Saturday, April 02, 2022

Kedatangan Ramadan, pimpinan DAP takkan mampu taklimat begini...

 

Kedatangan bulan Ramadan, medan tarbiah diri

ALHAMDULILLAH, bersyukur kepada Allah SWT, kerana mempertemukan lagi kita dengan bulan Ramadan Al-Mubarak. Kita melihat ada dalam kalangan keluarga, sahabat-handai dan saudara-mara kita ada yang tidak berkesempatan bertemu Ramadan pada tahun ini. Ini semua adalah ketentuan Allah SWT yang bersifat dengan Ar-Rahman dan Ar-Rahim.

Maka, hendaklah kita menjadikan bulan Ramadan ini sebagai medan tarbiah umat Islam dengan harapan mengecapi pengampunan dan darjat taqwa daripada Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 183:

 يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”

Para salafus soleh berdoa enam bulan agar bertemu Ramadan

Kita melihat para salafus soleh berdoa kepada Allah SWT selama enam bulan memohon agar dapat bertemu lagi dengan bulan Ramadan Al-Mubarak. Enam bulan mereka menunggu-nunggu kehadiran bulan yang mulia ini. Mereka bimbang, takut sekiranya tidak sempat untuk bertemu dengan Ramadan.

Alhamdulillah, sekali lagi kita diberikan peluang oleh Allah SWT pada tahun ini untuk berada dalam bulan Ramadan Kareem, untuk merebut sebanyak mana ganjaran yang terbentang luas. Apa yang terpenting adalah usaha kita untuk mendapatkan takwa iaitu rasa takut akan Keesaan Allah SWT.

Musibah tanda peringatan buat manusia

Apabila kita imbas, musibah Covid-19 yang melanda telah kita lalui masuk tahun ketiga sehingga menjadi bencana seluruh dunia. Kebelakangan ini pula dalam negara kita, banyak berlaku kejadian alam seperti banjir, ribut, tanah runtuh dan sebagainya menjadi peringatan kepada kita.

Jangan kita lupa betapa banyak nyawa telah dijemput oleh-Nya. Begitu juga kerosakan-kerosakan harta benda akibat musibah yang menimpa kita sebagai peringatan agar kembali bertaut sepenuhnya kepada Allah SWT yang Maha Berkuasa.

Jadikan Ramadan sebagai madrasah untuk mengislahkan diri kita untuk jadi insan yang tunduk kepada Allah.

Rebutlah pahala dengan enam amalan ini

Enam amalan yang ingin dikongsikan untuk kita merebut luasnya ganjaran pahala yang dikurniakan oleh Allah SWT dalam Ramadan ini;

1. Sentiasa berdoa supaya Allah SWT memberikan kita kesihatan yang baik agar kita mampu laksanakan ibadah dengan sempurna.

2. Mengimarahkan masjid dan surau dengan solat berjemaah dan beriktikaf.

3. Memperbanyakkan amalan-amalan sunat khususnya solat tarawih.

4. Memperbanyakkan membaca Al-Quran kerana Ramadan bulan diturunkan Al-Quran.

5. Bersifat pemurah dengan memperbanyakkan bersedekah.

6. Menjamu orang lain berbuka puasa.

Besar harapan kita agar Ramadan tahun ini lebih baik daripada sebelum ini. Aamin.

Wallahua’lam. – HARAKAHDAILY 2/4/2022

Komen Weblog Ibnu HasyimKedatangan Ramadan, pimpinan DAP dan sejenisnya takkan mampu taklimat begini kepada ahlinya.....

Kisah Seorang penyanyi Jalanan. Tegar M'sia-Indo..

 

Baru-baru ini, Tegar meraih tempat kelima dalam program realiti, Big Stage 2022 dan beroleh wang tunai RM10,000. Foto IG Tegar Septian

HALAMAN HIBURAN

Tegar tak malu kembali jadi penyanyi jalanan

KUALA LUMPUR: Tegar Septian, 21, tidak malu kembali menjadi penyanyi jalanan asalkan beroleh rezeki halal.

Tegar yang popular dengan lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang, aktiviti 'busking' dianggap salah satu sumber rezeki sejak dahulu lagi.

"Seperti yang saya pernah nyatakan, saya melangkah ikut arus. Contohnya, kita hadapi pandemik COVID-19 lantas sukar cari kerja terutama di Indonesia.

"Jadi, mahu atau tidak, kita kena cari wang untuk makan. Saya tiada rasa malu untuk mengamen (menyanyi di jalanan) kerana pekerjaan halal.

Tegar tidak gusar kembali membuat persembahan di jalanan asalkan rezeki diterima halal. Foto IG Tegar Septian

"Lantas, saya mengamen sahaja daripada tiada wang untuk makan," katanya kepada BH Online.

Tegar tidak gusar mengenai persepsi ramai terhadap penyanyi jalanan.

"Soal ini bergantung kepada pandangan setiap orang. Bagi saya, ini suatu pekerjaan serius kerana mengamen dapat membantu saya mencari nafkah," katanya.

Akui bapa kepada seorang anak ini, bayaran diterima daripada menyanyi di jalanan tidak lumayan, namun, mencukupi untuk menanggung kehidupan keluarga.

"Bergantung kepada keadaan. Jika saya mengamen dari jam 7 pagi sehingga 6 petang di Indonesia, dapatlah sekitar kira-kira RM100," katanya.

Baru-baru ini, Tegar meraih tempat kelima dalam program realiti, Big Stage 2022 dan beroleh wang tunai RM10,000.

Justeru, Tegar yang sudah pulang ke Indonesia, kelmarin, mahu menggunakan wang kemenangan itu untuk mengusahakan perniagaan makanan.

"Saya mahu menggunakan wang untuk membina rumah baharu dan membuka perniagaan makanan.

"Selebihnya, saya simpan untuk membeli kamera dan gitar untuk saya berkarya," katanya yang merancang menghasilkan single baharu selepas ini.

Tegar bersyukur peminat di Malaysia masih menerimanya dengan baik.

"Terima kasih kerana menerima saya dengan ikhlas seadanya. Saya bersyukur masih ada yang kenal saya walaupun pendengar saya dahulu semuanya sudah bertambah usia," katanya.

Tegar mula mencipta nama ketika berusia 11 tahun sebagai penyanyi jalanan dan tular di YouTube.

Tegar sudah merakamkan beberapa single seperti I Love You, Cinta Bohongan, Sahabat Kecil, Salahkah Aku Memujamu dan Cintamu Bukan Untukku. (BH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Artis-artis jalanan pun akan dihormati orang ramai, jika 'berhibur mengikut syariat'. Insya Allah dan al-hamdulillah!

Ramadan: Masjid Hagia Sophia Istambul & BeDaie, Juadah, M'sia..

 

Umat Islam menunaikan solat tarawih di Masjid Besar Hagia Sophia di Istanbul, Turki. - Foto AGENSI

1. Masjid Hagia Sophia adakan solat tarawih pertama selepas 88 tahun

ISTANBUL: Masjid Hagia Sophia di Turki mengadakan solat tarawih yang pertama dalam tempoh 88 tahun semalam.

Beberapa acara untuk Ramadan juga akan diadakan di masjid itu yang diubahsuai menjadi muzium pada 1934 dan kembali statusnya sebagai masjid pada 2020 apabila ia dibuka untuk ibadah pada 24 Julai tahun lalu.

Sebagai sebahagian daripada sekatan COVID-19 di Turki, bagaimanapun masjid berkenaan tidak dapat digunakan sejak penularan wabak berkenaan bermula kerana risiko jangkitan.

Tetapi, dengan kebanyakan penduduk sudah divaksinasi dan jumlah kes baharu serta kematian berkurangan, selain kes pulih meningkat setiap hari, pihak berkuasa Turki memutuskan untuk membuka semula masjid untuk Ramadan, bulan paling suci bagi umat Islam.

Hagia Sophia dibina pada tahun 532M dan dijadikan masjid pada tahun 1453 selepas penaklukan Istanbul.

Bangunan itu dijadikan sebagai gereja selama 916 tahun dan 86 tahun sebagai muzium. Tetapi, untuk kebanyakan kewujudannya dari 1453 hingga 1934 atau hampir 500 tahun ia berfungsi sebagai masjid.

Pada tahun 1985, Hagia Sophia dimasukkan ke dalam senarai Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Hagia Sophia juga antara destinasi pelancongan utama Turki dan tetap dibuka untuk pelawat domestik dan asing. - AGENSI

2. Ramadan: BeDaie sasar 100,000 khatam al Quran  

KOTA BHARU: Madrasah pengajian Islam digital pertama di Malaysia, BeDaie menyasarkan 100,000 rakyat Kelantan khatam al Quran sepanjang Ramadan ini.

Pengasas BeDaie, Muhammad Amar Mirza Ab Kadir Jailani berkata, hasrat itu diterjemahkan melalui kempen ‘Ngaji Kitab al Quran Bersijil Nombor Satu di Malaysia’.

Oleh itu kata beliau, pihaknya akan menempatkan 605 banting mengandungi imbasan QR untuk menyertai program atas talian itu di 605 masjid seluruh Kelantan.

“Kempen ini diadakan bertujuan untuk menyebarkan ilmu agama dan pengajian kitab secara bertalaqqi di seluruh masjid secara percuma sepanjang bulan Ramadan.

“Pelaksanaan program ini yang merangkumi program tadarus Al- Quran 30 Juzuk dengan bacaan 1 juzuk setiap hari, kelas hukum hakam dan fiqah secara harian,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian program berkenaan yang disempurnakan Timbalan Mufti Kelantan, Dato’ Nik Abdul Kadir Nik Mohamad di Masjid Muhammadi semalam.

Turut hadir Imam Tua Masjid Muhammadi, Khairul Azizi Mokhtar.

Amar Mirza juga berkata, Bedaie memperuntukkan dana sebanyak RM100,000 bagi melaksanakan kempen tersebut untuk membantu masyarakat mendalami ilmu agama.

“Peruntukan tersebut melibatkan penyediaan 605 bunting, bayaran pemasangan bunting di 605 masjid seluruh Kelantan dan menampung kos para asatizah.

“Kaedah pelaksanaan menggunakan bunting bertujuan untuk memudahkan orang ramai dengan mengimbas QR kod untuk akses secara percuma,” katanya.

Menurut beliau pelaksanaan kempen tersebut turut mendapat sokongan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik).

BeDaie melibatkan penyertaan ratusan ustaz dan ustazah serta ilmuwan agama dari pelbagai negara untuk menyebarkan ilmu agama secara atas talian.

“Usaha ini diharapkan dapat memberi impak yang positif terhadap pembangunan dan memartabatkan ilmu agama dalam kalangan masyarakat,” ujarnya. HARAKAHDAILY 2/4/2022

3. Masjid Muhammadi agih 1,000 juadah berbuka puasa 

KOTA BHARU: Masjid Muhammadi Kota Bharu akan mengagihkan sehingga 1,000 bungkus juadah berbuka puasa, moreh dan sahur setiap hari.

Imam Tua Masjid Muhammadi Khairul Azizi Mokhtar berkata, aktiviti tersebut tidak diadakan di masjid kerana mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

Katanya Masjid Muhammadi menyediakan makanan berbuka puasa secara bungkus untuk dibawa pulang ke rumah.

“Ini kerana majlis berbuka puasa di masjid tidak dibenarkan lagi. Semua orang boleh ambil makanan yang disediakan.

Khairul Azizi Mokhtar

“Kita peruntukan pada peringkat awal sebanyak 500 bungkus dan kita tengok kalau berlaku penambahan jemaah kita tambah sampai 1,000 bungkus sehari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika selepas majlis pelancaran kempen Kempen ‘Ngaji Kitab dan Al-Quran Bersijil No. 1 Malaysia’ di sini, kelmarin.

Program tersebut dirasmikan Timbalan Mufti Kelantan, Dato’ Nik Abdul Kadir Nik Mohamad.

Khairul Azizi juga berkata, biar pun banyak kelonggaran diberikan ketika negara memasuki fasa endemik, namun jemaah masih terikat dengan peraturan Covid-19.

Menurutnya juga aktiviti iktikaf, kuliah agama, tadarus al Quran diadakan seperti biasa dengan pematuhan SOP termasuk memakai pelitup muka.

“Ahli jemaah yang datang untuk iktikaf kita pastikan mereka mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan dan Majlis Agama Islam Kelantan,” katanya.

Sementara itu Masjid Sultan Mansor Kampung Sireh dan Masjid Sultan Muhamad II turut menyediakan juadah berbuka percuma setiap hari secara bungkus.

Masjid Sultan Mansor memperuntukkan RM2,000 sehari bagi menjayakan program tersebut. HARAKAHDAILY 2/4/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pilihlah Islam mentadbir, al-hamdulillah!

Helikopter ambil nasi ganja.. selesaikan? -EAIC

 

APA jadi kes helikopter mendarat ambil nasi ganja di Ipoh

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mengingatkan pihak berkuasa supaya segera menyelesaikan “kes mudah” atau berdepan hakisan kredibiliti.

Pengerusinya, Mohd Sidek Hassan memberi contoh kes helikopter mendarat di Ipoh untuk mengambil nasi ganja pada 23 Julai 2021.

“Dalam apa pun tugasan, kita perlu ada pengakhiran atau ‘closure’. Saya perhatikan banyak tindakan kita ambil yang pada mulanya nampak banyak dan ‘impressive’ dari segi kepantasan dan penglibatan banyak pihak dan agensi, yang nampak sangat gah tidak ada penghujungnya. Barang diingat ‘kes ditutup’, bukan bermakna kes selesai.

“‘Case closed is not the same as closure!’ Kalau pun kes tidak ditutup, tetapi ianya berlarutan tanpa sebarang bayang, bila akan ada penyelesaian samalah seperti kes ditutup,” katanya ketika berucap pada Majlis Apresiasi EAIC ke-11 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Sidek juga “tertanya-tanya” apa yang berlaku kepada kes “helikopter mendarat itu”.

“Kes seperti ini sepatutnya boleh diselesaikan dengan mudah, tetapi tidak ada penghujung yang menghakis kredibiliti agensi penguatkuasaan dan seterusnya kredibiliti kerajaan sendiri.”

Pada 26 Julai 2021, pemilik helikopter yang mengambil 36 bungkus “nasi ganja” di Padang Ipoh dilaporkan berkata, beliau akan menyerahkannya kepada polis untuk menyiasat keabsahan penerbangan itu dan “semua dokumen dalam keadaan teratur”.

Mohamed Raffe Chekku, Pengarah Urusan Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR), menjadi perhatian ramai selepas tersebar di media sosial seorang pelanggan dari Kuala Lumpur yang dikatakan menempah 36 bungkus “nasi ganja” menggunakan perkhidmatan helikopter Bell 505 pada 23 Julai 2021.

Warganet mempertikaikan sama ada penerbangan itu dibenarkan agensi berkaitan dalam tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan.

Dalam perkembangan lain, Sidek berkata, EAIC menerima 6,099 aduan membabitkan pelbagai agensi penguatkuasaan sejak ditubuhkan 10 tahun lalu.

Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak 5,163 fail aduan dibuka sehingga 31 Mac lalu dan bakinya tidak dibuka fail kerana aduan tidak membabitkan agensi di bawah seliaannya, tetapi ia dipanjangkan kepada agensi berkaitan untuk tindakan lanjut.

“Aduan tidak dibuka juga meliputi aduan tanpa butiran lengkap yang tidak membolehkan tindakan diambil. EAIC telah menyelesaikan 5,097 fail aduan daripada keseluruhan jumlah aduan diterima,” katanya. FMT

Rasuah: Pihak berkuasa Saudi tahan 127 orang sepanjang Mac

 

RIYADH: Pihak Berkuasa Pengawasan dan Pencegahan Rasuah Arab Saudi yang dikenali sebagai Nazaha telah menangkap seramai 127 individu sepanjang Mac tahun ini atas kesalahan jenayah rasuah.

Dalam kenyataannya pada Jumaat (1 April), Nazaha berkata bahawa tangkapa itu adalah hasil daripada sebanyak 5,279 lawatan pemantauan dan soal siasat terhadap  258 suspek antara 4 Mac dan akhir bulan ini.

“Individu yang disoal siasat termasuk kakitangan kementerian pertahanan, dalam negeri, pengawal negara, kesihatan, keadilan, pendidikan, hal ehwal perbandaran dan luar bandar, dan perumahan, dan pekerja dari Pihak Berkuasa Am Penerbangan Awam,” ujar kenyataan itu..

“Berdasarkan hasil siasatan, seramai 127 orang ditangkap atas dakwaan rasuah, salah guna jawatan, pengubahan wang haram dan pemalsuan. 

“Ada yang dibebaskan dengan ikat jamin manakala prosedur undang-undang dijalankan sebagai persediaan untuk dirujuk kepada badan kehakiman,” ujar kenyataan itu. – Arab News

Friday, April 01, 2022

Umat Islam puasa mulai Ahad ini

...

..

Ahli Jawatankuasa Falak melakukan cerapan anak bulan ramadan dengan menggunakan alat 'Theodolite' mengikut kaedah rukyah dan hisap bagi penentuan awal Ramadan di Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Luqman Abdullah melihat anak bulan melalui Steadolite pada Majlis Cerapan Rasmi Anak Bulan Ramadan Tahun 1443 Hijrah di Menara Kuala Lumpur hari ini. - foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Ahad ini.

Syed Danial berkata, tarikh permulaan puasa bagi negeri di seluruh Malaysia ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.

Sebelum ini, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui satu kenyataan menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia ialah pada hari ini bersamaan 29 Syaaban 1443 Hijrah.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan itu turut menyatakan proses melihat anak bulan Ramadan berlangsung di 29 lokasi seluruh negara.

Menurut kenyataan itu juga, Majlis Raja-Raja mempersetujui cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab.

Ramadan tahun ini disambut umat Islam dalam keadaan negara mengisytiharkan fasa peralihan ke endemik berkuat kuasa hari ini selepas lebih dua tahun melalui pandemik COVID-19.

Wakil Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan melihat anak bulan melalui Steadolite pada Majlis Cerapan Rasmi Anak Bulan Ramadan Tahun 1443 Hijrah di Menara Kuala Lumpur hari ini. - foto BERNAMA

Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Jamali Mohd Adnan melakukan cerapan anak bulan Ramadan bagi penentuan awal Ramadan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. - Foto NSTP/Azhar Ramli

Malaysia, Indonesia perkasa Bahasa Melayu di peringkat antarabangsa

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, disambut Presiden Indonesia, Joko Widodo sejurus tiba di Istana Merdeka sempena lawatan kerja beliau ke Indonesia, hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk bersama-sama memperkasakan Bahasa Melayu di peringkat antarabangsa berikutan ia adalah bahasa serumpun bagi kedua-dua negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Indonesia, Joko Widodo, antara lain bersetuju untuk menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantara di semua persidangan antarabangsa.

Ismail Sabri berkata, usaha bersama antara Malaysia dan Indonesia bagi memperkasakan bahasa kebangsaan itu bakal membantu menjadikannya sebagai bahasa ASEAN pada masa depan.

"Kita juga bersetuju dan berterima kasih kepada Presiden (Indonesia) kerana bersetuju dengan Malaysia untuk memperkasakan Bahasa Melayu yang juga bahasa serumpun.

"Bahasa serumpun ini merangkumi Bahasa Melayu Malaysia, Bahasa Melayu Indonesia, Bahasa Melayu Brunei, Bahasa Melayu Selatan Thailand, Bahasa Melayu Champa, Bahasa Melayu di Kemboja dan Bahasa Melayu di Filipina.

"Kita bersetuju di setiap persidangan antarabangsa, Presiden Indonesia dan saya akan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantara. Kita bersetuju jika kita bersama-sama memperkasakan bahasa rumpun Melayu ini, mungkin satu hari nanti ia boleh dijadikan sebagai bahasa ASEAN," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Joko Widodo di Jakarta, hari ini, selepas menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) bagi pengambilan dan perlindungan pekhidmat domestik Indonesia (PDI) di Malaysia.

Ismail Sabri memaklumkan, pertemuan dengan Presiden Indonesia itu turut menyentuh beberapa perkara lain, antaranya potensi pelaburan Malaysia di Kalimantan Timur, susulan perancangan pembukaan ibu negara Indonesia yang baharu, Nusantara.

Jelas Perdana Menteri, kedua-dua negara bersetuju untuk memperhebatkan pembangunan di kawasan sempadan kedua-dua negara di kepulauan Borneo, dengan kedua-dua negara akan bekerjasama untuk mengenal pasti kawasan yang perlu dibangunkan, sama ada di Malaysia atau Indonesia.

"Saya berterima kasih kerana Presiden bersetuju untuk kita mengenal pasti kawasan yang akan dimajukan oleh pelabur dari Malaysia di bandar Nusantara nanti," katanya.

Berhubung harga minyak sawit, Ismail Sabri memaklumkan, Malaysia dan Indonesia mencapai persetujuan supaya harga minyak kelapa sawit ditentukan secara bersama antara kedua-dua negara dan tidak bersaing dari segi penetapan harga.

Perdana Menteri turut memaklumkan kepada Joko Widodo mengenai fasa peralihan ke endemik di Malaysia yang bermula hari ini, yang mana sempadan negara dibuka semula sepenuhnya dan semua pengembara luar yang lengkap divaksin tidak lagi perlu menjalani kuarantin.

"Mengenai pelantikan Duta Besar Malaysia ke Indonesia, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Presiden kerana bersetuju untuk mempercepatkan pelantikan Duta Besar Malaysia ke Indonesia.

"Pertemuan turut menyentuh isu Rohingya dan kami bersetuju bahawa ia perlu diselesaikan secara dalaman oleh pihak Myanmar sendiri. Saya maklumkan, isu Rohingya adalah isu besar di Malaysia kerana terdapat 200,000 pelarian Myanmar Rohingya di Malaysia," katanya. (BH)


2 Perkara ini.. Penukaran agama kanak2 & PM orrang Islam

 

PAS tak menguntungkan rakan PN

Penganalisis melihat PAS mempertaruhkan hubungannya dengan rakan gabungannya selepas menyuarakan pendirian mengenai isu penukaran agama kanak-kanak sebelah pihak dan cadangannya supaya jawatan perdana menteri dikhaskan kepada orang Islam.

Felo Majlis Profesor Negara (MPN) Jeniri Amir berkata, parti itu menimbulkan rasa tidak selesa kepada rakan bukan Islam dalam Perikatan Nasional (PN), iaitu Gerakan, Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).

Bagaimanapun katanya, tidak jelas bagaimana pengundi bukan Islam akan memberikan reaksi kerana belum ada kepastian mengenai penjajaran politik PAS untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Ia bergantung dengan siapa PAS akan berpakat pada PRU15,” katanya kepada FMT.
“Jika ia masih dengan PN, penyokong bukan Islam gabungan itu mungkin tidak mahu keluar mengundi sebagai tanda protes. Kita boleh lihat bagaimana peratusan keluar mengundi yang rendah dalam pilihan raya sebelum ini memberi manfaat kepada Barisan Nasional (BN).”

Pada Selasa, Ketua Penerangan PAS Khairil Nizam Khirudin mengeluarkan amaran terhadap pihak yang cuba membatalkan penukaran agama tiga anak seorang ibu tunggal, Loh Siew Hong.

Ini selepas Loh memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk memohon pengisytiharan bahawa bekas suaminya tidak layak secara sah untuk mengislamkan mereka.

Minggu lalu, Khairil mencadangkan supaya satu pindaan perlembagaan dilakukan supaya jawatan perdana menteri dikhususkan kepada orang Islam sahaja.

Pensyarah di Universiti Malaysia Sabah (UMS) Lee Kuok Tiung berkata, walaupun Gerakan, SAPP dan STAR sentiasa menggambarkan diri sebagai parti pelbagai kaum dan agama, namun berada dalam gabungan bersama PAS telah menjejaskan imej itu.

“Kenyataan PAS itu hanya akan menyebabkan penyokong lari,” katanya.
“Pengundi mungkin masih menyokong Gerakan, SAPP atau STAR, tetapi semasa PRU15, mereka mungkin keberatan untuk mengundi parti yang bekerjasama dengan PAS.” FMT

Komen Weblog Ibnu Hasyim: 2 Perkara ini.. Iaitu, isu penukaran agama kanak-kanak dan  Perdana Menteri Malaysia orang Islam dikatakan oleh penganalisis, adalah isu yang tidak  menguntugkan rakan PN.

Samakah dengan DAP yang serng mengaitkan dengan PAS bila menyentuh isu-isu mengenai orang Islam, bumiputera dan bangsa Melayu? Atau kenyataan itu hanya untuk menghasut perpecahan dalam PN?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails