Saturday, February 12, 2022

Teliti tulisan ini, anda akan temui rahsia kekuatan Islam -Ibnu Hasyim.

 

Mengapa Afghanistan ditakuti, Israel dinormalisasi -Presiden PAS

FIRMAN Allah SWT:

﴿يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَتَّخِذُواْ بِطَانَةٗ مِّن دُونِكُمۡ لَا يَأۡلُونَكُمۡ خَبَالٗا وَدُّواْ مَا عَنِتُّمۡ قَدۡ بَدَتِ ٱلۡبَغۡضَآءُ مِنۡ أَفۡوَٰهِهِمۡ وَمَا تُخۡفِي صُدُورُهُمۡ أَكۡبَرُۚ قَدۡ بَيَّنَّا لَكُمُ ٱلۡأٓيَٰتِۖ إِن كُنتُمۡ تَعۡقِلُونَ١١٨﴾

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kalian mengambil orang-orang yang bukan daripada kalangan kalian menjadi teman yang diberikan kepercayaan. Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kalian. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kalian. Telah nyata (tanda) kebencian mereka daripada mulutnya (pada pertuturan), dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kalian ayat-ayat (Kami), jika kalian (mahu) memahaminya.” (Surah Ali ‘Imran: 118)

Kejayaan Jemaah Taliban menghalau tentera Amerika yang selama ini mendabik dada kononnya mereka adalah kuasa besar terkuat di dunia, menjadi tamparan ke wajah musuh-musuh Islam. Secara tiba-tiba semuanya menzahirkan diri, termasuklah kumpulannya yang berada di Malaysia.

Bahkan menjadi ujian kepada umat Islam pada zaman kini, sehingga mendedahkan keimanan masing-masing. Sekurang-kurangnya semangat persaudaraan yang berlandaskan iman yang mengikat umat laksana satu jasad, apabila salah satu anggotanya sakit, maka seluruh anggota jasad yang lain turut merasainya.  

Sabda Rasulullah SAW:

‌مَثَلُ ‌الْمُؤْمِنِينَ ‌فِي ‌تَوَادِّهِمْ، ‌وَتَرَاحُمِهِمْ، ‌وَتَعَاطُفِهِمْ ‌مَثَلُ ‌الْجَسَدِ ‌إِذَا ‌اشْتَكَى ‌مِنْهُ ‌عُضْوٌ ‌تَدَاعَى ‌لَهُ ‌سَائِرُ ‌الْجَسَدِ ‌بِالسَّهَرِ ‌وَالْحُمَّى.

“Bandingan hubungan persaudaraan dalam kalangan orang-orang yang beriman (umat Islam) dalam hal saling menyayangi, bersimpati dalam kalangan mereka dan mengasihi laksana hubungan anggota dalam satu jasad, apabila salah satu anggota itu kesakitan, maka seluruh anggota jasad turut berjaga dan demam (merasai kesakitan).” (Riwayat Muslim 2586)

Ramai yang termakan dengan diayah media anti Islam yang menjadikannya sebagai sasaran bagi menyatakan wajah Islam secara sembrono termasuk peranan portal berita Malaysiakini. Kononnya Taliban ialah wajah Islam yang ekstrem seperti menutup pintu bagi golongan wanita untuk berpelajaran.   

Adakah halangan itu termasuk hak untuk mempelajari fardu ‘ain? Pelajaran yang wajib untuk mengenal Tuhan, beribadat kepada-Nya, berakhlak mulia, makan dan minum secara halal serta berpakaian secara Islam dengan segala adabnya. Mungkin kepada kalangan musuh Islam, perkara-perkara tersebut bukanlah sebahagian daripada ilmu.

Adakah boleh diterima oleh akal bahawa di Afghanistan lelaki menjadi bidan, doktor dan jururawat bagi wanita Afghanistan yang kuat beragama? Biarlah diayah yang cuba dimomokkan itu masuk akal, malangnya terdapat manusia yang boleh menelan diayah yang sebegitu rupa.

Kemampuan pihak Taliban membaiki semula segala senjata dan jentera paling canggih, termasuk pesawat udara yang dimusnahkan sebelum ditinggalkan oleh tentera Amerika yang berundur dengan bertempiaran, tidak berlaku secara ilmu sihir. Akan tetapi, perkara itu menunjukkan kemahiran yang dimiliki oleh mereka.

Mungkin hukum hudud dan ta‘zir yang dilaksanakan dianggap jumud dan liar oleh kalangan mereka yang menjadikannya sebagai peluru untuk menuduh betapa ganasnya Islam.

Apabila Jemaah Taliban memerintah negara, mereka menegaskan Islam sebagai sistem negaranya. Maka, hukuman hudud berpusing dalam benak pemikiran musuh Islam, termasuk pakaian kebangsaan Afghanistan yang dianggap sudah tidak sesuai lagi pada zaman moden kini.

Apa yang menakjubkan dengan berpakaian sebegitu, mereka mengadakan rundingan dan berjaya menghalau semua kuasa besar yang datang untuk menakluk Afghanistan. Bermula dengan British pada zaman dahulu, selepas itu Soviet Union ketika belum berkecai, sehingga akhirnya Amerika bersama Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Tidak mudah bagi tentera Soviet yang dahulu menjajah penduduk wilayah Islam yang telah diharamkan mempelajari agamanya, tiba-tiba mereka kembali semula kepada Islam apabila bertugas di Afghanistan. Bahkan bangsa Rusia yang sangat tebal fahaman komunisnya, ada yang datang memeluk Islam di Afghanistan. Sehingga kini sudah tiada diayah Islamofobia di negara Rusia, sepertimana yang berlaku di Amerika dan Eropah. Malangnya, di Malaysia kini sudah ada golongan yang berpenyakit wabak Islamofobia.

Cerita benar seorang wartawan wanita daripada United Kingdom iaitu Yvonne Ridley yang dibebaskan oleh Taliban setelah beliau ditawan, pulang ke negaranya menganut Islam tanpa paksaan. Malah, turut dilaporkan beliau juga menyanggah ibunya yang menghina Islam dan menyanjung Nabi ‘Isa AS sehingga menyamai martabat Tuhan. Katanya:

”Tahukah wahai ibu! Bahawa Nabi ‘Isa itu dilahirkan di bumi Arab Palestin, bukannya dilahirkan di Manchester, UK.”

Semua kuasa besar yang menyerang Afghanistan dengan segala persenjataan canggih yang besar telah membunuh tanpa sempadan dan pilihan, termasuk golongan kanak-kanak, wanita dan orang tua, kononnya atas nama keamanan dunia.

Adapun rakyat Afghanistan yang bersenjata kecil yang menembak tentera penceroboh bagi mempertahankan agama, bangsa dan tanah airnya pula, dilabel sebagai pengganas.

Perjuangan rakyat Afghanistan yang memerdekakan tanah air mereka daripada penjajah yang datang menceroboh dan menakluk negara mereka, tidak diterima. Hal ini demikian kerana, mereka telah mengisytiharkan Islam sebagai dasar dan sistem negaranya.

Sebaliknya, jika bukan Islam yang menjadi dasarnya sudah pasti boleh diterima walau apa sahaja dasar yang lain, sama ada liberal kapitalis sehinggalah komunis dan diktator. Walau bagaimanapun, jenama Islam wajib ditolak sekalipun melalui proses dalam kerangka sistem demokrasi.

Kalau bukan dasar Islam yang sebenar diamalkan, semuanya boleh diterima dengan mudah.  

Negara haram Israel ditubuhkan setelah tanah dirompak daripada penduduk asalnya di bumi Palestin. Haramnya negara Israel masih boleh diadakan normalisasi.

Bahkan, ramai yang menjadi syaitan bisu, walaupun negaranya ditegakkan dengan cara menghalau penduduk asal dengan tindakan yang paling ganas. Sehingga mereka bertindak membunuh manusia tanpa mengambil kira golongan kanak-kanak, wanita dan orang tua, bahkan turut memusnahkan rumah ibadat dan tempat mencari rezeki bagi menyambung kehidupan.

Adapun isu Afghanistan hari ini, ramai yang bersuara secara negatif sehingga menenggelamkan aspek yang positif. Lebih-lebih lagi, apabila isu tersebut ada kaitan dengan jenama Islam.

Lebih malang lagi, apabila tiada sikap kemanusiaan daripada orang yang mengaku Islam, bersembahyang dan kerap berumrah. Sedangkan terdapat dalam kalangan bukan Islam yang masih bersifat kemanusiaan terhadap rakyat Afghanistan. Mereka datang membantu tanpa mempedulikan terhadap sikap kerajaan mereka yang salah.

Kini manusia sudah kehilangan petunjuk kepada kebenaran, sehingga kabur fikirannya dan salah perhitungannya. Malah, sehingga perkara yang salah dianggap benar, sebaliknya perkara yang benar pula dianggap salah.

Firman Allah SWT:      

﴿قُلۡ هَلۡ مِن شُرَكَآئِكُم مَّن يَهۡدِيٓ إِلَى ٱلۡحَقِّۚ قُلِ ٱللَّهُ يَهۡدِي لِلۡحَقِّۗ أَفَمَن يَهۡدِيٓ إِلَى ٱلۡحَقِّ أَحَقُّ أَن يُتَّبَعَ أَمَّن لَّا يَهِدِّيٓ إِلَّآ أَن يُهۡدَىٰۖ فَمَا لَكُمۡ كَيۡفَ تَحۡكُمُونَ٣٥﴾

“Tanyakanlah (wahai Muhammad): ‘Adakah antara makhluk-makhluk yang kalian sekutukan dengan Tuhan itu, sesiapa yang dapat memberikan petunjuk kepada kebenaran?’ Katakanlah: ‘Allah jualah yang memberikan hidayah petunjuk kepada kebenaran.’ (Jika demikian) maka adakah orang-orang yang dapat memberikan hidayah petunjuk kepada kebenaran itu, lebih berhak dituruti, ataupun yang tidak dapat memberikan sebarang petunjuk melainkan sesudah ia diberikan hidayah petunjuk? Maka, kenapa kenapakah kalian sanggup mengambil keputusan (dengan perkara yang salah dan tidak dapat diterima oleh akal)?” (Surah Yunus: 35)

Setiap penganut Islam wajib mengenal musuhnya, bukan sahaja mengenal saudaranya sendiri. Isu Afghanistan laksana batu besar yang jatuh ke dalam lubuk tenang yang disangka tiada buaya. Maka, isunya menjadikan musuh Islam mendongak kepala dan menampakkan wajah untuk memperkenalkan diri mereka.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 10 Rajab 1443 / 11 Februari 2022 – HARAKAHDAILY 11/2/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Teliti tulisan ini, anda akan temui rahsia kekuatan Islam..

Inflasi USA/UK teruk berbanding M'sia. X suka M'sia, beraambus!

 

'Tak suka M'sia, berambus!' Kata Pengomen dalam blog ini..  ya jangan buat sampah di sini..

Anonymous said...

Semalam, Amerika Syarikat umum kadar inflasi negara itu naik ke 7.5% - kadar paling tinggi sejak 40 tahun lalu.

Ini berikutan United Kingdom juga catat inflasi tertinggi sejak 30 tahun lalu.

USA dan UK takde UMNO mahupun BN dan tak ada Bossku. Jadi, tak perlulah pihak sebelah sana nak buat propaganda bahawa harga akan naik bawah UMNO dan BN.

https://youtu.be/j73cjA1IcJw

Kenapa inflasi dunia tiba-tiba naik bukan susah untuk faham.

https://youtu.be/vXeZVFidWRo

Lockdown yang dibuat seluruh dunia pada tahun 2020 dan 2021 telah halang pengeluaran bagi semua jenis komoditi.

Akibatnya, stok bekalan dan stok turun.

Apabila aktiviti ekonomi dibuka semula dan pengguna berebut-rebut membeli semula maka permintaan naik mencanak.

Permintaan yang naik mencanak pada ketika stok sudah kurang menyebabkan harga barang naik dan inflasi mencanak.

Ini adalah dasar asas ekonomi. Mungkin kalau ditanya Anwar Ibrahim dan Mat Sabun sukar nak memahami inflasi ini..!!

Sebab itu, perkara ini sejak tahun lepas dan telah beberapa kali memberi amaran pada kerajaan bahawa inflasi akan menjadi masalah besar dan langkah-langkah serta dasar-dasar proaktif berlu dilaskanakan bagi meredakan tekanan dan menstabilkan harga bagi jangka masa pendek - terutamanya bagi inflasi makanan.

"Jun 2021: Bossku jangka inflasi jadi masalah besar pada bulan mendatang"

https://www.sinarharian.com.my/article/142403/BERITA/Nasional/Najib-jangka-inflasi-jadi-masalah-besar-pada-bulan-mendatang

Langkah-langkah ini juga tidak boleh "short-sighted" dan bukan langkah mudah seperti mengenakan harga kawalan sahaja tanpa menyelesaikan masalah asas sehingga menyebabkan bekalan terganggu dan berkurangan.

"Kawal harga tak selesai masalah, kata Bossku susulan harga ayam, telur naik"
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/11/22/kawal-harga-tak-selesai-masalah-kata-najib-susulan-harga-ayam-telur-naik/

Walaupun kadar inflasi dan tekanan harga adalah masalah seluruh dunia, ini tidak bermakna kerajaan tidak boleh cari langkah kreatif bagi mengurangkan tekanan bagi ekonomi tempatan.

WSJ kata Malaysia negara korup link bawah ini negara mana yang korup kehidupan mereka

This is United State of America..link woww terbaek make USA great again (wajib tonton)

https://youtu.be/yRWmKh13b50

link atas ni haah.

Human right sangat lah kann..! Tak payah nak gebang inflasi di USA dan United Kingdom lebih teruk berbanding Malaysia.

https://youtu.be/ZE48c4QeUSw see link..!!

Siapa yang tak suka Malaysia sila berambos ke Amerika Sarikat..!!

Dr Kamarul Kamarul Zaman: Demokrasi subur, berfungsi di M'sia.

 

Demokrasi subur, kerajaan berfungsi di Malaysia

MENARIK sekali laporan indeks demokrasi 2021 yang dikeluarkan oleh Economist Intelligence Unit (EIU) semalam yang menempatkan Malaysia di tempat ke-39 daripada 167 buah negara dan wilayah di seluruh dunia mengenai kedudukan demokrasinya.

Seperti biasa, laporan badan antarabangsa mahupun badan serantau yang memberikan imej positif kepada negara tidak begitu mendapat liputan yang besar daripada portal-portal berita mahupun komen-komen yang positif daripada pihak pembangkang.

Faktanya jelas, iaitu demokrasi di Malaysia terus segar-membugar dari masa ke semasa, di mana bermula daripada 5.98 mata (daripada 10.00 mata) pada 2006, ia menaik menjadi 7.16 mata pada 2019, 7.19 mata pada 2020 dan 7.24 mata pada 2021.

Ini sekali gus membolehkan Malaysia berada pada kumpulan kedua demokrasi, iaitu demokrasi cacat, bersama-sama 52 negara lain, termasuk negara-negara yang demokrasinya jauh lebih awal seperti Perancis, Sepanyol dan Amerika Syarikat.

Adalah membanggakan bahawa Malaysia berada pada tempat tertinggi di kalangan seluruh anggota ASEAN, mengatasi negara-negara jiran seperti Indonesia yang memperolehi 6.71 mata), Filipina (6.62 mata), Singapura (6.23 mata) dan Thailand (6.04 mata).

Walaupun kumpulan demokrasi cacat ini sebenarnya tidak begitu sedap didengar, ia tidaklah membawa konotasi yang negatif kerana kumpulan ini mengamalkan pilihan raya yang bebas dan adil serta menghormati kebebasan sivil asas rakyat mereka.

Ia adalah jauh lebih baik berbanding kumpulan rejim campuran yang dicirikan oleh kewujudan pilihan raya yang tidak bebas dan tidak adil, ketidakbebasan kehakiman dan media, keberleluasaan rasuah dan tekanan kepada pihak pembangkang.

Adalah diharapkan agar laporan indeks demokrasi 2021 yang dikeluarkan oleh EIU ini akan membuka mata sesetengah cendekiawan Barat yang selewat 2019 masih lagi mengkategorikan Malaysia ke dalam kumpulan rejim campuran.

Untuk memahami bagaimana indeks demokrasi ini diperolehi, kita perlu tahu bahawa EIU mengukurnya dari lima aspek, iaitu proses pilihan raya dan Pluralisme, keberfungsian kerajaan, penglibatan politik, budaya politik demokrasi dan kebebasan sivil.

Setiap aspek ini pula mempunyai kayu ukurnya, di mana proses pilihan raya dan Pluralisme mempunyai 12 kayu ukur, keberfungsian kerajaan (14 kayu ukur), penglibatan politik (9 kayu ukur), budaya politik demokrasi (8 kayu ukur) dan kebebasan sivil (17 kayu ukur).

Antara 12 kayu ukur proses pilihan raya dan Pluralisme ialah apakah pilihan raya bebas dan adil, apakah peluang berkempen diberikan sama rata, apakah rakyat bebas menubuhkan parti politik, dan apakah parti politik pembangkang mempunyai peluang untuk menang.

Dalam aspek proses pilihan raya dan Pluralisme ini Malaysia mendapat mata amat tinggi, iaitu 9.58, sekali gus menunjukkan bahawa, walaupun masih ada kritikan di sana sini mengenai beberapa isu, proses pilihan raya negara kita diiktiraf oleh EIU sebagai bebas dan adil.

Antara 14 kayu ukur keberfungsian kerajaan pula ialah apakah rakyat yakin terhadap kerajaan, apakah Parlimen berkuasa, apakah wujud sistem semak dan imbang ke atas kuasa kerajaan, apakah kerajaan bersikap terbuka dan telus serta apakah rasuah berleluasa.

Dalam aspek keberfungsian Kerajaan Malaysia mendapat mata yang agak tinggi, iaitu 7.86, sekali gus menunjukkan bahawa, walaupun Parlimen lama tidak bersidang pada 2021, kerajaan umumnya berfungsi dengan baik dan masih mendapat keyakinan daripada rakyat.

Antara 9 kayu ukur penglibatan politik pula ialah penyertaan pengundi dalam pilihan raya, tahap kesediaan rakyat untuk meminati dan mengikuti berita politik, serta tahap pemberian suara kepada kumpulan minoriti dan golongan wanita dalam proses politik. 

Dalam aspek penglibatan politik juga Malaysia mendapat mata yang agak tinggi, iaitu 7.22, sekali gus menunjukkan bahawa rakyat meminati dan mengikuti berita politik dan keluar mengundi dalam pilihan raya serta kerajaan pula mengakomodasi semua pihak.

Walaupun begitu, mata yang diperolehi oleh Malaysia dalam aspek budaya politik demokrasi dan aspek kebebasan sivil tidak begitu tinggi, iaitu 6.25 mata dan 5.29 mata masing-masingnya, dan jika ini diperbaiki maka pastilah indeks demokrasi kita akan bertambah baik.

Walau apa pun, tempat ke-39 daripada 167 buah negara dan wilayah di seluruh dunia serta 7.24 mata daripada 10.00 mata ini adalah satu pencapaian yang cukup baik untuk Malaysia tatkala pencapaian banyak negara lain merudum disebabkan oleh pandemik COVID-19.

Ia adalah satu pengiktirafan yang nyata kepada kepimpinan Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengambil-alih teraju pemerintahan negara mulai Ogos 2021 yang berkesinambungan dengan pemerintahan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelumnya.

Adalah diyakini bahawa segala penambahbaikan ke atas sistem berkerajaan yang dirancang oleh Ismail Sabri, khasnya melalui Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik pada 13 September 2021, akan meningkatkan indeks demokrasi kita.

Komitmen kerajaan untuk menghormati kebebasan institusi Kehakiman serta memperkasakan kedudukan Institusi Parlimen termasuk mewujudkan semula kebebasan kewangan dan pentadbiran Parlimen pastilah akan menyuburkan lagi amalan demokrasi negara.

Begitulah juga dengan Transformasi Pentadbiran yang membabitkan Rang Undang-undang Anti-Lompat Parti dan Rang Undang-undang Pindaan Perlembagaan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada tidak melebihi sepuluh tahun.

Apatah lagi bila Dato’ Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), ketika ditemui penulis semalam, telah memberikan komitmen beliau untuk mengusahakannya sebelum atau pada 24 Mac ini.

DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF – HARAKAHDAILY 11/2/2022

Penulis adalah Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Timbalan Presiden Pertubuhan Intelektual Negara (PINTAR)

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

Friday, February 11, 2022

Mestica gerun, Hattan kali pertama nyanyi lagu nasyid

 

Mestica dan Hattan menyifatkan single Istikharah adalah karya yang menyuntik semangat dalam sesebuah perjuangan. - Foto Ihsan Mestica

HALAMAN HIBURAN

KUALA LUMPUR: Melihat kolaborasi penyanyi popular dan kumpulan nasyid berjaya memberikan nuansa baru dalam menyemarakkan irama nasyid mendorong kumpulan Mestica mencuba formula yang sama.

Agak lama menyepi, Mestica yang pernah popular pada 2003 membuat kemunculan semula dengan memilih berkolaborasi dengan penyanyi otai, Datuk Hattan menerusi single berjudul Istikharah.

Kali terakhir kumpulan yang dianggotai Muhamad Razin Che Mud (Razin), Mohd Khairulnizam Zainol (Khairul) dan Khalil Khusairi Tarmizi (Khalil) merakamkan album Projek Palestin - Satu Misi Kemenangan bersama beberapa penyanyi nasyid lain pada 2013.

Razin yang juga pencipta single Istikharah menyifatkan persetujuan Hattan bekerjasama sebagai satu penghormatan. 

"Sudah tentu ia satu penghormatan besar buat Mestica apabila Hattan sudi berkolaborasi. Kami meletakkan harapan tinggi terhadap single Istikharah, apatah lagi, dapat bekerjasama dengan penyanyi yang memiliki nama dan pengaruh besar dalam industri muzik.

"Difahamkan, Hattan tidak pernah terbabit dalam penghasilan single bergenre naysid dan ini juga adalah kerjasama pertamanya."

Jadi, kami berharap single Istikharah mendapat sambutan baik, seterusnya memberikan motivasi kepada Mestica untuk terus berkarya, selain kembali menempatkan diri dalam industri muzik," kata Razin kepada BH Online.

Mengulas single Istikharah, Razin berkata, lirik lagu itu ditulis oleh isterinya, Mass Mohamad dengan mengetengahkan subjek yang jarang diangkat dalam karya lain.

"Mungkin ramai tidak tahu apa itu Istikharah. Tetapi, apabila ia dijadikan inti ataupun isi kepada sesebuah karya, jadi lebih mudah untuk menterjemahkan maksud Istikharah.

"Ia merujuk kepada solat yang dilaksanakan oleh seorang Islam ketika berada dalam persimpangan dalam membuat keputusan. Ia juga sinonim dalam masyarakat untuk mencari atau mendapat petunjuk soal jodoh sama ada pilihan betul atau sebaliknya.

"Alhamdulillah, isi karya ini sangat dekat dengan hati semua orang, tidak kiralah dalam proses mencari jodoh, kerjaya atau apa juga situasi," katanya.

Kali terakhir, kumpulan Mestica merakamkan album Projek Palestin - Satu Misi Kemenangan bersama beberapa penyanyi nasyid lain pada 2013. - Foto Ihsan Mestica

Memandangkan sekian lama tidak merakamkan lagu, Razin berkata, ia memberikan cabaran buat Mestica untuk menyesuaikan diri, apatah lagi, berduet dengan penyanyi berstatus otai.

Razin berkata, sedikit sebanyak timbul perasaan segan dan gerun, apatah lagi anggota Mestica juga membesar dengan lagu-lagu Hattan.

Bagaimanapun, katanya, Mestica bersyukur proses rakaman berjalan dengan lancar dengan bantuan penerbit dan pasukan produksi.

Berkongsi proses video muzik Isthikarah, Razin menyifatkan ia satu proses agak mencabar, memandangkan Mestica sudah lama tidak beraksi di hadapan kamera.

Selain itu, katanya, faktor cuaca turut memberikan cabaran buat mereka.

"Proses rakaman video muzik agak mencabar. Kami melakukan buat penggambaran di lokasi luar, malangnya cuaca tidak mengizinkan apabila hujan.

"Namun, Alhamdulillah berkat kesabaran, video muzik dapat juga disiapkan dengan kerjasama Hattan sendiri.

"Sama juga cabaran ketika proses rakaman. Ini kerana Mestica sudah lama tidak beraksi di depan kamera untuk penghasilan video muzik.

"Mujurlah, sudah ada perbincangan awal, jalan cerita dan sebagainya. Akhirnya, video muzik berjaya disempurnakan dengan cetusan idea dan kerjasama baik daripada pasukan," katanya.

Sementara itu, Hattan menyifatkan single Istikharah adalah karya yang menyuntik semangat dalam sesebuah perjuangan.

"Saya tabik dengan usaha dilakukan Mestica. Saya menyokong sepenuhnya single terbaru ini.

"Harapan saya single Istikharah dapat diterima, popular dan menjadi karya yang boleh dikaji agar dapat dijadikan panduan serta beroleh kebaikan menerusi lirik," katanya.

Single Istikharah dilancarkan secara rasmi pada 28 Januari lalu serentak dengan pelancaran video muzik di semua platform digital.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails