Saturday, May 21, 2022

Janji Umno, ingat PH. Bijak, kekalkan PAS.

 

1. Janji-janji Umno, mengingatkan kita pada PH

MALAM tadi ada tengok dua video, satu daripada Umno Kelantan dan satu lagi dari Umno Terengganu.

“Undi Umno, isu air Kelantan akan selesai, bahkan bil air pun boleh bagi free pada rakyat Kelantan,” kata pihak Umno Kelantan.

“Undi Umno, dalam 100 hari akan bina lebuh raya dari Dungun dan bina LPT3 di Besut,” kata pihak Umno Terengganu.

Pertama

Umno tak belajar daripada apa yang berlaku kepada Pakatan Harapan (PH). Rakyat masih lagi trauma dengan janji-janji PH. Umno tabur pula janji yang sifatnya hampir sama dengan apa yang dibuat PH. 

“Malam ini menang, esok harga minyak turun.” Itulah falsafah janji PH yang diekori Umno untuk selesaikan isu air. 

Isu air ini panjang bang, Umno tadbir Perlis pun isu air tak selesai lagi, hingga air hilang (NRW) dia lebih 60 peratus, dan perlu RM3 bilion untuk selesai masalah air. 

Umno tadbir Pahang pun masalah air banyak juga, hingga berhutang RM2 bilion untuk bekalan air.

Lagi hebat nak beri air percuma pada semua rakyat. Dok eh, sekarang ini rakyat Perlis, Pahang, Melaka dan Johor tak perlu bayar bil air ke? 

Tolonglah, rakyat makin meluat dengan janji-janji sebegini. Tak perlu melampau sangat, nanti jilat cok

Kedua 

Janji 100 hari ini pun rakyat agak trauma mendengarnya, akibat janji 100 hari PH. Umno pula buat janji 100 hari. 

Kemudian janjinya bukan kepalang nak bina lebuhraya beratus kilometer. Tak tahu nak kata apa, puak-puak ni tak reti ke yang rakyat buat jadi modal lawak je dengan janji-janji politik begini. 

Lagi lawak jika kita telusuri dengan sedikit dalam, LPT3 yang Umno janji nak buat itu, sekarang ini telah pun digerakkan kerja awalan bernilai RM30 juta yang patut selesai April 2022.

Tawar benda yang dah ada dah. Sedap sokmo lah duk tawarnya. 

Satu lagi, Umno duk tawar jalan ni, nak bina dengan duit siapa? Rakyat Terengganu trauma dah LPT2 yang dibina dengan duit negeri dulu. 

Sehingga sekarang RM1.2 bilion tiada khabar berita dari Persekutuan. Sedangkan semua tahu lebuh raya sebegini di bawah bidangkuasa Persekutuan. 

Takkan Umno nak ulangi kaedah yang sama lagi? 

Janji realistik

Betul dah tabur janji dekat-dekat PRU. Tapi taburlah janji yang realistik. Bukan apa, kemeluatan rakyat akan menimpa bukan sahaja kena pada Umno tapi semua parti politik. 

Apatah lagi Umno sedang berdepan dengan isu integriti yang teramat dahsyat sekarang ini. Pendakwaan terhadap bekas Presiden dan Presiden, patut reti base lah. 

AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 21/5/2022

2. Isu air Kelantan: Pengundi bijak akan mengekalkan PAS 

DALAM berbicara soal memilih kerajaan, biasanya akan ada dua golongan pengundi iaitu; Pertama, pengundi yang memilih dengan fakta; dan Kedua, pengundi yang memilih berdasarkan auta.

Mutakhir ini, isu air dilihat suara Umno Kelantan dan PAN Kelantan begitu senada di mana cuba menjerat minda warga rakyat Kelantan yang juga para pengundi dengan menawarkan solusi: “Tukar Kerajaan PAS. Pilih kami. Isu air akan selesai”.

Pengundi yang bijak saya pasti akan bertanya, “Apa solusi baharu yang kamu boleh tawarkan?”

Jawapannya, tiada. Setakat ini Umno Kelantan dan PAN Kelantan tidak mengemukakan sebarang penyelesaian

Solusi yang Kerajaan Kelantan sedang usahakan pada ketika ini; jika dilaksanakan oleh Umno Kelantan dan PAN Kelantan, solusi sama seperti itulah juga akan mereka gunakan.

Pengundi yang bijak saya cukup percaya akan bertanya, “Jika solusi sama yang akan digunakan, apa keperluan menukar kerajaan?”

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Mohd Amar Abdullah dalam isu ini ada menyebut secara jelas betapa parti mana sekalipun yang mentadbir Kelantan, mereka tetap memerlukan masa untuk menyelesaikan perkara ini.

Pengundi yang bijak tentunya akan bertanya, “Bukankah alternatif pilihan kepada PAS hanya Umno dan PAN?” Tetapi, pengundi yang bijak akan mengadili keadaan ini:

▪︎Umno – merekalah yang menzalimi Kelantan puluhan tahun lamanya sehingga rakyat Kelantan hari ini terpaksa melalui banyak penderitaan. Kini mereka bermain wayang cuba menjadi juara untuk menyelamatkan ‘rakyat yang dizalimi’. Hipokrit apakah ini?

▪︎PAN – merekalah parti yang dahulunya pernah bersama kerajaan PAS Kelantan, dan mengakui secara terbuka isu air di Kelantan hanya berlaku kerana Kelantan dizalimi. Hari ini ke mana pengakuan itu, sebaliknya melaungkan Kerajaan Kelantan kini yang menzalimi. Dayus atau lidah bercabangkah?

Pengundi yang bijak akan terus bertanya, “Apakah aku sebagai pengundi ingin menggantikan kerajaan yang dizalimi, dengan ‘si zalim’ dan ‘si dayus’?”

Yang terbaru, jenaka dari juak-juak Umno Kelantan memberikan bayangan bahawa jika Umno kembali mentadbir pemerintahan Kerajaan Negeri Kelantan, mungkin air akan dinikmati secara percuma.

Barangkali, rakyat di Pahang, Melaka, dan Johor, sekadar memberi derma ikhlas bulanan kepada kerajaan Umno di negeri-negeri itu?

Kerana waras akal kita, jika di negeri PAS mereka ingin beri percuma, mana mungkin di negeri yang mereka memerintah, bayaran dipinta.

Mungkinkah juga, Umno ini layak diibaratkan, umpama seorang yang tidak solat, tetapi ghairah menegur imam tak cukup harakat.

Oh, bicara soal ‘imam’, terdetik hati ingin bertanya. ‘Imam Umno’ apa khabarnya? Kerana angin membawa berita, dahulunya megah di Putrajaya, hari ini terbayang hanya penjara. Jangan bicara air percuma, menagih undi rakyat jelata, sudah masyhur suka berdusta.

Parti sebegini tuan-tuan, bukan disokong, tapi dipekong.

Kesimpulannya, pengundi yang bijak akan terus mengekalkan PAS di Kelantan.

MUHAMMAD NABIL ZULKIFLI 
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 21/5/2022

Perhatian: No telefon Ibnu Hasyim.com terkini 014-400 2015

P/keselamatan cabul, samakah M/Kewangan dikaitkan rasuah?

 

Pengawal keselamatan ditahan kes cabul murid sertai qiamullail

TANAH MERAH: Seorang pengawal keselamatan sebuah sekolah rendah di sini ditahan bagi siasatan kes cabul seorang murid lelaki ketika mangsa sedang tidur bersama rakan-rakannya yang menyertai program qiamullail di surau sekolah terbabit.

Lelaki berusia 38 tahun terbabit yang bertugas sebagai pengawal keselamatan sementara, ditahan susulan laporan polis dibuat bapa kepada mangsa berusia 12 tahun berkenaan yang menceritakan kejadian Khamis lalu itu selepas dijemput dari sekolah pada jam 10.15 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Wan Zulfikri Wan Othman berkata, menurut laporan, kejadian berkenaan didakwa kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin di surau sekolah itu.

"Pada malam kejadian mangsa terbabit dengan program qiamullail dan sedang tidur bersama rakan sekolah dalam surau itu ketika didakwa dicabul oleh suspek. Mangsa dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk pemeriksaan," katanya hari ini.

Menurutnya lagi, pengawal keselamatan berkenaan dibawa ke mahkamah pagi ini untuk mendapatkan perintah reman bagi siasatan mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTK) 2017.

Komen Weblog Ibnu HasyimPengawal keselamatan ditahan berkait kes cabul murid sertai qiamullail. Samakah dengan kes bekas Menteri Kewangan sesebuah negara, tiba-tiba dikaitkan dengan rasuah? Atau kes rasuah lebih besar dan parah lagi dari mencabul?

Perhatian: No telefon Ibnu Hasyim.com terkini 014-400 2015

Rakyat S'pura abdi LKY. Johor-Riau lingkupkan..

 

Komen Rakyat dalam blog ini..

2 comments:

Anonymous said...

RAKYAT SINGAPURA ADALAH HAMBA ABDI PADA KELUARGA LEE KWAN YEW & PARTI PAP SUPER KRONI NEPOTISMA ULTRA KIASU.

Lapuran dari Taiwan News menyatakan gaji isteri Perdana Menteri sebanyak S$99 juta setahun sebagai Pengerusi Temasek Holdings.

Perlu di ingat Temasek holding pernah kerugian beberapa kali berbillion dollar dibawah kawalan isteri PM Singapura. Kalau di Malaysia dah kecoh kepoh satu dunia PH krjakan. Singapore need more young superhero like Amos Yee not like Budak Suman who come here buat menyemak saja...

Taiwan news melapurkan...

https://m.facebook.com/theonlinecitizen/videos/2684081375037574/?locale2=en_US

Taiwan news reports Ho Ching wife pf Prime Minister Lee Hsien Loong makes S$99 million as Executive Director and CEO of Temasek Holdings in one year

In a Taiwan news was reported that Mdm Ho Ching, wife of Prime Minister Lee Hsien Loong, earns about TWD2.1 billion (S$99 million) a year or about S$300,000 a day as Executive Director and Chief Executive Officer of Temasek Holdings.

Di Singapura tiada ruang untuk pemimpin Melayu dan ahli perniagaan Melayu diberi tempat dalam urusan rasmi kerajaan ultra kiasu Singapura..!? Tidak sama sekali..!!

Sebab mereka tak percaya kan orang Melayu yang tinggal di Singapura. Maka ini adakah kerajaan PN masih percayakan bangsa Jho Low ini bila berurusan secara rasmi dalam kerajaan.!?

Di mata bangsa Jho Low mereka menganggap Jho Low sebagai pejuang suci yang meruntuhkan kerajaan Melayu Islam.

Ada kah rakyat Malaysia kita ada kedengaran bangsa Jho Low di Malaysia dan Parti MCA, Parti DAP seperti Lim Kit Siang, Guan Eng, Tony Pua, Chin Tong, Teresa dll, mencemuh kerja kotor Jho Low.!?

PejWang PKR dan PAN gang Mat Sabu Mujahit Kalit Samat bersama gang oren masam yang tak tahu malu terkinja kinja mengharapkan sokongan DAP dan bangsa Jho Low ini.

Anonymous said...

Krisis energi Singapura gara-gara tindakan Indonesia. Projek Torwong dan Jambatan Malaysia Indonesia Johor Riau bakal melingkupkan pelabuhan Singapura.

Tahniah Petronas lebarkan industri migas di Indonesia. Eratkan hubungan Malaysia - Indonesia. Tinggal kan Singapura.

Sejumlah negara saat ini tengah mengalami krisis energi. Singapura merupakan salah satunya. Link bawah

https://youtu.be/wlX8SakI3qo Singapura bisa meraung gara gara Jokowi

Singapura merupakan negara yang bergantung pada gas untuk pembangunab listrik. Negara ini pun hampir memenuhi semua keperluan energinya dengan import.

"Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor yakni permintaan listrik yang lebih tinggi dari biasanya di dalam negeri dan pengurangan pasukan saluran paip gas alam dari Indonesia," ungkap EMA. Nah link bawah

https://youtu.be/xgjk93eNXIw tanpa gas Indonesia Singapura bisa lumpuh

Di sisi lain, harga gas alam cair (LNG) di global yang meningkat pesat saat ini, turut menjadi penyebab krisis energi.
Hal itu membuat perusahaan pembangkit listrik di Singapura sulit beralih ke pembelian LNG untuk menutupi kekurangan pasokan saluran paip gas dari Indonesia.

Sementar itu Petronas Carigali menemui Kegiatan Usaha Hulu Minyak dan Gas Bumi (SKK Migas) menyatakan pengeboran sumur Eksplorasi Hidayah-1 Petronas Carigali North Madura II Ltd di Wilayah Kerja (WK) North Madura II ditengarai berhasil menemukan cadangan minyak.

Projek Torwong dan Jambatan Malaysia Indonesia Johor Riau bakal melingkupkan pelabuhan Singapura.

http://wzwh.blogspot.com/2015/10/1mdb-boleh-laksanakan-projek-jambatan.html?m=1

Rancangan sedang dibuat untuk menghubungkan Riau di Sumatera, Indonesia, dengan Kukup di Pontian, Johor, melalui satu terowong bawah laut sepanjang 17.5 kilometer (km).

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Kabupaten Pelalawan di Wilayah Riau sedang menjalankan kajian kemungkinan mengenai projek bernilai berbilion ringgit itu.

https://youtu.be/SPEeGqukxtw

Torwong Riau Johor bakal melingkupkan ekonomi Singapura. Bakal dikenali sebagai Johor-Riau Link, terowong itu akan menyambungkan Pulau Karimun di Riau dengan Kukup di Pontian, dekat terminal feri yang ada sekarang di daerah Pontian.

"Projek itu lebih berkesan kos dan berdaya maju dengan kos sekitar RM15 bilion ($5.8 bilion) berbanding dengan jambatan Dumai-Melaka yang dianggarkan menelan RM44.3 bilion," kata dekan UTM Construction Research Alliance, Profesor Dr Muhd Zaimi Abd Majid.

https://youtu.be/EtKyLnCZbxg

IkanTodak - J.Rukimin


Seruan dari M'sia, Kepada Ust Abdul Samad, "Teruskanlah berdakwah..."

 


KL/IH: SEORANG pengomen dalam Weblog Ibnu Hasyim amat menyesali sikap kenyataan Kementerian Dalam Negeri Singapura dikeluarkan melalui laman web rasminya.

Kementerian itu mengesahkan Ustadz Abdul Somad (U Batubara (UAS) tiba di Terminal Feri Tanah Merah di Singapura pada 16 Mei 2022 dari Batam bersama enam orang teman seperjalanan. Somad telah ditemu bual, selepas itu rombongan tersebut ditolak masuk ke Singapura dan ditempatkan di atas feri pulang ke Batam pada hari yang sama, Selasa (17/5).

Kementerian Dalam Negeri di Singapura itu menjelaskan sebab-sebab penolakan UAS, iaitu kerana khutbah UAS mengenai pengeboman berani mati dalam konteks konflik Israel-Palestin dibangkitkan.

"Somad dikenali sebagai pendakwah ekstremis dan mengajar pengasingan, yang tidak boleh diterima dalam masyarakat berbilang kaum dan agama Singapura. Contohnya, Somad telah berdakwah bahawa pengeboman berani mati adalah sah dalam konteks konflik Israel-Palestin, dan dianggap operasi 'syahid'. ," tulis Kementerian Dalam Negeri di Singapura.

Tulis pengomen itu dalam blog ini, "UAS punyai pengaruh yg sangat besar dialam nusantara ini. Teruskanlah berdakwah tanpa rasa gentar dengan agen2 DAJJAL ini!!!" May 20, 2022 at 9:14 AM 

Sedikit mengenai UAS..

Prof. Ustaz Dr. H. Abdul Somad Batubara, Lc., M.A., Ph.D. atau juga dikenali sebagai Ustaz Abdul Somad (Bahasa Arab dan tulisan Jawi: عبد الصمد; lahir pada 18 Mei 1977) ialah seorang ulama dari  Indonesia yang berasal dari kawasan  AsahanSumatera Utara

Beliau telah dikenali kerana syarahannya merujuk kepada pelbagai tajuk perbualan mengenai keagamaan, khususnya berkenaan dengan kajian-kajian hadis dan falsafah perundangan Islam/ilmu fiqah. Di samping itu, beliau selalunya membincangkan pelbagai tajuk perbualan yang sedang sohor kini dalam sebuah khalayak ramai dan masyarakat tempatan seagama Islam.

Antaranya ialah yang mengenai perkara rasa kebangsaan. Seringkali syarahan-syarahan beliau disiarkan menerusi saluran YouTube dan media sosial yang lain lagi. Beliau pula kini menjadi seorang pensyarah di Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau di wilayah Riau. (IH)

Perhatian: No telefon Ibnu Hasyim.com terkini 014-400 2015

Prihatin Rakyat. MB Johor menyamar, MB Kedah lulus tanah.

 

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, melakukan penyamaran dengan menjadi pengguna yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam bagi memasuki Singapura menerusi JB Sentral, hari ini. - NSTP/FB MB

1. MB Johor menyamar naik bas ke Singapura. 
 

JOHOR BAHRU: Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, melakukan penyamaran dengan menjadi pengguna yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam bagi memasuki Singapura menerusi JB Sentral, hari ini.

Menerusi muat naik di akaun Facebooknya, Onn Hafiz berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan semua agensi berkaitan esok bagi memperbaiki sistem keluar masuk di sempadan negara.

Satu tangga bergerak dua hala didapati dalam penyelenggaraann ketika Onn Hafiz melakukan penyamaran dengan menjadi pengguna perkhidmatan pengangkutan awam bagi memasuki Singapura menerusi JB Sentral, hari ini. - NSTP/Ihsan FB Onn Hafiz

"Alhamdulillah, saya telah selamat pergi dan selamat kembali ke Johor. Saya lalui proses yang lazim dilalui semua.

Satu tangga bergerak dua hala didapati dalam penyelenggaraann ketika Onn Hafiz melakukan penyamaran dengan menjadi pengguna perkhidmatan pengangkutan awam bagi memasuki Singapura menerusi JB Sentral, hari ini. - NSTP/Ihsan FB Onn Hafiz terutama ketika waktu puncak. 

Satu tangga bergerak dua hala didapati dalam penyelenggaraann ketika Onn Hafiz melakukan penyamaran dengan menjadi pengguna perkhidmatan pengangkutan awam bagi memasuki Singapura menerusi JB Sentral, hari ini. - NSTP/Ihsan FB Onn Hafiz 
(BH)

2. 2 tahun kerajaan PN Kedah lulus ribuan permohonan tanah

ALOR SETAR: Sepanjang dua tahun pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) menerajui Kedah ribuan permohonan tanah oleh rakyat dilulus kerajaan negeri.

Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, penyerahan geran tanah kepada penduduk akan diadakan bermula pada Jun ini yang melibatkan Pejabat Tanah Daerah seluruh Kedah.

Katanya beberapa perkara baharu ditetapkan bagi memastikan kerajaan negeri bertindak pantas menangani masalah permohonan tanah yang berlarutan sejak 20 tahun.

“Kita menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) baharu khususnya di pejabat tanah di mana setiap Penolong Pegawai Tanah mesti menyiapkan 10 fail sebulan berkaitan urusan tanah.

“Selain itu lima fail lain yang tidak bersangkutan dengan tanah,” kata beliau pada sidang media di sini semalam.

Sanusi juga berkata, KPI itu berbeza dengan pencapaian sebelum ini yang mana
Penolong Pegawai Tanah hanya menyiapkan dua fail sebulan atau 10 fail setahun.

Oleh itu beliau berharap ketetapan baharu tersebut urusan berkaitan isu-isu permohonan tanah dapat dilaksanakan lebih cepat dan pantas.

Menurutnya juga jawatankuasa tanah perlu mengadakan mesyuarat dua minggu sekali sebelum mengemukan kertas kerja kepada mesyuarat Exco yang diadakan setiap minggu.

“Sekiranya kertas kerja yang dikemukakan tidak lengkap, ia akan dikembalikan ke Pejabat Tanah dan Galian (PTG) untuk diserahkan kembali kepada Pejabat Tanah Daerah untuk diperbetul dan dikemaskini semula,” katanya.

Beliau juga berkata, perubahan tersebut diharap dapat menyelesaikan segera masalah pertindihan permohonan tanah oleh rakyat. – HARAKAHDAILY 19/5/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Prihatin rakyat. MB Johor menyamar naik bas ke Singapura, MB Kedah lulus tanah kepada rakyat, mana lebih afdhal?

Perhatian: No telefon Ibnu Hasyim.com terkini 014-400 2015

Friday, May 20, 2022

Ayam tak lalu makan, cuaca panas, kilang tutup.

 

Cuaca panas ayam hilang selera makan

KUALA LUMPUR: Cuaca panas dan kekurangan pekerja dikatakan antara faktor tumbesaran ayam yang tidak mencapai berat matang untuk dipasarkan sehingga memaksa kilang pengeluar ayam di Jasin, Melaka menutup sementara operasinya

Penasihat Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Datuk Jeffrey Ng, yang mengesahkan perkara itu berkata, syarikat tersebut ada mengeluarkan memo kepada pihak berkenaan dan pelanggan memaklumkan penutupan selama dua hari.

Katanya, ia bukan masalah dihadapi di kilang itu sahaja malah semua penternak di negara ini turut mengalaminya, namun masing-masing terserah sama ada mahu mengikuti langkah itu atau meneruskan operasi seperti biasa.

"Berdasarkan memo dikeluarkan kilang berkenaan, mereka ada memberitahu semua dan pelanggannya untuk rehat dua hari sebab ayam lambat besar.

"Kalau tanya saya, kita semua (penternak) menghadapi masalah sama. Cuaca panas dan kemarau teruk membuatkan ayam kurang makan, tidak ada selera, ayam cepat letih dan banyak minum air.

"Sebab lain adalah kekurangan pekerja asing. Bila nak mohon pekerja asing sekarang kena ada sijil penginapan. Tempat penginapan di dekat ladang sudah lama hampir 20 hingga 30 tahun...mana ada CF (Sijil Perakuan Kelayakan). Itu sebab kita mohon pekerja asing baharu tak dapat," katanya kepada BH, hari ini.

Beliau mengulas penutupan sementara sebuah kilang pengeluar ayam di Jasin, Melaka pada hujung minggu ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, semalam berkata, kementerian itu sudah menerima penjelasan syarikat pengeluar ayam terbabit bahawa tindakan itu bagi membolehkan ayam dihasilkan menepati saiz ditetapkan bagi dipasarkan.

Nanta Linggi menjelaskan, pihaknya dimaklumkan ketika ini berat ayam dihasilkan pada 1.1 kilogram (kg) dan mahu meningkatkan berat kepada 1.8 kg bagi mengelak masalah apabila ia memasuki pasaran.

Ada juga mendakwa, penutupan kilang pengeluar ayam itu berkaitan dengan tindakan sekumpulan kartel industri ternakan ayam yang merancang untuk menutup ladang ternakan pada hujung minggu ini, sebagai protes terhadap kerajaan yang dikatakan lambat membayar subsidi harga ayam.

Sementara itu, Jeffrey turut menafikan penutupan kilang pengeluaran ayam itu ada kaitan dengan tindakan mogok berhubung pemberian subsidi.

Katanya, apa pun yang berlaku, persatuan tidak pernah menggalakkan mana-mana syarikat untuk memberhentikan pengeluaran ayam yang berlangsung setiap hari.

"Kita tak ada mogok. Kita sentiasa berbincang dengan kerajaan. Situasi (penutupan kilang) itu adalah amalam biasa yang dilakukan pengurusan ladang untuk selesaikan isu ternakan atau tenaga kerja," katanya. (BH)

Perhatian: No telefon Ibnu Hasyim.com terkini 014-400 2015

"...tanda ajal negara Israel"? -Presiden PAS

 

Memperingati Sykes-Picot dan Nakbah, tanda ajal negara Israel

PALESTIN dirompak dengan rakus semata-mata bagi menubuhkan negara Israel secara haram. Tanah suci itu dirampas daripada umat yang benar-benar berhak, seterusnya diberikan kepada golongan yang tidak berhak dari segi agama dan sejarah selepas tamat dua Perang Dunia.

Kini, Allah SWT mendedahkan kelemahan bangsa Yahudi walaupun mereka telah berjaya menubuhkan negara haram Israel atas alasan perjuangan untuk mengembalikan Negara Agung Israel (The Greater Israel) yang menguasai dunia. Pada hari ini, impian tersebut menjadi perjuangan kumpulan Zionis yang paling fanatik, dengan sokongan semua kuasa besar dunia yang memiliki kuasa veto di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Firman Allah SWT:

﴿لَأَنتُمۡ أَشَدُّ رَهۡبَةٗ فِي صُدُورِهِم مِّنَ ٱللَّهِۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ قَوۡمٞ لَّا يَفۡقَهُونَ١٣ لَا يُقَٰتِلُونَكُمۡ جَمِيعًا إِلَّا فِي قُرٗى مُّحَصَّنَةٍ أَوۡ مِن وَرَآءِ جُدُرِۢۚ بَأۡسُهُم بَيۡنَهُمۡ شَدِيدٞۚ تَحۡسَبُهُمۡ جَمِيعٗا وَقُلُوبُهُمۡ شَتَّىٰۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ قَوۡمٞ لَّا يَعۡقِلُونَ١٤﴾

“(Kerana) sesungguhnya kalian dalam hati mereka (kaum Yahudi), lebih ditakuti daripada Allah; Oleh yang demikian, disebabkan mereka ialah kaum yang tidak mengerti (akan kekuasaan Allah dan kebesaran-Nya). (13); (Orang-orang Yahudi dan orang-orang munafiq) dengan keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi kalian melainkan di kampung-kampung yang mempunyai benteng kukuh, atau di sebalik tembok. Permusuhan antara mereka sesama sendiri amatlah keras; kamu menyangka mereka bersatu padu, sedangkan hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka). Hal ini demikian kerana, mereka ialah kaum yang tidak memahami (perkara yang sebenarnya yang memberikan kebaikan kepada mereka). (14)” (Surah al-Hasyr: 13-14)

Sebab ayat di atas diwahyukan adalah ketika kaum Yahudi dengan rakus menentang Islam secara langsung ketika itu dipimpin oleh Rasulullah SAW, yang diketahui dan disebutkan dalam kitab Taurat serta didedahkan oleh para pendeta mereka yang memeluk Islam. Oleh itu, kaum Yahudi menjadi kaum yang paling dimurkai Allah SWT dalam kalangan musuh-musuh Islam.

Sekalipun mereka menguasai ekonomi dan mempunyai ramai cerdik pandai sehingga mempergunakan kaum lain yang membentuk pasukan Ahzab (kumpulan bersekutu) untuk menyerang Islam bagi menghapuskannya, namun mereka menemui kegagalan. Dan akhirnya, mereka dihalau dari Madinah dan kawasan sekitarnya, seterusnya mereka larikan diri ke seluruh pelosok dunia.

Al-Quran ialah petunjuk yang kekal sepanjang zaman dan sebab-sebab yang disebutkan dalam isi kandungannya pasti akan berulang. Hal ini merupakan suatu cabaran kepada umat Islam secara berterusan.

Kini, mereka kembali semula dan berjaya menubuhkan negara dan membentuk pasukan Ahzab yang baharu dengan mengumpulkan kuasa besar dunia. Termasuk juga kumpulan munafiq dalam kalangan orang Arab dan bangsa lain untuk bersama bagi melaksanakan agenda mereka dengan rakus, namun mereka mempunyai kelemahan yang sama dalam diri masing-masing.

Kerakusan mereka dengan mengganas secara melampau dan mendirikan tembok yang banyak, serta mengumpulkan senjata yang pelbagai jenis tidak akan dapat mempertahankan kedudukan mereka. Malah, segala perancangan mereka pasti akan gagal sebagaimana yang telah dijanjikan Allah SWT.   

Mantan Perdana Menteri Israel, Ehud Barak yang juga pernah menjadi Menteri Pertahanan Israel menyatakan suatu amaran bahawa negara Israel kini berada di penghujung untuk sampai ajalnya jika tidak diselesaikan masalah dalaman mereka berdasarkan kepada sejarah bangsa Yahudi sejak zaman berzaman. Perkara tersebut dinyatakan dalam akhbar paling besar sebarannya dalam bahasa Ibrani (Hebrew) iaitu akhbar Yedioth Ahronoth (bulan Mei).

Bahkan, kenyataan yang senada disebutkan oleh para penganut agama Yahudi yang paling Ortodoks (Naturei Karta) bahawa penubuhan negara Israel pada akhir zaman adalah menempah maut kepada bangsa Yahudi. Menurut mereka perbuatan tersebut laksana menggali kubur mereka sendiri.

Ketika berlaku peristiwa Ahzab pada zaman Rasulullah SAW, Allah SWT telah mewahyukan kepada mereka yang beriman ayat-ayat yang banyak dalam Surah al-Ahzab yang dinamakan bersempena dengan peristiwa tersebut. Antaranya, firman Allah SWT:

﴿أَشِحَّةً عَلَيۡكُمۡۖ فَإِذَا جَآءَ ٱلۡخَوۡفُ رَأَيۡتَهُمۡ يَنظُرُونَ إِلَيۡكَ تَدُورُ أَعۡيُنُهُمۡ كَٱلَّذِي يُغۡشَىٰ عَلَيۡهِ مِنَ ٱلۡمَوۡتِۖ فَإِذَا ذَهَبَ ٱلۡخَوۡفُ سَلَقُوكُم بِأَلۡسِنَةٍ حِدَادٍ أَشِحَّةً عَلَى ٱلۡخَيۡرِۚ أُوْلَٰٓئِكَ لَمۡ يُؤۡمِنُواْ فَأَحۡبَطَ ٱللَّهُ أَعۡمَٰلَهُمۡۚ وَكَانَ ذَٰلِكَ عَلَى ٱللَّهِ يَسِيرٗا١٩ يَحۡسَبُونَ ٱلۡأَحۡزَابَ لَمۡ يَذۡهَبُواْۖ وَإِن يَأۡتِ ٱلۡأَحۡزَابُ يَوَدُّواْ لَوۡ أَنَّهُم بَادُونَ فِي ٱلۡأَعۡرَابِ يَسۡ‍َٔلُونَ عَنۡ أَنۢبَآئِكُمۡۖ وَلَوۡ كَانُواْ فِيكُم مَّا قَٰتَلُوٓاْ إِلَّا قَلِيلٗا٢٠ لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِي رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٞ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأٓخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرٗا٢١ وَلَمَّا رَءَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلۡأَحۡزَابَ قَالُواْ هَٰذَا مَا وَعَدَنَا ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥ وَصَدَقَ ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥۚ وَمَا زَادَهُمۡ إِلَّآ إِيمَٰنٗا وَتَسۡلِيمٗا٢٢ مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٞ صَدَقُواْ مَا عَٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُۥ وَمِنۡهُم مَّن يَنتَظِرُۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلٗا٢٣ لِّيَجۡزِيَ ٱللَّهُ ٱلصَّٰدِقِينَ بِصِدۡقِهِمۡ وَيُعَذِّبَ ٱلۡمُنَٰفِقِينَ إِن شَآءَ أَوۡ يَتُوبَ عَلَيۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ غَفُورٗا رَّحِيمٗا٢٤ وَرَدَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ بِغَيۡظِهِمۡ لَمۡ يَنَالُواْ خَيۡرٗاۚ وَكَفَى ٱللَّهُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ٱلۡقِتَالَۚ وَكَانَ ٱللَّهُ قَوِيًّا عَزِيزٗا٢٥ وَأَنزَلَ ٱلَّذِينَ ظَٰهَرُوهُم مِّنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَٰبِ مِن صَيَاصِيهِمۡ وَقَذَفَ فِي قُلُوبِهِمُ ٱلرُّعۡبَ فَرِيقٗا تَقۡتُلُونَ وَتَأۡسِرُونَ فَرِيقٗا٢٦ وَأَوۡرَثَكُمۡ أَرۡضَهُمۡ وَدِيَٰرَهُمۡ وَأَمۡوَٰلَهُمۡ وَأَرۡضٗا لَّمۡ تَطَ‍ُٔوهَاۚ وَكَانَ ٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٗا٢٧﴾

“Mereka bersikap bakhil terhadap kalian (wahai orang-orang Mukmin untuk memberikan sebarang pertolongan); dalam pada itu apabila datang (ancaman musuh yang menimbulkan) ketakutan, engkau melihat mereka memandang kepadamu (wahai Muhammad lalu meminta pertolonganmu) dengan keadaan mata mereka terbalik-balik seperti orang yang pengsan semasa hampir mati. Kemudian, apabila hilang perasaan takut itu, mereka mencela kalian dengan lidah yang tajam, sambil mereka tamak akan kebaikan (yang diberikan Allah kepada kalian). Mereka itu tidak beriman, lalu Allah gugurkan amal-amal mereka. Oleh yang demikian, perkara itu adalah mudah bagi Allah untuk melaksanakannya. (19); Mereka (golongan munafiq) menyangka bahawa tentera Ahzab (yang bersekutu) itu belum pergi; dan sekiranya tentera bersekutu itu datang semula, tentulah mereka ingin tinggal jauh di desa-desa bersama-sama orang-orang Arab Badwi sambil bertanyakan berita mengenai kalian; dan seandainya mereka ada bersama-sama kalian (pada ketika itu), mereka tidak akan turut berperang melainkan sebentar sahaja. (20); Demi sesungguhnya, adalah bagi kalian pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) Hari Akhirat, serta dia pula menyebut-nyebut dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya (pada masa susah dan senang). (21); Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera bersekutu, berkatalah mereka: ‘Inilah yang telah dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan Rasul-Nya.’ Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberikan sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka kepada Allah. (22); Antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) walau sedikit pun. (23); (Berlakunya yang demikian) supaya Allah membalas orang-orang yang benar disebabkan kebenaran mereka, dan menyeksa orang-orang yang munafiq jika dikehendaki-Nya, atau Dia menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang. (24); Dan Allah telah menghalau orang-orang yang kafir itu (ke tempat masing-masing) dalam keadaan mereka penuh kejengkelan (kerana gagal dan hampa), mereka tidak mendapat sebarang keuntungan. Dan Allah menyelamatkan orang-orang yang beriman daripada bencana menghadapi peperangan itu. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuat, lagi Maha Perkasa. (25); Dan Dia menurunkan golongan Ahli Kitab (kaum Yahudi) yang membantu tentera musuh itu daripada benteng-benteng mereka (menyerah diri), setelah Dia memasukkan ke dalam hati mereka dengan perasaan gerun. (Lalu mereka diadili dan dijatuhkan (hukuman); sebahagian antaranya kalian bunuh, dan sebahagian lagi kalian tawan. (26); Dan Dia menjadikan kalian mewarisi tanah-tanah dan rumah-rumah serta harta benda mereka, dan juga tanah-tanah (di negeri-negeri lain) yang belum kalian jejakinya. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa terhadap segala sesuatu. (27)” (Surah al-Ahzab: 19-27)

Ayat di atas menegaskan bahawa adanya golongan munafiq yang berlumba-lumba melakukan normalisasi dengan pasukan Ahzab apabila tidak percaya kepada janji Allah SWT. Perkara tersebut sekali gus menjadikan mereka bacul dalam menentang musuh, pada masa yang sama bakhil dalam memberikan sumbangan kepada mereka yang beristiqamah dengan Islam.

Hal ini menunjukkan tetap akan sentiasa wujud mereka yang beristiqamah menentang musuh, walaupun berpanjangan dan bertali arus dizalimi. Bahkan, ada dalam kalangan mereka yang gugur syahid dan ramai lagi yang sedang menunggu giliran bagi meneruskan perjuangan menentang pasukan Ahzab dengan kepercayaan kepada janji Allah SWT, sama ada memperoleh kemenangan di akhirat dan janji kemenangan di dunia.

Allah SWT menegaskan syarat keimanan bagi mencapai kemenangan, bukannya syarat kebangsaan Arab dan sebagainya. Ternyata Allah SWT membahagikan umat Islam di seluruh dunia hari ini dengan pecahan daripada kalangan munafiq yang mengadakan normalisasi terhadap Israel dan kalangan mereka beriman yang menentang usaha tersebut.

Walaupun negara haram itu semakin mengganas dan menyediakan segala benteng pertahanan serta tembok yang banyak, semata-mata bagi melindungi pendatang Yahudi yang berduyun-duyun datang khususnya selepas tercetusnya Perang Rusia-Ukraine yang menghalau mereka supaya pulang ke negara idaman Israel Agung. Namun begitu, negara Israel berada dalam keadaan yang sangat lemah kerana perpecahan yang parah, sehingga menyebabkan kerajaan yang ada hari ini bertahan dengan majoriti yang terlalu kecil.

Allah SWT memberikan suatu peringatan kepada umat Islam supaya bersatu dan mengambil iktibar, malah jangan berpecah belah sepertimana kaum Yahudi yang dibinasakan di dunia dan di akhirat. Firman Allah SWT:

﴿وَلَا تَكُونُواْ كَٱلَّذِينَ تَفَرَّقُواْ وَٱخۡتَلَفُواْ مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَهُمُ ٱلۡبَيِّنَٰتُۚ وَأُوْلَٰٓئِكَ لَهُمۡ عَذَابٌ عَظِيمٞ١٠٥﴾

“Dan janganlah kalian menyerupai orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah bercerai-berai dan berselisihan (dalam agama mereka) sesudah datang keterangan-keterangan yang jelas (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah) kepada mereka, dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang berat.” (Surah Ali ‘Imran: 105)

Rasulullah SAW juga pernah memberikan peringatan bahawa bahaya perpecahan umat lebih bahaya daripada bahaya kemiskinan. Sabdanya:

‌أَبْشِرُوا ‌وأَمِّلُوا ‌مَا ‌يَسرُّكُمْ، ‌فواللَّه ‌مَا ‌الفقْرَ ‌أَخْشَى ‌عَلَيْكُمْ. ‌وَلكنّي ‌أَخْشى ‌أَنْ ‌تُبْسَطَ ‌الدُّنْيَا ‌عَلَيْكُم ‌كَمَا ‌بُسطَتْ ‌عَلَى ‌مَنْ ‌كَانَ ‌قَبْلَكُمْ، فَتَنَافَسُوهَا كَمَا تَنَافَسُوهَا. فَتَهْلِكَكُمْ كَمَا أَهْلَكَتْهُمْ.

“Bergembiralah dan berharaplah kalian agar beroleh sesuatu yang menyenangkan kalian (perkara yang dicita-citakan). Demi Allah! Aku tidak risau jika sekiranya kalian berada dalam kemiskinan. Namun, apa yang merisaukan diriku sekiranya kemewahan dunia (pangkat dan harta) dipamerkan kepada kalian sepertimana pernah dipamerkan kepada umat terdahulu (khususnya kaum Yahudi). Lalu, kalian akan berlumba-lumba mendapatkannya (berkelahi sehingga berpecah) sepertimana mereka, dan akhirnya harta itu membinasakan kalian sepertimana ia telah membinasakan mereka.” (Riwayat al-Bukhari 3158 dan Muslim 2961)

Penjelasannya, jika fakir (terlalu miskin) yang bijak pasti berfikir untuk mencari penyelesaian, manakala yang jahil dan bodoh pula dibantu. Adapun kerakusan dunia (mengejar pangkat dan harta secara bernafsu), golongan yang bijak pun akan menjadi rakus dan tidak berfikir untuk menjadi bodoh walaupun berpendidikan tinggi.

Adapun kalangan yang asalnya jahil dan bodoh pula, mereka akan berterusan ditipu, dipergunakan dan diperalatkan. Sangat malang sekali, apabila golongan tersebut berpegang kepada kebijaksanaan falsafah demokrasi Pak Pandir, yang menyeberangi sungai berpijak di atas kayu reput yang dilalui oleh semut halus yang sangat besar majoritinya.

Secara kesimpulannya, tamatnya ajal Yahudi kerana mereka meninggalkan kitab suci Taurat dan dihilangkan hidayah Allah SWT. Lalu, mereka berpecah belah walaupun merupakan kaum yang paling kaya, bijak dan mempunyai ramai ilmuwan. Kemenangan Islam akan berlaku apabila umat Islam kembali kepada petunjuk Allah SWT daripada al-Quran dan menegakkan perpaduan umat.

Allah SWT memerintahkan umat Islam supaya tidak menjadikan kaum Yahudi itu sebagai teladan, dan memohon perlindungan-Nya dalam setiap rakaat solat melalui firman-Nya:

﴿يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَلَا تَوَلَّوۡاْ عَنۡهُ وَأَنتُمۡ تَسۡمَعُونَ٢٠ وَلَا تَكُونُواْ كَٱلَّذِينَ قَالُواْ سَمِعۡنَا وَهُمۡ لَا يَسۡمَعُونَ٢١ ۞إِنَّ شَرَّ ٱلدَّوَآبِّ عِندَ ٱللَّهِ ٱلصُّمُّ ٱلۡبُكۡمُ ٱلَّذِينَ لَا يَعۡقِلُونَ٢٢﴾

“Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah kalian kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kalian berpaling daripada-Nya, sedang kalian mendengar (perintah-perintah-Nya). (20); Dan janganlah kalian menjadi seperti orang-orang (kafir dan munafiq) yang berkata: ‘Kami dengar’, padahal mereka tidak mendengar (tidak mahu menerima dan mematuhinya). (21); Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi (hukum dan ketetapan) Allah, ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatu apa pun (dengan akal fikirannya). (22)” (Surah al-Anfal: 20-22)

Firman Allah SWT:

﴿غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ…٧﴾

“(Wahai Tuhan) jangan jadikan kami daripada kalangan kaum yang Engkau telah murkai…” (Surah al-Fatihah: 7)

Dan firman Allah SWT kepada mereka yang beriman:

﴿يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِذَا لَقِيتُمۡ فِئَةٗ فَٱثۡبُتُواْ وَٱذۡكُرُواْ ٱللَّهَ كَثِيرٗا لَّعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ٤٥ وَأَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَلَا تَنَٰزَعُواْ فَتَفۡشَلُواْ وَتَذۡهَبَ رِيحُكُمۡۖ وَٱصۡبِرُوٓاْۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّٰبِرِينَ٤٦﴾

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kalian menghadapi pasukan (musuh), maka hendaklah kalian tetap teguh dalam menghadapinya, dan sebutkanlah serta ingatilah Allah (dengan doa) sebanyak-banyaknya, supaya kalian berjaya (mencapai kemenangan). (45); Dan taatilah kalian kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kalian saling berbantah-bantahan (berpecah belah); jika tidak nescaya kalian menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kalian, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar. (46)” (Surah al-Anfal: 45-46)

Perjanjian Sykes-Picot (1916) telah berlalu lebih satu abad yang lalu adalah amat buruk bagi umat Islam, setelah mereka dijajah kerana perpecahan umat. Sehinggakan, tanah air dan bangsa dibahagi-bahagikan dalam kalangan taklukan penjajah yang memperhambakan rakyat dan merompak serta mencuri sumber kekayaan tanah air kurniaan Allah SWT.

Marilah semua bertaubat kepada Allah SWT dan kembali kepada petunjuk yang terkandung dalam al-Quran yang bermukjizat dan Sunnah Rasulullah SAW yang berhikmah. 

Allah SWT memberikan suatu peringatan sebagaimana firman-Nya:

﴿يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تُطِيعُواْ فَرِيقٗا مِّنَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَٰبَ يَرُدُّوكُم بَعۡدَ إِيمَٰنِكُمۡ كَٰفِرِينَ١٠٠ وَكَيۡفَ تَكۡفُرُونَ وَأَنتُمۡ تُتۡلَىٰ عَلَيۡكُمۡ ءَايَٰتُ ٱللَّهِ وَفِيكُمۡ رَسُولُهُۥۗ وَمَن يَعۡتَصِم بِٱللَّهِ فَقَدۡ هُدِيَ إِلَىٰ صِرَٰطٖ مُّسۡتَقِيمٖ١٠١﴾

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kalian taat akan sebahagian daripada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kalian menjadi orang-orang kafir sesudah kalian beriman. (100); Dan bagaimanakah kalian akan menjadi kafir, padahal dibacakan ayat-ayat Allah (al-Quran) kepada kalian, dan dalam kalangan kalian ada Rasul-Nya (Muhammad SAW)? Dan sesiapa yang berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sesungguhnya dia telah beroleh petunjuk ke jalan yang lurus. (101)” (Surah Ali ‘Imran: 100-101)

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 17 Syawwal 1443 / 18 Mei 2022 – HARAKAHDAILY 18/5/2022

Perhatian: No telefon Ibnu Hasyim.com terkini 014-400 2015

Masalah Perlis, MAIPs bantah Loh.. Ini jalan selesai..

 

Perlis, MAIPs bantah Loh cabar pengislaman anak

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Perlis, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan dua lagi, hari ini membantah saman difailkan ibu tunggal, Loh Siew Hong bagi mencabar pengislaman tiga anaknya oleh bekas suami tanpa keizinan wanita itu.

Peguam A. Srimurugan yang mewakili Loh berkata keempat-empat responden itu mengemukakan bantahan atas alasan anak guamnya, Loh telah memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman melebihi tempoh masa ditetapkan.

“Responden membantah atas alasan pemohon (Loh) sepatutnya memfailkan permohonan itu dalam masa 90 hari selepas ketiga-tiga anaknya memeluk agama Islam pada 7 Julai 2020.

“Pihak kami juga telah memasukkan relif untuk mendapatkan lanjutan masa sekiranya terlewat memfailkan permohan itu dan ia juga dibantah oleh responden,” katanya ketika dihubungi, selepas pendengaran permohonan kebenaran semakan kehakiman di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh secara dalam talian.

Menurut Srimurugan, tiada kelewatan dalam pemfailkan permohonan itu kerana Loh hanya mengetahui anak-anaknya telah memeluk agama Islam pada 10 Mac lepas dan permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan pada 25 Mac.

Peguam itu berkata, mahkamah menetapkan 1 Ogos ini untuk keputusan permohonan berkenaan.

Prosiding itu turut disertai peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, mewakili MAIPs dan Peguam Kanan Persekutuan Ainul Wardah Shahidan mewakili tiga responden iaitu Pendaftar Mualaf Negeri Perlis, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Kerajaan Negeri Perlis.

Loh, 34, memfailkan permohonan tersebut pada 25 Mac lepas antaranya memohon deklarasi bahawa ketiga-tiga anaknya adalah penganut agama Hindu dan bekas suaminya, M. Nagahswaran tidak mempunyai keupayaan dari segi undang-undang untuk membenarkan Pendaftar Mualaf Negeri Perlis mendaftarkan anak mereka sebagai mualaf tanpa keizinannya.

Wanita itu juga menuntut deklarasi bahawa ketiga-tiga anaknya, sebagai kanak-kanak tidak mempunyai keupayaan dari segi undang-undang untuk memeluk agama Islam, tanpa keizinannya.

Beliau memohon perintah certiorari untuk membatalkan Akuan-Akuan Memeluk Agama Islam bertarikh 7 Julai 2020 yang dikeluarkan Pendaftar Mualaf Negeri Perlis atas nama ketiga-tiga anaknya. 

Loh juga memohon perintah mandamus untuk mengarahkan Pendaftar Mualaf Negeri Perlis memadam atau membatalkan nama dan nama Islam anak-anaknya dalam Daftar Mualaf Negeri Perlis dan perintah larangan untuk menghalang Mohd Asri, melalui pegawai atau Jabatan Mufti Negeri Perlis membuat apa-apa kenyataan yang membawa maksud anak-anaknya mualaf atau beragama Islam.

Pemohon juga menuntut deklarasi bahawa Seksyen 117(b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006,  yang memberi kuasa kepada Pendaftar Mualaf Negeri Perlis untuk mendaftarkan seorang kanak-kanak sebagai mualaf hanya dengan keizinan ibu atau bapa kanak-kanak tersebut, walaupun kedua-dua mereka masih hidup, adalah tidak berperlembagaan dan tidak sah.

Pada 21 Februari lepas, anak kembar perempuan Loh berumur 14 tahun dan anak lelaki berumur 10 tahun yang berada dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat diserahkan dengan serta-merta kepada Loh, selepas Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan habeas corpus difailkan ibu tunggal itu. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: 'Perlis, MAIPs bantah Loh cabar pengislaman anak.' Itulah nasib sistem perundangan syariat Islam di negara umat Islam yang Islam menjadi Agama bagi Persekutuan ini. 

Cara penyelesaiannya, ialah dengan mengundi Parti Islam (PAS) dan kumpulannya dalam PRU 15 ini. 

Perhatian: No telefon Ibnu Hasyim.com terkini 014-400 2015

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails