Saturday, March 12, 2022

TIDAK RASMI: BN peroleh majoriti 2/3

 

Barisan Nasional (BN) memperoleh kemenangan majoriti dua pertiga, bersandarkan keputusan kiraan undi tidak rasmi. Foto NSTP

PEKAN NANAS (N55)
BARISAN NASIONALTAN ENG MENG
11024
PAKATAN HARAPANYEO TUNG SIONG
6189
PARTI PERIKATAN NASIONALDATO' TAN
2741
LARKIN (N44)
BARISAN NASIONALMOHD HAIRI BIN MAD SHAH
16053
PARTI PERIKATAN NASIONALZULKIFLI BUJANG
9875
PARTI KEADILAN RAKYATDR. ZAMIL NAJWAH
6448
SUNGAI BALANG (N16)
BARISAN NASIONALSELAMAT BIN TAKIM
8294
PARTI PERIKATAN NASIONALDATUK HJ ZAINUDIN BIN SAYUTI
6001
PARTI KEADILAN RAKYATCIKGU ABDULLAH
3576

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) memperoleh kemenangan majoriti dua pertiga, sekali gus menepati sasaran gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-15.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, ketika mengumumkan perkara itu berkata ia bersandarkan keputusan kiraan undi tidak rasmi.

Siri Analisis PRN Johor

  


Bubar Parlimen bergema di UMNO Johor

 

Laungan ‘bubar Parlimen’ bersahutan di ibu pejabat UMNO Johor, selepas BN dikatakan melakar kemenangan dua pertiga, menerusi keputusan tidak rasmi. Foto NSTP

SEDILI (N36)
BARISAN NASIONALMUSZAIDI BIN MAKMOR
5679
PAKATAN HARAPANTOK MAT KHAIRI
0
PARTI PERIKATAN NASIONALABANG HASNOL
0
MAHKOTA (N29)
PARTI PERIKATAN NASIONALMOHAMAD NOR LINGAN
0
PARTI WARISAN SABAHMOHAMED NOOR BIN SULEIMAN
0
PAKATAN HARAPANTAQIUDDIN CHEMAN
0
BUKIT PASIR (N08)
BARISAN NASIONALMOHAMAD FAZLI BIN MOHAMAD SALLEH
6048
PARTI PERIKATAN NASIONALIQBAL RAZAK
5850
PAKATAN HARAPANELIA NADIRA
4676

JOHOR BAHRU: Laungan 'bubar Parlimen' terus bersahutan di ibu pejabat UMNO Johor, selepas Barisan Nasional (BN) dikatakan melakar kemenangan dua pertiga, menerusi keputusan tidak rasmi.

Gesaan dalam kalangan dipercayai penyokong dan ahli UMNO itu tercetus apabila Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sedang bergerak untuk ke pentas utama.

Meski dihimpit dengan laungan sedemikian, Ismail Sabri yang dikelilingi pengawal keselamatan dilihat sekadar tunduk membisu, tanpa memberikan sebarang perhatian terhadap kumpulan terbabit.

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menggesa supaya Perdana Menteri mengambil keputusan segera dengan membubarkan Parlimen untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Percaturan itu dikatakan bertepatan dengan masanya, memandangkan sentimen dalam kalangan rakyat dipercayai memihak kepada UMNO dan BN, susulan kemenangan bertali arus menerusi beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini.

Pusat mengundi ditutup, proses kira undi bermula

 

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membawa beg berisi kertas undi dan kelengkapan dari pusat pengundian Balai Raya Pulau Besar bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenggaroh  dengan menaiki bot dan tiba di Jeti Mersing kira-kira pukul 1.20 tengah hari ini.

JOHOR BAHRU: Proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, yang bermula 8 pagi tadi, tamat selepas 1,021 pusat mengundi ditutup sepenuhnya pada 6 petang ini.

Sejurus selepas pusat pengundian ditutup, kesemua peti undi dari 4,638 saluran dibawa ke 56 pusat penjumlahan undi sebelum keputusan rasmi PRN Johor diumumkan malam ini.

Pada 8 Mac, sebanyak 36,729 kertas undi pos dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan kira-kira 87 peratus atau 18,625 pengundi yang terdiri daripada anggota polis, tentera dan pasangan mereka menunaikan tanggungjawab untuk mengundi awal.

PRN Johor kali ini menyaksikan 239 calon daripada 15 parti politik bertanding merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Seramai 2,539,606 pengundi biasa daripada sejumlah 2,597,742 pemilih berdaftar bagi PRN kali ini layak mengundi hari ini.

Sehingga 4 petang tadi, separuh daripada jumlah pengundi biasa itu melaksanakan tanggungjawab mereka di pusat-pusat pengundian.

PRN Johor kali ini adalah pilihan raya pertama negara yang menyaksikan anak muda keluar mengundi bagi memilih wakil rakyat pilihan mereka, yang melibatkan 173,177 individu berusia 18 hingga 20 tahun.

Anak muda dibenarkan mengundi susulan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 yang menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun dan pendaftaran pengundi automatik diluluskan pada Mac 2019.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Pakatan Harapan (PH) mendapat mandat membentuk Kerajaan Negeri Johor selepas memenangi 36 kerusi DUN dengan DAP memperoleh 14 kerusi, Parti Amanah Negara (sembilan), PKR (lima) manakala Bersatu (lapan).

Barisan Nasional (BN) mendapat 19 kerusi manakala PAS hanya satu kerusi.

Bagaimanapun, kerajaan PH di Johor jatuh selepas Bersatu mengumumkan keluar daripada PH di peringkat Persekutuan pada 24 Feb 2020.

Susulan itu, Bersatu membentuk Perikatan Nasional (PN) yang turut disertai parti-parti di bawah BN serta PAS, sekali gus membentuk kerajaan negeri di Johor dengan 29 kerusi. – BERNAMA

Siri Analisis PRN Johor

  


2 jemaah ditembak ketika sedang solat di masjid. Siapa?

 

Foto hiasan

2 jemaah ditembak ketika sedang solat di masjid. 

MANILA: Dua jemaah ditembak selepas empat lelaki bersenjata masuk ke sebuah masjid, dalam satu serangan berani di Pagadian City di wilayah selatan Filipina, Zamboanga del Sur.

Manila Times melaporkan, polis berkata, serangan pada Khamis lalu itu menyebabkan Salman Maulana Palwa, 39 dan Edon Abas Palwa, 63, cedera.

Salman ialah Presiden Yayasan Jawatankuasa Pembangunan Asia Tenggara Inc.

Jurucakap polis wilayah, Mejar Shellamie Chang, berkata siasatan mendapati, sebelum kejadian, mangsa sedang solat di dalam masjid apabila empat suspek lelaki yang tidak dikenali itu masuk dan menembak mereka.

"Motif serangan tidak diketahui dan tidak jelas, sama ada ada kaitan dengan yayasan bukan berasaskan keuntungan Ustaz Palwa," katanya.

Berdasarkan maklumat, yayasan berusia 27 tahun itu membantu dan memberi peluang kepada umat Islam yang sangat memerlukan bantuan dan sokongan, untuk memartabatkan mereka ke status lebih tinggi dalam aspek amalan agama, ilmu, budi pekerti dan kedudukan ekonomi supaya menjadi individu yang lebih produktif dan takutkan Tuhan.

Penyerang melarikan diri dengan dua motosikal selepas serangan dan sedang diburu polis di Pagadian, di mana serangan senjata api bukan satu perkara luar biasa.

Shellamie berkata, mangsa dikejarkan ke hospital.

Penyiasat polis menemukan sejumlah 18 kelongsong peluru daripada pistol berkaliber 45, yang digunakan lelaki bersenjata itu.

"Kakitangan Balai Polis Bandar Pagadian menjalankan siasatan menyeluruh dan operasi susulan untuk mengenal pasti, mengesan dan menangkap suspek," katanya.

Keluarga mangsa atau yayasan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai tembakan itu. - AGENSI

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Siapa mereka mangsa dan pelaku? Kita belum jelaas maklumatnya..

Cikgu Mala d Kemelah & Gelombang perubahan di Johor.

 

Cikgu Mala mengundi di Balai Raya Felda Sekijang.

1. Cikgu Mala harap pengundi Kemelah keluar mengundi

SEGAMAT: Calon Perikatan Nasional (PN) DUN Kemelah, Normala Sudirman selesai mengundi di Balai Raya Felda Sekijang di sini, jam 9.36 pagi tadi.

Beliau tiba di pusat pengundi jam 9 pagi dan menjadi pengundi awal di balai raya yang terletak dalam DUN Kemelah.

“Alhamdulillah pagi ini cuaca baik. Saya berharap pengundi di Kemelah keluar mengundi dan jalankan tanggungjawab pada hari ini.

“Saya juga menyeru pengundi di perantauan balik ke Johor dan pengundi di DUN-DUN yang telah ditetapkan,” katanya yang mesra dengan panggilan Cikgu Mala.

Begitu juga kata beliau, pengundi muda kali pertama diharap dapat memberi sokongan kepada calon Perikatan Nasional yang merupakan seorang guru di Sekolah Kebangsaan Felda Kemelah, Segamat.

Proses pengundian berjalan dengan baik dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

DUN Kemelah memiliki 33,374 pengundi dengan menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Normala Sudirman (PN), Saraswati Nallathamby (BN), Norizan Sahardin (Pejuang) dan Dr Sulaiman Mohd Nor (PH).

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu, Dr. Sulaiman Mohd Nor memperoleh 10,836 undi menewaskan calon BN, Anuar Abd Manap yang mendapat 8,481 undi. – HARAKAHDAILY 12/3/2022

2. Gelombang perubahan dikesan di Johor

SEGAMAT: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff berharap pengundi Johor memilih pemimpin yang berkualiti, berintegriti dan berwibawa demi masa depan Bangsa Johor.

Katanya, beliau yakin Bangsa Johor kali ini lebih matang memilih pemimpin dan tidak taksub kepada parti yang sedia ada.

“Saya melihat perubahan baru terutama kebangkitan anak muda. Saya turun di DUN Machap berjumpa dengan anak muda. Mereka bangga menyatakan akan membuat perubahan dan menyokong Perikatan Nasional (PN),” katanya ketika ditemui di Bilik Operasi DUN Kemelah, semalam.

Begitu juga kata beliau, ketika bertemu dengan masyarakat di DUN Jementah, ramai yang mengakui sebelum ini tidak pernah memberi sokongan kepada Perikatan Nasional (PN).

Katanya, tetapi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini mereka akan membuat perubahan dan menyokong calon Perikatan Nasional.

“Saya kira ini satu gelombang baru berlaku. Harapan saya ia akan ditejemahkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

“Kita doakan semoga semua calon-calon kita dalam Perikatan Nasional akan diberi kemenangan oleh Allah SWT,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengucapkan terima kasih kepada semua jentera dari seluruh negara yang turun membantu PRN Johor. – HARAKAHDAILY 12/3/2022

Siri Analisis PRN Johor

  


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails