Saturday, August 13, 2022

Hadi Minallah, ajaran sesat. & serangan bom di Saudi.

 

Gambar hiasan

1. JAWI siasat 'markas' kumpulan ajaran sesat Hadi Minallah

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mendapati kumpulan ajaran sesat Hadi Minallah tidak lagi menggunakan sebuah premis di ibu kota yang dikatakan dijadikan markas kumpulan itu.

Perkara itu hasil siasatan dilakukan Bahagian Penguatkuasaan JAWI di premis terbabit, baru-baru ini.

Jabatan itu dalam kenyataan, memaklumkan usaha pemantauan lanjut kini sedang dilakukan selepas siasatan mendapati kumpulan itu tidak lagi menjalankan kegiatannya di premis itu seperti ditularkan.

"Bagaimanapun JAWI akan terus melaksanakan pemantauan dan amat mengalu-alukan aduan berterusan daripada masyarakat," katanya.

Sebelum ini, tular poster berkaitan khidmat perundingan ditawarkan seorang lelaki dipercayai pengasas kumpulan itu dikenali sebagai Hadi Minallah Aminullah Ahmad dengan menggunakan alamat di sebuah kondominium di Taman Danau Kota, Setapak.

Kenyataan itu berkata, orang ramai yang mengesan kewujudan kegiatan penyebaran ajaran terbabit di mana-mana premis dalam Wilayah Persekutuan, diminta menyalurkan maklumat kepada JAWI supaya ia dapat dibanteras.

Sebarang aduan berkaitan kegiatan ajaran itu atau kesalahan jenayah syariah lain boleh disalurkan menerusi Hotline Penguatkuasaan di talian 1-800-88-1771 atau Hotline Penguatkuasan JAWI Cawangan Putrajaya di talian 1-800-88-2675.

Aduan juga boleh disampaikan terus di kaunter Bahagian Penguatkuasaan JAWI.

BH sebelum ini melaporkan kerajaan sedang memantau pergerakan kumpulan ajaran sesat Hadi Minallah dikatakan dari negara jiran, yang kini dikesan aktif di beberapa negeri di Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, berkata fahaman kumpulan itu nyata dan jelas menyimpang daripada ajaran sebenar Islam.

Terdahulu, kumpulan itu dikesan aktif menyebarkan dakyah sesat mereka melalui Youtube atas nama Persatuan Nur Mutiara Mutmainnah, selain bergerak sebagai sebuah yayasan dikenali Yayasan Nur Mutiara Makriffattullah.

Berdasarkan video tular itu, seorang lelaki mendakwa pengasas ajaran itu, Wayang Hadi Kesumo atau Hadi Minnallah Aminnullah Ahmad dan berasal dari Indonesia.

Lelaki itu mengaku tiada agama dan menyebarkan fahaman makrifat sesat, Nur Muhammad serta pluralisme agama.

Dia juga mendakwa Tuhan tidak melihat kepada agama, selain turut menolak hadis.

Lelaki itu juga didapati menyelewengkan tafsiran al-Quran, menganggap dirinya wali, mengharamkan makan daging dan mewajibkan pengikutnya membayar zakat kepadanya sebagai tanda menyucikan diri.

Pengikut kumpulan itu yang berpakaian putih dan berserban didakwa aktif di Kuala Lumpur; Kajang, Selangor serta Johor.

Susulan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membuat laporan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi tindakan menyekat penularan ajaran itu. (BH)


2. Suspek serangan bom di Arab Saudi letupkan diri sendiri  

Risalah edaran Menteri Dalam Negeri Arab Saudi pada 2016 menunjukkan senarai sembilan susupek yang dikehendaki kerana mengebom sebuah masjid pada 2015, termasuk Abdullah Zayed al-Bakri al-Shehri (baris kedua, kanan). - Foto AFP

RIYADH: Seorang suspek ahli kumpulan Daesh yang terbabit dalam serangan ke atas sebuah masjid di Arab Saudi pada 2015 meletupkan dirinya ketika cuba ditahan pasukan keselamatan di Jeddah minggu ini, kata pegawai Arab Saudi semalam.

Dalam kejadian itu, empat yang lain cedera apabila suspek, Abdullah bin Zayed al-Bakri al-Shehri, 39, mengaktifkan tali pinggang berisi bahan letupan.

Dia antara seorang daripada sembilan lelaki yang dikehendaki dalam letupan mengorbankan 15 orang dalam sebuah masjid, kebanyakannya polis, berhampiran sempadan Yaman.

"Apabila prosedur penahanannya dimulakan, dia meletupkan dirinya menggunakan tali pinggang berisi bahan letupan yang dipakai, mengakibatkan kematiannya selain mencederakan seorang penduduk warga Pakistan dan tiga anggota keselamatan.

Menurut kenyataan Presidensi Keselamatan Negara yang disiarkan oleh Agensi Berita Saudi (SPA), pegawai yang cedera dan warga Pakistan yang cedera sudah dipindahkan ke hospital tempatan di mana mereka menerima rawatan.

Al-Shehri ditangkap di kawasan kejiranan Al-Samer di Jeddah kira-kira jam 10 malam, Rabu lalu selepas pihak berkuasa berusaha menjejakinya.

Dia adalah suspek keempat dalam senarai sembilan suspek yang diburu, manakala suspek kelima ditangkap pada Mei 2016.

Masjid yang menjadi sasaran itu kerap dikunjungi anggota unit bersenjata dan taktik khas polis di bandar selatan Abha.

Serangan itu didakwa dilakukan oleh kumpulan Daesh, menyusuli pelancaran kempen ketenteraan diketuai Arab Saudi di Yaman pada 2015 selepas pemberontak Huthi yang disokong Iran merampas ibu kota Sanaa. - AGENSI

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hadi Minallah, ajaran sesat.  Dan juga serangan bom di Arab Saudi. Semuanya perlu ditangani oleh jamaah Islam..

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Perunding swasta hina Islam.. & perubahan iklim.

 

Hong Jia Ming keluar dari mahkamah selepas mengaku bersalah atas tuduhan menghina agama Islam dan membayar denda RM8,000 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Hairul Anuar Rahim

1. Ibu tunggal mengaku salah hina Islam didenda RM8,000

KUALA LUMPUR: Seorang ibu tunggal didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menghina Islam menerusi hantaran dimuat naik menerusi Facebook, dua tahun lalu.

Hong Jia Ming, 34, yang bekerja sebagai perunding syarikat swasta membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Nor Hasniah Ab Razak.

Nor Hasniah turut memerintahkan Jia Ming menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda terbabit.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik melalui perkhidmatan aplikasi laman web profil Joyceanne Hong pada 9.22 malam, 12 Mac lalu.

Wanita itu didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum satu tahun atau kedua-duanya selain boleh didenda RM1,000 bagi setiap kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

Pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Najihah Farhana Che Awang mencadangkan mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap Jia Ming.

Bagaimanapun, peguam mewakili tertuduh, Haijan Omar berhujah supaya mahkamah mempertimbangkan hukuman minimum dengan mengambil kira status tertuduh sebagai seorang ibu tunggal yang mempunyai tanggungan anak lelaki berusia sembilan tahun selain mempunyai penyakit jantung dan bekerja sebagai perunding swasta berpendapatan RM12,000 sebulan.

Semasa dalam proses rayuan, tertuduh memaklumkan bahawa dia menyesal dengan perbuatannya dan mengakui hantarannya di Facebook itu mencetuskan salah faham dan menyinggung perasaan bekas rakan sekerjanya.

"Saya sudah belajar satu pengajaran akibat perbuatan ini dan berjanji akan lebih berhati-hati dalam meluahkan pandangan pada masa hadapan," katanya.


2. Perubahan iklim sebabkan fenomena besar alam  

DUNIA telah mengalami perubahan iklim yang menyebabkan berlakunya cuaca tidak menentu dengan mendatangkan pelbagai fenomena seperti kemarau dan banjir ekstrem hingga memberi banyak impak teruk.

Bukan sahaja peningkatan kepanasan bumi dan paras air laut, tetapi turut bersama kesan sampingan seperti ketidakmenjadian pertanian, kerosakan infrastruktur dan perubahan fizikal muka bumi, selain kekurangan bekalan makanan.

Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Dato’ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, isu ini bukan baharu di mana telah mula menjadi perhatian sejak sebelum tahun 1900 iaitu selepas berlaku Revolusi Perindustrian di Eropah.

Menurutnya, ketika itu sudahpun dikesan berlaku beberapa senario besar secara agak agresif terutama peningkatan suhu sejuk dan panas global di mana diunjurkan kenaikan 0.4 darjah Celsius lagi kepada 1.5 darjah Celsius menjelang tahun 2050.

“Akan mengakibatkan berlaku fenomena yang lebih besar daripada yang kita alami sekarang. Yalah, dunia dah nyanyuk, dunia dah tua. Hakikat sebenar kalau kita belajar dari segi syaraknya, bumi dah makin tua, makin nyanyuk. 

“Sampai masa dia akan musnah. Kita tak boleh menyekat kemusnahan, cuma kita boleh mengurangkan impak sahaja. Jadi sekarang ni ialah mengurangkan impak kepada perubahan iklim,” serunya.

Malaysia beritahu beliau, telah menyatakan komitmen pada Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 2021 (COP26) di Glasgow untuk mencapai sifar pelepasan karbon pada tahun 2050.

“Bermakna Malaysia bukan menjadi penyumbang kepada kepanasan global. Hingga setakat ini kita ada 75.12 juta tan karbon yang belum diserap. Ini lebihan karbon negara kita.

“Kita masih lagi berusaha untuk melakukan pelbagai program mitigasi perubahan iklim ni termasuklah tindakan segera menghentikan penjualan minyak diesel biasa kepada RON kepada Euro 5 sahaja. 

“Sebab minyak biasa-biasa ni menyumbang karbon yang agak tinggi, selain menghentikan 45 peratus loji-loji tenaga elektrik daripada menggunakan arang batu,” ujarnya memberitahu elektrik dan pengangkutan awam sebagai penyumbang keadaan itu.

Maklum beliau, sebagai solusi, Malaysia sedia beralih kepada tenaga baharu seperti solar dan kerajaan turut memutuskan penggunaan kenderaan rasmi kepada jenis EV bagi mengurangkan kepanasan global. 

Beliau turut menggambarkan impak kenaikan air paras laut yang dijangka pada tahun 2050 akan meningkat 0.5 meter, manakala di Sabah Sarawak sehingga paling tinggi 0.72 meter.

Menurutnya, jika berlaku peningkatan sehingga 5 meter akan menyebabkan banyak bandar di negara ini ditenggelami di mana memerlukan negara merancang pembinaan tebatan banjir yang lebih tinggi dan kos berganda.

KASA dalam pada itu beritahunya, merangka pelan-pelan mitigasi bagi menghadapi semua perubahan tersebut termasuk bantuan kecemasan, latihan kepakaran dan peralatan diperlukan.

Beliau juga mengajak merenungi fenomena berlaku mutakhir ini seperti ribut, angin luar biasa, puting beliung di laut, hinggalah gempa bumi dan gegarannya di beberapa lokasi dalam negara.

Ketika sama juga serunya, perlu juga prihatin terhadap bencana alam yang turut berlaku di negara-negara lain untuk dihulurkan bantuan kepada mereka.

IZWAN ABDUL HALIM – HARAKAHDAILY 12/8/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kadang-kadang perlakuan manusia di muka bumi menjadi penyebab berlakunya perubahan iklim di bumi yang ditumpanginya. Termasuk perlakuan mengghina agama...


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Penghina Islam ditikam di pentas, wajar. & AS$7 bilion Afghanistan

 

Salman Rushdie ditikam di atas pentas di sebuah acara di Institut Chautauqua, New York, semalam. Polis mengenal pasti suspek dalam tahanan sebagai Hadi Matar, 24, (kiri) dari Fairfield, New Jersey. - Foto AP

1. Salman Rushdie cedera ditikam di atas pentas

CHAUTAUQUANew York: Pengarang kontroversi British, Salman Rushdie, yang tulisannya telah menjadikan dirinya sasaran ancaman bunuh Iran, menjalani pembedahan kecemasan pada Jumaat (12 Ogos) selepas seorang penyerang menikam lehernya pada di pentas majlis syarahan sastera di New York.

Polis berkata seorang lelaki telah menyerbu ke pentas tersebut dan menyerang Rushdie dan seorang pengacara yang menemubual beliau ketika itu, menyebabkan beliau mengalami luka akibat tikaman di leher, lapor New York Post.

Ejennya, Andrew Wylie dalam kenyataan melalui Twitter  berkata, Rushdie telah  dikejarkan dengan helikopter ke hospital dan menjalani pembedahan, dan beliau berjanji untuk memberikan maklumat terkini mengenai keadaan Rushdie secepat mungkin.

Rakaman media sosial menunjukkan orang ramai menjalankan rawatan perubatan kecemasan di atas pentas sejurus selepas serangan itu. Penemuduga juga mengalami kecederaan di kepala.

Seorang suspek telah ditahan oleh polis negeri, yang tidak memberikan butiran segera tentang identitinya atau kemungkinan motifnya.

Polis berkata bahawa tidak jelas jenis senjata yang digunakan suspek.

“Rushdie jatuh ke lantai apabila lelaki itu menyerangnya, dan kemudian dikelilingi oleh sekumpulan kecil lelaki yang mengangkat kakinya, seolah-olah menghantar lebih banyak darah ke bahagian atas badannya, sementara penyerang itu ditahan,” ujar seorang saksi yang menghadiri majlis syarahan yang tidak dinamakan itu.

Rushdie, yang dilahirkan dalam keluarga India Muslim, telah berdepan dengan ancaman bunuh untuk novel keempatnya, The Satanic Verses, yang menurut beberapa orang Islam mengandungi petikan menghujat. Novel itu telah diharamkan di banyak negara dengan populasi Islam yang besar pada penerbitannya pada tahun 1988.

Setahun kemudian, Ayatollah Ruhollah Khomeini, pemimpin tertinggi Iran ketika itu, mengeluarkan fatwa, atau fatwa agama, menyeru umat Islam untuk membunuh novelis itu kerana menghujat.

Rushdie bersembunyi selama bertahun-tahun. Kerajaan Iran berkata pada 1998 ia tidak lagi menyokong fatwa itu, dan Rushdie telah hidup secara terbuka sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Organisasi Iran, beberapa yang bergabung dengan kerajaan, telah mengumpulkan hadiah bernilai berjuta-juta dolar untuk pembunuhan Rushdie. Dan pengganti Khomeini sebagai Pemimpin Tertinggi, Ayatollah Ali Khamenei, berkata selewat 2017 bahawa fatwa itu masih sah.

Rushdie menerbitkan memoir tentang kehidupannya di bawah fatwa bernama Joseph Anton, nama samaran yang digunakannya semasa di bawah perlindungan polis. Novel baharunya Victory City akan diterbitkan pada bulan Februari.

Rushdie berada di Institusi Chautauqua untuk mengambil bahagian dalam perbincangan tentang Amerika Syarikat yang berkhidmat sebagai suaka untuk penulis dan artis dalam buangan dan “sebagai rumah untuk kebebasan ekspresi kreatif”, menurut laman web institusi itu.

Dia menjadi warganegara Amerika pada 2016 dan tinggal di New York City.

Rushdie telah menjadi pengkritik sengit agama di seluruh spektrum. Beliau telah mengkritik penindasan dan keganasan di negara asalnya, India, termasuk di bawah pemerintahan Perdana Menteri Narendra Modi, pemimpin Parti Bharatiya Janata yang nasionalis Hindu.

Agensi Wylie, yang mewakili Rushdie, tidak menjawab permintaan untuk komen. Misi Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York tidak segera menjawab permintaan untuk komen.

PEN America, sebuah kumpulan advokasi untuk kebebasan bersuara di mana Rushdie adalah bekas presiden, berkata ia “terkejut kerana terkejut dan seram” mengenai apa yang dipanggil serangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini ke atas seorang penulis di Amerika Syarikat.

“Salman Rushdie telah menjadi sasaran kerana kata-katanya selama beberapa dekad tetapi tidak pernah tersentak atau goyah,” kata Suzanne Nossel, ketua eksekutif PEN, dalam kenyataan itu. Pada awal pagi, Rushdie telah menghantar e-mel kepadanya untuk membantu menempatkan semula penulis Ukraine yang mencari perlindungan, katanya.

Senator AS Chuck Schumer dari New York menyebutnya sebagai “serangan terhadap kebebasan bersuara dan berfikir”. – HARAKAHDAILY 13/8/2022

2. AS digesa pulangkan aset AS$7 bilion milik rakyat Afghanistan 

WASHINGTON: Kira-kira 71 pakar  ekonomi global, termasuk pemenang hadiah Nobel, menggesa Amerika Syarikat supaya memulangkan semula aset bernilai AS$7 bilion (RM31. 1 bilion) milik Afghanistan.

Pada ketika ini, lebih separuh daripada penduduk Afghanistan menghadapi masalah kekurangan makanan yang teruk, dengan tiga juta kanak-kanak berisiko kekurangan zat makanan, lapor TRT World

Justeru, pakar-pakar ekonomi berkenaan menggesa AS agar melepaskan rizab AS$7 bilion Afghanistan yang dibekukan Washington selepas Taliban mengambil alih kawalan negara Asia Selatan itu, setahun lalu.

“Kami amat prihatin dengan bencana ekonomi dan kemanusiaan yang semakin meningkat di Afghanistan, dan khususnya, dengan peranan dasar AS dalam memacu mereka,” ujar kenyataan bersama 71 ahli ekonomi dan pakar pembangunan pada Rabu (10 Ogos)  dalam surat kepada Presiden AS, Joe Biden dan Setiausaha Perbendaharaan AS, Janet Yellen.

Dalam surat itu, mereka berhujah bahawa AS tidak boleh mewajarkan memegang rizab itu, yang dibekukan di bank-bank Amerika apabila kerajaan sebelum ini yang disokong Washington di Kabul tumbang, yang membolehkan Taliban mengambil alih negara itu pada Ogos 2021.

Pakar ekonomi berkata, kejatuhan dalam aktiviti ekonomi dan pengurangan mendadak bantuan asing oleh penyokong negara itu sebelum ini selepas pengunduran tentera AS telah menyebabkan ekonomi Afghanistan mengalami masalah.

Ia diburukkan lagi dengan keengganan AS untuk memulangkan dana, serta $2 bilion yang disekat oleh Britain, Jerman, dan Emiriah Arab Bersatu, kata mereka. 

Profesor Joseph Stiglitz bercakap pada Forum Pembangunan China di Beijing, China pada 24 Mac 2019. (FOTO Reuters)

“Rizab ini sangat penting untuk ekonomi Afghanistan, khususnya, untuk menguruskan bekalan wang, untuk menstabilkan mata wang dan untuk membayar import  terutamanya makanan dan minyak yang Afghanistan bergantung,” tulis mereka.

Pakar ekonomi berkata, tawaran AS baru-baru ini untuk memberi Taliban akses kepada separuh wang dengan menubuhkan amanah dengan pengawasan antarabangsa adalah tidak mencukupi.

“Kesemua AS$7 bilion penuh itu adalah milik rakyat Afghanistan,” kata mereka lagi

Sementara itu, The National News melaporkan kesemua pakar ekonomi berkenaan amat prihatin dengan bencana ekonomi dan kemanusiaan yang semakin meningkat di Afghanistan.

“Tanpa akses kepada rizab asingnya, bank pusat Afghanistan tidak dapat menjalankan fungsi normalnya yang penting. Dan tanpa bank pusat yang berfungsi, ekonomi Afghanistan bakal runtuh,” tulis mereka.

Antara yang menandatangi sokongan berkenaan termasuklah pemenang hadiah Nobel ekonomi, Profesor Joseph Stiglitz, dan Yanis Varoufakis, yang berkhidmat sebagai menteri kewangan Greece.

“Tujuh puluh peratus isi rumah Afghanistan tidak dapat memenuhi keperluan asas mereka. Sekitar 22.8 juta orang iaitu lebih separuh daripada populasi  negara itu menghadapi masalah kekurangan makanan yang teruk, dan tiga juta kanak-kanak berisiko kekurangan zat makanan,” ujar kenyataan pakar-pakar ekonomi berkenaan. -HARAKAHDAILY 11/8/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: 

(i) Penghina Islam ditikam di pentas, itu adalah wajar. Dan bukan  “serangan terhadap kebebasan bersuara dan berfikir” seperti yang di'hasut'kan.

(ii) Satu lagi, AS digesa pulangkan aset AS$7 bilion milik rakyat Afghanistan, kerana rampasan itu adalah sebuah 'jenayah' terhadap rakyat Afghanistan.

(iii) Jahannam AS!

(iv) Berkaitan, sila lihat tulisan ini: Demontrasi Adalah Tunjuk Perasaan

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Menanti pengkid pulang 'umrah'.. & peniagga tamak PCB.

 

Wanita berpakaian ihram ketika umrah di Makkah yang tular di media sosial. Foto daripada Twitter

1. Tindakan tegas menanti pengkid pulang dari 'umrah' - Idris

KUALA LUMPUR: Tindakan tegas menanti kepulangan seorang seorang wanita yang didakwa mengerjakan umrah dengan berpakaian ihram lengkap seperti lelaki, tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad.

Idris menegaskan, tindakan itu perlu kerana isu berkenaan membabitkan hukum agama.

Justeru itu, beliau meminta bantuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk menyiasat bagi memastikan kesahihan isu yang sedang tular di media sosial itu, sebelum tindakan seterusnya dapat diambil.

"Saya mengambil berat perkara yang telah ditular dakwaan yang melaporkan seorang yang wanita yang mengerjakan umrah, namun berpakaian ihram lelaki. Isu ini melibatkan hukum hakam agama. Tindakan tegas akan dikenakan.

"Pihak saya telah menghubungi Kementerian Dalam Negeri (KDN). Saya memohon pihak KDN untuk membuat siasatan lanjut setibanya individu tersebut di Malaysia nanti.

"Saya juga telah menghubungi pihak MOTAC untuk memastikan jika perkara ini benar, tindakan tegas juga akan dikenakan kepada agensi yang menguruskan individu tersebut," katanya menerusi hantaran yang dikongsikan di Facebook beliau hari ini.

Sejak semalam, tular di Twitter beberapa hantaran mengenai wanita berkenaan susulan videonya berada di Tanah Suci Makkah dengan lengkap berpakaian ihram seperti jemaah umrah lelaki.

Dalam satu hantaran video menunjukkan wanita terbabit menuju ke Raudhah, seorang pengguna Twitter yang berkongsi perbuatan terbabit mengesahkan individu berkenaan adalah wanita dan bekas pekerjanya.

Difahamkan wanita berperwatakan lelaki itu ke Tanah Suci dengan menggunakan visa pelancong dan bukan menerusi khidmat agensi umrah. (BH)


2. Peniaga tamak sekitar Pantai Cahaya Bulan terima padah 

Anggota KPDNHEP Kelantan menyamar sebagai pelanggan dan pelancong ketika membuat pemeriksaan terhadap 20 premis sekitar Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini yang dipercayai menjual makanan pada harga tinggi dan tidak meletakkan tanda harga. NSTP/IHSAN KPDNHEP

KOTA BHARU: Tidak mempamerkan tanda harga dan disyaki menjual pada harga yang tinggi menyebabkan 10 peniaga makanan celup tepung dan 'colek' sekitar Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini, menerima padah apabila disaman petang tadi.

Notis dan kompaun dikenakan terhadap semua peniaga itu selepas pemeriksaan mengejut dijalankan 14 pegawai dan anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Kelantan sempena Op Samar.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan, Aswadi Jaafar, berkata pemantauan dan pemeriksaan mengejut dilakukan di 20 premis jualan dengan anggota membuat penyamaran sebagai pengguna serta pelancong.

Beliau berkata, operasi itu dijalankan dengan membuat pemeriksaan menyeluruh di bawah perundangan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011, Akta Pelindungan Pengguna 1999 terhadap semua 20 premis jualan di lokasi.

"Hasil daripada operasi yang dijalankan, kami merekodkan dua tindakan kes berkaitan peniaga gagal dan tidak mempamerkan tanda harga terhadap barangan yang dijual menyebabkan mereka dikenakan tindakan kompaun serta merta.

"Selain itu, sebanyak lapan notis Seksyen 21 di bawah AKHAP 2011 dikeluarkan kepada peniaga yang disyaki mengenakan harga yang tinggi dan diarahkan untuk mengemukakan kembali maklum balas dalam tempoh masa yang ditetapkan," katanya.

Aswadi berkata, pihaknya memberikan amaran kepada semua peniaga supaya sentiasa meletakkan tanda harga terhadap barangan yang dijual bagi mengelakkan berlaku manipulasi harga (BH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tindakan tegas tetap akan diambil. Yang bersalah akan terima habuan.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Serbuan di rumah Trump, 'rahsia besar' ditemui.. & M'sia SKSSR.

 

Media AS melaporkan, ejen FBI menemui semula dokumen yang ditandakan sebagai ‘rahsia besar’ semasa menggeledah rumah Donald Trump di Florida. - Foto AGENSI

1. Dokumen 'rahsia besar' ditemui dalam serbuan di rumah Trump

TALLAHASSEE: Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) mendapatkan semula dokumen yang dilabelkan sebagai 'rahsia besar' selepas serbuan di premis milik bekas presiden Donald Trump di Mar-a-Lago, Florida, Amerika Syarikat (AS).

Menurut dokumen mahkamah yang dikeluarkan semalam, ejen FBI telah mengambil 11 set rekod sulit daripada serbuan dilakukan Isnin lalu.

Dokumen yang dirampas termasuk beberapa yang ditanda bukan sahaja maklumat rahsia, tetapi dalam kategori maklumat sensitif iaitu kategori khas yang bertujuan melindungi rahsia paling penting negara.

Sekiranya didedahkan secara terbuka, ia boleh menyebabkan kerosakan 'sangat teruk' kepada kepentingan AS.

FBI sedang menyiasat kemungkinan pelanggaran tiga undang-undang persekutuan yang berbeza termasuk satu yang mengawal pengumpulan, penghantaran atau kehilangan maklumat pertahanan di bawah Akta Pengintipan.

Akta lain ialah penyembunyian, pencacatan atau penyingkiran rekod, pemusnahan, pengubahan atau pemalsuan rekod dalam penyiasatan persekutuan.

Dokumen mahkamah itu juga menunjukkan FBI mengumpul rekod lain, termasuk perintah pengampunan sekutu Trump, Roger Stone dan maklumat mengenai 'Presiden Perancis'.

Nota tulisan tangan yang bertulis 'pelbagai dokumen rahsia' dan 'pelbagai dokumen sulit' turut dirampas dalam serbuan.

Peguam Trump, Christina Bobb, hadir ketika FBI melakukan serbuan.

Dalam satu kenyataan awal semalam, Trump mendakwa dokumen yang dirampas FBI 'semuanya telah didedahkan' dan mendakwa beliau akan menyerahkannya jika diminta Jabatan Kehakiman. - AFP

BERITA BERKAITAN


2. SKSSR: Optimumkan perlindungan suri rumah 

PADA sesi perbahasan Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) baru-baru ini, saya berpeluang mencadangkan beberapa perkara berkaitan RUU ini bagi memastikan segala keperluan dan kebajikan golongan mulia ini tidak diabaikan. 

Antara cadangan yang telah dibangkitkan adalah berkenaan perluasan tafsiran suri rumah kepada golongan lelaki. Hal ini demikian kerana, realiti lelaki bergelar suri rumah sepenuh masa kini bukan lagi perkara asing dan mula diterima dalam kalangan masyarakat. 

Selain itu, saya juga mencadangkan agar lebih banyak inisiatif yang dilaksanakan kerajaan bagi menarik lebih ramai suami untuk mencarum dalam Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR). Tidak dinafikan, pelbagai kempen kesedaran telah dijalankan oleh PERKESO antaranya melalui aktiviti Skuad Prihatin, program Sosial Sinergi dan lain-lain lagi.

Namun begitu, masih ramai golongan suami yang culas untuk mengambil peluang ini bagi mencarum kepada isteri mereka. Walau bagaimanapun, saya berpendapat kerajaan perlu mengkaji semula nilai caruman sebanyak RM120 sebulan kerana jumlah tersebut agak membebankan terutama kepada golongan B40. 

Hal ini demikian kerana, saya kira masih ramai suami yang berkira-kira untuk mencarum RM120 sebulan berikutan lebih banyak keutamaan yang lebih mustahak untuk dipenuhi, lebih-lebih lagi dalam tempoh negara sedang berhadapan dengan krisis inflasi kini. 

Justeru, besar harapan saya agar kerajaan mampu menormalisasikan skim perlindungan agar kemaslahatan rakyat terjamin walaupun di mana sahaja mereka berada. 

Jelas sekali, inisiatif ini selari dengan prinsip Islam yang sentiasa menggalakkan setiap individu sentiasa berusaha dan berikhtiar bagi memastikan kesejahteraan dan aspek kebajikan dapat dioptimumkan khususnya melalui perlindungan sosial.

YB SENATOR USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ahli Dewan Negara – HARAKAHDAILY 12/8/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: 

(i) Serbuan di rumah Trump, 'rahsia besar' ditemui.. Memanglah, sama-sama geng pengganas, mana ada kejujuran? Realitinya, mesti saling gigit-menggigit!

(ii) Malaysia SKSSR... Inisiatif ini selari dengan prinsip Islam yang sentiasa menggalakkan setiap individu sentiasa berusaha dan berikhtiar bagi memastikan kesejahteraan dan aspek kebajikan dapat dioptimumkan khususnya melalui perlindungan sosial. Al-hamdulillah!

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails