkan isu setempat dikenal pasti antara modal yang bakal digunakan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Penekanan khusus terhadap aspek sedemikian menjadi antara pertaruhan UMNO dan DAP dalam memancing sokongan 750,000 pengundi berusia 18 tahun.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata seluruh cawangan parti berkenaan di Johor sudah digerakkan untuk mendekati pengundi muda dan bakal memilih buat pertama kali kelak.
Jelasnya, jentera di peringkat cawangan mempunyai 'sentuhan magis' bersandarkan jaringan hubungan kerjasama dengan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lazimnya terdiri daripada golongan muda.
Pendekatan ini bukan baharu, sebaliknya sudah digunakan dalam beberapa PRN sebelum ini, termasuk Melaka dan kita dekati pengundi muda secara 'micro targeting' (bersasar mikro).
"Pemuda UMNO Johor mempunyai jaringan dengan pelbagai NGO di lokaliti masing-masing, contohnya yang bergiat aktif dalam segmen suka bola sepak, sepak takraw, jentera motosikal dan lain-lain.
"Menerusi pendekatan ini, kita berupaya mendekati pengundi muda yang lazimnya mempunyai minat mendalam terhadap rangkaian perkara.
"Ketika perjumpaan, kita tidak akan janjikan bulan dan bintang seperti Pakatan Harapan (PH), tetapi tawarkan rekod pencapaian terdahulu," katanya kepada BH, hari ini.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak, 24 Januari lalu dilaporkan berkata pihaknya akan mengadakan mesyuarat khas pada 9 Februari ini bagi membincangkan tarikh penting PRN Johor.
PRN Johor diadakan berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, selepas baginda menerima menghadap Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad di Istana Bukit Serene, Johor.
Pilihan raya itu diadakan ekoran kedudukan kerajaan pimpinan Hasni hanya memiliki kelebihan satu kerusi apabila blok kerajaan menguasai 28 DUN, manakala PH sebanyak 27 kerusi daripada 56 DUN.
Susulan keputusan UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk bergerak bersendirian, Asyraf Wajdi berkata gabungan itu akan membawa tema kestabilan sebagai asas ke arah membina masyarakat di Johor yang sejahtera mencakupi segenap aspek ekonomi.
"Kita tidak banyak bermain dengan sentimen murahan, sebab itu pendekatan Pemuda lebih kepada kempen positif berbanding negatif. Orang muda lebih minat ke arah itu.
"Mereka sudah muak apabila melihat Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), politik berasaskan kebencian akhirnya memporak-perandakan negara," katanya.
Sementara itu, Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali, berkata PH tidak akan meletakkan sandaran terhadap isu di peringkat nasional sebagai modal berkempen, sebaliknya tawaran lebih berkait dua perkara penting membabitkan kepentingan setempat.
Beliau berkata, ia merangkumi isu penghijrahan golongan muda ke Singapura dan peluang pekerjaan di Johor Bahru yang terlalu padat, sehingga menjejaskan kelestarian sosioekonomi di ibu negeri Johor itu.
"Isu di peringkat nasional tidak memberi impak terlalu besar dalam PRN, justeru kita akan pergi ke perkara bersifat tempatan dan ia sudah dikenal pasti.
"Tawaran lain kepada pengundi muda ialah menerusi langkah DAP mengetengahkan calon pemimpin muda dan ini dibuktikan pada PRU-14 apabila 70 peratus calon berusia bawah 40 tahun.
"Apabila ingin bawa aspirasi muda, kita perlu gilap bakat dan beri peluang kepada mereka bersuara serta menjadi sebahagian daripada pembuat keputusan," katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Siapa tak kenal janji Anwar? PH, DAP dan 22 bulan ghuyup?