Saturday, February 19, 2022

Industri buluh diperkasa, tapi bukan tebang sawit tanam buluh..

 

Industri buluh akan terus diperkasa

KUALA LUMPUR: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, melalui Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dan Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC) akan terus memperkasa pembangunan industri buluh di negara ini, dengan pelaksanaan pelbagai program dan inisiatif.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, Malaysia dianggarkan mempunyai lebih 70 spesies buluh, yang mana 45 daripadanya adalah spesies tempatan yang tumbuh secara semula jadi di kawasan hutan.

Beliau berkata, sehingga kini, terdapat 577 pengusaha yang terbabit secara langsung dalam industri berasaskan buluh di Malaysia, merangkumi industri papan buluh, perabot, pembinaan, tekstil, perladangan, makanan, arang buluh dan kraftangan.

"Kementerian yakin, dengan inisiatif seperti program penyelidikan, pembangunan dan galakan yang berterusan, industri buluh berupaya mengoptimakan penggunaan sumber bahan mentah ini sebagai sumber alternatif yang bernilai tambah dalam industri perkayuan.

"Ia seterusnya menjadi satu bidang agrikomoditi yang menyumbang kepada peningkatan pendapatan rakyat dan menjana ekonomi negara," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zuraida berkata, dalam usaha menggalakkan pembangunan industri buluh, satu Pusat Sehenti Buluh dibangunkan di Tadom Hill Resort, Banting, yang akan berperanan sebagai pusat rujukan setempat industri buluh.

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) penubuhan pusat sehenti berkenaan disaksikan sendiri oleh beliau, antara MITB, MTC dan Tadom Hill Resort Sdn Bhd.

"Pusat Sehenti Buluh yang akan dibina ini bakal menjadi pusat maklumat dan rujukan kepada lebih ramai usahawan buluh Malaysia sepanjang rantaian nilai industri buluh.

"Selain itu, pusat rujukan ini akan berperanan sebagai pusat maklumat setempat termasuk promosi, penyelidikan dan pembangunan berkaitan industri buluh di Malaysia," katanya.

Zuraida memaklumkan, Tadom Hill Resort yang berkeluasan 18.2 hektar adalah pusat penginapan ekopelancongan, bertemakan taman buluh yang unik dan dikelilingi kampung Orang Asal dari Suku Temuan.

"Selain ekopelancongan, Tadom Hill juga mengambil langkah proaktif menghasilkan produk buluh komersial seperti cuka dan bio-arang buluh (bamboo bio-char).

"Usaha ini selari dengan hasrat kerajaan dalam usaha mentransformasi industri buluh bagi peralihan struktur industri kecil-kecilan kepada industri hiliran yang mengeluarkan produk buluh bernilai tambah tinggi dan lestari, yang menjadi antara fokus dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12)," katanya.

Komen Weblog Ibnu HasyimIndustri buluh akan terus diperkasa. Al-hamdulillah, tapi bukan seperti cadangan bekas menteri PH yang memerintah 22 bulan dulu, menyarankan supaya tebang pokok sawit sihat, tanam buluh. Maaf, mungkin otak sihatnya sudah luruh ke kepala lutut!

Politik wang mengundang rasuah -Presiden PAS. Komen IH.

 

1. Politik wang mengundang rasuah

AL-QURAN membawakan cerita yang benar, bahawa politik wang menjadi amalan bangsa Yahudi dan salah satu sebab yang menjadikan mereka kumpulan paling dimurkai oleh Allah SWT. Akibatnya, mereka juga pelaku dan penggalak kepada amalan rasuah yang paling aktif kerana kuatnya aqidah kebendaan mereka, sehingga melampau tanpa mengira hukum agamanya dari sudut halal mahupun haram yang ada persamaan dengan ajaran Islam.

Setiap Muslim diwajibkan berdoa pada setiap rakaat solat yang ditunaikan agar Allah SWT tidak menjadikan mereka sepertimana bangsa Yahudi itu. Antara amalan bangsa tersebut ialah amalan politik wang, khususnya apabila mereka ingin melantik ketua negara. Hal ini dijelaskan oleh firman Allah SWT:

﴿وَقَالَ لَهُمۡ نَبِيُّهُمۡ إِنَّ ٱللَّهَ قَدۡ بَعَثَ لَكُمۡ طَالُوتَ مَلِكٗاۚ قَالُوٓاْ أَنَّىٰ يَكُونُ لَهُ ٱلۡمُلۡكُ عَلَيۡنَا وَنَحۡنُ أَحَقُّ بِٱلۡمُلۡكِ مِنۡهُ وَلَمۡ يُؤۡتَ سَعَةٗ مِّنَ ٱلۡمَالِۚ قَالَ إِنَّ ٱللَّهَ ٱصۡطَفَىٰهُ عَلَيۡكُمۡ وَزَادَهُۥ بَسۡطَةٗ فِي ٱلۡعِلۡمِ وَٱلۡجِسۡمِۖ وَٱللَّهُ يُؤۡتِي مُلۡكَهُۥ مَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٞ٢٤٧﴾

“Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: ‘Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kalian.’ Mereka menjawab: ‘Bagaimana dia mendapat kuasa untuk memerintah kami, sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan dia pula tidak diberikan keluasan harta kekayaan?’ Nabi mereka berkata: ‘Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kalian, dan telah mengurniakan kepadanya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan.’ Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan pengurniaan-Nya), lagi meliputi ilmu-Nya.” (Surah al-Baqarah: 247)

Aspek kebendaan dan harta dijadikan dasar dan matlamat kehidupan mereka tanpa sempadan agama. Ternyata perkara tersebut juga menjadi kepercayaan mereka, apabila mereka meminta Nabi pada zamannya untuk memohon kepada Allah SWT agar melantik seorang raja yang memimpin bagi mengembalikan kedaulatan bangsanya yang telah dijajah dengan hina.

Namun, mereka menolak calon yang ditunjukkan oleh Allah SWT secara wahyu kepada Nabi-Nya yang wajib bersifat benar, amanah lagi bijaksana. Hal ini disebabkan Allah SWT telah menentukan seorang individu yang bernama Talut dengan kelebihan ilmu agama dan dunia, serta keberanian. Sekali gus menunjukkan Talut ialah seorang yang berilmu dan berintegriti, suatu sifat yang melayakkan dirinya menjadi pemimpin.

Walau bagaimanapun, kalangan bangsa Yahudi tetap menolak pelantikan Talut sebagai raja kerana dirinya tidak mempunyai harta kekayaan. Mereka menetapkan kekayaan harta sebagai syarat pertama kerana harta dianggap menjadi rukun pertama bagi kehidupan manusia.

Tanpa mengira bahawa harta juga adalah suatu aspek yang penting, tetapi bukanlah untuk didahulukan, kerana aspek-aspek ketokohan bagi mengurus dan mentadbir wajib didahulukan. Antaranya, seseorang pemimpin itu diwajibkan beriman, berakhlak, berilmu dan bersifat gagah berani, sifat-sifat yang lebih penting bagi mengurus dan mentadbir.

Penyakit memuja kebendaan juga mempengaruhi kalangan agamawan (ulama’). Hal ini ada dinyatakan oleh firman Allah SWT:

﴿وَٱتۡلُ عَلَيۡهِمۡ نَبَأَ ٱلَّذِيٓ ءَاتَيۡنَٰهُ ءَايَٰتِنَا فَٱنسَلَخَ مِنۡهَا فَأَتۡبَعَهُ ٱلشَّيۡطَٰنُ فَكَانَ مِنَ ٱلۡغَاوِينَ١٧٥ وَلَوۡ شِئۡنَالَرَفَعۡنَٰهُ بِهَا وَلَٰكِنَّهُۥٓ أَخۡلَدَ إِلَى ٱلۡأَرۡضِ وَٱتَّبَعَ هَوَىٰهُۚ فَمَثَلُهُۥ كَمَثَلِ ٱلۡكَلۡبِ إِن تَحۡمِلۡ عَلَيۡهِ يَلۡهَثۡ أَوۡ تَتۡرُكۡهُ يَلۡهَثۚ ذَّٰلِكَ مَثَلُ ٱلۡقَوۡمِ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِ‍َٔايَٰتِنَاۚ فَٱقۡصُصِ ٱلۡقَصَصَ لَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ١٧٦﴾

“Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang (alim) yang kami berikan kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. Kemudian, dia menjadikan dirinya melepaskan dirinya daripada mematuhinya, lalu dia diikuti oleh syaitan (dengan godaannya), maka mereka termasuk daripada kalangan orang-orang yang sesat. (175); Dan kalau Kami menghendaki, nescaya Kami meninggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Akan tetapi, dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menuruti hawa nafsunya; maka bandingannya adalah sepertimana anjing. Jika engkau menghalaunya, maka ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Dan jika engkau membiarkannya, maka ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah, bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka, ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. (176)” (Surah al-A‘raf: 175-176)

Akhirnya, rasuah menjadi amalan biasa dalam kehidupan mereka, sehingga perbuatan itu merosakkan masyarakat dan negara.

Firman Allah SWT:

﴿وَتَرَىٰ كَثِيرٗا مِّنۡهُمۡ يُسَٰرِعُونَ فِي ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٰنِ وَأَكۡلِهِمُ ٱلسُّحۡتَۚ لَبِئۡسَ مَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ٦٢ لَوۡلَا يَنۡهَىٰهُمُ ٱلرَّبَّٰنِيُّونَ وَٱلۡأَحۡبَارُ عَن قَوۡلِهِمُ ٱلۡإِثۡمَ وَأَكۡلِهِمُ ٱلسُّحۡتَۚ لَبِئۡسَ مَا كَانُواْ يَصۡنَعُونَ٦٣﴾

“Dan kamu akan melihat kebanyakan daripada mereka (orang Yahudi) berlumba-lumba dalam melakukan dosa dan pencerobohan (melampau) serta memakan daripada perkara yang haram (riba dan rasuah). Demi sesungguhnya! Amatlah buruk apa yang mereka telah lakukan. (62)Alangkah baiknya, jika ketua-ketua agama dan pendeta-pendeta mereka, melarang mereka daripada mengeluarkan perkataan-perkataan yang dusta dan daripada memakan daripada perkara yang haram? Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan. (63)” (Surah al-Ma’idah: 62-63)

Bencana yang diikuti dengan penyakit rasuah menjadi suatu wabak, bermula daripada golongan atasan sehinggalah kelompok paling bawah. Kemudiannya, datang penyakit kemungkaran yang lebih parah.

Datangnya bertalu-talu, apabila pagarnya memakan padi serta apabila rakyat dibeli dan pemimpin juga dapat dibeli. Seterusnya, diikuti dengan penyakit masyarakat yang datang secara bertalu-talu dan bertali arus, sehingga memusnahkan semuanya, khususnya apabila ia turut merosakkan pembangunan termasuk alam sekitar.

Adalah mustahil negara yang masih mengamalkan politik wang dapat menghapuskan rasuah, kerana wabaknya menjadi payung negara. Pencegahannya sekadar laksana menampar nyamuk di kawasan yang dibiarkan longkangnya terdedah sehingga membiakkan nyamuk berkali ganda banyaknya.

Maka, rakyat yang memilih pemimpin kerana politik wang yang berkonsepkan kebendaan pasti akan menempah kemusnahannya. Hal ini berlaku setelah urusan mereka dijual beli dengan rasuah dan penipuan, semata-mata untuk mengejar kemewahan yang melampau kerana sudah tidak bermoral lagi.

Bahkan, mereka juga sekadar bergembira pada masa kehidupan dunia yang pendek, tetapi berdukacita dalam tempoh masa yang panjang. Begitu juga, mendapat kecelakaan buat selama-lamanya sekiranya tidak bertaubat dengan kembali kepada petunjuk Allah SWT.

Maka, Allah SWT melaknat pelaku, penerima, pemberi dan semua yang terlibat dengan rasuah, termasuklah rakyat yang melantik atau mengundi pemimpin dengan rasuah dan memilih yang mengamalkan rasuah.

Islam menunjukkan pendekatan politiknya dengan meletakkan rukun kehidupan manusia itu mengikut tertib maqasid al-syari‘ah ialah memelihara agama, akal, keturunan, maruah dan harta. Pada masa yang sama, meletakkan syarat integriti syakhsiah berprinsipkan aqidah agama, akhlak dan ilmu bermanfaat menjadi konsep tanpa mendahului harta.

Hal ini demikian kerana, harta tanpa syakhsiah yang berintegriti tidak akan mampu menguruskan harta dan masyarakatnya. Akan tetapi, harta boleh dihasilkan dengan kemampuan ilmu dan syakhsiah yang berintegriti.

Harta kekayaan sahaja tanpa integriti boleh merosakkan dan menghabiskan harta dengan sia-sia. Ilmu tanpa integriti menjadikan seseorang itu penipu, semuanya akan merosakkan diri, masyarakat dan negara.

Allah SWT menyebutkan asas pemilihan Makkah yang tidak mempunyai sumber harta sebagai tempat bermulanya Islam melalui firman-Nya:

﴿لِإِيلَٰفِ قُرَيۡشٍ١ إِۦلَٰفِهِمۡ رِحۡلَةَ ٱلشِّتَآءِ وَٱلصَّيۡفِ٢ فَلۡيَعۡبُدُواْ رَبَّ هَٰذَا ٱلۡبَيۡتِ٣ ٱلَّذِيٓ أَطۡعَمَهُم مِّن جُوعٖ وَءَامَنَهُم مِّنۡ خَوۡفِۢ٤﴾

“Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Makkah). (1); (laitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke Negeri Yaman), dan pada musim panas (ke Negeri Syam). (2); Maka, hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini. (3); Tuhan yang telah memberikan makanan kepada mereka yang menyelamatkan mereka daripada kelaparan, dan mengamankan mereka daripada ketakutan. (4).” (Surah Quraisy: 1-4)

Prinsip ibadat yang menghasilkan taqwa diletakkan di tempat pertama, kerana daripada situ akan melahirkan sifat integriti yang sebenar, kemudiannya diikuti dengan konsep kehidupan dan keamanan. Prinsip ibadat adalah bagi melahirkan syakhsiah dan membina insan bertaqwa yang berintegriti serta menjadi asas kepada aspek yang lain supaya manusia itu beristiqamah.

Al-Quran menyatakan secara tegas dan nyata berkenaan konsep menegakkan negara berdaulat yang membawa kemajuan yang penuh dengan keberkatan, sebagaimana firman Allah SWT:

﴿ٱلَّذِينَ إِن مَّكَّنَّٰهُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ أَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُاْ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَمَرُواْ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَنَهَوۡاْ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۗ وَلِلَّهِ عَٰقِبَةُ ٱلۡأُمُورِ٤١﴾

“(Iaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma‘ruf dan mencegah daripada perbuatan mungkar; dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.” (Surah al-Hajj: 40-41)

Ayat di atas mewajibkan ibadat sehingga setiap pemimpin itu bertaqwa, seterusnya melahirkan integriti yang tulen berasaskan iman yang melahirkan pula sifat adil dan istiqamah. Integriti tanpa iman dan taqwa hanyalah satu bentuk kepura-puraan sahaja.

Allah SWT menjanjikan keberkatan dengan iman dan taqwa, seiring dengan itu turut memberikan amaran sekiranya sifat-sifat tersebut tiada pada seseorang pemimpin. Perkara tersebut dihuraikan melalui firman-Nya:

﴿وَلَوۡ أَنَّ أَهۡلَ ٱلۡقُرَىٰٓ ءَامَنُواْ وَٱتَّقَوۡاْ لَفَتَحۡنَا عَلَيۡهِم بَرَكَٰتٖ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلۡأَرۡضِ وَلَٰكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذۡنَٰهُم بِمَا كَانُواْ يَكۡسِبُونَ٩٦ أَفَأَمِنَ أَهۡلُ ٱلۡقُرَىٰٓ أَن يَأۡتِيَهُم بَأۡسُنَا بَيَٰتٗا وَهُمۡ نَآئِمُونَ٩٧ أَوَ أَمِنَ أَهۡلُ ٱلۡقُرَىٰٓ أَن يَأۡتِيَهُم بَأۡسُنَا ضُحٗى وَهُمۡ يَلۡعَبُونَ٩٨ أَفَأَمِنُواْ مَكۡرَ ٱللَّهِۚ فَلَا يَأۡمَنُ مَكۡرَ ٱللَّهِ إِلَّا ٱلۡقَوۡمُ ٱلۡخَٰسِرُونَ٩٩﴾

“Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Akan tetapi, mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan ke atas mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. (96); Patutkah penduduk negeri-negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur? (97); Atau patutkah penduduk negeri-negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, semasa mereka sedang leka bermain-main? (98); Patutkah mereka (bersuka ria) sehingga mereka merasa aman akan rancangan buruk (balasan azab) yang diaturkan oleh Allah? Kerana sebenarnya tiada yang merasa aman daripada rancangan buruk (balasan azab) yang diaturkan oleh Allah itu melainkan orang-orang yang rugi. (99)” (Surah al-A‘raf: 96-99)

Maksud berkat ialah menguruskan hal ehwal dunia daripada harta dan kedudukan yang mendatangkan faedah untuk dunia dan akhirat. Perkataan berkat merupakan istilah Islam yang tidak terdapat dalam mana-mana ideologi dan teori ciptaan manusia. Apabila pangkat dan harta tidak mendatangkan sebarang faedah, hal tersebut bermakna tiada keberkatan.

Kita juga menyaksikan betapa negara yang ditegakkan dengan kebendaan tanpa iman dan taqwa, serta melahirkan integriti yang palsu adalah terlalu rapuh, tidak boleh bertahan lama dan akan mengalami keruntuhan bila-bila masa sahaja. Sebenarnya, kita telah menyaksikan keruntuhan kuasa besar dahulu kala dan terkini keruntuhan sosialisme dan komunisme.

Kini pula terserlah tanda-tanda keruntuhan ideologi liberal kapitalisme. Semua ideologi dan teori ciptaan manusia adalah berkonsepkan duniawi dan kebendaan yang tiada wawasan akhirat.

Islam bukan sahaja mencegah rasuah melalui tindakan undang-undang negara dengan dikenakan hukuman ta‘zir, bahkan mengharamkannya dengan amaran dosa yang akan dihukum selepas mati kepada semua yang terlibat dengan amalan tersebut dan menjadi penyebabnya. 

Allah SWT membawakan suatu cerita benar yang berlaku pada Hari Kiamat nanti kepada mereka yang menyesal tiada berguna kerana bersekongkol bersama pemimpin yang salah. Termasuklah juga pemimpin yang diikuti kerana mengamalkan politik wang. Perkara ini dinyatakan oleh firman Allah SWT:

﴿إِذۡ تَبَرَّأَ ٱلَّذِينَ ٱتُّبِعُواْ مِنَ ٱلَّذِينَ ٱتَّبَعُواْ وَرَأَوُاْ ٱلۡعَذَابَ وَتَقَطَّعَتۡ بِهِمُ ٱلۡأَسۡبَابُ١٦٦ وَقَالَ ٱلَّذِينَ ٱتَّبَعُواْ لَوۡ أَنَّ لَنَا كَرَّةٗ فَنَتَبَرَّأَ مِنۡهُمۡ كَمَا تَبَرَّءُواْ مِنَّاۗ كَذَٰلِكَ يُرِيهِمُ ٱللَّهُ أَعۡمَٰلَهُمۡ حَسَرَٰتٍ عَلَيۡهِمۡۖ وَمَا هُم بِخَٰرِجِينَ مِنَ ٱلنَّارِ١٦٧﴾

“(Iaitu) ketika pemimpin yang menjadi ikutan itu berlepas diri daripada orang-orang yang mengikutinya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu, dan (ketika) segala hubungan antara mereka terputus. (166); Dan orang-orang yang menjadi pengikut itu berkata: ‘Sekiranya kami mendapat kesempatan (untuk kembali ke dunia), tentu kami akan berlepas diri daripada mereka, sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami.’ Demikianlah Allah memperlihatkan kepada mereka amal perbuatan mereka yang menjadi penyesalan mereka, dan mereka pula tidak akan keluar daripada neraka. (167)” (Surah al-Baqarah: 166-167)

Dan juga firman Allah SWT:

﴿يَوۡمَ تُقَلَّبُ وُجُوهُهُمۡ فِي ٱلنَّارِ يَقُولُونَ يَٰلَيۡتَنَآ أَطَعۡنَا ٱللَّهَ وَأَطَعۡنَا ٱلرَّسُولَا۠٦٦ وَقَالُواْ رَبَّنَآ إِنَّآ أَطَعۡنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَآءَنَا فَأَضَلُّونَا ٱلسَّبِيلَا۠٦٧ رَبَّنَآ ءَاتِهِمۡ ضِعۡفَيۡنِ مِنَ ٱلۡعَذَابِ وَٱلۡعَنۡهُمۡ لَعۡنٗا كَبِيرٗا٦٨﴾

“Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): ‘Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah dan juga kepada Rasul-Nya.’ (66); Dan mereka berkata lagi: ‘Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar (pemimpin) kami, lalu mereka menyesatkan kami daripada jalan yang benar. (67); Wahai Tuhan kami! Berikanlah mereka azab sengsara dua kali ganda lebih berat, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!’ (68)” (Surah al-Ahzab: 66-68)

Lebih malang lagi, apabila mereka sudah tiada kesedaran atau keinsafan, sehingga mereka tidak merasai kemungkaran yang telah dilakukan. Bahkan, perbuatan mereka itu pula dianggap sebagai suatu pekerjaan yang baik dan bijak.

Firman Allah SWT:

﴿قُلۡ هَلۡ نُنَبِّئُكُم بِٱلۡأَخۡسَرِينَ أَعۡمَٰلًا١٠٣ ٱلَّذِينَ ضَلَّ سَعۡيُهُمۡ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَهُمۡ يَحۡسَبُونَ أَنَّهُمۡ يُحۡسِنُونَ صُنۡعًا١٠٤ أُوْلَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ بِ‍َٔايَٰتِ رَبِّهِمۡ وَلِقَآئِهِۦ فَحَبِطَتۡ أَعۡمَٰلُهُمۡ فَلَا نُقِيمُ لَهُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ وَزۡنٗا١٠٥ ذَٰلِكَ جَزَآؤُهُمۡ جَهَنَّمُ بِمَا كَفَرُواْ وَٱتَّخَذُوٓاْ ءَايَٰتِي وَرُسُلِي هُزُوًا١٠٦﴾

“Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Mahukah Kami khabarkan kepada kalian akan orang-orang yang paling rugi amal perbuatannya? (103); (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan.’ (104); Merekalah orang-orang yang mengingkari ayat-ayat Tuhan mereka dan (tidak percaya) akan pertemuan dengan-Nya; oleh itu gugurlah (sia-sia) amal perbuatan mereka; maka akibatnya Kami tidak akan memberikan sebarang timbangan untuk menilai amal mereka pada Hari Kiamat kelak. (105); (Mereka yang bersifat) demikian, balasannya adalah dimasukkan ke dalam neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayat-Ku dan Rasul-rasul-Ku sebagai ejek-ejekan. (106)” (Surah al-Kahf: 103-106)

Ketahuilah bahawa urusan politik juga akan dihisab pada Hari Kiamat kelak kerana kuasa politik itu adalah menaungi kehidupan manusia. Firman Allah SWT:

﴿يَوۡمَ نَدۡعُواْ كُلَّ أُنَاسِۢ بِإِمَٰمِهِمۡۖ فَمَنۡ أُوتِيَ كِتَٰبَهُۥ بِيَمِينِهِۦ فَأُوْلَٰٓئِكَ يَقۡرَءُونَ كِتَٰبَهُمۡ وَلَا يُظۡلَمُونَ فَتِيلٗا٧١ وَمَن كَانَ فِي هَٰذِهِۦٓ أَعۡمَىٰ فَهُوَ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ أَعۡمَىٰ وَأَضَلُّ سَبِيلٗا٧٢﴾

“(Ingatlah) pada suatu hari (tatkala pada hari itu) Kami memanggil tiap-tiap umat dengan pemimpinnya; dan sesiapa yang diberikan kitab amalannya pada tangan kanannya, maka mereka ini akan membaca kitabnya itu, dan mereka tidak akan dianiaya sedikit pun. (71); Dan sesiapa yang buta (hatinya) di dunia ini, nescaya di akhirat (nanti) dia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat daripada jalan (yang benar). (72)” (Surah al-Isra’: 71-72)

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 17 Rajab 1443 / 19 Februari 2022 – HARAKAHDAILY 19/2/2022

2. Komen Weblog Ibnu Hasyim mengenai 'rasuah'.  Bagaimana Nak Hapus Rasuah, Makna Rasuah Pun Tak Lengkap?

Bagaimana Nak Hapus Rasuah, Makna Rasuah Pun Tak Lengkap?

Friday, March 20, 2009

Ibnu Hasyim Catatan Santai

PAK Ibnu. Maaf sekadar nak tahu.. Apa maksud Pak Ibnu takrif ‘rasuah’ perlu dibetulkan menurut Al-Quran Hadis tidak bertopeng dibalik ‘hadiah’, keraian’ dll? Kalau ada masa, sila beri takrifan ringkas.. March 19, 2009 3:41 PM”. 

Demikian komen Dr Hasan PP ke atas tulisan saya Thursday, March 19, 2009 PAS Perlu Perubahan, Wibawakan Majlis Syura Ulama! ...Okey, saya jawab! 

Dalam kitab ‘Riadhus Sholihin’ (Fasal 1 .Haram berlaku zalim dan perintah mengembalikan hak orang’, hadis no 7) dinukilkan sebuah hadis Abu Humaid (Abdurrahman) bin Saad Assaidy RA berkata…

Rasulullah mengangkat seseorang (jadi pegawai) untuk kumpulkan zakat. Namanya Ibnu Allutbiyah dari suku Al’azd. Setelah beliau kembali dari bertugas bertemu Rasulullah (dan serahkan apa yang patut) katanya, “Yang ini untuk kamu (kerajaan pimpinan Rasulullah) dan yang ini saya dapat hadiah dari orang-orang itu!”

Maka Rasululah SAW cepat-cepat naik atas mimbar, setelah memuji syukur kepada Allah kata beliau, 

“Amma ba’du, adapun saya mengangkat seseorang untuk satu tugas yang diberikan Allah kepada saya, lepas itu dia datang dan berkata, ini bahagianmu dan yang ini saya sendiri dapat dari orang-orang (yang dikutip itu)! Mengapa dia tidak duduk saja di rumah ibubapanya hingga datang hadiah itu kepadanya kalau benar-benar demikian (yakni kalau benar-benar orang-orang itu hendak memberi kepadanya bukan kerana tugasnya ke sana sebagai pemungut wang zakat, duduk di rumah pun dapat juga)? Demi Allah, tiada seseorang yang mengambil sesuatu yang bukan haknya, pasti akan dipikulnya di hari kiamat. Akan saya tahu juga seseorang yang memikul unta, lembu atau kambing yang mengembek. (yakni orang itu tidak lepas dari tanggungjawab dan dihisab di akhirat).”

Rasulullah terus mengangkat duatangannya sampai nampak putih ketiaknya, sambil bersabda, “Allahumma hal ballaghtu. Ya Allah! Saya telah menyampaikan.”

Hadis yang dirawikan oleh Bukhari & Muslim itu mentakrifkan ‘sesuatu yang bukan haknya’ hasil perolehan dari khidmat tugas atau jabatannya untuk diri sendiri, selain dari upah atau gaji yang telah diperuntukkan kepadanya. Itulah antara ciri-ciri ‘rasuah’ yang sekarang kini ditopengkan di balik kata manis ‘hadiah’, ‘wang sagu hati’, ‘derma’, keraian, dan lain-lain, yang bukan dapat kepada kerajaan tetapi dapat kepada individu petugasnya.

Walaupun dia Perdana Menteri atau Raja, kalau ‘hadiah’ yang diberi itu kerana jawatannya, maka pemberian itu bukan miliknya, tetapi milik kerajaan atau rakyat. Itulah ‘rasuah’! Jangan main-main, di akhirat penerima-penerima rasuah itu akan dihukum. Itulah salah satu contoh bahawa takrif ‘rasuah’ yang ada sekarang ini tidak lengkap dan perlu dibetulkan semula. Jadi rasuah adalah harta yang diperolehi kerana selesainya suatu kepentingan manusia yang wajib diselesaikan tanpa imbalan lagi (yang tidak sepatutnya diterima).

Kerana itu nabi bersabda ertinya “Rasulullah SAW telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan”. (Riwayat At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih)

Oleh itu ada ulama-ulama yang mentakrifkan rasuah dan sogokan sekurang-kurangnya adalah…

1. Wang, derma, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain.
 
2. Apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat.

3. Apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya. 

4. Apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan. 

5. Apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga.

6. Apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketakupayaan yang di kenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi’

7. Apa-apa tawaran, akujanji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan suapan mengikut pengertian mana-mana perenggan seperti di atas.

Sebagai rujukan di samping beberapa dalil-dalil Al-Quran sila lihat hadis-hadis ini..

1. Nabi Muhammad SAW bersabda, “Barangsiapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu kerja, dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah pengkhianatan.” ( Riwayat Abu Daud, no 2943, Albani : Hadith Sohih ; Ma’alim as-Sunan, Al-Khattabi, 3/8 cet Dar Kutub Ilmiah)

2. Nabi bersabda kepada seorang gabenornya yang telah ditugaskan mengutip zakat kabilah Azad, maka apabila ia selesai kerjanya dan kembali berjumpa Nabi, lalu ia menyimpan sebahagian dari wang yang dikutip sambil berkata, “..ini untukmu (bahagian untuk Islam) dan ini untukku yang diberikan sebagai hadiah (oleh orang ramai), maka jatuh murka Baginda sambil bersabda, “Ketahuilah, pergilah kamu duduk di rumah bapamu atau ibumu, sehingga datang kepadamu hadiahmu, jika kamu benar-benar betul (layak mendapat hadiah)” (Al-Bukhari & Muslim)

3. Di dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa Rasulullah SAW mengutus Abdullah bin Rawahah berangkat ke Khaibar (daerah Yahudi yang tunduk kepada kekuasaan Islam) untuk menilai hasil buah kurma di daerah itu kerana Rasulullah SAW telah memutuskan bahawa hasil bumi Khaibar dibahagi dua; separuh untuk kaum Yahudi sendiri, dan yang separuh lagi diserahkan kepada kaum Muslimin. 
Ketika Abdullah bin Rawahah sedang menjalankan tugasnya, orang-orang Yahudi datang kepadanya membawa berbagai perhiasan dan berkata kepada Abdullah, “Perhiasan ini untuk anda, ringankanlah kami dan berilah kepada kami lebih dari separuh,” Abdullah menjawab, 
“Wahai kaum Yahudi! Demi Allah kalian memang makhluk Allah yang paling aku benci. Apa yang kamu lakukan ini justeru membuatkan diriku lebih membenci kamu. Rasuah yang kamu tawarkan itu adalah barang haram, dan kami kaum Muslimin tidak memakannya!” Mendengar jawaban tersebut mereka (Yahudi) berkata, “Kerana (sikap) inilah langit dan bumi tetap tegak!” [Imam Malik, Al Muwattha':1450].

4. Rasulullah SAW bersabda, “Hadiah yang diberikan kepada para penguasa adalah suht (haram) dan rasuah yang diterima hakim adalah kufur” [Riwayat Ahmad]. 

Oleh yang demikian, tidak kira samada itu adalah rasuah mahupun hadiah, kedua-duanya adalah jelas-jelas haram di dalam Islam. Semua harta yang diperolehi dari jalan rasuah adalah haram, menyimpannya adalah haram, membelanjakannya adalah haram. Justeru, setiap penerima, pemberi dan perantara yang terlibat di dalam keharaman ini wajib dihukum, dan hukuman ke atas mereka adalah ta’zir. Dan banyak lagi. 


Bagaimana pula dengan rasuah politik. Itulah  yang disebut ‘politik wang’ supaya nampak cantik sikit. Inilah yang memeningkan Tengku Ahmad Rhithaudden selaku Pengerusi Jawatankuasa Disiplin UMNO sekarang ini yang terpaksa bertindak kepada Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, Khairy Jamaluddin atau entah siapa-siapa lagi. 

Bagaimana hendak menghapuskan rasuah hingga ke akar umbi? Pada saya ianya tidak akan selesai, kalau takrifnya pun masih belum lengkap lagi. Takrif perlu dibetulkan, walaupun melibatkan amalan pemimpin-pemimpin tertinggi atau Sultan.

Sekian catatan santai untuk kali ini.

Ibnu Hasyim (kiri): Tolong Saudara Baru SeIslam Muallaf Ini.. Semasa di Perak..

ibnuhasyim.com
e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com
Mac 20, 2009. KL

3 senario: Konflik Barat-Rusia di Ukraine.

 


SABAN hari paluan gendang perang semakin kuat berkumandang di Ukraine. Apa sahaja boleh berlaku samada konflik bersenjata yang mampu mengakibatkan peperangan besar-besaran atau penyelesaian dengan cara diplomasi yang mampu meredakan ketegangan yang sedang berlaku ketika ini.

Sehingga saat ini keadaan masih lagi tegang dan kedua-dua belah pihak tidak berganjak daripada pendirian masing-masing. Pertikaman lidah antara Rusia dan Barat yang terus berpanjangan menunjukkan senario peperangan boleh berlaku samada dalam skala kecil mahupun besar-besaran.

Daripada pengamatan saya mengikuti perkembangan semasa konflik Barat-Rusia, terdapat tiga senario yang bakal atau berkemungkinan berlaku:

Pertama: Perang besar-besaran

Ini adalah senario paling buruk yang berkemungkinan boleh berlaku dan ianya bukanlah mustahil melihat kepada provokasi berterusan oleh Barat terhadap Rusia. Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dalam satu temuramah dengan NBC News pada 7 Februari apabila ditanya adakah tentera Amerika Syarikat akan menyelamatkan warganegaranya jika berlaku peperangan di Ukraine, beliau menjawab tidak, kerana apabila tentera Amerika Syarikat dan Rusia mula menembak ke atas satu sama lain, ia adalah “perang dunia“.

Jawapan Joe Biden tersebut secara jelas memberikan bayangan bahawa jika perang berlaku di Ukraine antara Rusia dan Barat, ia dinisbahkan sebagai perang dunia iaitu perang dunia ketiga di mana ia berkemungkinan akan merebak ke negara-negara lain di seluruh dunia mahupun mencetuskan perang besar dalam konflik-konflik yang lain seperti di Laut China Selatan dan Asia Barat.

Dalam masa yang sama, Presiden Rusia Vladimir Putin juga tidak berganjak dengan pendiriannya yang meletakkan kemasukan Ukraine ke dalam pakatan NATO sebagai garisan merah yang mengancam keselamatan Rusia sebagaimana yang saya ulaskan dalam artikel terdahulu pada 30 Januari lepas.

Rusia mengambil langkah proaktif apabila Vladimir Putin mengadakan pertemuan dengan Presiden China Xi Jinping ketika pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk di Bejing baru-baru ini dan mendapat sokongan China dalam konflik yang berlaku ketika ini. Ia seterusnya memberikan bayangan bahawa Amerika Syarikat bukan sahaja berhadapan dengan Rusia di Ukraine bahkan dalam masa yang sama berkemungkinan bakal berhadapan dengan China di Laut China Selatan. 

Namun ada yang berpandangan sebaliknya, iaitu kebarangkalian pertembungan antara Amerika Syarikat dan Rusia adalah jauh kerana keutamaan Amerika Syarikat sekarang adalah untuk mengekang penguasaan China berbanding Rusia yang masih lagi bertatih setelah kejayaan Barat mematahkan Soviet Union sehingga berkecai lebih 30 tahun yang lalu.

Akan tetapi harus diingat, kegagalan Soviet Union dahulu adalah kerana kelemahan sistem ekonominya berbanding Barat walaupun mempunyai kekuatan dari sudut ketenteraan. Rusia di era Vladimir Putin memahami aspek ini, justeru langkahnya ialah mengukuhkan kedudukan ekonomi negaranya dengan pelbagai inisiatif seperti projek mega paip gas Nord Stream 1 dan 2 ke Eropah di samping mempelbagaikan kebergantungan ekonominya seperti sektor aluminium dan pelaburan.

Pembangunan persenjataan Rusia juga menunjukkan peningkatan yang agak ketara seperti Sistem Peluru Berpandu S-400 dan jet pejuang Sukhoi SU-52 yang jauh lebih murah dan prestasinya setanding bahkan lebih baik dari teknologi Barat.

Dalam masa yang sama, Rusia juga turut mengeratkan lagi hubungan perdagangannya dengan China. Bayangkan jika Rusia dan China bergabung, sudah tentu implikasinya sangat besar terhadap Barat. Amerika Syarikat amat  memahami situasi ini kerana pertembungannya dengan China tidak sama dengan Rusia. Kekuatan yang ada pada China sekarang ini bukan sahaja pada aspek ketenteraan bahkan yang lebih merbahaya ialah kekuatan ekonominya yang bakal mengatasi Amerika Syarikat dalam beberapa tahun lagi.

Kedua: Perang diplomasi

Konflik yang berlaku berkemungkinan hanyalah perang diplomasi antara Rusia dan Barat. Kenyataan-kenyataan tajam antara kedua-dua belah pihak dilihat hanyalah permainan politik semata-mata demi meluaskan penguasaan dan mempertahankan kedudukan. Mengikut akhbar The Daily Telegraph, sebuah akhbar dari United Kingdom dalam keluaran terbaharunya menyatakan bahawa daripada konflik yang berlaku ini, Rusia telah berjaya merenggangkan hubungan antara negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat.

Jika diperhatikan, pendirian negara-negara Eropah agak berbelah bahagi antara menekan Rusia dengan mengikut telunjuk Amerika Syarikat seperti United Kingdom atau berusaha memujuk Rusia dengan jalan diplomasi seperti Jerman. Ia menunjukkan kebergantungan mereka kepada Amerika Syarikat terlalu kuat sehingga tidak mampu untuk bersatu dalam menghadapi ancaman Rusia.

Salah satu faktor utamanya ialah kerana kebergantungan negara-negara Eropah kepada Rusia sangat besar khususnya keperluan kepada gas asli. Menurut Majalah Nature, sebahagian besar negara Eropah bergantung kepada bekalan gas asli daripada Rusia dengan Kesatuan Eropah dianggarkan mengimport 40 peratus keperluan gas aslinya daripada Rusia.

Ada juga yang berpandangan bahawa ia adalah langkah politik Rusia pimpinan VladmirPutin untuk meluaskan pengaruhnya dengan mengambil peluang kelemahan Barat yang tidak sekata dalam pelbagai isu. Langkah bijak Vladimir Putin mengerahkan lebih 100 ribu bala tentera Rusia dengan pelbagai kelengkapan ke sempadan Ukraine bertujuan untuk memberikan amaran keras ke atas Barat bahawa Rusia akan mempertahankan sempadannya walau dengan apa cara sekalipun.

Ketiga: Perangkap Amerika Syarikat terhadap Rusia

Jika diperhatikan dengan teliti kenyataan-kenyataan Barat dalam konflik yang sedang berlaku, ia lebih bersifat provokasi melampau untuk mengheret Rusia supaya menyerang Ukraine sehinggakan Setiausaha Luar Amerika Syarikat, Anthony Blinken dan Penasihat Kebangsaan Keselamatan Amerika Syarikat, Jake Sullivan menetapkan tarikh pada tanggal 16 atau 20 Februari 2022, Rusia akan menyerang Ukraine.

Tujuan utamanya adalah untuk memerangkap Rusia supaya melakukan serangan sepertimana George H.W. Bush mengheret dan memerangkap Saddam Hussein untuk menyerang Kuwait pada tahun 1990 yang akhirnya membawa kepada peperangan dan juga sekatan ekonomi Amerika Syarikat dan dunia ke atas Iraq selain daripada kehancuran Iraq akibat peperangan tersebut.

Amerika Syarikat amat berhati-hati mengambil langkah untuk bertembung dengan Rusia kerana ianya tidak sama sepertimana pertembungan dengan negara-negara yang lemah seperti Afghanistan dan Iraq. Jika Rusia mengambil langkah menyerang Ukraine, maka inilah peluang Barat untuk memerangkap Rusia dengan sekatan ekonomi ala Iraq yang akhirnya akan meruntuhkan sistem ekonomi dan menyebabkan kemarahan serta kebangkitan rakyat Rusia terhadap Vladimir Putin sebagaimana yang diidamkan oleh Barat.

Dari sudut yang lain pula, konflik antara Barat dan Rusia dijangka memberi kelebihan kepada Iran yang mendapat tekanan yang sangat hebat daripada Barat dalam rundingan untuk mengaktikan semula Penjanjian Nuklear Iran 2015 yang mana ia sedang mendapat tentangan yang sangat hebat daripada negara haram zionis Israel.

Sudah terdapat tanda-tanda positif daripada kedua-dua belah pihak bahawa rundingan tersebut bakal membuahkan hasil di mana ketika ini rundingan antara Barat dan Iran sudah memasuki fasa akhir yang dijangka bakal mengurangkan atau mengakhiri sekatan ekonomi yang telah dikenakan ke atas Iran.

Konflik ini juga dijangka memberikan kelebihan kepada China terutamanya masa untuk menyusun semula strateginya untuk berhadapan dengan Barat terutamanya Amerika Syarikat dan sekutunya berkaitan krisis Laut China Selatan dan Taiwan serta perang perdagangan yang sedikit sebanyak telah merencatkan pertumbuhan ekonominya.

Namun ketika ini kelebihan dilihat terletak kepada China terutamanya dari sudut ekonomi kerana disaat ini, ganguan rantaian bekalan yang sedang berlaku di seluruh dunia hingga mengakibatkan kenaikan mendadak harga bahan keperluan mahupun komoditi akan menyebabkan kebergantungan dunia dari sudut ekonomi terhadap China lebih tinggi berikutan kemampuan China memenuhi permintaan pasaran dan kekuatan sektor perindustriannya.

Namun krisis di Asia Barat berlainan senarionya berikutan telah wujud “kelompongan kuasa“ akibat semakin pudarnya cengkaman Amerika Syarikat di rantau tersebut. Tambahan pula dengan penumpuan Amerika Syarikat dan sekutunya di Ukraine dan Laut China Selatan, dikhuatiri “kelompongan kuasa“ tersebut bakal diisi oleh regim zionis Israel yang dilihat semakin agresif melebarkan pengaruhnya terutamanya di kalangan negara-negara Teluk mahupun di Afrika.

Walaupun telah wujud ketika ini tanda-tanda kebangkitan dan penolakan terhadap pelebaran pengaruh geopolitik rejim zionis Israel di Asia Barat dan Afrika, Amerika Syarikat masih lagi mendukung dan menyokong kuat apa sahaja strategi yang dilaksana oleh rejim zionis Israel di kedua-dua rantau tersebut.

Secara logiknya, Amerika Syarikat dan sekutunya tidak mampu menangani konflik pelbagai hala dalam satu-satu masa walaupun mempunyai pelbagai kekuatan samada ekonomi dan ketenteraan. Yang paling dikhuatiri adalah kerjasama erat antara Rusia-China dan tampaknya ketika ini akibat daripada itu sudah mula wujud keretakan hubungan antara Amerika Syarikat dan sekutunya dari kalangan negara-negara Eropah.

Mampukah Amerika Syarikat dan sekutunya melemahkan Rusia mahupun China dalam usaha untuk mengukuhkan kembali kedudukan mereka sebagai kuasa utama geopolitik dunia? Dari apa yang dilihat saat ini, Rusia dan China mampu menenggelamkan Amerika Syarikat dan sekutunya sedikit masa lagi seterusnya mampu bangkit menjadi kuasa utama geopolitik dunia.

Namun jangan dilupa kuasa Dunia Islam di sebalik semua pertembungan kuasa-kuasa besar yang sedang berlaku kerana Islam adalah kuasa sedang bangkit. Jika negara-negara Dunia Islam yang mempunyai sumber kekuatan bangkit dan kemudiannya bersatu, maka ia bakal menenggelamkan semua kuasa-kuasa lain dimana ia amat ditakuti oleh Barat khususnya.

Semoga dunia aman daripada sebarang konflik yang mampu mencetuskan peperangan dan kita semua dilindungi oleh Allah SWT. 

Moga Islam mampu bangkit dan kembali menyinar di seluruh dunia.

Islam Menyatukan Umat 

Khalil Hadi

YB USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat
ADUN Batu Buruk – HARAKAHDAILY 19/2/2022

Tindakan Dato’ Dr Mohd Asri adalah benar.. Sokong beliau -IH

 

Komen Rakyat dalam blog ini..

DAP, hati-hati.. 'kes LTTE tu patut diteruskan siasatan'. -Mufti Perlis.

Lihat...  DAP, hati-hati.. 'kes LTTE tu patut diteruskan sia...

Mufti ingatkan orang Islam jangan sokong ekstremis

7 comments:

Anonymous said...

Mendiang kapal sink kata langkah mayat aku dulu untuk kata negara ini negara Islam.

Anonymous said...

Elok teruskan ltte tu. Sebabnya ramarama adalah salah sorang ajknya. Suara ltte ada suaranya kat malaysia. Melalui ramarama. Polis boleh buat siatan penglibatan ramarama dgn ltte.

Anonymous said...

*Tindakan bapa dan tiga anaknya memeluk agama Islam dalam tahun 2020 adalah tindakan yang sah di sisi undang-undang mengikut Perlembagaan Persekutuan* lama sebelum mahkamah sivil mengeluarkan perintah dalam tahun 2021.

*Bukti: Perkara  12(4) Perlembagaan Persekutuan* menyatakan bahawa *agama bagi seseorang yang berada di bawah umur hendaklah ditentukan oleh* ibunya atau *bapanya* atau penjaganya. *Maka* mahkamah sepatutnya mematuhi Perkara 12(4) dan menghormati hak bapa tersebut. Maka sepatutnya jabatan agama Islam diberi kuasa menjaga kanak-kanak tersebut.

*Fact:* Article 12(4) of the Federal Constitution says that *the religion of a person under the age of eighteen years shall be decided by his  parent or guardian.*

The word “his” includes “her”.
According to the Oxford English Dictionary, the word “parent” has been defined as “a father or mother”  (see Oxford English Dictionary Volume XI, page 222). The emphasis is on the word *'or'* which indicates that *a parent could be either a father or mother.*

Anonymous said...

Tindakan bapa dan tiga anaknya memeluk agama Islam dalam tahun 2020 adalah tindakan yang sah di sisi undang-undang mengikut Perlembagaan Persekutuan lama sebelum mahkamah sivil mengeluarkan perintah memberi hak penjagaan kepada ibu kanak-kanak tersebut dalam tahun 2021.

Bukti:

Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa agama bagi seseorang yang berada di bawah umur hendaklah ditentukan oleh ibunya atau bapanya atau penjaganya.

Maka mahkamah sepatutnya mematuhi Perkara 12(4) dan menghormati hak bapa tersebut. Maka sepatutnya jabatan agama Islam diberi kuasa menjaga kanak-kanak tersebut kerana kanak-kanak tersebut telah memeluk agama Islam melalui bapa mereka.

Fact:

Article 12(4) of the Federal Constitution says that the religion of a person under the age of eighteen years shall be decided by his parent or guardian.

The word “his” includes “her”.
According to the Oxford English Dictionary, the word “parent” has been defined as “a father or mother” (see Oxford English Dictionary Volume XI, page 222). The emphasis is on the word 'or' which indicates that a parent could be either a father or mother.

Anonymous said...

Tuan ibnuhasyim yang dihormat,

Saya mohon komen 6:37pm dipadam kerana komen 6:44 pm adalah lebih jelas dari komen 6:37 pm

Anonymous said...

Dr rama sepatutnya rujuk article jangan bantai keromo jer. Ikut emosi. Culik lah, bawak larilah. Perlembagaan jelas.

Anonymous said...

Tindakan Dato’ Dr Mohd Asri adalah benar dan selari dengan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan perkara 12(4) dll. Maka tidak berlaku perlanggaran undang-undang.

Johor jadi ‘guru’ negeri lain.. mana integriti? -Preessiden PAS

 

1. Johor boleh jadi ‘guru’ negeri lain

KOTA TINGGI: Rakyat Johor diseru agar memilih sebuah parti yang mampu memerintah dengan penuh berintegriti tanpa terpalit sebarang isu salah laku.

Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, berhasrat agar negeri itu menjadi ‘guru’ kepada negeri lain dalam berpolitik.

Beliau berkata, Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah lalu merupakan contoh terbaik untuk diteladani rakyat Johor dalam memilih parti yang mampu mengemudi kerajaan dengan baik.

“Orang Sabah dalam PRN Sabah boleh menang besar, orang Sabah boleh buat, takkan orang Johor tak boleh buat.

“Kita harap jangan salah mengundi, 60 tahun kita salah mengundi, negeri kita hasilnya banyak, wawasan 2020 matlamatnya banyak tapi salah undi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Majlis Pelancaran Perikatan Nasional (PN), di sini, semalam.

Turut hadir Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi Gerakan, Senator Dato’ Dr Dominic Lau Hoe Chai, Pengerusi STAR, Dato’ Sri Jeffrey G. Kitingan Pengerusi SAPP, Dato’ Sri Yong Teck Lee.

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Pengerusi Bersatu, Dato’ Sri Azmin Ali, Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari, Timbalan Setiausaha PN, Dato’ Sri Takiyuddin Hassan.

Abdul Hadi berkata, Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) perlu dijadikan pengajaran kepada semua rakyat khususnya pengundi di Johor untuk memilih kerajaan yang bebas daripada sebarang salah laku jenayah.

Beliau turut menasihatkan agar rakyat Johor tidak terpedaya dengan manifesto pihak musuh yang diibaratkan indah khabar daripada rupa.

“PKR-PH ni parti penipu, janji nak hapuskan tol, PTPN, janji bermacam-macam tapi tak ditunaikan,” katanya.

Justeru katanya, rakyat Johor wajar memberikan mandat kepada PN untuk mentadbir kerajaan kerana pihaknya tidak akan menaburkan janji-janji kosong kepada pengundi mereka. – HARAKAHDAILY 19/2/2022

2. Daripada mana datangnya integriti?

PERKATAAN integriti berkembang daripada perkataan integer iaitu kata sifat dalam Bahasa Latin, yang bermaksud keseluruhan (whole) atau lengkap (complete). Seterusnya, ia diterjemahkan pula dengan istilah moral dengan maksud kejujuran yang dilengkapi oleh ketegasan dalam melaksanakan perkara yang betul, serta menunjukkan kepatuhan tanpa kompromi terhadap prinsip, nilai moral dan etika yang kuat.

Manakala dalam Islam pula disebutkan dengan perkataan ikhlas, amanah dan beristiqamah. Kesemua sifat ini lahir daripada hidayah (petunjuk) sebenar yang dikurniakan oleh Allah SWT dalam hati manusia yang menjadi raja memerintah seluruh anggota jasad. Hati juga bertindak melakukan amalan yang soleh dalam semua perkara agama dan dunia, bukannya berlagak atau berlakon.

Perkara tersebut telah dinyatakan oleh sabda Rasulullah SAW:

‌أَلَا ‌وَإِنَّ ‌فِي ‌الجَسَدِ ‌مُضْغَةً، ‌إِذَا ‌صَلَحَتْ ‌صَلَحَ ‌الجَسَدُ ‌كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الجَسَدُ كُلُّهُ، أَلَا وَهِيَ القَلْبُ.

“Ingatlah! Bahawa dalam jasad manusia terdapat segumpal daging, apabila baik (gumpalan daging tersebut) maka baiklah seluruh jasadnya; dan jika ia buruk, maka jahatlah seluruh jasadnya. Ingatlah! Bahawa segumpal daging itu ialah jantung (hati yang menyalurkan perasaan).” (Riwayat al-Bukhari 52 dan Muslim 1599)

Al-Quran ialah petunjuk yang dipohon kepada Allah SWT dalam setiap rakaat solat oleh penganut Islam yang taat. Manusia sentiasa meminta hidayah (petunjuk) kepada hati yang digerakkan oleh perasaan, dan ia diminta secara bermunajat kepada Allah Pencipta alam.

Allah SWT juga Tuhan kepada makhluk manusia yang telah ditugaskan beramal di alam dunia secara khusus supaya beribadat (mematuhi secara mutlak dalam semua urusan) yang ditetapkan oleh Allah SWT, berkhilafah (mentadbir) dan beramanah (menunaikan perintah Allah) dengan hidayah (petunjuk Allah). Hanya mereka yang bertaqwa sahaja dapat melaksanakannya secara sempurna dengan memenuhi ciri-ciri yang melahirkan konsep integriti yang sebenar.

Firman Allah SWT:

﴿الٓمٓ١ ذَٰلِكَ ٱلۡكِتَٰبُ لَا رَيۡبَۛ فِيهِۛ هُدٗى لِّلۡمُتَّقِينَ٢ ٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِٱلۡغَيۡبِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقۡنَٰهُمۡ يُنفِقُونَ٣ وَٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ وَمَآ أُنزِلَ مِن قَبۡلِكَ وَبِٱلۡأٓخِرَةِ هُمۡ يُوقِنُونَ٤ أُوْلَٰٓئِكَ عَلَىٰ هُدٗى مِّن رَّبِّهِمۡۖ وَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ٥﴾

“Alif, Laam, Miim. (1); Kitab al-Quran ini, tiada sebarang keraguan padanya; ia menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa. (2); Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, mendirikan sembahyang dan membelanjakan (menafkahkan) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka. (3); Dan juga mereka yang beriman kepada Kitab (al-Quran) yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya kehidupan akhirat. (4)Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk daripada Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya. (5)” (Surah al-Baqarah: 1-5)

Mereka yang bertaqwa itu dinyatakan dalam ayat ini bahawa percaya dengan ikhlas kepada semua rukun iman. Pada masa yang sama, mengerjakan amal soleh dengan diri dan harta dalam hubungan dengan Allah SWT, manusia dan alam sekeliling.

Segala aspek tersebut sangat berkaitan dengan peranan manusia yang ditetapkan oleh Allah SWT dalam semua urusan kehidupan, hingga membawa kepada mati dan dihidupkan semula di alam akhirat kelak. Hal ini menunjukkan bahawa tugas manusia itu tidak ditamatkan dengan kematiannya di alam dunia.

Keikhlasan itu datangnya hanya dengan beriman kepada Allah semata-mata, dengan  beraqidah tauhid (percaya kepada Tuhan yang Maha Esa), perkara yang ghaib dan Hari Akhirat yang menjadi asas. Perkara tersebut telah dinyatakan dalam semua kitab suci yang asal, bukannya dalam kitab suci yang telah diubah oleh berbagai-bagai agama yang sudah dipinda atau dicipta oleh manusia.

Aqidah tauhid dan kepercayaan kepada Allah SWT, Tuhan yang Maha Esa dan adanya Hari Akhirat selepas kematian, merupakan asal kepercayaan awal manusia pertama iaitu Nabi Adam AS yang mula-mula sekali diciptakan oleh-Nya. Adapun melantik tuhan-tuhan selain Allah SWT dan mencipta petunjuk selain itu datang kemudian daripada Baginda AS, selepas sepuluh abad kewafatannya.

Apabila manusia terkeluar dan tergelincir daripada fitrahnya dalam aspek ketuhanan, maka diciptakan teori-teori dan undang-undang di luar tabii (fitrah). Justeru, Allah SWT membetulkan keadaan itu dengan pelantikan para rasul yang silih berganti dan kitab suci yang diwahyukan bersama mereka, sehinggakan ia berakhir dengan kedatangan Rasul akhir zaman dan kitab suci al-Quran yang telah dijanjikan dalam semua kitab suci agama.

Kepercayaan kepada Allah SWT dianuti oleh semua agama yang berbeza zaman dan para rasul. Adapun melantik tuhan selain daripadanya, maka selepasnya diadakan perubahan.

Kepercayaan kepada Tuhan mewajibkan integriti menjadi sebahagian daripada ajaran fitrah manusia yang bermoral dan ia dianut oleh umat beragama yang masih menerima sifat fitrah manusia.   

Berbalik kepada konsep integriti yang menjadi tajuk di atas, ia hanya lahir daripada keimanan yang mencipta sifat taqwa daripada hati yang memperhambakan diri kepada Allah SWT sahaja. Dalam pada itu, menolak adanya tuhan-tuhan yang lain dan percaya kepada Hari Akhirat yang menjadi wawasan manusia yang sebenar.

Integriti juga berlaku dengan kepatuhan kepada undang-undang Allah SWT dan juga undang-undang ciptaan manusia yang diizinkan oleh-Nya. Namun, undang-undang Allah SWT merupakan undang-undang yang paling tinggi mengatasi semua, sehingga tiada siapa yang kebal daripada tindakan undang-undang sekiranya wujud salah laku termasuklah para rasul yang dilantik oleh Allah SWT dan dipelihara sifatnya.

Begitu juga, para pemimpin dan pemerintah yang dilantik oleh manusia yang paling tinggi kedudukannya seperti raja, Presiden atau Perdana Menteri. Hal ini dijelaskan oleh firman Allah SWT:

﴿وَلَقَدۡ أُوحِيَ إِلَيۡكَ وَإِلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكَ لَئِنۡ أَشۡرَكۡتَ لَيَحۡبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡخَٰسِرِينَ٦٥﴾

“Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu sebelummu: ‘Demi sesungguhnya! Jika kamu (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah), nescaya akan gugur (terhapus) amalmu, dan tentulah kamu akan tetap termasuk daripada kalangan orang-orang yang rugi.’” (Surah al-Zumar: 65)

Islam yang meletakkan urusan politik sebahagian daripada ajarannya, paling awal mendahului selama beberapa abad dalam melaksanakan konsep pemisahan kuasa badan kehakiman yang menjadi kebanggaan demokrasi Barat. Konsep pemisahan kekuasaan, atau trias politica Barat sebenarnya berasal dari Perancis pada abad ke-18 (Masihi), ketika ahli falsafah sosial dan politik Montesquieu menerbitkan karya The Spirit of the Laws yang terkenal pada tahun 1748. 

Dianggap sebagai salah satu daripada karya terbesar dalam sejarah teori politik dan perundangan, maka The Spirit of the Laws diyakini telah mengilhamkan kepada penggubalan dua undang-undang iaitu Perlembagaan Amerika Syarikat (Constitution of the United States) dan Perisytiharan Hak-hak Manusia dan Warganegara Perancis (Declaration of the Rights of the Man and of the Citizen).

Bagi tujuan menetapkan pemimpin yang menjadi teladan dalam berintegriti, Rasulullah SAW telah melaksanakan konsep pemisahan kuasa antara pemerintah, pentadbiran dan kehakiman sewaktu menegakkan negara Islam di Madinah lebih awal (pada abad keenam Masihi). Kemudiannya, ia diikuti oleh para Khulafa’ al-Rasyidin RA selepasnya dalam banyak peristiwa kehakiman yang melibatkan antara ketua negara dengan rakyat, termasuklah rakyat bukan Islam dalam kalangan masyarakat majmuk.

Sebelum kewafatannya ketika sedang sakit, Rasulullah SAW datang ke masjid lalu bertanyakan sesiapa yang ada sekiranya terdapat salah laku dirinya dan menyuruh agar tampil menyatakannya agar Baginda SAW dihukum.

Dalam peristiwa yang lain, ketika Rasulullah SAW dituntut supaya membebaskan seorang bangsawan yang mencuri, lantas dengan tegas Baginda menyatakan seandainya puteri kesayangannya iaitu Fatimah mencuri, nescaya Baginda akan memotong tangannya.

Rasulullah SAW juga pernah membuang buah tamar yang merupakan zakat yang dimakan daripada mulut cucu kesayangannya.

Contoh yang lain, Khalifah ‘Umar bin al-Khattab RA membawa masalah yang dihadapinya ke mahkamah di hadapan Hakim Syuraih RH dengan tidak menggunakan kedudukannya sebagai ketua negara, apabila berlaku pertelingkahannya dengan seorang Badwi. Hal ini demikian kerana, kuda yang beliau beli didapati cacat selepas haiwan itu digunakan.

Begitu juga, kisah yang melibatkan Khalifah ‘Ali RA dengan seorang Yahudi (bukan Islam) dan Khalifah Muhammad al-Fateh RH yang salah laku terhadap seorang penganut Kristian daripada kalangan rakyatnya, di mana ketua negara tidak boleh mengatasi undang-undang negara.

Firman Allah SWT:

﴿۞يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّٰمِينَ بِٱلۡقِسۡطِ شُهَدَآءَ لِلَّهِ وَلَوۡ عَلَىٰٓ أَنفُسِكُمۡ أَوِ ٱلۡوَٰلِدَيۡنِ وَٱلۡأَقۡرَبِينَۚ إِن يَكُنۡ غَنِيًّا أَوۡ فَقِيرٗا فَٱللَّهُ أَوۡلَىٰ بِهِمَاۖ فَلَا تَتَّبِعُواْ ٱلۡهَوَىٰٓ أَن تَعۡدِلُواْۚ وَإِن تَلۡوُۥٓاْ أَوۡ تُعۡرِضُواْ فَإِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٗا١٣٥﴾

“Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kalian menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, dan menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kalian sendiri, ataupun ibu bapa dan kaum kerabat kalian. Jika orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kalian terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kalian bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada kedua-duanya. Oleh itu, janganlah kalian mengikuti hawa nafsu supaya kalian tidak menyeleweng daripada keadilan. Dan jika kalian memutar-balikkan (kata-kata) ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui akan segala apa yang kalian lakukan.” (Surah al-Nisa’: 135)

Firman Allah SWT:

﴿يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّٰمِينَ لِلَّهِ شُهَدَآءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا يَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنَ‍َٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعۡدِلُواْۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ٨﴾

“Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kalian semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan kebenaran kerana Allah, menjadi saksi dengan adil; dan janganlah sekali-kali kebencian kalian terhadap sesuatu kaum itu mendorong kalian untuk tidak berlaku adil. Hendaklah kalian berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kalian lakukan.” (Surah al-Ma’idah: 8)

Hanya sifat taqwa yang lahir daripada iman yang ikhlas kepada Allah SWT sahaja mewajibkan seseorang itu berintegriti dengan konsisten bukannya secara berpura-pura. Hal ini demikian kerana, berkeyakinan bahawa tindakan yang salah akan diulang bicara di hadapan Allah SWT pada Hari Kiamat nanti, walaupun terlepas kerana penyalahgunaan kuasa atau bersembunyi di alam dunia.

Al-Quran menegaskan bahawa semua amalan manusia dicatat oleh para malaikat dan anggotanya sendiri menjadi saksi di mahkamah Allah. Firman Allah SWT:

﴿وَإِنَّ عَلَيۡكُمۡ لَحَٰفِظِينَ١٠ كِرَامٗا كَٰتِبِينَ١١ يَعۡلَمُونَ مَا تَفۡعَلُونَ١٢﴾

“Padahal sesungguhnya, bagi kalian terdapat malaikat-malaikat yang mengawasi segalanya (perbuatan kalian). (10); (Mereka ialah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kalian). (11); Mereka mengetahui apa yang kalian lakukan. (12)” (Surah al-Infitar: 10-12)

Firman Allah SWT:

﴿إِذْ يَتَلَقَّى الْمُتَلَقِّيَانِ عَنِ الْيَمِينِ وَعَنِ الشِّمَالِ قَعِيدٌ١٧ مَّا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ١٨﴾

“(Iaitu) ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri. (17); Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada berdekatannya malaikat pengawas yang selalu hadir. (18)” (Surah Qaf: 17-18)

Firman Allah SWT:

﴿ٱلۡيَوۡمَ نَخۡتِمُ عَلَىٰٓ أَفۡوَٰهِهِمۡ وَتُكَلِّمُنَآ أَيۡدِيهِمۡ وَتَشۡهَدُ أَرۡجُلُهُم بِمَا كَانُواْ يَكۡسِبُونَ٦٥﴾

“Pada hari ini Kami materikan mulut mereka; dan (sejurus itu diberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (akan kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.” (Surah Yasin: 65)

Hanya mereka yang bertaqwa sahaja takut akan Allah SWT dan bertanggungjawab dengan adil dan sempurna dalam semua urusan. Perkara disebutkan oleh firman Allah SWT:

﴿وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٞ وِزۡرَ أُخۡرَىٰۚ وَإِن تَدۡعُ مُثۡقَلَةٌ إِلَىٰ حِمۡلِهَا لَا يُحۡمَلۡ مِنۡهُ شَيۡءٞ وَلَوۡ كَانَ ذَا قُرۡبَىٰٓۗ إِنَّمَا تُنذِرُ ٱلَّذِينَ يَخۡشَوۡنَ رَبَّهُم بِٱلۡغَيۡبِ وَأَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَۚ وَمَن تَزَكَّىٰ فَإِنَّمَا يَتَزَكَّىٰ لِنَفۡسِهِۦۚ وَإِلَى ٱللَّهِ ٱلۡمَصِيرُ١٨﴾

“Dan orang yang berdosa tidak akan memikul dosa akibat perbuatan orang lain. Dan jika seseorang yang berat tanggungan dosanya memanggil (orang lain) untuk memikul dosanya itu tiadalah akan dipikulkan untuknya sedikit pun meskipun (yang diminta pertolongannya itu) kaum kerabatnya sendiri. Sesungguhnya kamu (wahai Muhammad) dapat memberikan peringatan hanya kepada orang-orang yang takut akan azab Tuhannya (sekalipun) mereka tidak melihat-Nya dan mereka mendirikan sembahyang. Dan sesiapa yang mensucikan dirinya, sesungguhnya dia mensucikan diri untuk kebaikan dirinya sendiri. Dan kepada Allah jualah tempat kembali.” (Surah Fatir: 18)

Walaupun terdapat persamaan dari segi perkataan dan tafsiran integriti, namun Islam sangat berbeza dengan kefahaman dan objektif integriti yang terdapat dalam ideologi dan teori ciptaan manusia. Hal ini disebabkan aspek rohani yang tumbuh daripada keimanan melahirkan ketaqwaan yang sempurna wujud dalam ajaran Islam.

Hal ini sekali gus menegaskan bahawa manusia bukan sahaja dikawal oleh undang-undang yang zahir secara terbuka. Bahkan, mereka juga dikawal oleh aspek rohani tentang adanya soal dosa dan pahala di hadapan Allah Pencipta alam yang Maha Berkuasa, lagi Maha Mengetahui yang zahir mahupun yang tersembunyi.

Adapun salah laku dan ketiadaan integriti daripada mereka yang menganut Islam tidak boleh menjadi ukuran kepada ajaran Islam. Hal ini demikian kerana, Allah SWT membahagikan penganut Islam itu kepada beberapa golongan sebagaimana firman-Nya:

﴿ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٞ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡهُم مُّقۡتَصِدٞ وَمِنۡهُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٰتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٰلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡكَبِيرُ٣٢﴾

“Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih antara hamba-hamba Kami, lalu antara mereka ada yang berlaku zalim terhadap diri mereka sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran), antara mereka juga ada yang bersikap sederhana dan antara mereka (pula) ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Oleh yang demikian, itu adalah kurniaan yang amat besar (daripada Allah).” (Surah Fatir: 32)

Islam berjaya melaksanakan konsep adil kepada semua manusia dalam konteks masyarakat majmuk. Kerajaan Islam ialah kerajaan yang paling berjaya sehingga mampu bertahan selama beberapa abad lamanya (lebih daripada 14 abad) kerana mempunyai integriti dalam pelaksanaan Islam. Perkara ini adalah berpandukan firman Allah SWT:

﴿۞إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُواْ بِٱلۡعَدۡلِۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعَۢا بَصِيرٗا٥٨ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِي ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡۖ فَإِن تَنَٰزَعۡتُمۡ فِي شَيۡءٖ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِۚ ذَٰلِكَ خَيۡرٞ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلًا٥٩﴾

“Sesungguhnya Allah menyuruh kalian supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kalian menjalankan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kalian menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kalian. Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (58); Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah kalian kepada Allah dan taatilah kalian kepada Rasul-Nya dan kepada Ulil Amri (para pemimpin) daripada kalangan kalian. Kemudian, jika kalian saling berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kalian mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya; jika kalian benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Oleh yang demikian, itu adalah lebih baik (bagi kalian), dan lebih elok pula kesudahannya. (59)” (Surah al-Nisa’: 58-59)

Kejatuhan kerajaan Islam pada zaman mutakhir berlaku apabila para pemimpin dan umatnya tidak beramal dengan ajaran dan petunjuk Islam, bukanlah disebabkan oleh kelemahan ajaran Islam. Adapun kejatuhan semua kerajaan yang lain adalah berpunca daripada kelemahan ajaran dan ideologi masing-masing.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 14 Rajab 1443 / 17 Februari 2022 – HARAKAHDAILY 17/2/2022