Saturday, August 06, 2022

DAP sokong pinda Perlembagaan. PAS temui K/Kristian..

 

Kenyataan Media oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke pada 5 Ogos 2022.

1. Isu hak kewarganegaraan anak kelahiran luar negara: 42 Ahli Parlimen DAP sokong pindaan Perlembagaan Persekutuan

DAP berasa simpati dengan nasib ibu warganegara Malaysia yang melahirkan anak mereka di luar negara selepas Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (kes Suriani Kempe & Ors. Lwn. Kerajaan Malaysia) pada 2021 bahawa ibu warganegara Malaysia mempunyai hak yang sama seperti bapa warganegara Malaysia untuk memberikan kerakyatan melalui kuat kuasa undang-undang kepada anak yang dilahirkan di luar negara.

Ini adalah satu ketidakadilan kepada golongan wanita. Seolah-olah hak seseorang ibu ke atas anak mereka lebih rendah daripada hak seseorang bapa. Ini melanggar prinsip kesamarataan gender yang termaktub dalam undang-undang antarabangsa dan Perlembagaan Persekutuan. Tiap-tiap anak – kita semua dibawa ke dunia ini oleh ibu. Ketidakadilan terhadap kaum ibu sedemikian membawa kesan yang negatif sekali untuk institusi kekeluargaan. 

Dengan keputusan mahkamah hari ini, bagaimana kita membela nasib ribuan anak-anak yang sememangnya mahu memperoleh kewarganegaraan Malaysia tetapi ditolak berkali-kali, bertahun-tahun? Ramai yang kekal berstatus tidak berkewarganegaraan (‘stateless’), ada pula yang terpaksa menjadi warganegara untuk negara asing. Sejak kecil, anak-anak ini membesar dalam keadaan yang serba mencabar. Ada yang dihina hanya kerana isu kewarganegaraan. Kalau kerajaan dan pemimpin politik masih  ‘buat tak nampak’, ini adalah perbuatan yang cukup zalim.

Untuk mengatasi isu ketidakadilan ini, saya syorkan Perlembagaan Persekutuan diperkasakan dengan pindaan yang sewajarnya untuk memberikan hak yang sama kepada para ibu warganegara Malaysia dan membela nasih anak-anak mereka yang ingin menjadi warganegara Malaysia.

Justeru itu, DAP menyeru Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri untuk membentangkan RUU Pindaan Perlembagaan Persekutuan dalam sidang Parlimen yang akan datang untuk memberi keadilan kepada wanita. 

Kesemua 42 Ahli Parlimen DAP akan menyokong pindaan Perlembagaan Persekutuan tersebut. Saya juga yakin rakan-rakan kami di kalangan Pakatan Harapan akan memberikan sokongan yang sama. – Roketkini.com


2. PAS temui Ketua Bishop Kristian Malaysia 


KANGAR: Perpaduan ummah yang dirintis PAS bukan hanya membabitkan parti-parti politik yang ada di Malaysia, malah turut mencakupi hubungan antara agama.

Lajnah Dakwah PAS (LDP) Pusat dengan kerjasama LDP Perlis menganjurkan pertemuan mahabbah antara Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Hashim Jasin bersama Ketua Bishop Kristian Malaysia, Dato’ Seri Bishop Sebastian, semalam.

Tuan Guru Hashim berkata, pelbagai kaedah boleh dilakukan bagi mencapai perpaduan ummah antara rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini.

“Jika ada perbezaan pendapat antara kita, lebih baik diketepikan terlebih dahulu kerana banyak lagi persamaan yang boleh kita raikan,” katanya pada perjumpaan tersebut yang diadakan di Hotel Seri Malaysia.

Turut hadir Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Majlis Syura Ulamak Tuan Guru Ahmad Ali, AJK Kerja PAS Pusat; Dato’ Awang Hashim, Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli serta Ketua Paderi Negeri Paderi Francis Xavier.

Program itu turut dihadiri wakil agama Kristian di seluruh Perlis dan AJK Dewan Pemuda dan Muslimat Negeri PAS.

Tuan Guru Hashin juga berharap setiap rakyat saling mempercayai antara satu sama lain dan jika ada perselisihan hendaklah diselesaikan dengan cara baik.

“Agama Islam tidak mengajar penganutnya mempersenda agama lain agar ia menjadi benteng tidak berlaku pertelingkahan sesama kita.

“Semoga perjumpaan ini bukanlah yang terakhir, teruskan lagi di masa akan datang,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 6/8/2022

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Pesawat terbang tanpa pemandu TUDM.. & martabat syariah

 

Antara model pesawat terbang tanpa pemandu

1. Pesawat terbang tanpa pemandu TUDM beroperasi 2026

KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijangka memperolehi pesawat terbang tanpa pemandu kategori Medium-altitude Long-endurance Unmanned Aircraft System (MALE UAS) pada 2025 dan mula beroperasi seawal 2026.

Timbalan Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz, berkata pemilikan MALE UAS akan memperkukuhkan penguasaan ruang udara negara.

Katanya, Kementerian Pertahanan telah melengkapkan semua proses penilaian tender bagi perolehan MALE UAS dan Lembaga Perolehan kementerian telah memperakukan petender yang dipilih dan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan (MoF) pada 7 Julai lalu untuk dimuktamadkan.

“Melalui maklum balas terkini daripada MoF, keputusan berkaitan perkara ini akan diketahui dalam kadar segera,” katanya menjawab soalan lisan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PAS-Sik) di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahli Parlimen Sik meminta Menteri Pertahanan menyatakan status tender, perolehan dan ekosistem penyelenggaraan, perancangan alatan persenjataan terkini MALE UAS bagi kegunaan TUDM.

Berhubung ekosistem penyelenggaraan, Ikmal Hisham berkata, ia akan dilaksanakan selepas tamat tempoh waranti daripada Pengeluar Peralatan Asal (OEM) berpandukan konsep senggaraan yang akan ditentukan oleh TUDM.

Mengenai perancangan perolehan persenjataan, termasuk Peperangan Elektronik (EW), katanya bagi aset ini akan dilaksanakan pada fasa perolehan kedua dan ketiga dalam Rancangan Malaysia Ke-13 dan Rancangan Malaysia Ke-16.

“Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malayusia (ATM) memberikan komitmen penuh bagi memastikan program pemodenan ATM, terutama TUDM berada pada landasan yang tepat demi meningkatkan tahap keupayaan dan kesiapsiagaan ATM,” katanya.

Beliau yakin program perolehan MALE UAS akan memenuhi keperluan TUDM seiring dengan perubahan teknologi masa kini dalam usaha mencegah sebarang bentuk ancaman udara dan seterusnya meningkatkan keselamatan ruang udara negara.

Menjawab soalan tambahan Ahmad Tarmizi, beliau berkata semua perolehan aset TUDM melalui Pelan Rancangan Jangka Panjang CAP 55 dilaksanakan melalui kaedah tender terbuka yang turut melibatkan proses penilaian fizikal.

“Kementerian Pertahanan yakin kaedah ini dapat menangani permasalahan secara bersistematik bersama kaedah yang telus dengan memberikan risiko yang rendah ke atas aspek pemilihan aset yang bersesuaian untuk kegunaan TUDM.

“Melalui kaedah ini, TUDM akan memperolehi aset pertahanan yang menepati kehendak TUDM atau penekanan terhadap berorientasikan pengguna akhir,” katanya. – HARAKAHDAILY 2/8/22


2. Perjuangan martabatkan perundangan syariah 

MENYAMPAIKAN kalam aluan di Majlis Sambutan Hari Hududullah Peringkat Negeri Kelantan ini diurusetiakan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan. 

Objektif program ini adalah sebagai satu usaha Kerajaan Negeri yang berterusan memperjuangkan Sistem Perundangan Islam iaitu Hukum Hudud selain ianya turut menjadi medan ilmu bagi menyampaikan maklumat-maklumat yang tepat berkaitan isu-isu sistem perundangan di Malaysia kepada semua lapisan masyarakat di Negeri Kelantan.

Kerajaan Negeri mengambil sikap dan peranan untuk menjadikan sistem perundangan Islam yang tercatat di dalam al-Quran, sebagai salah satu panduan perjalanan kehidupan manusia, sebagaimana Allah di dalam Surah Al-Isra’ ayat 9: 


إِنَّ هَٰذَا ٱلۡقُرۡءَانَ يَهۡدِي لِلَّتِي هِيَ أَقۡوَمُ وَيُبَشِّرُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ٱلَّذِينَ يَعۡمَلُونَ ٱلصَّٰلِحَٰتِ أَنَّ لَهُمۡ أَجۡرٗا كَبِيرٗا ٩ 

“Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.”

Mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Hari Hududullah Peringkat Negeri Kelantan 1443H/2022M merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad bin Yakob kerana sudi hadir merasmikan program ini.

DATO’ USTAZ MOHD NASSURUDDIN DAUD
Ketua Penerangan PAS Kelantan – HARAKAHDAILY 3/8/2022 

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Kisah 4 ADUN P.P keluar parti.. & Bt Feringgi lenyap?

 

Dari kiri; Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh), Afif Bahardin (Seberang Jaya), Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam) dan Zolkifly Md Lazim (Telok Bahang).

1. 4 ADUN Pulau Pinang keluar parti masih boleh teruskan tugas

BAYAN LEPAS: Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang keluar daripada Pakatan Harapan dan menyertai Perikatan Nasional (PN) masih boleh menjalankan tugas sebagai wakil rakyat di kawasan masing-masing.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, berkata tindakan lanjut berhubung kedudukan empat ADUN berkenaan bergantung kepada keputusan Mahkamah Tinggi.

"Semestinya selagi keputusan tidak dibuat oleh Mahkamah Tinggi mereka masih ADUN yang boleh melaksanakan tanggungjawab mereka.

"Selain itu, mereka juga menerima faedah dan gaji seperti sedia kala," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Perluasan Hospital Pantai di sini, hari ini. 

Semalam, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengarahkan peguam cara kerajaan negeri menulis surat kepada Mahkamah Tinggi Pulau Pinang untuk tarikh awal berhubung saman difailkan empat ADUN berkenaan terhadap Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Speaker.

Empat ADUN berkenaan adalah Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya), Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh), Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam) dan Zolkifly Md Lazim (Telok Bahang).

Keempat-empat mereka sebelum ini memfailkan injunksi terhadap badan perundangan Pulau Pinang daripada meluluskan usul pengosongan kerusi masing-masing selepas mereka mengambil keputusan menyokong PN.

Kon Yeow ketika diminta mengulas mengenai cadangan memanggil sidang khas berhubung status kerusi ADUN terbabit berkata, perkara itu boleh dilakukan namun pihaknya harus menunggu keputusan Mahkamah Tinggi sebelum tindakan lanjut berhubung perkara itu diambil.

Beliau turut berpendapat tiada keperluan meminda Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang kerana ia adalah undang-undang yang baik dan sah serta konsisten dengan Perkara 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan sehingga ia dicabar pada masa depan.

Dalam pada itu, Kon Yeow berkata, soal sama ada akan diadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) tidak sepatutnya timbul selaras Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan PRK tidak perlu diadakan jika kekosongan wujud dalam tempoh dua tahun sebelum Pilihan Raya Umum akan datang.

"Jadi kalau peruntukan ini diguna pakai maka tidak timbul (PRK) dan lebih baik untuk kita menunggu keputusan Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai apa tindakan yang akan diambil pada masa akan datang," katanya.

Pada Rabu lalu, panel tujuh hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan sebulat suara bahawa Seksyen 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang adalah sah dan berperlembagaan mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang yang dipinda pada 2012 memperuntukkan ADUN hendaklah mengosongkan kerusinya sekiranya meletakkan jawatan, dipecat atau berhenti menjadi ahli parti setelah dipilih sebagai calon parti politik.


2. Saman empat ADUN Pulau Pinang untuk kekal kerusi ke Mahkamah Tinggi Ogos 5, 2022 @ 4:11pm 

KUALA LUMPUR: Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengarahkan peguam cara kerajaan negeri menulis surat kepada Mahkamah Tinggi Pulau Pinang untuk tarikh awal berhubung saman difailkan empat Ahli Dewan Undangan (ADUN) terhadap Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Speaker.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, berkata keputusan itu dibuat selepas prosiding di Mahkamah Tinggi sebelum ini ditangguhkan, sementara menunggu penentuan oleh Mahkamah Persekutuan berhubung writ saman dikemukakan ADUN Seberang Jaya, Sungai Acheh, Bertam dan Telok Bahang.

Katanya, pihak terbabit perlu hadir ke Mahkamah Tinggi untuk meneruskan perbicaraan susulan keputusan sebulat suara Mahkamah Persekutuan bahawa Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang adalah sah kerana ia konsisten dengan Perkara 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan

Skuad boling wanita, Izzah & pasukan gimrama M'sia.

 

Aksi atlet boling padang negara, Nur Ain Nabilah Tarmizi (kiri) bersama rakannya, Syafiqa Haidar Afif Abdul Rahman pada aksi final acara triples wanita ketika menentang England pada Sukan Komanwel 2022 di Victoria Park. - Foto BERNAMA.
SUKAN

1.  Skuad boling padang wanita raih perak

BIRMINGHAM: Trio boling padang negara terpaksa berpuas hati dengan perak selepas tumpas 9-17 kepada England pada aksi final acara triples wanita pada Sukan Komanwel 2022 di Victoria Park, Leamington Spa, di sini, hari ini.

Pada saingan itu, gandingan Nur Ain Nabilah Tarmizi, Syafiqa Haidar Afif Abdul Rahman dan Azlina Arshad memberi tentangan sengit di awal permainan sebelum terpaksa akur kepada pasukan tuan rumah, England, dibarisi Jamie Lea Winch, Natalie Chestney, Sian Honnor, dalam perlawanan berlangsung sehingga 17 end itu.

Pencapaian trio negara itu sekali gus menyaksikan skuad boling padang kebangsaan setakat ini meraih satu pingat perak dan satu gangsa.

Pada aksi penentuan tempat ketiga, New Zealand menewaskan Cook Islands, 26-7, sekali gus meraih pingat gangsa.

 BERNAMA


2. Izzah terlepas gangsa gimrama di saat akhir 

Aksi menarik atlet gimrama negara, Izzah Amzan dalam disiplin belantan acara all-around individu pada temasya Sukan Komanwel di Utilita Arena Birmingham, sebentar tadi. - Foto AP.

BIRMINGHAM: Nasib tidak menyebelahi atlet gimrama, Izzah Amzan apabila terlepas pingat gangsa pada temasya Sukan Komanwel 2021 di sini, sebentar tadi, selepas dipintas di saat akhir dalam saingan acara all-around individu.

Dalam saingan di Utilita Arena Birmingham itu, dia berada pada kedudukan ketiga dengan himpunan 108.300 mata sebelum penerjun terakhir dari Cyprus, Anna Sokolova tampil melakukan terjunan cemerlang.

Sokolova berjaya mencatatkan 112.100 mata untuk berada di kedudukan kedua bagi meraih perak manakala wakil England, Marfa Ekimova yang mengumpulkan 112.300 mata merangkul emas.

Wakil Australia, Alexandra Kiroi-Bogatyreva yang sebelum itu mengumpulkan 111.100 mata untuk berada di tangga kedua, kemudian terpaksa berpuas hati meraih gangsa. Seorang lagi wakil negara, Ng Joe Ee ditempat kelima selepas mengumpulkan 108.200 mata.

Bagi disiplin gelung acara all-around individu ini, Izzah yang tampil buat kali kedua ada temasya Sukan Komanwel mendapat 26.100 mata manakala bola (27.600), belantan (28.200) dan riben (26.400).

Joe Ee pula yang membuat penampilan sulung pada temasya di sini, berjaya menghimpun 108.200 mata menerusi disiplin gelung (26.700), bola (27.00), belantan (26.70) dan riben (27.100).

Izzah yang sebak sejurus berakhirnya saingan bagaimanapun berpeluang menebus kekecewaannya itu pagi esok apabila turun beraksi dalam dua final disiplin individu iaitu gelung dan belantan.

Turut beraksi adalah Joe Ee bagi disiplin bola selain riben bersama Koh Sie Yan.


3. Skuad negara pertahan emas acara berpasukan gimrama Mei 19, 2022 @ 8:00pm 

Skuad gimrama negara yang memenangi emas pada temasya Sukan SEA 2021 di Hanoi, hari ini. - Foto ihsan FB Majlis Sukan Negara.

HANOI: Skuad negara muncul juara dalam acara berpasukan gimmastik berirama (gimrama) pada temasya Sukan SEA 2021 di Pusat Gimnasium Quan Ngua, di sini, sebentar tadi.

Kejayaan itu menyaksikan emas keempat dihadiahkan pasukan gimmastik negara kepada kontinjen Malaysia masing-masing dua daripada gimmastik artistik dan gimmastik berirama.

Pasukan negara dibarisi Shak Yuki, Ng Jia Wen, Jingle Shak Qi, Maia Ong, Ashley Lim dan Yap Yi Tung tidak menghadapi masalah mempertahankan emas dimenangi di Manila 2019 apabila mengumpul markah keseluruhan 49.200 bagi dua pusingan iaitu lima gelung (26.150) serta tiga riben dan dua bola(23.050).

Pingat perak dimenangi Thailand selepas mencatat markah keseluruhan 41.550 manakala gangsa diraih Vietnam (37.800). 

Malaysia dianggap sebagai kuasa besar dalam acara itu, tidak berdepan masalah menyapu bersih dua emas yang dipertandingkan iaitu dalam acara individu dan berkumpulan.

Pada Sukan SEA Manila 2019, skuad gimmastik berirama negara membawa pulang empat pingat menerusi acara all around berkumpulan dan dua emas diraih Izzah Amzan, manakala Koi Sie Yan meraih emas dalam acara aparatus riben wanita.

Sebelum itu, Koi Sie Yan berjaya meraih emas selepas mengumpul markah keseluruhan disiplin berkenaan 109.100 mata manakala seorang lagu wakil negara, Ng Joe Ee mengumpul 104.600 mata untuk perak dan gangsa milik Breanna Labadan dari Filipina (96.650).

Malaysia dianggap sebagai kuasa besar dalam acara itu, tidak berdepan masalah menyapu bersih dua emas yang dipertandingkan iaitu dalam acara individu dan berkumpulan.

Pada Sukan SEA Manila 2019, skuad gimmastik berirama negara membawa pulang empat pingat menerusi acara all around berkumpulan dan dua emas diraih Izzah Amzan, manakala Koi Sie Yan meraih emas dalam acara aparatus riben wanita.

Sebelum itu, Koi Sie Yan berjaya meraih emas selepas mengumpul markah keseluruhan disiplin berkenaan 109.100 mata manakala seorang lagu wakil negara, Ng Joe Ee mengumpul 104.600 mata untuk perak dan gangsa milik Breanna Labadan dari Filipina (96.650).

Pada Sukan SEA Manila 2019, skuad gimmastik berirama negara membawa pulang empat pingat menerusi acara all around berkumpulan dan dua emas diraih Izzah Amzan, manakala Koi Sie Yan meraih emas dalam acara aparatus riben wanita.

Sebelum itu, Koi Sie Yan berjaya meraih emas selepas mengumpul markah keseluruhan disiplin berkenaan 109.100 mata manakala seorang lagu wakil negara, Ng Joe Ee mengumpul 104.600 mata untuk perak dan gangsa milik Breanna Labadan dari Filipina (96.650).Malaysia dianggap sebagai kuasa besar dalam acara itu, tidak berdepan masalah menyapu bersih dua emas yang dipertandingkan iaitu dalam acara individu dan berkumpulan.

Pada Sukan SEA Manila 2019, skuad gimmastik berirama negara membawa pulang empat pingat menerusi acara all around berkumpulan dan dua emas diraih Izzah Amzan, manakala Koi Sie Yan meraih emas dalam acara aparatus riben wanita.

Sebelum itu, Koi Sie Yan berjaya meraih emas selepas mengumpul markah keseluruhan disiplin berkenaan 109.100 mata manakala seorang lagu wakil negara, Ng Joe Ee mengumpul 104.600 mata untuk perak dan gangsa milik Breanna Labadan dari Filipina (96.650)

Komen Weblog Ibnu HasyimSkuad boling wanita, Izzah dan pasukan gimrama, semuanya dari negara umat Islam Malaysia, namun masih belum 'patuh syariat'. Tidak seperti sukan di negeri-negeri Kelantan-Terengganu, Malaysia.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Video mudarat budaya, 2 model ditahan. Petir di rumah putih.

 

Nang Mwe San (kiri) dan Thinzar Wint Kyaw. - Foto: Twitter/Nang Mwe San, Instagram/Thinzar Wint Kyaw

1. Dua model Myanmar ditahan muat naik video mudarat budaya

YANGON: Dua model terkenal Myanmar ditahan dan berdepan tuduhan 'memudaratkan budaya dan maruah' kerana menyiarkan klip ke dalam talian, termasuk ke platform video intim, OnlyFans, kata junta semalam.

Dalam satu kenyataan, junta berkata, Nang Mwe San didakwa 'mengedarkan gambar dan video lucah berbayar yang boleh... memudaratkan budaya dan maruah Myanmar'.

Katanya, Thinzar Wint Kyaw, seorang lagi model dan pelakon terkenal dengan lebih 1.5 juta pengikut Instagram, didakwa menyiarkan video di laman pencipta kandungan, Exantria.

Menurut kenyataan itu, model berkenaan berbuat demikian 'tanpa kesopanan yang sepatutnya dijaga wanita Myanmar.Mereka akan berdepan pertuduhan di bawah undang-undang transaksi elektronik, yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun.

AFP tidak dapat mengesahkan kandungan video yang didakwa jelas itu.

Sejak merampas kuasa tahun lalu, junta berulang kali mendakwa budaya tradisional di negara penganut beragama Buddha itu diserang semasa pemerintahan demokrasi, Aung San Suu Kyi.

Kenyataan itu menambah, mereka yang memuat naik ke laman web sama dan 'memudaratkan keaiban dan kesopanan wanita Myanmar akan diketahui dan tindakan berkesan akan diambil terhadap mereka'.

Mwe San, seorang doktor terlatih, dibatalkan lesen perubatannya oleh Majlis Perubatan Myanmar pada 2019 selepas mendakwa pakaiannya dalam siaran media sosial bertentangan dengan 'budaya dan tradisi Myanmar'.

Wint Kyaw ditahan seketika oleh tentera bulan lalu selepas mengembara ke kawasan yang dikuasai pemberontak etnik.

Kedua-duanya tidak aktif di Instagram sejak beberapa minggu lalu. - AFP


2. 3 maut akibat panahan petir berhampiran Rumah Putih 

Kilat menyambar sebatang pokok di Dataran Lafayette, berhampiran Rumah Putih. - Foto Reuters

WASHINGTON: Tiga terbunuh termasuk pasangan warga emas yang menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-56, selepas dipanah petir di sebuah taman berhampiran Rumah Putih.

Petir melanda Dataran Lafayette, sebuah taman kecil di seberang jalan dari Rumah Putih, sejurus sebelum jam 7 malam (waktu tempatan) Khamis lalu menyebabkan dua lelaki dan dua wanita parah, menurut kenyataan dari Jabatan Bomba dan Kecemasan Washington.

Semua mangsa dibawa ke hospital tempatan tetapi pada pagi Jumaat Polis Metropolitan mengesahkan dua daripada mereka, Donna Mueller, 75, dan James Mueller, 76, dari Janesville di Wisconsin , meninggal dunia.

Pasangan itu adalah pasangan kekasih sekolah menengah dan berada di ibu negara untuk meraikan ulang tahun perkahwinan mereka, kata anak saudara mereka Michelle McNett kepada Milwaukee Journal Sentinel.

Semalam, mangsa ketiga, seorang lelaki berusia 29 tahun turut meninggal dunia akibat kecederaannya, kata polis.

Mangsa yang lain masih dalam keadaan kritikal.

Seorang jurucakap Rumah Putih berkata, pentadbiran Joe Biden 'sedih dengan kehilangan nyawa yang tragis'.

"Kami mendoakan mereka yang masih berjuang untuk hidup mereka," tambah Setiausaha Akhbar Karine Jean-Pierre dalam satu kenyataan.

Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat dan polis taman bergegas membantu keempat-empat mereka selepas menyaksikan kejadian itu, kata jurucakap jabatan bomba dan perkhidmatan kecemasan Vito Maggiolo dalam satu kenyataan yang disiarkan di media sosial.

Mangsa dipercayai mencari perlindungan daripada ribut di bawah salah satu pokok taman itu.

"Pokok bukan tempat yang selamat," kata Maggiolo kepada Washington Post. "Sesiapa sahaja yang pergi mencari perlindungan di bawah pokok, itu adalah tempat yang sangat berbahaya," katanya. - AFP

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails