Saturday, March 05, 2022

2 faktor perubahan dalam PRN Johor. -Datuk Awang Hashim

 

Dua faktor berlaku perubahan PRN Johor.

PONTIAN: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Awang Hashim berkata, pertembungan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor agak natural dan lateral walaupun Umno mendakwa kuat.

Menurutnya, Umno mempunyai agenda dengan mencetuskan PRN kali ini.

“Saya tengok pada kali ini pertembungan agak natural dan lateral walaupun parti Umno kata dia kuat. Sebab dia kena yakinkan sebab dia memaksa kita untuk menghadapi PRN Johor, yang dicreated oleh Umno.

“Umno yang mencetuskan pilihan raya di negeri Johor ini yang menyebabkan kita pun terpaksa dan rakyat pun belum bersedia dengan pilihan raya kali ini, tetapi Umno ini ada agenda dia,” ujarnya kepada Harakahdaily, di sini.

Sehubungan itu, beliau menjangkakan akan berlaku perubahan pada PRN Johor kali ini kerana para pengundi merasa bosan dengan keadaan sekarang.

Tambahnya, faktor kedua yang menyebabkan boleh berlaku perubahan itu kerana pengundi dalam kalangan undi 18 kali pertama mengundi pada PRN ini.

“Inilah yang saya kata berlaku perubahan yang saya rasa rakyat Johor yang sudah merasa boring dengan keadaan situasi sekarang, yang kedua undi 18 ini uncertainty,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pendang.

Menurutnya, pengundi 18 tahun juga tidak semestinya mengikut bapanya yang menyokong Umno.

“Maknanya kalau bapa dia Umno, dia tidak semestinya sokong Umno, yang ini sudah berlaku fenomena undi 18.

“Jadi kita tengoklah mana-mana pihak yang boleh menguasai undi 18 ini, mereka akan boleh kelebihan dalam PRN Johor pada kali ini,” katanya lagi.

Pada PRN Johor kali ini, Perikatan Nasional bertanding di semua 56 kawasan DUN melibatkan 33 calon daripada Bersatu, PAS (15) dan Gerakan (lapan).

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Mac sebagai tarikh pengundian bagi PRN Johor manakala pengundian awal pada 8 Mac. – HARAKAHDAILY 3/3/2022

Siri Analisis PRN Johor

  

Legenda bola sepak Belanda, pilih Islam. Al-hamdulillah.

 

Clarence Seedorf (kanan) dan isterinya, Sophia Makramati. - Foto ihsan Instagram

Clarence Seedorf peluk Islam

DUBAI: Legenda bola sepak Belanda, Clarence Seedorf mengesahkan dia sudah memeluk Islam.

Bekas pemain AC Milan, Real Madrid dan Ajax itu membuat pengumuman terbabit menerusi akaun media sosialnya, semalam.

Menerusi Instagram, dia menulis 'ucapan terima kasih yang teristimewa atas mesej indah untuk meraikan saya memeluk Islam.'

"Saya sangat gembira dan bersyukur untuk menyertai saudara baharu saya khususnya isteri saya, Sophia (Makramati) yang mengajar saya mengenai erti Islam dengan sangat mendalam.

"Saya tidak menukar nama saya dan akan terus menggunakan nama yang diberikan oleh ibu bapa saya, Clarence Seedorf."


Sebagai rekod, Seedorf muncul satu satunya pemain yang memenangi Liga Juara -Juara sebanyak tiga kali bersama tiga pasukan berbeza.

Isterinya, Sophia turut menulis menerusi Instagram 'saya sangat gembira dan berbangga menjadi sebahagian daripada detik indah untuk orang yang saya sayangi, Clarence Seedorf yang memeluk Islam.'

"Selamat datang dan semoga kamu akan terus dirahmati dan memberi inspirasi kepada seluruh dunia."

- AGENSI

Komen Weblog Ibnu HasyimLegenda bola sepak Belanda, Clarence Seedorf pilih Islam. Al-hamdulillah, kerana Islam bukan milik bangsa Melayu dan Arab sahaja, bahkan semua bangsa di dunia yang berfikiran tamaddun dan berkemajuan.

Semua kita akan bertemu di hari Akhirat, Insya Allah!

NATO beri ruang Rusia tingkat serangan udara. -Presiden Ukraine

 

Zelenskyy kritik NATO gagal wujudkan zon larangan terbang

KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, dalam nada penuh emosi mengkritik Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) kerana enggan mengenakan zon larangan terbang yang sekali gus memberi ruang sepenuhnya kepada Rusia meningkatkan serangan udara.

“Semua rakyat Ukraine yang mati mulai hari ini dan seterusnya, akan menemui ajal kerana kamu, kerana kelemahan kamu, kerana kekurangan perpaduan kamu

“Pakatan (NATO) telah memberi lampu hijau kepada pengeboman bandar dan kampung di Ukraine dengan enggan mewujudkan zon larangan terbang,” katanya.

Semalam, NATO menyatakan pendirian enggan mengenakan zon larangan terbang dengan memberi amaran bahawa tindakan demikian boleh mencetuskan perang lebih meluas di Eropah, menentang Rusia yang mempunyai senjata nuklear.

“Apa yang pakatan mampu lakukan hari ini ialah meluluskan pemerolehan 50 tan bahan api diesel untuk Ukraine. Mungkin supaya kita boleh membakar Memorandum Budapest,” kata Zelenskyy merujuk kepada jaminan keselamatan 1994 kepada Ukraine sebagai pertukaran kepada penarikan senjata nuklear era Soviet.

“Anda tidak akan dapat membayar kami dengan setiap liter bahan api untuk setiap liter darah kami yang ditumpahkan untuk Eropah,” katanya.

Beliau berkata, rakyat Ukraine akan terus menentang dan telah memusnahkan rancangan Rusia untuk menceroboh negaranya dengan pantas, menjadikan sembilan hari yang berlalu dengan kegelapan dan kejahatan.

“Kami adalah pejuang cahaya. Sejarah Eropah akan mengingati ini selama-lamanya,” katanya. – TRTWORLD

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  NATO tidak boleh diharap dapat membela negara kecil dan tertindas.

Jom Tinjau Papua, 8 pemberontak di tembak..

 

Pemberontak di Papua, Indonesia tembak mati 8 juruteknik

JAYAPURA, INDONESIA: Kumpulan pemisah di wilayah Papua Indonesia hari ini mengaku bertanggungjawab menembak mati lapan juruteknik ketika mangsa membaiki tiang telekomunikasi di kawasan terpencil.

Lelaki bersenjata di daerah pergunungan menyerbu menara milik Telkomsel, sebuah syarikat telekomunikasi utama yang disokong kerajaan, pada Rabu, menurut tentera.

Kumpulan pemisah di Papua yang melancarkan pemberontakan terhadap pasukan keselamatan Indonesia selama beberapa dekad telah meningkatkan serangan baru-baru ini dengan menyasarkan pekerja yang mereka dakwa mempunyai kaitan dengan negeri itu.

Ketika serangan terbaharu itu, seorang juruteknik berjaya melarikan diri dan memberi amaran kepada pihak berkuasa, kata jurucakap tentera Papua Aqsha Erlangga.

"Ini adalah jenayah yang luar biasa," katanya dalam satu kenyataan.

Polis mengambil alih siasatan dan usaha memburu penjenayah sedang dijalankan, katanya. Usaha memindahkan mayat mangsa menggunakan helikopter dari lokasi terpencil semalam terhalang akibat cuaca buruk, kata Erlangga.

Tentera Pembebasan Kebangsaan Papua Barat, sayap tentera kumpulan pemisah utama Papua yang mengaku bertanggungjawab mendakwa mereka sebelum itu memberi amaran kepada orang awam untuk meninggalkan kawasan yang mereka sifatkan sebagai "zon perang."

"Oleh itu bagi kami, mereka yang ditembak adalah sebahagian daripada tentera atau polis Indonesia," kata jurucakap Sebby Sambom dalam satu kenyataan.

Serangan itu adalah antara yang paling tragik di Papua yang kaya dengan sumber.

Pada 2018, 19 pekerja sebuah syarikat pembinaan milik kerajaan ditembak mati oleh pemberontak ketika membaiki jambatan.

Papua berkongsi sempadan dengan Papua New Guinea yang merdeka di kepulauan New Guinea, hanya di utara Australia.

Bekas tanah jajahan Belanda, Papua mengisytiharkan kemerdekaan pada 1961 tetapi Indonesia mengambil alih kawalan dua tahun kemudian, menjanjikan satu referendum.

Undian berikutnya, memihak untuk kekal sebagai sebahagian daripada Indonesia yang diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada masa itu, secara meluas dianggap palsu. - AFP


PemimpinNurul HidayahKawasan utamaPapua dan Papua BaratIdeologiNasionalisme Papua Liberalisme SekularismeSekutu Vanuatu[1][2]
 Kepulauan Solomon[3]
 Senegal[4]
 Tonga[5]
Libya Libya (s.1987–s.1990-an)[6]
Lawan Indonesia
 Australia
 Papua New Guinea[7][8][9]
 Kesatuan Soviet (1962–1964)
 Amerika Syarikat (1969–1992)
Ditetapkan sebagai kumpulan pengganas oleh IndonesiaBenderaMorning Star flag.svg
Organisasi Papua Merdeka
OPM
Netherlands New Guinea coa 1961.svg

Hibur Hibur Sikit : Lagu Rakyat Papua....