Saturday, April 16, 2022

Israel ubah Gaza jadi 'penjara di bawah langit terbuka' - Russia

 

Kementerian Luar Russia menyelar tindakan Israel terhadap Palestin sambil menyifatkan Tel Aviv mengubah Semenanjung Gaza menjadi ‘penjara di bawah langit terbuka’. - Foto AGENSI

MOSCOW: Kementerian Luar Russia semalam, menyelar tindakan Israel terhadap Palestin sambil menyifatkan Tel Aviv mengubah Semenanjung Gaza menjadi 'penjara di bawah langit terbuka'," lapor Agensi Anadolu.

Mengulas mengenai kenyataan Menteri Luar Israel menyokong penggantungan keanggotaan Russia dalam Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC), kementerian luar mendakwa Israel menggunakan situasi di Ukraine bagi mengalih perhatian dunia mengenai isu Palestin.

"Seperti diketahui umum, selepas pelbagai pelanggaran dibuat terhadap keputusan Majlis Keselamatan (PBB) dan Perhimpunan Agung PBB, rejim Israel masih meneruskan pendudukan haram dan 'pengilhakan' di wilayah Palestin, mengakibatkan lebih 2.5 juta rakyat Palestin di Tebing Barat Sungai Jordan diusir ke kawasan terpencil dan terputus dari dunia luar.

"Semenanjung Gaza pada dasarnya menjadi 'penjara terbuka' hingga memaksa dua juta rakyatnya bertahan di bawah sekatan laut, udara dan darat Israel hampir 14 tahun," menurut kementerian itu.

Sekurang-kurangnya 152 rakyat Palestin cedera dalam pertempuran dengan tentera Israel di perkarangan Masjid Al-Aqsa pada Jumaat, menurut ciapan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin.

Ketegangan antara Israel dan Palestin memuncak di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur sejak tiga minggu lalu susulan sambutan Hari Easter bertindih dengan Ramadan. - BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Manusia boleh merancang, tapi sebenarnya Allah Maha Perancang..

1882 – 1904 Gelombang pertama penghijrahan pendatang haram Yahudi dari Eropah ke Palestin 

1897 Kongres Zionis pertama bertemu di Basel, Switzerland. Kongres tersebut dilancarkan untuk menempatkan lebih ramai Yahudi di bumi Palestin. Di dalam kongres yang sama, Organisasi Zionis sedunia (World Zionist Organization) ditubuhkan. 

1904 – 1914 Gelombang penghijrahan kedua pendatang haram Yahudi. 

2 November 1917 Menteri Luar England, Lord Arthur James Balfour, mengutus surat (yang kemudiannya dikenali sebagai Deklarasi Balfour) kepada Lord Edmund de Rothschild bagi menyokong usaha penubuhan negara Yahudi di bumi Palestin. 

9 Disember 1918 Tentera British menjajah Palestin. 

24 April 1920 Persidangan San Remo telah memberi kuasa kepada England ke atas Palestin.

1936-1939 Rakyat Palestin cuba bangkit bagi menentang penjajahan.

29 November 1947 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), melalui Jawatankuasa Khas mengenai Palestin telah mencadangkan supaya negara Palestin dipecahkan menjadi dua negara, sebahagian bagi rakyat berketurunan Arab Palestin dan sebahagian lagi bagi pendatang haram Yahudi (Resolusi 181 perhimpunan agung PBB). Manakala Baitul Maqdis (atau Al-Quds atau Jerusalem) dan daerah di sekitarnya dijadikan kawasan antarabangsa, tanpa berbincang terlebih dahulu dengan pihak Palestin. 

9 April 1948 Pasukan pengganas bawah tanah Yahudi yang dikenali sebagai kumpulan Irgun dan Stern Gang melakukan pembunuhan kejam ke atas 254 rakyat Palestin di perkampungan Deir Yassin berdekatan Baitul Maqdis. Rumah – rumah kediaman  dimusnahkan. England hanya menutup mata! 

14 Mei 1948 Mandat England ke atas Palestin berakhir secara rasminya. Yahudi Zionis serta-merta mengishtiharkan penubuhan negara israel. Amerika Syarikat menawarkan hubungan diplomatik penuh bagi mengiktiraf negara haram israel  

1949 Pada penghujung tahun 1948, Israel meluaskan penjajahannya ke atas 78% daripada tanah Palestin. Akibat dari rampasan tersebut 750,000 orang Palestin menjadi pelarian dan hidup dalam keadaan yang sangat daif. Sebelum tahun 1947, Yahudi hanya berjaya memiliki 7% tanah Palestin.

5 Jun 1967 Israel melancarkan serangan ke atas beberapa negara Arab. Peperangan ini dikenali sebagai ‘Perang Enam Hari.’ Israel mendapat bantuan kewangan dan persenjataan dari Amerika Syarikat. Di dalam peperangan tersebut, Israel telah menawan Timur Baitul Maqdis, Tebing Barat dan Gaza. Akibatnya, 500,000 lagi warga Palestin dihalau dari kampug halaman mereka. 

LEBIH 6 JUTA RAKYAT PALESTIN TELAH MENJADI PELARIAN
SEJAK TAHUN 1948!

Gaji/Elaun menteri yang tinggi, fikir susutkan demi kebajikan rakyat...

 

Ini rumah Ustaz Azizan Razak  dari PAS semasa jadi MB Kedah itu..
Komen Rakyat dalam blog ini..

6 comments:

Anonymous said...

Menteeri ble syukur gaji banyak.
Rakyat??? Syukur bleh jaga diri sendiri dgn duit kwsp........ sendiri.

Anonymous said...

Yg takde pencen, kwsp utk hari tua. Tapi takkan semua nak bagi gaji tinggi. Takkan gaji pengurus nak sama dengan operator. Nanti ramai taknak belajar pandai pandai, sebab operator pun gaji sama banyak dengan pengurus. Nak gaji lebih, kerja lebih, belajar lebih, mental pun kena lebih. Ini adil. Yang banyak duit jangan tindas yg sikit duit. Jangan nak kaya ambil rasuah. Atau jadi ceo gaji juta juta. Ini zalim.

Atau ambil rasuah, saksi mati. Jika dipilih jadi pemimpin, jangan guna kuasa untuk kumpul harta. Ini zalim. Buat projek sebab nak ambik komisyen, bukan sebab nak bantu rakyat. Ini khianat. Pemimpin yg ikhlas, bila tiada ditangisi. Pemimpin yang korup, rakyat meluat dan suruh pergi. Tak tangis pun, malah rakyat bersyukur. Macam atok. Rakyat bersyukur bila atok bersara. Bila siang kit bersara, rakyat rasa selamat.

ELOK PRU 15 BAGI PAS PERINTAH
BERSIH RASUAH AKHLAK TAK TAU LAH
IQ OK JER BERUCAP PUN TAK KALAH
YG ACAH2 POWER MELAYU ISLAMIK BOLE BLAH

PRU 15 KARTEL MAFIA KALAH
KASI BERAMBOS INI KARTEL
22 TAHUN 22 BULAN HARAMJADAH
KASI ANAK CUCU KETAK MENGIGIL
KHALAS

Anonymous said...

Setuju. Bagi Pas perintah. Jgn bagi najib jd PM lg. Depan hakim suma xtau. Mcm gampang.

Anonymous said...

Kalau dah tak ambil rasuah, akhlaq kira oklah.

Akhlak kira ok la tak amik rasuah.... bukan rasuah torwong akhlak pembunuh 1 saksi dah mati..

22 tahun lalu Syuhada Jalil Ibrahim mati dijerut di Hong Kong sampai skg pembunuh tak jumpa jumpa...

Mcm Jho Low jugak tak jumpa jumpa smpi skg... nasib baik tak mati ajer lagi..

Lu fikir sindri sapa berkuasa masa tu.. kartel mafia...

Suma tu fakta bukan nak geli geli bagi mahacai terkinja kinja jadi bodoh bangang...!! fakta bukan auta .. ada faham ka..!?
KHALAS

Friday, April 15, 2022

Siapa calon PM, PAS sokong & ubah rentak politik M..

 

1. PRU15: Rakyat tentukan siapa calon PM

MARANG: PAS menyerahkan keputusan kepada rakyat bagi menentukan siapa calon Perdana Menteri (PM) dan dari parti mana yang akan diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pilihan raya belum lagi berlaku dan bila tiba masanya diserahkan kepada rakyat menentukan.

Namun, katanya tidak perlu gopoh kerana dibimbangi akan berlaku seperti Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Kita serah kepada rakyat, pilihan raya dok (belum) lagi. Rakyat menentukan keputusan pilihan raya. Jadi, rakyat yang akan menentukan siapa dia (Perdana Menteri), parti mana.

“Tak perlu gopohlah, jadi macam Johor. Calon orang lain, naik orang lain. ‘Order’ barang lain, sampai barang lain,” ujarnya kepada pemberita selepas menyampaikan Kuliah Dhuha Pagi Jumaat, di Masjid Rusila, hari ini.

Beliau ditanya mengenai keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno yang mencadangkan Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon PM pada PRU15.

Tuan Guru Abdul Hadi juga berkata, kerjasama PAS-Umno melalui Muafakat Nasional (MN) masih diteruskan.

Mengenai keputusan Umno untuk tidak meneruskan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Pakatan Harapan (PH) yang berakhir 31 Julai hadapan, katanya ia akan diputuskan bersama dalam komponen Perikatan Nasional (PN).

“MoU, kita akan buat keputusan bersama dengan Perdana Menteri, Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yasin dan saya sendiri dan parti-parti komponen.

“Kita bersetuju sebarang keputusan mesti dibuat bersama, kerana kerajaan ini, kerajaan Perikatan Nasional, 70 kerusi adalah PN dan gabungan Umno sebahagian daripadanya,” kata beliau.

Semalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang dipengerusikan Presidennya, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat keputusan MoU itu tidak disambung semula. – HARAKAHDAILY 15/4/2022

2. PAS sambut baik Ismail Sabri sebagai PM selepas PRU15 

KUALA LUMPUR: PAS menyambut baik keputusan Umno mencadangkan agar Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, sebagaimana buat masa ini parti itu mendukung serta menyokong penuh kepemimpinan Perdana Menteri kesembilan itu, PAS mengharapkan agenda perpaduan yang dipelopori oleh beliau dapat diteruskan.

Ini, ujarnya kerana ia terbukti telah berjaya mewujudkan kestabilan serta iklim politik yang baik dan harmoni di negara ini.

“Pendekatan ini pastinya akan terus disokong oleh semua pihak atas dasar bipartisan demi kebaikan negara,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya, PAS juga yakin Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik di antara Kerajaan Persekutuan dengan pihak pembangkang yang pada umumnya yang berkuat kuasa dari tarikh ia ditandatangani dan terpakai sehingga pembubaran Parlimen Malaysia yang ke-14 akan terus membantu proses pemulihan negara di bawah kepimpinan Ismail Sabri dalam semua aspek termasuk kesihatan, ekonomi, sosial dan hidup serta kehidupan rakyat jelata.

Petang semalam, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno sebulat suara memutuskan Ismail Sabri menjadi calon Perdana Menteri pada PRU15.

Menurut Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan, kesepakatan itu ialah antara beberapa perkara diputuskan pada yang dipengerusikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. – HARAKAHDAILY 15/4/2022

3. Rakyat Kelantan merubah rentak politik Mahathir 

PINDAAN Perlembagaan Persekutuan sedang dibahaskan di Dewan Rakyat yang diadakan secara Sidang Khas pada minggu ini. Dalam penggal ini, sudah dua pindaan diadakan sebelumnya iaitu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan umur minimum layak sebagai pemilih (Undi18).

Pindaan kali ini melibatkan RUU Antilompat Parti yang apabila ia dibentang bahas untuk diluluskan segera melalui Sidang Khas, ia telah mengisyaratkan bahawa tarikh PRU15 semakin dekat. Dari satu sudut, menunjukkan parti-parti politik sangat mengambil iktibar ‘gejala katak’ dalam kalangan politikus.

Bagusnya, ia satu lagi tingkat integriti dan usaha mencegah dari berlaku tindakan sedemikian di mana menyumbang kepada ketidakstabilan politik. Bermakna segala kesangsian, kemungkinan, manipulasi dan risiko sedang dielakkan menerusi pindaan yang akan meneguhkan politik Malaysia selepas ini.

Pindaan Perlembagaan apabila dibicarakan tentunya dalam kalangan pemerhati politik tidak dapat melupakan pindaan pada tahun 1993 mengenai kuasa Raja-raja. Ia kekal dilihat sehingga hari ini sebagai satu sejarah teramat besar dan berani dilakukan oleh kerajaan ketika itu di Parlimen.

Tetapi bagi rakyat Kelantan, faktor pindaan itu titik puncanya adalah dari keputusan PRU tahun 1990 di mana negeri ini beralih penguasaan kepada Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Kerajaan campuran PAS, S46 dan BERJASA telah berjaya menumbangkan Umno.

Rakyat Kelantan dilihat bangkit menunjukkan pendirian tidak senang kepada Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno ketika itu. Bagi Mahathir pula, kekuasaan yang digenggamnya sejak tahun 1981 itu sedang retak dan tercabar serta boleh melarat lebih teruk.

Lebih-lebih lagi kejatuhan di Kelantan ini terhasil dari rentetan perpecahan dalaman Umno yang kronik pada tahun 1987. Bukan sahaja terbentuk Parti Melayu Semangat 46 (S46) yang merupakan serpihan Umno, tetapi krisis itu juga menyebabkan Umno diharamkan.

Malah rakyat Kelantan melihat Mahathir memperkuatkan cengkaman politiknya secara kediktatoran di mana pada tahun sama juga berlaku Operasi Lalang. Kegagalan politik ketika itu dilihat telah memangsakan orang yang tidak bersalah di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Para pemimpin pembangkang dijadikan ‘kambing hitam’ dan ia sebagai satu ‘notis amaran’ buat penentang politik Mahathir. Lesen akhbar The Star, Sin Chew Jit Poh, The Sunday dan Watan turut dibatalkan ketika itu. Apatah lagi sebelumnya rakyat dalam kalangan kaum Cina juga menunjukkan protes terbuka. 

Kegelisahan Mahathir menangani politik semakin tidak dapat dibendung kesan PRU tahun 1990 itu kerana yang memimpin S46 adalah Tengku Razaleigh Hamzah. Pencabarnya untuk kerusi Presiden Umno ketika itu dilihat mencetus kebangkitan rakyat yang menggugat beliau dengan menang PRU di Kelantan.

Amarah Mahathir tidak dapat disembunyikan apabila dalam ucapannya pada pindaan 1993 itu menyinggung Sultan Kelantan. Ucapan berbaur kecaman dan ugutan itu menyalahkan tindakan Sultan Kelantan menunjukkan sokongan politik kepada kerabat (Tengku Razaleigh) antara sebagai punca pindaan itu.

Menerusi pindaan itu beliau bukan sahaja dapat memihakkan sentimen rakyat kepadanya dan mencalar reputasi Raja-raja dengan propaganda seiring dikembangkannya. Lebih dari itu adalah untuk memperteguhkan kuasa politik Perdana Menteri dan Kerajaan.

Biarpun berselimut dalam nama demokrasi dan kehendak rakyat, pindaan itu secara strategiknya telah mengubah senario politik dan sikap pemerintahan Mahathir. Beliau bukan sahaja semakin mencipta banyak musuh daripada kalangan istana dan ahli-ahli politik, tetapi juga rakyat awam.

Dinafikan kenaikan pangkat, ditukar atau ditempatkan ke pedalaman, dan pelbagai bentuk tekanan dikenakan kepada rakyat atau penjawat awam yang tidak ‘memilih’ beliau. Apatah lagi ke atas rakyat Kelantan sejak 1990 itu didiskriminasi, dibatalkan kelulusan projek dan disekat menerima hak-hak negeri.

Selain pelbagai infrastruktur kemudahan asas, Kelantan juga telah dinafikan hak besar royalti petroleum yang pernah ditandatangani. Begitu juga surat ‘ugutan’ beliau kepada Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkenaan pelaksanaan syariah di negeri ini.

Namun, semua itu telah tinggal nostalgia. Mahathir akhirnya mengakui kuasa rakyat yang disaksikan beliau. Selepas meletak jawatan pada tahun 2003 dan kembali ke jawatan sama pada 2018, beliau jelas semakin akur dengan pemilik demokrasi.

Pilihan rakyatlah Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor bertukar kerajaan. Kebencian rakyatlah Barisan Nasional yang berkuasa 60 tahun ditumbangkan. Peralihan rakyatlah membawa Pakatan Harapan ke Putrajaya.

Aspirasi rakyatlah hingga terbentuknya Perikatan Nasional dan rasa muak rakyat jugalah yang menjadi penyebab hampir separuh tidak turun mengundi pada PRN Johor baru-baru ini. Kecenderungan rakyat kini tidak lagi ‘terikat’.

Walaupun mungkin masih ada sisa-sisa hasrat dan keegoan untuk mengawal dan memperalat tindakan ke atas rakyat, nampaknya Mahathir kini lebih berwaspada. Malah, menyeru sokongan politik dan kebersamaan rakyat dalam banyak isu negara mutakhir ini. 

Hal sama juga dilihat sedang mempengaruhi semua parti politik sehingga antaranya membawa kepada pindaan-pindaan mutakhir ini, termasuk penggubalan pelbagai akta baharu. Juga pendekatan politik yang memihak dan memenangkan rakyat.

Apapun, rakyat Kelantan mencipta sejarah di mana negeri ini juga dijuluki sebagai ‘Universiti Politik Terbuka’ telah ‘mengajar’ politikus hebat seperti Mahathir hingga merubah rentak politiknya. Terima kasih Tun Mahathir atas ‘permainan’ dan ‘jasa’ politik beliau. 

NAZMAN CHE IBERAHIM
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 15/4/2022 


Lega Tuan Ibrahim tahun ini.. PAS terus kejar pahala.

 

1. Menteri bersyukur lihat suasana Ramadan tahun ini

KUALA LUMPUR: Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man melahirkan rasa gembira dan amat bersyukur melihat suasana Ramadan tahun ini.

Katanya, ramai orang membawa keluarga ke surau dan masjid bagi mendirikan solat berjemaah terutama pada waktu Isyak dan tarawih.

Menurutnya, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menerusi Malaysia Green Technology and Climate Change Centre (MGTC) dengan kerjasama Yayasan Waqaf Malaysia telah melancarkan Tabung Wakaf Masjid Hijau.

“Ia adalah inisiatif pembiayaan inovatif untuk membangunkan masjid berasaskan teknologi hijau,” ujarnya dalam satu hantaran di laman sosial beliau, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menyeru supaya disalurkan dana wakaf terus ke akaun Yayasan Waqaf Malaysia (YWM).

Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian mengucapkan terima kasih kepada semua pewakaf yang budiman.

Tabung Wakaf Masjid Hijau merupakan produk wakaf yang diwujudkan melalui kerjasama antara YWM dan MGTC, sebuah agensi di bawah KASA.

Kerjasama itu telah diluluskan oleh Lembaga Pemegang Amanah YWM pada 14 Oktober 2021.

Wakaf Masjid Hijau itu merupakan sumber pendanaan bagi projek-projek pembangunan masjid-masjid di Malaysia yang berasaskan teknologi hijau serta menyebar luas kepentingan gaya hidup hijau terutamanya dalam kalangan ahli kariah masjid dan masyarakat setempat.

Masyarakat boleh turut sama dalam pelaksanaan Wakaf Masjid Hijau, dengan berwakaf secara tunai melalui Sistem Wakaf Tunai Malaysia.

Di pilihan ‘Jenis Wakaf’, masyarakat hanya perlu memilih ‘Wakaf Khas / Projek (WK) dan memilih Wakaf Masjid Hijau.

Masyarakat juga boleh menyumbang secara tunai ke akaun Yayasan Waqaf Malaysia di RHB Islamic Bank melalui nombor akaun 2124-576004-6138. – HARAKAHDAILY 13/4/2022

2. Sampai hujung dunia PAS kejar pahala 

TIDAK berapa lama sebelum puasa, aku dan rakan-rakan di Qatar, menerima kunjungan tetamu istimewa dari Malaysia. Rombongan daripada Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat yang datang singgah dalam perjalanan mereka ke beberapa negara, bertemu duta sambil beramah mesra dengan rakyat Malaysia yang ada di negara itu. Mulanya kami mahu menyambut mereka di pantai di al-Khor, tetapi laporan cuaca mengatakan akan berlaku angin kuat, maka kami berpindah tempat.

Kehadiran pimpinan sebegini, walaupun sekejap, tetapi amat bermakna bagi kami di sini. Kami biasanya bakal dihidangkan dengan isu-isu yang sedang hangat diperkatakan, terus daripada mulut pimpinan sendiri. Rombongan itu diketuai oleh Pengerusi Lajnah Luar Negara sendiri, YB Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi dengan ditemani oleh Dato’ Yahaya Ali dan beberapa AJK Lajnah yang lain.

Dan seperti yang dijangka, kami mendapat maklumat yang masih segar, terus dari pimpinan. Isu berkenaan kisah di sebalik peletakan jawatan oleh mantan Setiausaha Majlis Syura Ulamak. Betapa pentingnya penekanan kepada ketaatan kepada pimpinan. Dan sebagaimana yang sering dilaungkan, datang dan perginya pimpinan dari berbagai peringkat itu adalah perkara biasa dalam jemaah.

Beberapa isi penting yang sempat aku nukilkan secara umum ialah berkenaan pemimpin jemaah, ada hak istimewanya. Ada beberapa perkara teknikal yang pada asasnya ialah perlu ada sebagai peraturan berpersatuan, tetapi dalam pelaksanaannya, akan ada bagi semua persatuan, keputusan yang dilihat sebagai lebih utama, penting dan segera, perlu dibuat.

Kerahsiaan parti juga adalah bukan sesuatu yang mesti dijadikan tular kerana akhirnya, ia tidak ke mana, malah memalukan diri sendiri. Dan apabila sudah tidak laku, maka cerita itu dijaja kepada pihak musuh. Kejahatan yang kononnya daripada pemimpin, terserlah hanya fitnah. Musuh juga membenci perangai sebegini, kerana nanti jika bersama mereka, pastilah juga hal mereka akan dibocor, kalau berselisih.

Penekanan yang utama bagi ahli yang perlu ditanamkan dalam pemikiran semua ialah PAS bukan sahaja parti politik, tetapi jauh dari itu, PAS juga ada mempunyai sistem tarbiyah dan dakwah. Bayangkan, sehingga ke hujung dunia lajnah ini berkelana sama ada berwajahkan parti, mahupun NGO di peringkat antarabangsa, ada AJK nya yang berjaya membina masjid di negara yang sangat sukar untuk berbuat demikian, hadir memberikan bantuan dan sebagainya.

Serampang banyak mata ini sungguh mengagumkan kerana belanja yang dikeluarkan oleh ahli-ahli PAS, rupanya sudah jauh merantau, nun di negara-negara bahkan yang bukan-Islam yang lain. Atas amanah ini, mereka membawa misi dakwah PAS ke serata dunia. Bukankah sesuatu yang amat berharga jika nanti ada kita lihat pahala kita, datang dari negara Poland contohnya yang telah dibina masjid oleh usaha AJK lajnah PAS ini? 

Kita tidak tahu yang wang sedekah kita itu, telahpun diagihkan kepada seluruh dunia Islam dan bukan Islam, walau atas nama NGO, tetapi pemainnya ialah mereka yang sama dengan yang memegang amanah dalam lajnah ini. Hanya yang tidak dapat memahami struktur jemaah yang sangat tersusun ini, ada dalam PAS, mereka lalu merasakan betapa PAS lemah, sedangkan yang lemah, mereka sendiri kerana tidak tahu dan suka menuduh.

Pagi itu, kenikmatan nasi dagang yang dihidangkan oleh rakan dari Terengganu, sup kaki kambing dari Qatar, teh halia dari India, benar-benar memberi makna akan maksud sebenar Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat. Ia ada bermacam rasa, menu, resepi yang datang dari berbagai sumber. Inilah nikmat berjemaah, kepercayaan diserahkan kepada kepakaran pemimpin, amanah harta diberikan kepada tangan yang terpecaya.

Maka jalan menuju bahagia di dunia dan akhirat, akhirnya akan nampak terbuka. Semuanya atas nama Islam.

MOHD NASIR ABDULLAH
12 Mac 2022 – HARAKAHDAILY 12/4/2022

Umum mengenali DAP parti keluarga Lim dan Karpal. Nepotisma..

 

Pola pengundian semasa menghantui DAP

DAP kini punya Setiausaha Agung baru iaitu Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke. Bekas Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng dilantik Pengerusi parti manakala tokoh veteran Lim Kit Siang mengumumkan bersara dari politik. Di dalam struktur organisasi DAP sebagaimana parti-parti aliran Sosialis dan Komunis lain, Setiausaha Agung parti memiliki kuasa dan memegang jawatan eksekutif tertinggi parti. 

Pasca Pilihan Raya Negeri Johor baru-baru ini, ternyata rekod DAP semakin merosot berbanding PRU ke-14 tahun 2018 dahulu. Sokongan masyarakat bukan-Melayu khasnya kaum Cina terhadapnya mula berkurangan manakala para pengundi Melayu terus menolaknya.

Adakah Loke memiliki kemampuan mengemudi DAP untuk kembali cemerlang dan menebus kekalahan partinya dalam siri-siri pilihan raya bermula PRK Cameron Highlands sehinggalah PRN Sabah, Melaka, Sarawak dan Johor atau beliau akan menjadi Setiausaha Agung yang bakal menyaksikan terpelanting keluar DAP dari arus perdana politik negara?

Pensyarah USM Ahmad Fauzi Abdul Hamid berpandangan bahawa dengan Loke sebagai Setiausaha Agung DAP yang baru, tanpa Kit Siang dan Guan Eng, Loke boleh membuktikan yang parti berkenaan bukannya sebuah parti bersifat Nepotisma. Pada saya umum mengenali DAP sekian lama sebagai sebuah parti keluarga Lim dan Karpal. Sentimen Nepotisma mungkin dirasai oleh ahli-ahli parti tetapi di luar rakyat tidak menjadikan faktor ini penyebab menolak DAP.

Saya lebih bersetuju apabila Ahmad Fauzi menyebut bahawa kelemahan DAP sesungguhnya adalah pada kegagalannya untuk menolak imej parti orang Cina. Kononnya jika imej Malaysia dibawa terlalu cepat, DAP bimbang akan kehilangan undi tegar masyarakat Cina yang merupakan simpanan tetapnya.

Faktor imej parti Cina ini dipersetujui oleh James Chin dari Institut Asia, Universiti Tasmania. Menurut Chin pula ramai masyarakat Cina kecewa dengan DAP apabila gagal memenuhi janji dan tuntutan perjuangannya sepanjang 22 bulan mereka diberi peluang memerintah melalui Pakatan Harapan.

Kata Chin lagi dalam pemilihan parti DAP baru-baru ini, lantaran dominasi kaum Cina, sukar untuk pemimpin DAP Melayu dan India mendapat tempat dalam kepimpinannya. Mampukah Loke merubah masalah imej ini yang sudah berlarutan sekian lama sedangkan sehebat Kit Siang dan Guan Eng pun tidak mampu?

Dalam keadaan kedudukan mereka yang semakin tercabar, kemungkinan DAP tiada pilihan, tersepit antara mahu menjaga ‘simpanan tetap’ mereka atau menggadaikan segala-galanya. Pasti DAP terpaksa mengekalkan imejnya itu walau ada yang melihat ia hodoh.

Lim Guan Eng dalam mengulas kekalahan DAP dalam PRN Johor baru-baru ini menyebut bahawa jika pola pengundian PRN Johor kekal sehingga PRU ke-15 nanti, DAP bakal kecundang di 5 dari 42 kerusi yang diwakilinya di Parlimen hari ini. Lima kerusi yang dimaksudkan itu mungkin Raub, Bentong, Labis, Tenom dan Mas Gading.

Raub, Bentong dan Labis masing-masing punya bilangan pengundi Cina kurang dari 50 peratus, di sinilah kebimbangan DAP, kerana PRN Johor membuktikan kerusi-kerusi seumpama ini tidak lagi selamat buat DAP. 

Tetapi dalam PRN Johor DAP bukan hanya kalah di kerusi-kerusi seumpama ini, kerusi DUN Yong Peng umpamanya  yang punya 59.58 peratus pengundi Cina pun DAP kalah. Adakah pola pengundian PRN Johor ini sesungguhnya bakal membawa masa depan yang gelap buat DAP walaupun dengan Setiausaha Agung baru?

Kerana itu sebagaimana dalam penulisan saya sebelum ini, saya memperingatkan khasnya kepada para pengundi Melayu Islam, gunakanlah kekuatan undi kita untuk memastikan kebaikan dan masadepan yang cerah buat ummah. 

Ternyata pola pengundian yang menjadi kebimbangan DAP itu merujuk kepada kekuatan dan kemampuan undi Melayu Islam yang bersatu. Jika kita bersatu menolak mana-mana parti yang tidak menjaga dan memperjuangkan nasib dan kepentingan kita, bukan hanya di kerusi majoriti Melayu kita boleh ‘mematikan’ mereka, di kerusi campuran dan malah di kerusi majoriti bukan Melayu pun, jika bilangan kita dalam 30 ke 40 peratus kita masih boleh berperanan ‘mematikan’ mereka.

DAP kini rata-rata ditolak masyarakat Melayu Islam hasil dari kesedaran masyarakat berkenaan dari hal agenda dan dasar perjuangan parti berkenaan.

Apakah perjuangan DAP yang harus menjadi iktibar dan sempadan buat kita? Negara atau Malaysia jenis apakah yang mahu dibina DAP kiranya mereka kembali berkuasa, biar disedari dan diketahui kita semua.

Ada yang berpandangan bahawa kiranya kita mahu tahu bagaimana Malaysia yang DAP cita-citakan maka kita perlu menoleh ke seberang Selat Johor. Di Singapura, tiada kontrak sosial yang diperakui. Singapura memberi hak sama rata kepada semua kaum tanpa ada hak keistimewaan sebagimana hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera di sini. Di Singapura tiada contohnya kuota kemasukan ke IPTA kerana semuanya ditentukan atas dasar meritokrasi.

Mengapa perlu lihat Singapura? Kerana DAP menurut rekod ditubuhkan ketika PAP bertindak angkat kaki keluar dari Malaysia apabila Singapura terpisah dari Malaysia. DAP dikira mewarisi perjuangan PAP. Slogan ‘Malaysian Malaysia‘ yang pernah dipopularkan DAP sebelum ini adalah slogan yang sama dibawa oleh PAP di bawah mendiang Lee Kuan Yew ketika Singapura sebahagian Malaysia dulu.

Lebih tepat lagi kita boleh merujuk beberapa rakaman video menunjukkan bagaimana mendiang Lee Kuan Yew melihat Islam dan Melayu di Singapura. Dalam satu rakaman popular yang boleh dimuat naik melalui Youtube, Kuan yew menyatakan bahawa masyarakat Melayu sukar menjayakan proses integrasi kaum di Singapura kerana terlalu berpegang teguh pada agama.

Dalam video itu Kuan Yew sebut masyarakat Melayu gagal bergaul baik dengan masyarakat bukan Melayu lantaran kekangan agama. Sukar makan dan minum bersama kerana menitikberatkan halal-haram, sukar kahwin campur kerana mahukan pasangan yang bukan Islam menukar agamanya.

Inilah fahaman Sekular yang pekat terpaku dalam minda pimpinan PAP sehingga menganggap lantaran pegangan pada Islam, masyarakat Melayu menjadi penghalang pada kemajuan negara berkenaan. DAP juga memperjuangkan sebuah negara yang Sekular, adakah DAP juga bakal meminjam pendirian dan pandangan Kuan Yew ini?

Kesimpulannya DAP hari ini bukan lagi teguh dan kukuh sebagimana keadaannya pasca PRU 14 dahulu sehingga mampu ‘bersemayam’ di Putrajaya. Berdasarkan trend semasa DAP juga boleh dikalahkan. Kita punya kekuatan untuk menentukan nasib DAP sebenarnya, maka pergunakanlah sebaiknya hak kita, jangan lagi persiakan nasib dan masa depan kita.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 14/4/2022

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails