Saturday, April 09, 2022

Muhyiddin gesa perbicaraan 1MDB Najib disegerakan

 

Bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin menggesa perbicaraan berkaitan skandal 1MDB di Malaysia disegerakan.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, presiden Bersatu itu dipercayai merujuk kepada perbicaraan 1MDB melibatkan musuh politiknya, Najib Razak yang masih berlangsung.

"Saya percaya mahkamah di negara kita juga akan memberikan keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia dalam kes 1MDB yang masih dalam prosiding.

"Perbicaraan kes ini mesti disegerakan agar keadilan segera dicapai," katanya dalam kenyataan media.

Muhyiddin berkata demikian ketika mengulas keputusan mahkamah Amerika Syarikat yang menjatuhkan hukuman bersalah terhadap bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng atas kesalahan rasuah dan pengubahan wang haram dalam kes 1MDB.

Najib dibicarakan atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM2.28 bilion dana 1MDB.

Selain merupakan perdana menteri pada masa kesalahan itu didakwa dilakukan, Najib juga merupakan menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

1 MDB dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadankan.

Muhyiddin sebelum ini mendakwa Najib meminta bantuannya ketika dia menjadi perdana menteri untuk campur tangan dalam kes itu, termasuk menyingkirkan Gopal Sri Ram sebagai timbalan pendakwa raya dalam kes itu.

Najib bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut. – Mkini

Zionis dan Perang Ukraine

 

FIRMAN Allah SWT:

﴿وَقَالَتِ ٱلۡيَهُودُ يَدُ ٱللَّهِ مَغۡلُولَةٌۚ غُلَّتۡ أَيۡدِيهِمۡ وَلُعِنُواْ بِمَا قَالُواْۘ بَلۡ يَدَاهُ مَبۡسُوطَتَانِ يُنفِقُ كَيۡفَ يَشَآءُۚ وَلَيَزِيدَنَّ كَثِيرٗا مِّنۡهُم مَّآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ مِن رَّبِّكَ طُغۡيَٰنٗا وَكُفۡرٗاۚ وَأَلۡقَيۡنَا بَيۡنَهُمُ ٱلۡعَدَٰوَةَ وَٱلۡبَغۡضَآءَ إِلَىٰ يَوۡمِ ٱلۡقِيَٰمَةِۚ كُلَّمَآ أَوۡقَدُواْ نَارٗا لِّلۡحَرۡبِ أَطۡفَأَهَا ٱللَّهُۚ وَيَسۡعَوۡنَ فِي ٱلۡأَرۡضِ فَسَادٗاۚ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُفۡسِدِينَ٦٤﴾

“Dan orang-orang Yahudi itu berkata: ‘Tangan Allah terbelenggu’, tangan merekalah yang terbelenggu dan mereka pula yang dilaknat disebabkan apa yang telah mereka katakan itu. (Bukanlah sedemikian), tetapi kedua-dua tangan Allah sentiasa terbuka (Maha Pemurah dan melimpah-limpah rahmat-Nya); Dia membelanjakan (limpahkan rahmat) sebagaimana yang Dia kehendaki. Dan demi sesungguhnya, apa yang telah diturunkan kepadamu dari tuhanmu itu akan menjadikan kebanyakan daripada mereka bertambah derhaka dan kufur; dan Kami menanamkan perasaan permusuhan dan kebencian antara mereka hingga Hari Kiamat. Setiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya; dan mereka pula terus-menerus berbuat kerosakan di muka bumi, sedang Allah tidak menyukai orang-orang yang melakukan kerosakan.” (Surah al-Ma’idah: 64)

Dalam ayat di atas, Allah SWT mendedahkan sifat-sifat buruk kaum Yahudi sehingga mereka dimurkai dan dilaknat oleh Allah SWT. Antaranya disebabkan mereka telah mencetuskan peperangan, khususnya Perang Ahzab (bala tentera bersekutu) pada zaman Rasulullah SAW bagi menghapuskan Islam dan negaranya di Madinah. Mereka sering kali menggunakan kaum lain sebagai alat yang dipergunakan.

Bangsa Yahudi ialah seseorang yang dilahirkan daripada keluarga Yahudi, atau menjadi salah satu daripada keduanya melalui pemelukan agama yang dinamakan Yahudi. Agama yang dianggap berasal daripada Nabi Musa AS bersama kitab suci Taurat.

Hanya segelintir sahaja daripada kalangan Yahudi yang memeluk Islam kerana mengetahui kebatilan agama mereka yang berlaku. Sehinggakan, mereka terseleweng daripada kitab suci Taurat sebenar yang banyak persamaan dengan al-Quran yang menunjukkan asalnya itu juga agama Islam. Hal ini disebutkan oleh firman Allah SWT:

﴿ٱلَّذِينَ ءَاتَيۡنَٰهُمُ ٱلۡكِتَٰبَ يَعۡرِفُونَهُۥ كَمَا يَعۡرِفُونَ أَبۡنَآءَهُمۡۖ وَإِنَّ فَرِيقٗا مِّنۡهُمۡ لَيَكۡتُمُونَ ٱلۡحَقَّ وَهُمۡ يَعۡلَمُونَ١٤٦ ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡمُمۡتَرِينَ١٤٧﴾

“Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami berikan Kitab (Taurat dan Injil) mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian daripada mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan sedemikian). (146); Kebenaran itu adalah datangnya daripada Tuhanmu; oleh itu jangan sekali-kali kamu termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu. (147)” (Surah al-Baqarah: 146-147)

Dan juga firman Allah SWT:

﴿وَإِذْ قَالَ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِ يَا قَوْمِ لِمَ تُؤْذُونَنِي وَقَد تَّعْلَمُونَ أَنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُمْ ۖ فَلَمَّا زَاغُوا أَزَاغَ اللَّهُ قُلُوبَهُمْ ۚ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ٥﴾

Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada kaumnya: ‘Wahai kaumku! Mengapa kalian menyakitiku, sedangkan kalian mengetahui bahawa sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada kalian?’ Maka, tatkala mereka berpaling (daripada kebenaran), Allah memalingkan hati mereka; dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang fasiq.” (Surah al-Saff: 5)

Zionisme pula ialah gerakan nasionalisme Yahudi antarabangsa yang berjuang untuk menubuhkan sebuah negara bangsa Yahudi di bumi Palestin. Asal usul gerakan ini bermula lebih awal, tetapi secara rasminya ia ditubuhkan oleh wartawan berbangsa Yahudi Austria-Hungary, Theodor Herzl pada akhir kurun ke-19 melalui penerbitan bukunya Der Judenstaat.

Fahamannya lebih bersifat sekular yang terpisah daripada agama, bahkan ada dalam kalangan mereka yang berfahaman anti agama. Namun, semuanya bersepakat bahawa Palestin adalah milik mereka, termasuk dalam kalangan yang menentang penubuhan negara Israel terkini kerana menganggap masanya belum tiba untuk mendirikan sebuah negara.

Gerakannya memasuki ke dalam politik, ekonomi dan sosial. Seterusnya mewujudkan para pemimpin yang berpengaruh, khususnya di peringkat antarabangsa dalam semua lapangan.

Mereka mempunyai pengaruh yang sangat besar kepada arena politik negara besar dan juga antarabangsa kerana penguasaannya dalam aspek ekonomi, politik dan terkini media. Bahkan, pertubuhan dan agensi antara negara juga dapat dipengaruhinya.  

Sejarah kejatuhan Kerajaan Islam ‘Uthmaniyyah (1924), Perjanjian Sykes-Picot (1916) dan Perjanjian Balfour (1917) selepas Perang Dunia Pertama memberi laluan kepada kedatangan Yahudi ke bumi Palestin. Penubuhan negara haram Israel selepas Perang Dunia Kedua juga perlu diberikan perhatian betapa pengaruh mereka dalam menimbulkan kekacauan dunia seluruhnya.

Mereka berjaya melaga-lagakan bangsa lain dan menjadikan medan perang yang besar ke atas negara miskin yang dijajah oleh mereka seperti di Asia, Afrika dan Amerika Latin. Selain itu, perlu difahami sedalam-dalamnya betapa mangsa peperangan yang berlaku telah memakan korban berjuta nyawa, suatu jumlah yang paling besar adalah daripada negara-negara ini.

Pada masa yang sama, mereka juga berjaya membentuk proksi-proksi supaya terlibat dengan peperangan secara langsung melalui pemimpin yang menjadi alat atau secara provokasi yang halus.

Terkini, Ukraine menjadi pangkalan Zionis yang diwujudkan, kerana 40 peratus rakyatnya adalah Zionis atau Yahudi walaupun disembunyikan statistik yang sebenar. Sebahagian besar daripada pemimpin utama negara Israel berasal dari Ukraine atau negara-negara di sekelilingnya seperti Poland, Hungary, Austria dan lain-lain.

Kini, Zionis pula berjaya melantik ketua negara Ukraine yang baharu iaitu Volodymyr Zelenskyy daripada kalangan bangsa Yahudi dan penganut Zionis yang tegar. Dalam kenyataannya, Zelenskyy menyebutkan bahawa negara Ukraine perlu diselamatkan sepertimana negara Israel, sekali gus menjadikan dakwaan tersebut sudah terang lagi bersuluh.

Peluang diberikan kepadanya untuk berkempen dan berucap di beberapa Parlimen di seluruh negara Barat seperti Amerika, Australia, British dan lain-lain. Di samping itu, penggunaan media termasuk dalam negara Islam sendiri adalah suatu sokongan moral yang sangat jelas kepada Zionis.

Begitu juga keistimewaan terhadap pelarian Ukraine yang sangat berbeza layanannya jika hendak dibandingkan dengan mangsa perang di Asia Barat dan Afrika. Hal ini sekali gus mendedahkan lagi betapa pengaruh Zionis yang kuat terhadap negara-negara Eropah dan sekutunya.

Perang Dunia Kedua dibangkitkan oleh Hitler melalui provokasi ketenteraan yang akhirnya mencetuskan peperangan. Namun, kini pula Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang dianggotai oleh negara-negara barat Eropah dan Amerika melakukan provokasi melalui perang politik, ekonomi dan media.

Perkara ini bermula dengan pengambilan anggota baharu daripada negara bekas Pakatan Warsaw, sehingga ke negara Ukraine yang menghimpit sempadan Rusia. Tindakan pihak NATO membina kekuatan tenteranya merupakan satu tindakan provokasi yang memaksa Rusia untuk melancarkan serangan awal bagi menyelamatkan negaranya.

Terdapat maklumat yang menyatakan bahawa Yahudi Ukraine tidak menyahut seruan Zionis, agar mereka berhijrah ke negara Israel bagi menguatkan perjuangan Negara Agung Israel sebagai kuasa besar tunggal yang dicita-citakan pada akhir zaman. Maka, peperangan yang berlaku hikmahnya memaksa mereka berhijrah ke Israel yang telah disediakan penempatannya.

Allah SWT telah menentukan wabak inflasi yang melanda selepas Covid-19 telah menikam beberapa negara. Malah, kini berlaku berlaku krisis ekonomi yang melibatkan Ukraine sebagai pembekal gandum makanan terbesar dunia dan Rusia pula sebagai pembekal gas yang menjadi sumber tenaga kepada kebanyakan negara Eropah.

Kerakusan kuasa Barat, khususnya Amerika Syarikat menonjolkan diri mereka untuk menjadi kuasa besar tunggal hari ini bagi mempertahankan demokrasi yang mengundang bencana yang membahayakan keamanan dunia. Topeng demokrasi dan hak asasi manusia yang digunakan juga terbukti tidak konsisten, apabila ia terkoyak sendiri lalu menampakkan wajahnya yang sebenar.

Hal ini berlaku apabila terdapat negara terpilih yang ditegakkan demokrasi, malah ada juga negara yang dipertahankan pemimpin diktator sehingga ia membunuh demokrasinya. Bahkan, mereka juga melarikan diri bagi menyelamatkan dirinya sahaja dan tidak mempunyai persahabatan yang jujur, sepertimana mereka melarikan diri dari Vietnam Selatan dan Afghanistan. Sehinggakan, ada kalangan yang terpaksa mati bergayut pada kapal terbang yang lari bertempiaran.

Allah SWT tidak mengizinkan berlakunya kejahatan yang sangat zalim, maka dicetuskan peperangan dengan takdir-Nya sebagaimana firman-Nya:

﴿…وَلَوۡلَا دَفۡعُ ٱللَّهِ ٱلنَّاسَ بَعۡضَهُم بِبَعۡضٖ لَّفَسَدَتِ ٱلۡأَرۡضُ وَلَٰكِنَّ ٱللَّهَ ذُو فَضۡلٍ عَلَى ٱلۡعَٰلَمِينَ٢٥١﴾

“…Dan seandainya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan sebahagiannya yang lain (yang beriman dan setia), nescaya rosak dan binasalah bumi ini. Akan tetapi, Allah mempunyai kurniaan yang melimpah kepada sekalian alam.” (Surah al-Baqarah: 251)

Kita berharap perang itu terhad dan berjaya ditamatkan serta tidak merebak menjadi Perang Dunia Ketiga. Dalam pada itu, rantau Asia Tenggara dan Laut China Selatan janganlah sekali lagi menjadi medan perang sepertimana Perang Dunia Kedua dahulu dan tidak ada pemimpin yang pendek akalnya sehingga sanggup diperalatkan.

Kita mengharapkan juga supaya Zionis berjaya dihapuskan oleh umat Islam, serta Masjid al-Aqsa dan Palestin berjaya dibebaskan. Maka, berlakulah peristiwa yang telah dijanjikan Allah SWT melalui firman-Nya:

﴿وَقَضَيۡنَآ إِلَىٰ بَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ فِي ٱلۡكِتَٰبِ لَتُفۡسِدُنَّ فِي ٱلۡأَرۡضِ مَرَّتَيۡنِ وَلَتَعۡلُنَّ عُلُوّٗا كَبِيرٗا٤ فَإِذَا جَآءَ وَعۡدُ أُولَىٰهُمَا بَعَثۡنَا عَلَيۡكُمۡ عِبَادٗا لَّنَآ أُوْلِي بَأۡسٖ شَدِيدٖ فَجَاسُواْ خِلَٰلَ ٱلدِّيَارِۚ وَكَانَ وَعۡدٗا مَّفۡعُولٗا٥ ثُمَّ رَدَدۡنَا لَكُمُ ٱلۡكَرَّةَ عَلَيۡهِمۡ وَأَمۡدَدۡنَٰكُم بِأَمۡوَٰلٖ وَبَنِينَ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ أَكۡثَرَ نَفِيرًا٦ إِنۡ أَحۡسَنتُمۡ أَحۡسَنتُمۡ لِأَنفُسِكُمۡۖ وَإِنۡ أَسَأۡتُمۡ فَلَهَاۚ فَإِذَا جَآءَ وَعۡدُ ٱلۡأٓخِرَةِ لِيَسُ‍ُٔواْ وُجُوهَكُمۡ وَلِيَدۡخُلُواْ ٱلۡمَسۡجِدَ كَمَا دَخَلُوهُ أَوَّلَ مَرَّةٖ وَلِيُتَبِّرُواْ مَا عَلَوۡاْ تَتۡبِيرًا٧ عَسَىٰ رَبُّكُمۡ أَن يَرۡحَمَكُمۡۚ وَإِنۡ عُدتُّمۡ عُدۡنَاۚ وَجَعَلۡنَا جَهَنَّمَ لِلۡكَٰفِرِينَ حَصِيرًا٨﴾

“Dan telah Kami tetapkan terhadap Bani Isra’il dalam Kitab itu: ‘Sesungguhnya kalian akan membuat kerosakan di muka bumi ini (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kalian akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang melampau.’ (4); Maka, apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) pertama daripada kedua-dua (kejahatan) itu, Kami datangkan kepada kalian hamba-hamba Kami yang mempunyai kekuatan yang besar, lalu mereka bermaharajalela di kampung-kampung, dan itulah ketetapan yang pasti terlaksana. (5); Kemudian, Kami berikan kepada kalian giliran untuk mengalahkan mereka kembali dan Kami membantu kalian dengan harta kekayaan dan anak-anak dan Kami menjadikan kalian kelompok yang lebih besar. (6); Jika kalian berbuat baik (bererti) kalian berbuat baik bagi diri kalian sendiri dan jika kalian berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi diri kalian sendiri, dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang kedua, (Kami datangkan orang-orang lain) untuk menyuramkan muka-muka kalian dan mereka masuk ke dalam masjid, sebagaimana musuh-musuh kalian memasukinya pada kali pertama dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa sahaja yang mereka kuasai. (7); Mudah-mudahan Tuhanmu akan melimpahkan rahmat-Nya kepada kalian; dan sekiranya kalian kembali kepada (kederhakaan) nescaya Kami kembali (mengazab kalian) dan Kami jadikan neraka Jahannam penjara bagi orang-orang yang tidak beriman. (8)” (Surah al-Isra’: 4-8)

Demikianlah al-Quran menetapkan ‘road map’ kepada Yahudi yang sangat zalim dan penamat bagi mereka kerana telah melakukan kejahatan dan kerosakan di alam dunia. Semuanya berlaku disebabkan kejahatan mereka sendiri, sehingga tidak bersyukur kepada ni‘mat Allah SWT yang diberikan kepada mereka.

Cita-cita Zionis untuk menegakkan negara agung tanpa berpandukan petunjuk Allah SWT pasti akan gagal. Manakala, mereka yang terpengaruh dengan agenda normalisasi ala Zionis berdasarkan slogan agama Abraham (kononnya menyatukan Islam, Yahudi dan Kristian) adalah sangat sesat dan menyesatkan. Hal ini sebagaimana firman Allah SWT:

﴿مَا كَانَ إِبۡرَٰهِيمُ يَهُودِيّٗا وَلَا نَصۡرَانِيّٗا وَلَٰكِن كَانَ حَنِيفٗا مُّسۡلِمٗا وَمَا كَانَ مِنَ ٱلۡمُشۡرِكِينَ٦٧﴾

“Bukanlah Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi, dan bukan juga seorang pemeluk agama Kristian, tetapi dia seorang yang lurus lagi berserah diri kepada Allah (Islam), dan sekali-kali bukanlah dia daripada kalangan orang-orang Musyrik.” (Surah Ali ‘Imran: 67)

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 5 Ramadan 1443 / 7 April 2022 – HARAKAHDAILY 7/4/2022

Saman artikel ‘Ismail Sabri bimbang jadi PM paling singkat.. '

 

Tidak pernah rayu parti politik untuk terus jadi PM

KUALA LUMPUR: Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan beliau tidak pernah merayu kepada mana-mana parti politik untuk mengekalkan sokongan mereka terhadapnya supaya terus menjadi Perdana Menteri.

Perkara itu dinyatakan Ismail Sabri, 62, selaku plaintif bagi menjawab pembelaan yang difailkan oleh pemilik Agenda Daily Media Enterprise Muhamad Izwan Mohd Zubit, yang disaman berhubung penerbitan artikel bertajuk ‘Ismail Sabri bimbang jadi PM paling singkat, ‘rayu’ jangan tarik sokongan’ yang didakwa memfitnah Perdana Menteri. 

Ismail Sabri mendakwa beliau percaya bahawa Muhamad Izwan tidak hadir pada ceramah yang diadakan di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera pada 29 Januari lepas.

“Dalam ceramah itu, saya telah memberi ucapan yang dirujuk oleh berita-berita yang diterbit oleh surat khabar tempatan. Pada masa material sebelum penerbitan artikel itu, defendan tidak menghubungi saya untuk mendapatkan pengesahan atau penjelasan berkenaan dengan ucapan di konvensyen berkenaan. 

“Sebaliknya, defendan telah secara melulu merujuk kepada artikel-artikel yang diterbit oleh surat khabar tempatan semasa menerbitkan artikel itu yang mengandungi kenyataan-kenyataan fitnah terhadap saya,” kata Ismail Sabri di dalam jawapan kepada pembelaan itu yang difailkan pada 6 April.

Ismail Sabri turut mendakwa artikel berkenaan secara keseluruhan memfitnahnya selain mendakwa ia membawa maksud bahawa beliau tidak jujur, licik dan mementingkan diri sendiri serta terdesak untuk terus menjadi perdana menteri dengan menggunakan apa cara sekali pun.

Dakwa plaintif, defendan (Muhamad Izwan) telah gagal menjalankan ‘kewartawanan bertanggungjawab’ ketika menerbitkan artikel itu.

Ismail Sabri mendakwa semasa menulis artikel itu, defendan dipengaruhi atau didorong oleh niat jahat kerana pada masa itu, defendan tahu bahawa Pilihan Raya Negeri Johor akan diadakan pada 12 Mac dan matlamat defendan adalah untuk memperkecilkan dan menjejaskan reputasi plaintif sebagai seorang ahli Umno dan Perdana Menteri.

“Alasan yang digunakan oleh defendan untuk kononnya menunjukkan ‘kewartawanan bertanggungjawab’ adalah sama sekali tidak berasas dan tidak boleh dipertahankan,” dakwa perdana menteri.

Pada 4 Mac, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Ismail Sabri untuk memperoleh injunksi ad-interim terhadap Muhamad Izwan, bagi mengekalkan status quo sementara menunggu pelupusan permohonan injunksi inter-parte (dua pihak) pada 27 April.

Pada 18 Februari, Ismail Sabri memperoleh perintah injunksi sementara daripada Mahkamah Tinggi supaya defendan memadamkan artikel yang diterbitkan, dan daripada membuat sebarang kenyataan berkaitan beliau.

Dalam pernyataan tuntutannya, Ismail Sabri yang memfailkan saman itu atas kapasiti peribadinya, mendakwa pada 30 Januari lepas, Agenda Daily Media menerbitkan artikel di dalam laman webnya yang mengandungi pelbagai kenyataan berniat jahat, fitnah dan tidak benar berkenaan plaintif.

Beliau mendakwa artikel itu antaranya membawa maksud bahawa, beliau terdesak untuk terus menjadi perdana menteri dengan apa cara sekalipun, dan sanggup merayu kepada parti politik tertentu supaya tidak menarik sokongan terhadapnya, selain mendakwa tempohnya sebagai Perdana Menteri adalah tempoh yang paling singkat di dalam sejarah Malaysia.

Akibat daripada penerbitan artikel itu, Ismail Sabri mendakwa reputasinya sebagai seorang ahli Umno dan sebagai perdana menteri telah tercemar, dan penerbitan itu juga telah menyebabkan emosinya terganggu dan kenyataan fitnah yang terkandung di dalam artikel itu boleh membawa kesan buruk kepada kerjaya politiknya.

Ismail Sabri memohon satu perintah injunksi agar defendan memadamkan artikel berbaur fitnah itu dalam semua laman web dan media sosial yang dikendalikan oleh defendan, selain memohon perintah injunksi untuk menghalang defendan atau ejennya daripada mengeluarkan kenyataan fitnah serupa terhadap plaintif.

Sementara itu, Muhamad Izwan, 37, dalam pernyataan pembelaannya mendakwa beliau dan syarikat itu telah melaksanakan sikap kewartawanan yang bertanggungjawab semasa menulis dan memuat naik artikel dalam laman webnya berkaitan Ismail Sabri.

Muhamad Izwan turut menafikan sekeras-kerasnya bahawa artikel berkenaan mengandungi kenyataan yang bersifat fitnah dan berniat jahat terhadap plaintif. – BERNAMA

Tuntut Presiden Sri Lanka letak jawatan. Ekonomi merebak ke politik.

 

Rakyat Sri Lanka melaungkan slogan menuntut Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa agar meletakkan jawatan semasa protes di Colombo, Sri Lanka pada 4 April 2022. (FOTO CFP)

Krisis Sri Lanka-Rajapaksa: Hospital keluar amaran jumlah kematian meningkat

COLOMBO, Sri Lanka: Persatuan Perubatan Kebangsaan Sri Lanka mengeluarkan amaran  jumlah kematian pesakit kritikal di negara itu bakal meningkat susulan krisis ekonomi negara itu sekarang ini yang merebak menjadi krisis politik susulan kemarahan rakyat terhadap Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa.

Kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis (7 April) itu berkata, ia berikutan pihak hospital tidak dapat menyediakan walaupun perkhidmatan kecemasan dalam beberapa minggu akan datang ini kerana kekurangan kritikal ubat-ubatan dan peralatan perubatan yang disebabkan krisis ekonomi negara itu sekarang ini.

Sri Lanka sedang menghadapi krisis ekonomi terburuk dalam beberapa dekad dan telah mengalami kekurangan bahan api dan keperluan lain selama berbulan-bulan. 

Bantahan terhadap masalah ekonomi telah merebak ke seluruh negara dan berkembang kepada kritikan terhadap Rajapaksa dan keluarganya yang memegang kuasa politik negara itu.

Sehubungan itu, Persatuan Perubatan Sri Lanka menghantar surat kepada Rajapaksa pada Khamis (7 April) menegaskan  bahawa hospital telah memutuskan untuk menyekat perkhidmatan seperti pembedahan rutin dan mengehadkan penggunaan bahan perubatan yang tersedia untuk rawatan penyakit yang mengancam nyawa pesakit.

“Melainkan bekalan perubatan diisi semula dengan segera, maka ‘dalam masa beberapa minggu, jika tidak berhari-hari, rawatan kecemasan juga tidak akan dapat dilakukan. Ini akan mengakibatkan jumlah kematian yang besar’,” jelas isi kandungan surat itu.

Gotabaya (kanan) dan abangnya, Mahidran masing-masing merupakan Presiden dan Perdana Menteri Sri Lanka. (FOTO TheTimes.co.uk)

Beribu-ribu orang, termasuk pekerja kesihatan, telah berdemonstrasi pada minggu ini menuntut penyelesaian kepada krisis dan peletakan jawatan Rajapaksa kerana salah urus ekonomi.

Rajapaksa telah menentang tuntutan untuk berundur, walaupun selepas ahli gabungannya sendiri menyertai penunjuk perasaan pada  minggu ini, dengan penggubal undang-undang parti yang memerintah menggesa pelantikan kerajaan sementara bagi mengelakkan kemungkinan keganasan.

Rajapaksa sebelum ini mencadangkan penubuhan kerajaan perpaduan, tetapi parti pembangkang utama menolak idea itu. 

Kabinetnya meletak jawatan pada malam Ahad, dan pada hari Selasa, hampir 40 ahli parlimen gabungan yang memerintah berkata mereka tidak lagi akan mengundi mengikut arahan pakatan, justeru melemahkan kerajaan dengan ketara.

Ini telah mengubah krisis ekonomi menjadi krisis politik, tanpa kabinet yang berfungsi termasuk menteri kewangan dan kesihatan yang penting. Parlimen juga gagal mencapai kata sepakat dalam tiga hari perbahasan tentang cara menangani krisis.

Krisis ekonomi di Sri Lanka kini bertukar menjadi krisis politik apabila rakyat negara itu melancarkan protes besar-besaran di Colombo agar Presiden Gotabaya Rajapaksa meletakkan jawatan. (FOTO sg.yahoo.news)

Presiden dan abangnya yang merupakan Perdana Menteri Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa, kekal  memegang kuasa, walaupun keluarga mereka memegang kuasa politik Sri Langka  menjadi tumpuan kemarahan orang ramai. 

Lima lagi ahli keluarga Rajapaksa terdiri daripada  ahli parlimen, termasuk Menteri Kewangan Basil Rajapaksa; Menteri Pengairan, Chamal Rajapaksa dan seorang anak saudara keluarga itu, Menteri Sukan, Namal Rajapaksa.

Terdahulu, kerajaan Sri Lanka  menganggarkan pandemik COVID-19 telah menyebabkan ekonomi Sri Lanka yang bergantung kepada pelancongan merugikan AS$14 bilion dalam dua tahun terakhir. 

Namun, penunjuk perasaan juga mendakwa ia adalah akibat salah urus fiskal oleh keluarga Rajapaksa. 

Negara itu kini  mempunyai jumlah hutang luar negara yang besar selepas meminjam banyak untuk infrastruktur dan projek lain. Kewajiban pembayaran balik hutang asingnya adalah kira-kira AS$7 bilion pada tahun ini sahaja.

Hutang dan rizab asing yang semakin berkurangan menyebabkan ia tidak mampu membayar barangan import.

Rajapaksa pada bulan lalu berkata kerajaannya sedang berbincang dengan Tabung Kewangan Antarabangsa dan telah beralih kepada China dan India untuk mendapatkan pinjaman, dan merayu orang ramai untuk mengehadkan penggunaan bahan api dan elektrik. – Arab News

Lihat sebelum ini..

Friday, September 17, 2010

Kisah penulis novel cinta, bunuh suami, X kemanusiaan?

 

Nancy Crampton-Brophy kelihatan sugul ketika pada hari pertama perbicaraan di mahkamah di Oregon, Portland, Amerika Syarikat pada 4 April 2022 (FOTO CNN)

Penulis novel cinta,The Wrong Husband didakwa bunuh suami

PORTLAND, Oregon: Seorang penulis novel cinta, Nancy Crampton-Brophy yang pernah muncul dengan novel berjudul, The Wrong Husband kini sedang dibicarakan di mahkamah di sini atas tuduhan membunuh suaminya.

Wanita berusia 71 tahun yang pernah menerbitkan catatan blog tersohor berjudul, How To Murder Your Husband pada tahun 2011 itu didakwa dengan satu pertuduhan membunuh dan telah mengaku tidak bersalah.

Perbicaraan dijangka berlangsung selama enam minggu itu susulan kematian suami Crampton-Brophy, iaitu Chef Daniel Brophy yang merupakan seorang pengajar di sekolah masakan, Institut Kulinari Oregon akibat ditembak oleh individu misteri kira-kira pada 7.30 pagi 2 Jun 2018.

Pada hari Daniel Brophy dibunuh, pelajar-pelajarnya tiba ke kelas dan mendapati lelaki itu dalam keadaan berdarah di lantai dapur.

Keesokan harinya, Crampton-Brophy telah menyiarkan mesej di Facebook tentang pembunuhan suaminya yang telah dikahwini sejak dua dekad lalu itu. 

Salah satu novel nukilan Nancy Crampton-Brophy berjudul, The Wrong Lover.

“Suami dan kawan baik saya, Chef Dan Brophy telah dibunuh pagi semalam. Bagi anda yang rapat dengan saya dan merasakan patut menelefon saya, anda betul, tetapi saya kini sedang bergelut untuk memahami tentang apa yang sebenarnya telah berlaku,” tulisnya dalam Facebook berkenaan.

Pembunuhan itu kekal menjadi misteri dari pengetahuan umum selama berbulan-bulan. Namun kira-kira tiga bulan kemudian, pada 5 September 2018, polis Portland menahan Crampton-Brophy dan mendakwanya dengan tuduhan membunuh suaminya itu susulan kejadian itu  disyaki ada kaitan dengan plot-twist yang diambil dari novelnya.

Selain The Wrong Husband, antara novel-novel lain nukilannya termasuklah yang berjudul, The Wrong LoverThe Wrong CopThe Wrong HeroThe Wrong Seal, dan Hell on the Heart.

Dalam dokumen mahkamah, pendakwa raya berkata lelaki berusia 63 tahun itu telah ditembak sebanyak dua kali – sekali di belakang ketika dia berdiri di sinki untuk mengisi baldi ais dan air untuk pelajar-pelajarnya, dan kemudian kali kedua di dada dalam jarak dekat.

Pendakwa raya, Shawn Overstreet ketika menyampaikan kenyataan pembukaannya pada perbicaraan kes dakwaan ke atas Nancy Crampton- Brophy pada Isnin, 4 April 2022, yang dituduh membunuh suaminya. Dan Brophy pada 2 Jun 2018. (FOTO The Oregonian)

Peluru itu menembusi tulang belakangnya dan menusuk ke jantungnya. Dompet Brophy dengan wang tunai dan kad kredit ditemui bersamanya, dan tiada tanda-tanda rompakan.

Sebenarnya, selama hampir dua dekad wanita itu dan suaminya tinggal di pinggir bandar yang tenang di Portland, Oregon kelihatan seperti pasangan suami isteri yang sangat bahagia.

Crampton-Brophy pernah menulis tentang suaminya yang mempunyai hobi menternak ayam belanda dan ayam di halaman rumah mereka, menjaga kebun sayur dan suka menyediakan hidangan makanan mewah dan lazat untuknya.

Namun begitu, pihak pendakwa raya dalam hujahnya dalam dokumen mahkamah mendakwa bahawa Cramton-Brophy menghadapi masalah kewangan dan telah menghabiskan akaun persaraan mereka dua tahun sebelum pembunuhan suaminya itu. 

Lokasi Chef Daniel Brophy mati ditembak individu misteri pada pagi 2 Jun 2018.

“Wanita itu yang jualan bukunya tidak menguntungkan dari segi kewangan merancang untuk membunuh suaminya untuk mengutip lebih AS$1.5 juta (RM6.3 juta) daripada pelbagai polisi insurans hayat dan aset lain.

“Daniel Brophy berpuas hati dengan gaya hidupnya yang ringkas, tetapi Nancy Brophy mahukan sesuatu yang lebih.

“Memandangkan Nancy Brophy semakin terdesak dari segi kewangan dan kerjaya penulisannya merudum, dia ditinggalkan dengan beberapa pilihan ….

“Daniel  Brophy bernilai hampir AS$1.5 juta kepada Nancy Brophy jika dia mati dan dia berbaloi dengan kesusahan kewangan jika dia terus hidup. Nancy Brophy merancang dan melaksanakan apa yang dia percaya sebagai pembunuhan yang sempurna.

“Pembunuhan yang dia percaya akan membebaskan dia daripada cengkaman kekeringan kewangan,” kata pendakwa dalam dokumen mahkamah.  

Catatan Nancy Crampton-Brophy berjudul, How To Murder Your Husband yang diterbitkan dalam dalam blog, See Jane Publish pada 2011 (FOTO medium.com)

Pendakwa raya berkata, pemeriksaan terhadap komputer pasangan itu mendedahkan mereka mempunyai akaun iTunes bersama dengan artikel yang ditanda buku berjudul, 10 Ways to Cover Up a Murder.

Namun, peguam Crampton-Brophy berhujah pada perbicaraan minggu ini bahawa wanita itu sangat menyayangi suaminya itu dan langsung tidak ada kaitan dengan pembunuhan itu.

Berita tentang pembunuhan itu mengejutkan masyarakat Portland dan menjadi tajuk utama di mana-mana –  sebahagiannya disebabkan oleh sesuatu yang ditulis Crampton-Brophy tujuh tahun sebelum kematian suaminya.

Pada tahun 2011, melalui  catatan blognya, How to Murder Your Husband, dia menulis sebanyak 700 perkataan yang dimulai dengan: “Sebagai penulis novel romantis-suspens, saya menghabiskan banyak masa memikirkan tentang pembunuhan dan akibatnya, serta mengenai prosedur polis. 

Chef Daniel Brophy meninggal dunia akibat ditembak peluru yang menembusi tulang belakangnya dan kemudian menusuk ke jantungnya. (FOTO CNN)

Catatannya itu kemudian diterbitkan dalam blog, See Jane Publish, yang  dibahagikan kepada bahagian yang memperincikan tentang kebaikan dan keburukanmembunuh suami yang jahat.

“Jika pembunuhan itu sepatutnya membebaskan saya, saya pastinya tidak mahu menghabiskan masa di penjara.

“Dan biar saya katakan dengan jelas untuk rekod, saya tidak suka baju penjara (berwarna oren) dan oren bukan warna kegemaran saya.

“Saya mendapati lebih mudah untuk mengharapkan orang mati daripada benar-benar membunuh mereka.

“Tetapi perkara yang saya tahu tentang pembunuhan ialah setiap seorang daripada kita ada dalam dirinya (keinginan membunuh) apabila terpaksa (melakukannya),” tulisnya dalam catatan tersebut. – HARAKAHDAILY 8/4/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Demikianlah kisah penulis yang tiada roh Islam dan kemanusiaan. Na'auzubillahi minzalik!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails