Saturday, June 04, 2022

X perlu PRU awal, tumpu penyatuan & gerakkan Islam.

 

1. Negeri diterajui PAS habis penggal ke-14 sehingga 2023

POKOK SENA: Kedah, Kelantan dan Terengganu yang diterajui PAS akan meneruskan pentadbiran sehingga akhir penggal ke-14 pada Julai tahun hadapan.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, berpendirian serupa turut diambil Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor yang ditadbir di bawah Pakatan Harapan.

“Tidak perlu mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) lebih awal, sebaiknya tunggu sehingga tamat penggal ke-14 penghujung Julai 2023.

“Tidak perlu spekulasi atau mencetuskan ketegangan mendesak PRU. Perlu habis penggal sehingga penghujung penggal ke-14,” kata beliau pada sidang media di Pokok Sena hari ini.

Baru-baru ini Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob membayangkan PRU tidak akan diadakan ketika negara menghadapi inflasi ekoran kenaikan harga barang keperluan harian.

Malah pandangan itu senada dengan pendapat Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, sebelum ini.

Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah berkata, adalah lebih baik tempoh yang berbaki sekarang diisi dengan menyelesaikan masalah rakyat, ditambah pula keadaan cuaca tak menentu serta kesan peperangan negara luar sekarang.

“Menyalah atau mendakwa orang ini salah, orang itu salah tidak mendatangkan faedah kepada negara,” tambahnya.

Menurutnya jangan kerana disebabkan dua tiga orang mencari pasal dengan mendesak pilihan raya diadakan segera, habis satu negara menanggungnya.

“Saya pun hairan kenapa dok pulun nak pilihan raya sangat. Boleh menangkah? Takut kalah teruk lagi ja. Baik tunggu sampai cukup penggal. Sekarang buat kerja masing-masing,” kata beliau lagi.

2. ‘Cukuplah terperangkap dalam kepompong pergaduhan’ 

BANGI: Kesemua agensi Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) perlu menjadi ejen penyatuan ummah, kata Menterinya, Senator Datuk Idris Ahmad.

“Di mana-mana pun kita berucap, kita laksanakan agenda ini. Di kementerian, jabatan, masjid, surau, bawalah agenda ini ke mana-mana. Oleh kerana itu, saya mahu TV Alhijrah dan Radio IKIM sentiasa membawa mesej ini kepada rakyat.

“Asas penyatuan kita adalah Islam dan iman. Cukup-cukuplah kita terperangkap dalam kepompong pergaduhan yang tiada kesudahan. Ia merugikan,” katanya ketika merasmikan Program Training of Trainers (TOT) Pasukan Jurucakap Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera Peringkat Agensi YB Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) di sini, malam tadi.

Menurutnya, musuh-musuh Islam sentiasa menanti masa mengambil kesempatan atas kekhilafan umat Islam.

Maka, katanya itulah tugas dan tanggungjawab jurucakap iaitu para peserta untuk menyampaikan dakwah kepada ummah.

Beliau juga menyatakan bahawa kerangka gagasan Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera bukan kerangka baru.

Katanya lagi, kerangka ini telah sedia ada dalam al-Quran dan sunnah.

“Tetapi kita mencungkil dan menggunakan konsep yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri supaya ia mudah diterima oleh masyarakat.

“Ini tidak bermakna kita mengadun ayat al-Quran dan hadis mengikut fahaman sempit kita. Sebaliknya, kita menyediakan acuan terbaik bagi konsep Keluarga Malaysia agar ia tidak dimanipulasi mengikut kepentingan yang bertentangan dengan ajaran Islam,” ujarnya.

Baginya, gagasan Keluarga Malaysia merupakan wadah yang perlu digunakan semaksimum mungkin sementara dasar dan polisi perlu dibangunkan untuk memenuhi keperluan semasa.

Tambahnya, dasar dan polisi itu perlu dipastikan agar ia selari dengan tuntutan Islam demi mencapai maqasid syariah.

Oleh yang demikian, ujar beliau selama mana para peserta menggalas tanggungjawab sebagai penjawat awam, selama itulah usaha untuk meninggikan syiar Islam perlu dilaksanakan.

Idris turut menegaskan bahawa agenda utama menyuburkan Islam di Malaysia bukan agenda politik.

“Ini merupakan agenda Islam untuk kita martabatkannya demi mendapat keredaan Allah SWT. Objektif yang lebih besar daripada itu ialah untuk melaksanakan perintah Allah SWT,” katanya. – HARAKAHDAILY 2/6/2022

3. ‘Kita menggerakkan agenda Islam dalam kerajaan’ 

BANGI: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad berkata, apabila seseorang atau sesuatu pihak itu diberikan kuasa untuk memerintah, Islam memberikan beberapa keutamaan yang perlu dilaksanakan.

Menurut beliau, antaranya firman Allah dalam Surah Al-Hajj ayat 41 yang bermaksud: Iaitu mereka yang jika Kami berikan kekuasaan memerintah di bumi, nescaya mereka mendirikan solat, serta menunaikan zakat (sumbangan harta dan ekonomi) dan melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar, dan bagi Allah jualah keseluruhan segala urusan.

Katanya, pedoman wahyu itu meletakkan lima keutamaan yang perlu diambil oleh seseorang pemimpin dalam siasah Islam iaitu kepatuhan kepada Allah (melalui ibadah solat), sistem ekonomi yang adil (melalui ibadah zakat), negara berkebajikan (amar makruf), mencegah dan menyekat kemungkaran (nahi mungkar) dan wawasan dunia dan akhirat.

“Di atas asas inilah, apabila saya dan YB Datuk Ahmad Marzuk diberikan amanah untuk mengetuai Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), kita menggerakkan agenda Islam dalam kerajaan.

“Jika sebelum ini, di pentas-pentas forum termasuk di sidang Parlimen, kami berdua banyak menyentuh isu-isu pentadbiran Islam dan umat Islam, sekarang apabila diberikan amanah di dalam kerajaan, saya fikir inilah masanya kita mengemukakan blue-print ataupun pendekatan yang mampu menyerlahkan keunggulan Islam apabila memerintah.

“Apabila memerintah, kami mengangkat gagasan politik matang dan sejahtera sebagai asas siasah mengikut lunas Islam,” ujarnya.

Beliau menyatakan demikian semasa merasmikan Program Training of Trainers (TOT) Pasukan Jurucakap Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera Peringkat Agensi YB Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) di sini, malam tadi.

Menurutnya, menjaga Islam dan umat Islam adalah tanggungjawab utama, mengakar umbi semangat penyatuan ummah serta menjunjung nilai integriti dan amanah.

Maka dengan sebab itu, katanya bermula September 2021, pihaknya mengangkat pendekatan “5 Inisiatif Mantap” melalui Pelan Intervensi Agensi Agama Mendepani Covid-19 (PIAGAM C-19) yang menyentuh secara terus kehidupan masyarakat yang ketika itu terjejas terus dengan pandemik itu.

“Alhamdulillah, selepas 100 hari pentadbiran Islam di bawah kerajaan pasca 1 September 2021, sebanyak 208 program telah berjaya dilaksanakan.

“Tentunya ini bukanlah soal kami berdua, tetapi apa yang lebih penting ialah wajah Islam itu sendiri dan sudah tentulah 14 buah agensi hal ehwal Islam Persekutuan,” katanya lagi.

Idris menambah, beliau dan timbalannya berasa amat bertuah kerana mempunyai pasukan yang mantap di semua 14 buah agensi sebagai “pasukan Menteri Agama”.

“Saya secara peribadi amat selesa bekerja dengan Datuk-Datuk dan Datin-Datin semua, anggota penjawat awam yang sentiasa menyokong dan mendukung hala tuju government of the day.

“Tanpa ada sedikit pun prejudis, saya meletakkan sepenuh keyakinan dan kepercayaan kepada tuan puan semua,” ujarnya.

Beliau berkata, untuk melengkapkan pelantar hala tuju pentadbiran Islam, pihaknya mengetengahkan pendekatan “Keluarga Malaysia, Keluarga Sejahtera” iaitu blue-print agensi Islam kepada rakyat.

Beliau amat gembira apabila usaha, idea dan sumbang saran yang diwacanakan bersama di peringkat ahli panel, pegawai-pegawai agensi dan juga ketua-ketua agensi telah diterima oleh Perdana Menteri melalui program Pelancaran Buku Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera yang telah diurussetiakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 22 April lalu.

Ini, katanya menunjukkan bahawa Perdana Menteri sendiri telah memberi kepercayaan untuk mencorakkan gagasan Keluarga Malaysia dalam kerangka syariat Islam.

Beliau difahamkan buku yang telah dilancarkan telah diedarkan kepada semua kementerian, Jabatan Agama Islam Negeri-negeri dan Majlis Agama Islam Negeri-negeri sebagai rujukan awal untuk pembuat dasar dan polisi peringkat persekutuan dan negeri.

Seterusnya, ujar beliau sebulan selepas itu Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) juga telah mengadakan Kongres Nasional Islam, Keluarga Malaysia dan Keharmonian dengan melibatkan pelbagai pihak berkepentingan.

Dalam tempoh tersebut, katanya TV Alhijrah, Radio IKIM bersama Penyiaran JAKIM turut memainkan peranan penting mewar-warkan pendekatan itu agar ia dapat dirasai oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Idris melahirkan keyakinan banyak lagi program yang bakal menyusul selepas ini.

Sehubungan itu, beliau harap agensi-agensi di bawahnya dan timbalannya akan lebih agresif mempromosikan agenda ‘Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera’.

“Malah, program pada hari ini adalah program penting sebagai penanda aras sejauh mana program-program akan datang akan memberi impak besar untuk membina dan mengukuhkan kesejahteraan rakyat Malaysia secara amnya,” tambahnya. – HARAKAHDAILY 2/6/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Blog ini bersetuju cadangan Dato’ Seri Muhammad Sanusi tidak perlu PRU awal, tunggu hingga habis penggal 2023. 

Cukuplah, jangan terperangkap dalam kepompong pergaduhan, tumpu ke arah penyatuan umah. Berilah peluang menteri JPM kita Datuk Idris Ahmad  menggerakkan agenda Islam dalam kerajaan. Insya Allah.

Undi PAS dan rakan kumpulannya!


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

S'gor lagi: Air hitam & sampah haram. JAS terus terjun siasat!

 

1. Air hitam: JAS Selangor siasat aduan viral

KUALA LUMPUR: Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man telah mengajukan aduan yang dilaporkan oleh Fb page Oh! Media, dua hari lalu kepada Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS).

“Alhamdulillah, pihak JAS Selangor telah turun ke lokasi dan membuat siasatan pada 2 Jun sekitar pukul 1 petang,” ujarnya menerusi laman sosial beliau, hari ini, mengenai kemas kini aduan tular air hitam.

Menurutnya, lokasi siasatan adalah di kawasan Pulau Indah Industrial Park (Phase 3).

Tambahnya, lokasi merupakan kolam takungan seluas 900 meter dan telah dijadikan tempat pembuangan sampah haram.

“Kolam takungan ini adalah receptor saliran longkang hujan dari kawasan perindustrian Pulau Indah Fasa 3 dan dikawal oleh pintu kunci air utama sebelum memasuki muara Sungai Chandong,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Menurut beliau lagi, JAS Selangor telah merujuk kes ini kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Majlis Perbandaran Klang untuk tindakan susulan di bawah bidang kuasa masing-masing. – HARAKAHDAILY 4/6/2022

2. Black Lake tidak busuk: MPKj tahan lori cuba buang sampah haram  

Anggota penguatkuasa, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menahan sebuah lori yang disyaki cuba membuang sampah secara haram di Black Lake berhampiran Seksyen 5, Bandar Mahkota Cheras, Selangor pada 2 Jun 2022. (Foto HARAKAHDAILY/SYAHIRAH SALLEH)

KAJANG: Sebuah lori membawa sampah sarap ditahan anggota penguatkuasa, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) pada jam 12.45 tengah hari berhampiran Seksyen 5, Bandar Mahkota Cheras, di sini, hari ini.

Kenderaan itu ditahan MPKj kerana disyaki cuba membuang sampah secara haram di tanah milik persendirian dikenali sebagai Black Water Lake (Black Lake) yang tular di media sosial pada Selasa lalu.

MPKj yang datang dengan tiga kenderaan berjaya mengepung lori berkenaan sebelum ia sempat beredar dari lokasi kejadian.  

Keadaan terkini pada 2 Jun 2022 yang dirakam di sekutar Black Lake, Bandar Mahkota Cheras yang dipenuhi sampah sarap dalam air berwarna hitam pekat. (FOTO HARAKAHDAILY/SYAHIRAH SALLEH)

Kejadian berlaku selepas MPKj terserempak dengan lori berkenaan selepas membuat tinjauan di Black Lake yang didapati penuh dengan sampah sarap dengan air berwarna hitam pekat.

Sementara itu, tinjauan kru HarakahDaily di Black Lake di sini mendapati sampah sarap termasuk sofa memenuhi hampir keseluruhan tasik tersebut yang dipenuhi ai berwarna hitam pekat.

Cuma yang anehnya, tiada bau busuk dihidu di Black Lake, tidak seperti yang didakwa penduduk di kawasan petempatan berhampiran lokasi tersebut yang mengadu diganggu bau busuk daripada aliran air yang mengalir dari Black Lake.

Justeru, ia segera menimbulkan persoalan adakah bau busuk itu yang didakwa penduduk bukan berasal dari Black Lake, ataupun ada pihak lain yang membuang bahan yang berbau busuk berkemungkinan bahan kimia tertentu ke dalam Blake Lake sebelum ia mengalir ke kawasan penempatan penduduk? – HARAKAHDAILY 2/6/2022

Berita lanjut menyusul.

Hantar semula kontena sampah ke negara asal -Tuan Ibahim

 

Terima kasih JAS Pulau Pinang – Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR: Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengucapkan terima kasih Jabatan Alam Sekitar (JAS Pulau Pinang) yang cekap bertindak dan pantas menjalankan pemeriksaan ke atas 14 buah kontena sisa plastik yang dibawa masuk dari Amerika, New Zealand, Great Britain dan Belgium.

Menurutnya, pemeriksaan telah dilakukan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), Butterworth, Pulau Pinang.

“Syarikat pengimport dari Sungai Petani, Kedah yang dipercayai telah diisytiharkan muflis,” ujarnya menerusi laman Facebook beliau, semalam.

Katanya, semua kontena diperiksa dan 1 kontena membawa buangan plastik tercemar disyaki buangan SW 422 (campuran buangan terjadual dengan buangan bukan terjadual) di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.

Tambahnya, notis pemulangan kontena telah dikeluarkan kepada agen untuk tindakan menghantar semula kontena ke negara asal.

Sementara itu, berkata Malaysia menghadapi cabaran untuk mendapat kerjasama daripada negara-negara pengeksport untuk mengambil semula sisa-sisa mereka.

Justeru, katanya, Malaysia menggesa agar kerjasama yang lebih baik dapat dihulurkan negara-negara pengeksport sisa pada Mesyuarat Peringkat Tinggi Persidangan Konvensyen Basel, Rotterdam dan Stockholm yang berlangsung pada 1 dan 2 Jun lalu.

Beliau yang menghadiri mesyuarat itu menambah, Malaysia memohon kerjasama yang lebih baik daripada negara-negara pengeksport untuk menangani masalah tersebut.

“Tiada negara yang patut menjadi tempat pembuangan sisa dari negara lain,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Tuan Ibrahim menyatakan komitmen dan sokongan Malaysia terhadap inisiatif dan kawalan ke atas pengurusan sisa dan bahan kimia berbahaya yang selamat kepada kesihatan manusia dan alam sekitar di peringkat global. 

Malaysia turut menggesa kerjasama yang lebih baik daripada negara-negara pengeksport berkenaan dengan isu pengurusan sisa berbahaya. – HARAKAHDAILY 4/6/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa komen kerajaan negeri DAP? Waktu kerajaan PH (Pakatan Harapan) yang ghuyup 22 bulan perintah, tak buat apa-apa?

Undi PAS dan rakan kumpulannya!


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Dihalau dari pesawat, kerana payudara terlalu besar..

 

Foto: dok. Instagram/@xomarymagdalena

KL/IH: Seorang model dari Toronto, Kanada, Mary Magdalene (25), mengakui dia terkeluar dari pesawat kerana payudaranya terlalu besar.

Model itu diketahui sangat menggemari pembedahan plastik dan telah melakukan pelbagai prosedur pembedahan plastik pada bibir, muka, punggung, dan yang terbaru pada payudara seberat 10 kilogram.

Dipetik dari New York Post, Jumaat (3/6/2022), apa yang menimpa Mary terjadi pada 31 Mei 2022. Ketika itu dia sedang merancang penerbangan dari lapangan terbang Toronto ke Dallas, Amerika Syarikat.

"Saya ditendang keluar dari pesawat kerana penampilan saya. Tolong hentikan diskriminasi ini, ini sangat menjijikkan," kata Mary dalam salah satu catatan Instagramnya @1800leavemaryalone.

Dalam pengakuannya, Mary telah membayar kira-kira 5,000 dolar AS untuk membeli tiket kapal terbang. Tetapi dia sangat tidak senang, kos yang dikeluarkan tidak berbaloi dengan layanan yang dia dapat.

Pengusiran Mary berlaku semasa dia berdiri dalam barisan dan hendak memasuki kabin. Anak kapal memintanya turun dari pesawat dengan alasan dia memakai fon kepala dan tidak mendengar arahan kru kabin.

Bagaimanapun, Mary percaya, ia berlaku kerana rupa dan saiz payudaranya yang terlalu besar. Lebih-lebih lagi, dia hanya memakai legging dan bra sukan.

"Jelas sekali ini adalah punca saya ditendang kerana saya nampak jelas, tetapi itu tidak adil. Mereka berkata sebab saya ditendang adalah kerana saya sedang tidur dan tidak mahu mendengar arahan," jelasnya.

Mary juga merasakan bahawa dia dilayan secara tidak adil. Dia berkata dia akan menyaman syarikat penerbangan itu. Begitulah kisah kononnya wanita yang dihalau dari pesawat, kerana payudara terlalu besar.

Tetapi sebenarnya kalau hendak dihuraikan agak terlalu luas, maka memadai dillihat sedikit mengenai peranan aurat dalam Islam, yang ada kaitan bagi setiap Muslimah.

IRSYAD AL-FATWA KE-73: HUKUM PEREMPUAN BERPAKAIAN MENAMPAKKAN BENTUK TUBUH DAN HUKUM BAGI ORANG YANG SENGAJA MELIHAT AURAT ORANG LAIN


SOALAN

Apakah hukumnya di sisi Islam bagi orang perempuan berpakaian menampakkan bentuk tubuh dan apakah hukumnya bagi orang yang sengaja melihat aurat orang?


JAWAPAN

Dalam menjawap persoalan ini, saya kemukakan beberapa noktah:

            Menampakkan tubuh dengan berpakaian seperti itu tidak dibolehkan dalam Islam kerana melanggar adab berpakaian yang yang sepatutunya longgar bagi perempuan.

            Melihat aurat orang lain secara sengaja hukumnya adalah berdosa dengan nas al-Quran dan hadis. Mengikut pendapat yang rajah dan sahih suara perempuan bukanlah aurat. Ia hanya dikira sebagai aurat jika suara berkenaan digunakan untuk perkara yang boleh menarik perhatian kaum lelaki.

            Kami menukilkan pendapat Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya al-Halal Wa al-Haram Fi al-Islam berkenaan dengan ciri pakaian yang sepatutnya dipakai oleh wanita, antara lain katanya:

  • Pakaian wanita muslimah hendaklah bersopan sebagaimana yang diajarkan oleh Islam. Manakala pakaian ala Islam ialah kesemua pakaian yang terkumpul padanya sifat-sifat ini:
    • Pakaian itu hendaklah menutup aurat semua badan wanita keuali apa yang dibolehkan oleh al-Quran dan anggotanya yang ternampak yang menurut qaul yang diberatkan, iaitu wajah dan kedua tapak tangan sahaja.
    • Pakaian itu bukan dari jenis yang jarang, sehingga dapat menampakkan apa yang dibelakangnya kerana Nabi SAW bersabda:

صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا، قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ، وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلاَتٌ، مَائِلاَتٌ رُؤُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ المَائِلَةِ ، لاَ يَدْخُلْنَ الجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيحَهَا، وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا 

Maksudnya: “Dua golongan termasuk ahli neraka ialah wanita-wanita yang berpakaian separuh bogel (kerana memakai pakaian yang nipis atau yang menampakkan susuk badan), yang berjalan dengan berlenggang lenggok (seperti perjalanan seorang pelacur), yang kepalanya terhuyung-hayang laksana kelana unta yang bergoyang-goyang, wanita-wanita itu tidak akan memasuki syurga, sedangkan bau syurga itu akan tercium dalam jarak sekian dan sekian.”

 

            Ini kerana pakaian wanita itu tidak berfungsi menutup tubuhnya kerana terlalu nipis sehingga ternampak badannya yang berkeadaan seperti dia tidak berpakaian sama sekali.

            Satu peristiwa datang serombongan kaum wanita dari suku Bani Tamim untuk menziarahi Saidatina Aisyah RA dengan berpakaian nipis, maka Saidatina Aisyah RA secara terang-terangan berkata kepada mereka: “Jika kamu sekalian dari wanita mukmin iaitu beriman dengan sebebar-benar iman, maka pakaian-pakaian yang kamu pakai ini bukanlah dari pakaian orang yang beriman.”

            Dalam peristiwa lain, datang beberapa orang wanita membawa seorang pengantin perempuan yang memakai tudung yang nipis, sehingga kelihatan perhiasan kepalanya, maka Saidatina Aisyah RA berkata: “Wanita yang memakai seperti ini, ialah wanita yang tidak beriman.”

  • Pakaian itu tidak terlalu sempit sehingga melekat pada semua anggota badan, dan kerana itu ternampaklah susuk badan wanita itu, meskipun pakaian itu tidak nipis seperti pakaian moden masa kini. Maka pemakai pakaian seperti ini tidak terlepas dari maksud hadis di atas sebagai wanita-wanita yang separuh bogel bahkan pakaian seperti ini tidak terlepas dari maksud hadis di atas sebagai wanita-wanita yang separuh bogel bahkan pakaian seperti ini lebih mudah memberifitnah kepada pemakaianya.
  • Pakaian itu bukan dibuat khusus untuk kaum lelaki seperti pakaian pantelon atau seluar ketat dan sebagainya yang sudah terkenal pada masa kini, kerana Rasulullah SAW pernah melaknat wanita-wanita yang menyerupai lelaki sebagaimana Baginda melaknat lelaki yang menyerupai wanita. Demikian Baginda melarang wanita memakai pakaian lelaki dan lelaki memakai pakaian wanita.
  • Jangan sampai pakaian itu sudah terkenal sebagai pakaian orang-orang kafir dari kaum Yahudi, kaum Nasrani dan kaum Wathani penyembah api dan berhala kerana keinginan hendak meniru atau menyerupai orang-orang ini sangat dilarang oleh Islam yang mahukan lelaki dan wanitanya berlainan dari mereka dan bebas dalam bentuk dan rupa. Kerana itulah Islam memerintahkan kita supaya bersikap berbeza daripada orang-orang kafir itu dalam banyak hal yang mana disimpulkan oleh Rasulullah SAW:

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

Maksudnya: “Siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka samalah dia seperti mereka.”

Riwayat Ahamd, Abu Daud (4031) dan al-Tabarani (8/179)

  • Wanita muslimah hendaklah bersopan santun dalam perjalanannya dan dalam bicaranya menjauhi minat orang dalam segala gerak geri badannya dan penonjolan wajahnya kerana sikapnya bergaya dan menggoda itu adalah tabiat perempuan lacur dan bukan dari tingkah laku wanita muslimah. Firman Allah SWT:

فَلا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلاً مَعْرُوفاً

Maksudnya: Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (sentiasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu).

(Surah al-Ahzab: 32)

  • Jangan sekali-kali wanita muslimah itu sengaja menarik perhatian lelaki kepada apa yang disembunyikan dari perhiasan dirinya dengan memakai wangian macam mana sekalipun atau memakai benda-benda yang berbunyi dalam rentak langkah kakinya atau seumpamanya. Allah SWT berfirman:

وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا

Maksudnya: Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.

(Surah al-Nur: 31)

            Pada zaman jahiliah, apabila seseorang wanita itu berjalan dengan menghentak-hentak kaki supaya menarik perhatian orang ramai agar mereka memperdengarkan gelang kakinya, maka perbuatan seperti itu boleh menghidupkan khayalan lelaki yang menyimpan gelora nafsu syahwat yang jahat terhadap wanita itu. Perbuatan seperti itu menunjukkan bahawa wanita itu menyimpan niat buruk untuk menarik dan minat golongan lelaki terhadapnya.

            Dalam maksud ini juga, dari segi hukumnya apabila seorang wanita memakai wangian dan bau-bauan yang mengharumkan sesiapa sahaja yang menghidunya untuk membangkitkan nafsu dan menarik perhatian lelaki kepadanya. Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا اسْتَعْطَرَتِ المَرْاةُ فَمَرَّتْ عَلَى الْقَوْمِ لِيَجِدُوا رِيحَهَا فَهِيَ كَذَا وَكَذَا

Maksudnya:  “Apabila seseorang wanita itu memakai wangian, lalu dia melintas tempat perkumpulan (lelaki), maka dia begini dan begini..”

Riwayat Abu Daud (4713)

Dan riwayat yang lain menyebut:

كُلُّ عَيْنٍ زَانِيَةٌ وَالمْرَاْةُ إِذَا اسْتَعْطَرَتْ فَمَرَّتْ بِالْمَجْلِسِ فَهِيَ كَذَا وَكَذَا يَعْنِي زَانِيَةً

Maksudnya: “Setiap mata melakukan zina. Apabila wanita memakai wangian, lalu dia melintasi tempat duduk sekumpulan orang lelaki supaya mereka tercium baunya, maka dia samalah seperti wanita pelacur.”

Riwayat al-Tirmizi (2786)

     

Kesimpulannya, kita tahu bahawa islam tidak memaksa kaum wanita supaya duduk di dalam rumah sahaja dan tidak keluar dari rumahnya melainkan kubur, sebagaimana yang didakwakan oleh sesetengah orang.

            Bahkan wanita Islam membenarkan wanita keluar untuk menunaikan solat, mencari ilmu serta memenuhi keperluan dirinya serta kepentingan agama dan dunianya dibolehkan. Sebagaimana contoh, yang dilakukan oleh isteri-isteri para sahabat dan generasi yang akan datang selepas mereka dikira dari sebaik-baik zaman. Di antara mereka, ada yang keluar untuk menyertai kaum lelaki dalam peperangan dalam penaklukan yang dipimpin oleh Rasulullah SAW sendiri berterusan kepada zaman para khalifah yang empat dan pemimpin-pemimpin Islam yang lain. Rasulullah SAW bersabda kepada isterinya Saudah RA:

قَدْ أَذِنَ الله لَكُنَّ أَنْ تَخْرُجْنَ لَحِوَائِجِكُنَّ

Maksudnya: “Sebenarnya Allah telah membenarkan kamu (kaum wanita) keluar untuk memenuhi urusan-urusan kamu.”

Riwayat al-Bukhari (5237)

Dan sabdanya lagi:

إِذَا اسْتأذَنَتْ اِمْرَأَةُ أَحَدِكُمْ إِلَى المَسْجِدِ فَلاَ يَمْنَعَهَا

Maksudnya: “Apabila salah seorang isteri kamu meminta izin pergi ke masjid, maka janganlah melarangnya.”

Riwayat al-Bukhari (5238)

Dan sabdanya lagi:

لاَ تَمْنَعُوْا إِمَاءَ اللهِ مَسَاجِدَ اللهِ

Maksudnya: “Janganlah kamu melarang hamba-hamba Allah (iaitu kaum wanitanya) dari pergi ke rumah-rumah Allah (masjid).”

Riwayat Muslim (442)

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri 
Mufti Wilayah Persekutuan
03 Zulkaedah 1436H bersamaan 18 Ogos 2015
(IH)

Friday, June 03, 2022

M'sia baik, sanggup beri hak sama keturunan pendatang...

 

Segelintir pegawai di India didakwa tidak mempedulikan atau malah menyokong peningkatan serangan terhadap penduduk dan tempat ibadat di negara itu. - Foto REUTERS

1. Pegawai India tidak peduli serangan ke atas minoriti

NEW DELHI: Segelintir pegawai di India didakwa tidak mempedulikan atau malah menyokong peningkatan serangan terhadap penduduk dan tempat ibadat di negara itu, kata seorang pegawai Amerika Syarikat (AS), semalam.

Ia hasil penemuan laporan mengenai kebebasan beragama secara global pada 2021.

Laporan itu menyatakan, serangan ke atas ahli komuniti minoriti agama, termasuk pembunuhan, serangan dan ugutan berlaku sepanjang tahun lalu di India.

Ia termasuk menghukum golongan bukan Hindu atas dakwaan menyembelih lembu atau berniaga daging lembu.

Kebanyakan penganut Hindu, iaitu kira-kira 80 peratus daripada 1.35 bilion penduduk India, menganggap lembu sebagai suci.

Banyak negeri yang diperintah parti nasionalis Hindu pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi menggubal undang-undang atau memperkasa undang-undang lama bagi menentang penyembelihan lembu.

Setiausaha Negara AS, Antony Blinken, berkata laporan itu menunjukkan kebebasan beragama dan hak minoriti agama berada di bawah ancaman di seluruh dunia.

Rashad Hussain, yang mengetuai usaha Jabatan Negara AS bagi memantau kebebasan beragama di seluruh dunia, berkata beberapa pegawai India 'tidak mempedulikan atau malah menyokong peningkatan serangan ke atas orang awam dan tempat ibadat'.

Kementerian luar India tidak segera memberi maklum balas selepas diminta mengulas perkara itu.

Ia sebelum ini menolak sebarang ulasan dari luar mengenai hal ehwal dalaman, terutama dari AS.

Pertikaian antara komuniti agama di India mengenai tempat ibadat berlaku sejak negara itu mencapai kemerdekaan daripada pemerintahan British pada 1947, namun ia semakin menjadi kebiasaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Umat Islam membentuk kira-kira 13 peratus daripada penduduk India. - AGENSI


2. Jemaah solat Jumaat diejek, diganggu di India Disember 24, 2021 @ 5:03pm  

(Gambar fail) Jemaah menunaikan solat Jumaat di sebuah kawasan terbuka di Gurgaon, minggu lalu. - FOTO AFP

GURGAON (INDIA): Sejumlah aktivis Hindu didakwa meronda sebelum mengejek dan mengganggu jemaah yang menunaikan solat Jumaat di kawasan terbuka sekitar Gurgaon, sekali gus meningkatkan ketegangan di India bawah pentadbiran kerajaan nasionalis Hindu.

Seorang daripada mereka, Dinesh Bharti berumur 40-an dan mengenakan 'tilak' merah pada dahinya, mendakwa kononnya umat Islam yang menunaikan solat di kawasan terbuka 'mewujudkan masalah di dalam negara serta seluruh dunia.'

Kemenangan Perdana Menteri, Narendra Modi pada pilihan raya 2014 dilihat seolah-olah 'menambah keberanian' kumpulan tegar yang didakwa menganggap India sebagai negara Hindu, manakala penduduk minoriti kira-kira 200 juta Muslim pula disifatkan kononnya 'orang luar dengan potensi berbahaya.'

Gurgaon adalah bandar satelit moden di ibu kota, New Delhi, dengan kira-kira 500,000 umat Islam yang sama ada tinggal di situ, berhijrah ke kawasan itu atas keperluan kerja ataupun bekerja di sana pada waktu siang.

Bandar ini mempunyai 15 masjid dan kerajaan tempatan didakwa enggan membenarkan pembinaan lebih banyak lagi rumah ibadat itu, namun pada masa sama bilangan kuil Hindu pula semakin banyak.

Keadaan itu menyebabkan umat Islam terpaksa menunaikan solat Jumaat di kawasan terbuka.

Malah sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kumpulan Hindu didakwa turut menyembur tahi lembu di lapangan solat umat Islam dan mencemuh jemaah sebagai 'pengganas' serta 'orang Pakistan' - merujuk kepada negara jiran majoriti Muslim dan antara seteru utama India.

Pada masa sama, kerajaan tempatan dikatakan terus mengurangkan bilangan kawasan terbuka yang dibenarkan untuk jemaah menunaikan solat.

Awal bulan ini, Ketua Menteri Haryana yang juga ahli Parti Bharatiya Janata bawah pimpinan Modi, dilapor mengisytiharkan bahawa solat di kawasan terbuka di Gurgaon 'tidak akan lagi diterima.'

Namun pada Jumaat lalu, kumpulan Hindu dilapor mendirikan sebuah kuil sementara serta dapur komuniti untuk menjamu ratusan orang bersama alunan bunyi yang kuat.

Sebaliknya, ratusan umat Islam dilihat terpaksa beratur untuk menunggu giliran menunaikan solat berikutan kekurangan masjid.

Di lokasi lain, Muslim dikatakan diganggu oleh golongan tidak bertanggungjawab yang didakwa turut memaksa laungan slogan memuja dewa Hindu.

"Jika kerajaan tidak mencari jalan penyelesaian terhadap isu ini, ia akan menjadi semakin rumit dan serius," kata seorang ulama kepada AFP. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, negara umat Islam Malaysia jauh lebih baik dari negara di atas. Bahkan Malaysia sanggup memberi hak yang sama kepada 'keturunan pendatang' termasuk dari India dan China yang ada di negara ini. 

Sedangkan di India dan China warganya yang lahir, sama-sama tinggal di negara mereka, cuma berlainan agama telah didiskriminasi, ditindas dan dizalimi. Untung mereka berada di negara umat Islam.

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Kini Springhill penuh lembu, mengapa zaman PH tidak?

 

Lembu berkeliaran dan merosakkan lanskap di bulatan Bandar Springhill. - NSTP/MOHD KHIDIR ZAKARIA

Penduduk rimas Bandar Springhill penuh lembu

PORT DICKSON: Isu lembu berkeliaran di kawasan taman perumahan di sekitar Bandar Springhill bukan baharu, malah sudah banyak kemalangan disebabkan ternakan itu dibiar bebas tanpa pengawasan oleh penternak.

Penduduk, Vira Hashim yang menetap di kawasan berkenaan sejak lebih 15 tahun lalu, berkata Bandar Springhill kawasan yang cantik, namun dicemari dengan kehadiran ratusan lembu berkelirana sepanjang waktu.

"Saya amat kecewa kerana hampir setiap hari kawasan perumahan di sini dipenuhi lembu-lembu berkeliaran bebas. Selain najisnya yang bersepah di atas jalan atau kawasan taman, kemalangan disebabkan lembu juga kerap berlaku," katanya.

Katanya, isu yang sudah lama berlanjutan itu kerap diadu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), tetapi berterusan sehingga kini dan tiada tanda-tanda jalan penyelesaian jangka panjang akan diambil.

"PBT perlu lebih kerap buat operasi tangkap ternakan ini, perlu bertegas dengan pemilik dengan mengenakan denda tinggi dan tidak bertolak ansur soal denda agar mereka serik dan tidak membiarkan lembu peliharaan berkeliaran.

"Port Dickson kawasan pelancongan, sepatutnya masalah ini sudah lama diatasi kerana secara tidak langsung, ia memberi imej tidak baik, tambahan pula di Bandar Springhill terdapat satu pusat pendidikan bertaraf antarabangsa, Universiti UCSI.

"Sejak beberapa tahun lalu, boleh dikatakan hampir setiap minggu ada saja kemalangan di jalan lama Seremban-Port Dickson dan jalan dalam kawasan taman yang berpunca daripada lembu berkeliaran," katanya.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Mohd Zamri Mohd Esa mengakui masalah itu sudah lama berlarutan dan pihaknya sentiasa mengambil tindakan dari semasa ke semasa serta berdasarkan aduan yang diterima.

"Pemilik lembu perlu jaga ternakan mereka, jangan biar berkeliaran masuk kawasan perumahan dan di jalan kerana akan menyebabkan kacau ganggu, menjejaskan kebersihan jalan, kerosakan landskap dan kemalangan.

"Lembu di kawasan Bandar Springhill ini susah nak tangkap, perlu buat pagar untuk halau masuk, tambahan pua kawasan ini terlalu luas," katanya memberi amaran pihaknya akan mengenakan denda maksimum RM2,500 ke atas pemilik bagi setiap lembu mereka yang ditangkap. (BH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: "Sejak beberapa tahun lalu, boleh dikatakan hampir setiap minggu ada saja kemalangan di jalan lama Seremban-Port Dickson dan jalan dalam kawasan taman yang berpunca daripada lembu berkeliaran." Menurut laporan.

Adakah semasa keajaan PH berkuasa 22 bulan dan ghuyup dulu, tiada lembu-lembu bekeliaran? Atau lembu-lembu itu dulu cerdik kini tidak. Atau pemimpinnya yang dulu tidak cerdik prihatin rakyat?

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails