1. Kampung Batu Uban ‘diancam’ agenda pembangunan?
KAMPUNG Batu Uban, Gelugor secara zahirnya dilihat sedang berubah wajah kepada kepentingan ekonomi dan komersial sejajar arus pembangunan dan kemodenan menuju masa depan.
Namun hakikat sebenar, densiti tinggi pembangunan yang diadakan sekelilingnya adalah langkah strategik mengusir dan menghapus lenyapkan kampung tradisi bersejarah itu dari bumi Pulau Pinang.
‘Rampasan’ sistematik berselindung di sebalik pemodal kapitalis tersebut begitu gagah menjarah segala khazanah terkandung kerana ditatang ‘kerajaan penjajah’ alaf baharu yang menerajui kuasa.
Warisan yang menghampiri usia 300 tahun itu dengan sangat mudah mahu dikorbankan tanpa kompromi tidak lain hanyalah disebabkan ia telah bermula, tertegak dan berlegasi daripada Islam.
Bukti nyata itu jelas menjadi ‘mangsa’ dendam kesumat golongan kufar yang sentiasa dengki kepada agama Allah SWT, sedangkan peninggalan mereka pula diberi penjagaan dan perlindungan.
Lebih malang, lokasi terawal kependudukan di pulau tersebut terhakis sedikit demi sedikit lantaran sikap curang khianat politikus yang menggadai tanah sekangkang kera kepada pemaju kroni.
Sejarah yang dikuburkan
Menurut catatan yang ada, Kampung Batu Uban dibuka pada tahun 1730-an hasil perkenan Sultan Kedah, Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Muazzam Syah II yang bertakhta dari 1710 hingga mangkat pada 1778.
Hal ini diperkukuhkan lagi buktinya apabila Masjid Jamek di situ wujud sejak tahun 1734 setelah dirintis sebagai penempatan kemasyarakatan oleh Syeikh Mohammad Salleh al-Makkawi.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Nakhoda Nan Intan serta mempunyai hubungan dengan kerabat diraja Minangkabau turut direkod memilih Batu Uban menjadikan ia sebuah pelabuhan.
Malah, kedudukan Batu Uban selaku sebuah bandar turut berada dalam peta lakaran Kapten Walter Alves pada tahun 1763, yakni jauh lebih dahulu daripada kedatangan Francis Light tahun 1786.
Tetapi fakta itu cuba disemadikan, sebaliknya minda generasi sedaya upaya dipaksa untuk memperakukan bahawa si penjajah itulah kononnya penjasa yang mengembangkan tamadun di Pulau Pinang.
Intensif itu sehingga melobi kepada Organisasi Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) yang membawa pengiktirafan George Town sebagai Tapak Warisan Dunia.
Dengan status itu, segala artifak peninggalan penjajah dan imigran yang datang ke Pulau Pinang dipelihara dan dilindungi sebagai aset warisan sejarah serta dipromosikan untuk pelbagai tujuan berfaedah.
Juga pewartaannya menjadi satu jaminan untuk tidak disentuh oleh sebarang rombakan, jauh sekali diusik, sebaliknya dipertinggi dan dimartabatkan lagi dengan sanjungan serta penghormatan.
Berbeza nasib Batu Uban, sungguhpun letaknya kurang 10 kilometer dari George Town, namun jelas dilayan secara diskriminasi dan dianaktirikan, lalu dihimpit bangunan mewah bagi menggantikannya.
Kasihan sekali watan ini, setelah dijajah hingga Sultan sebagai tuan pemilik amanah nusa juga disanggah oleh muslihat penaklukan, anak bangsa era ini pasrah mengizinkan penjajahan baharu berlaku lagi.
Mustahil berkuasa tanpa tanah
Pengerusi Masjid Jamek Batu Uban, Sk Abdul Aziz Sk Mohamed tetap optimis warisan sejarah dan tanah kependudukan di situ masih terus dapat dipertahankan dengan syarat umat Islam bangun berjuang dan bersatu.
Cerita beliau, usaha agresif untuk mengambil tanah tersebut sebenarnya telah berlaku sejak tahun 1960-an lagi, tetapi ia banyak tergadai disebabkan sikap khianat ahli politik Melayu sendiri.
“Baitulmaqdis, Palestin bumi Anbiya’ beribu tahun. Allah sebut dalam Quran kan? Allah jaga. Tapi Batu Uban tak disebut dalam Quran, agak-agak Allah nak pandang kita? Allah akan pandang kita kalau kita beramal ikut (ketetapan) Dia,” ujarnya mengajak baki penduduk yang ada bersama mempertahankan tanah di situ atas semangat Islam.
Kerana bagi beliau, tindakan pihak-pihak yang mahu merobohkan warisan sejarah tersebut mempunyai persamaan dengan perbuatan Abrahah bersama tentera bergajahnya mahu meruntuhkan Kaabah.
Jelasnya, mereka itu mempunyai kedengkian terhadap Islam sepertimana Abrahah, namun beliau yakin kesatuan Islam akan membawa pertolongan Allah untuk memelihara Batu Uban sebagai milik umat Islam sebagaimana Dia menjaga Kaabah.
Membacakan ayat 55 surah an-Nur mengenai janji Allah memberikan kekuasaan kepada kalangan orang beriman dan beramal soleh, beliau mengingatkan mesej besar daripada ayat itu.
Kupas beliau, Allah telahpun menetapkan janji-Nya, tetapi terletak kepada orang Islam untuk beriman dan beramal soleh supaya tidak berlaku tanah diwarisi diambil hingga kuasa pemerintahan juga tidak layak diberikan kepada mereka.
Sk Abdul Aziz Sk Mohamed
Diabai dan dibiarkan
Setiausaha PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim sama sekali tidak dapat menolak untuk menyatakan nasib dan masa depan tanah umat Islam di negeri itu bagaikan persamaan di bumi Palestin.
Walaupun hal itu menyebabkan beliau diadukan ke siasatan polis, tetapi begitulah pemahaman mudah sebagaimana al-Quran iktibarkan kisah generasi terdahulu bagi pengajaran umat akhir zaman.
PAS beritahunya, menerusi Lajnah Pembangunan Tanah, Perumahan dan Orang Asal PAS Pusat sejak sekian lama telah mengangkat perhatian untuk warisan sejarah di seluruh negara kekal dipertahankan dan dipelihara oleh pihak berkuasa.
Kata beliau, perjuangan PAS untuk Kampung Batu Uban khususnya telah disuara ke perhatian pelbagai pihak termasuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Persekutuan sejak tahun 2006 lagi.
Hinggalah pada tahun 2012 ujarnya, telah menghantar memorandum kepada Dato’ Seri Dr Rais Yatim dan tahun 2013 kepada Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz; yakni selaku Menteri yang memegang portfolio berkaitan warisan ketika itu.
Pun begitu kesalnya, sehingga ke hari ini Kerajaan Negeri mahupun Persekutuan langsung tidak berusaha mewartakan Batu Uban sebagai warisan negara, jauh sekali untuk mendapat pengiktirafan UNESCO.
Sedangkan rumah ibadat kaum Sikh, Wadda Gurdwara Sahib di George Town telah diumum akan diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan walaupun ia berusia 122 tahun yakni jauh lebih muda dari Kampung Batu Uban.
IZWAN ABDUL HALIM – HARAKAHDAILY 19/3/2022
Setiausaha PAS Negeri Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim berkata, tanpa kesedaran generasi dan peranan pemimpin khususnya politik kerajaan, akan lebih banyak tanah asal dimiliki orang Islam tergadai semudahnya.
“Kita tak tau apa nak jadi 100 tahun lagi kalau tanah orang Islam dijual beli dan asyik bertukar milik? Kena gerak kesedaran generasi, kalau tidak banyak ‘Tanah Melayu’ ini akan hilang akhirnya.
“Kena ada kesedaran untuk reserved dari sikap rakus jual tanah-tanah ini. Yang kita kesal ada pemimpin Melayu juga jadi broker kepada pemaju. Sepatutnya mereka memimpin kesedaran dan adakan polisi untuk reserved.
“Tanah ini akan sentiasa jadi rebutan. Saya selalu bincang dengan PJ (Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang), Ustaz (Muhammad) Fauzi (Yusoff), terbaiknya adalah (kaedah) wakaf,” ujar beliau ditemui di Kampung Batu Uban, di sini Rabu lalu.
Jelas beliau yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah, Perumahan dan Orang Asal PAS Pusat, polisi atau usaha wakaf ini mesti diadakan menerusi Kerajaan Persekutuan terutama dalam mempertahan dan menyelamatkan tanah asal milik orang Islam.
Tegasnya, daripada pemilikannya tergadai bertukar tangan kepada kepentingan golongan kapitalis, adalah baik diperuntukkan dana kepada institusi Islam di bawah kerajaan untuk membeli tanah yang mahu dijual tersebut.
Seterusnya kata beliau, tanah tersebut distatuskan sebagai wakaf dengan diusahakan menjadi penempatan mahupun pembangunan atau dimajukan tanah itu bagi kepentingan umat Islam sendiri.
“Pulau Pinang ini sendiri sebenarnya banyak tanah wakaf, tetapi tidak dibangunkan. Jadi orang Islam kita bila lihat tiada apa-apa, mereka keluar (berpindah terusir kerana tidak mampu memiliki kediaman).
“Kalau tanah-tanah (yang hendak dijual) ini dibeli kemudian diwakafkan, lepas tu dimajukan, dibangunkan, ini akan tarik balik orang Islam dan orang Islam boleh jadi majoriti semula di sini (dalam pulau),” ujarnya.
Menurut beliau, kaum bukan-Islam begitu bersungguh dalam menjaga pemilikan mereka terutama berkaitan aset dan tanah antaranya menerusi peranan Jawatankuasa Penyelaras Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI).
Malah jelasnya, menerusi jawatankuasa tersebut misalnya di negeri ini, mereka cuba menjadikan tuntutan untuk segala peruntukan yang diberikan kepada masjid supaya turut diberikan kepada RIBI atas alasan hak saksama.
Beliau mengemukakan contoh antaranya rumah ibadat masyarakat Sikh iaitu Wadda Gurdwara Sahib di George Town yang berusia 122 tahun telah diumum akan mendapat status Warisan Kebangsaan tidak lama lagi.
Sedangkan kesalinya, permohonan seumpama untuk Kampung Batu Uban yang berusia hampir 300 tahun sebagai khazanah sejarah Islam-Melayu di negara ini tidak pernah diberi perhatian dan dilayan.
“Kami (rombongan Lajnah Tanah dan Peneroka PAS Pusat) pernah berjumpa Dato’ Seri Dr Rais Yatim (selaku Menteri berkaitan) tahun 2012 dahulu. Lepas tu dia diganti Dato’ Seri (Mohamed) Nazri (Abdul) Aziz (menerajui kementerian tersebut) juga kami pergi jumpa (tahun 2013),” maklum Iszuree.
Sejak sekian lama katanya, sudah tiga perempat tanah Kampung Batu Uban berpindah hak kepada pemaju yang turut bertukar ganti hasil peranan khianat ahli politik mengaut keuntungan ‘atas angin’.
Penduduk juga ceritanya, turut diperdaya dengan pelbagai janji termasuk oleh kerajaan diterajui DAP menawarkan unit rumah kediaman ganti, tetapi tapak pembinaan tidak diusahakan untuk kelulusan merancang.
Manakala sewa bulanan yang dijanjikan oleh pemaju kepada penduduk pula katanya, dengan nilai RM1,000 bagi sewa transit untuk setiap keluarga itu sehingga rumah ganti siap dibina, akhirnya diabaikan.
Keadaan tersebut kesali beliau, menyebabkan penduduk terusir keluar secara terhormat dari tanah kampung asal mereka itu.
Kesannya kata bekas Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang dipecat zaman Ketua Menteri, Lim Guan Eng itu, penduduk tersebut hilang penempatan dan mereka telah berpindah tinggal di merata tempat lain.
Apatah lagi ujar beliau, dengan pembinaan kondominium mewah berharga melebihi RM500,000 di tanah tersebut, sudah cukup memangsakan penduduk asal untuk kembali semula memiliki kediaman di situ.
“Kawasan kediaman yang (dijanjikan) nak dibangunkan (sebagai penempatan ganti) tu tak diluluskan pelan (pembangunan). Tidak tahu muslihat atau agenda siapa, tapi kerajaan negeri dan pemaju saling tuding jari. Kemudian tanah itu dibeli pemaju lain,” ceritanya. – HARAKAHDAILY 19/3/2022
2 comments:
AWAL 2025 ADALAH TAHUNNYA...!!
Bismillahhirrahmannirrahim.
Seperti yang telah dituliskan sebelum ini bahawa BN akan menang selesa di PRN Johor dan begitu juga kemenangan bergaya BN di PRN Melaka. Cuma jumlah kemenangan yang telah dituliskan adalah 42 kerusi DUN di Johor tetapi ketepatan sebenar adalah 40 Kerusi DUN.
Namun kekalahan memalukan buat parti Mahathir atau Pejuang telah saya nyatakan. Hajat terlalu melangit. Bertanding 42 kerusi kesudahanya"wang deposit" pun hangus. PRN Johor adalah nokhtah kepada kerier politik Mahathir.
Begitu juga dengan DAP, mereka kehilangan beberapa kerusi DUN di Johor dan ini juga telah saya tuliskan.
PN,Amanah, PKR, Muda, Warisan serta PAS juga mengalami nasib yang sama.
Cakap berdegar degar alih alih dapatlah kerusi saguhati iaitu PN atau Bersatu 3, PKR 1, Muda 1, PAS satu dan Amanah 1.
Apa yang di 'perdict' kan dan dituliskan ternyata benar belaka.
Seperti yang telah nyatakan dolu dolu bahawa perjalanan yang dilalui Malaysia bukanlah seperti yang tuan tuan mahukan.
Perjalanan ini ada matlamatnya. Sesiapa yang nampak dan faham apa yang ditulis, alhamdullilah, dipanjatkan kehadrat Allah SWT.
Itulah rentetan kejadian yang dituliskan.
Watak Menteri Besar yang dicanang namun watak yang terlantik sebagai MB Johor adalah watak yang tidak bersebut.
Silang kata dalam story board "perjalanan" Tanah Melayu, nampaknya semakin jelas walaupun ramai manusia yang tidak menjangkakan.
Raja yang memerintah tidak bersalah malahan MB Baru pun tidak merasai keanehanya.
Begitu juga dengan Bossku, dia juga tidak bersalah dalam 'percaturan" perjalanan ini. Beliau hanyalah 'asbab' bagi mereka yang mengetahui.
Apa yang berlaku kini adalah rencah rencah untuk Tanah Melayu beralih keprasa yang lebih mencabar lagi terutama Institusi Beraja.
Berlanjutan dari kemenangan BN di Johor, kini, akan tersingkap satu lagi lembaran atau prasa yang lebih mendebarkan. Kealpaan" yang disengaja kepada semua pihak adalah ketentuan yang tidak dapat dielakkan.
Inilah susur galur 'perjalanan " yang perlu dilalui olih Tanah Melayu menuju ketahun 2025.
Gegeran besar" politik negara bakal meletup selepas hari Raya , nantikan!!!
Pejalanan Malaysia kedestinasi "yang dijanjikan' semakin menghampiri iaitu seawal 2025.
Tulis berkobar-kobar....
Apa itu "perdict"?
Syeikh....."predict" lah....
Apa nak bangga sangat...sebelum menang canang calun lain utk MB...lepas menang boh calun lain...
Kokok jer berdegar2, ekor bergelumang tahi...
KHALAS....